Anda di halaman 1dari 5

Sajak Merdeka Perhatikan negara yang huru-hara, Palestin , Iraq dan Cambodia, Kita haruslah menjaga maruah, Negara

kita yang tercinta. Kita Patut bersyukur, Atas kemerdekaan negara kita ini. Kita bangsa Malaysia, Haruslah berbangga, Atas jasa-jasa bakti pahlawan kita, Yang telah gugur di medan perang, Berkorban demi bangsa dan negara. Tanpa mereka, kita merana. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Merdeka Merdeka, Tanpamu Malaysia sengsara, Tanpamu juga Malaysia tak akan maju, Kepada pahlawan yang gugur di medan peperangan, Terima kasih kami ucapkan. Merdeka, Negara Malaysia semakin teguh, Tidak kira bangsa atau agama, Ia tetap teguh hingga ke akhirnya. Merdeka, Namamu kusanjung, Hingga kini negara aman tanpa porak peranda, Selama 51 tahun engkau bertahan, Merdeka tetap diingatan.

HUJAN MERDEKA Di langit Ogos awan gembira mengkhabarkan hujan merdeka turun lagi untuk kesekian kalinya membasahi bumi keramat ini dinginnya merangkul perasaan nusa syahdunya menyelimuti hati pembela damainya bertakhta di tiap jiwa anak-anak bangsa. Telah kutemui mutiara yang tersembunyi dalam denai-denai usia yang menjanjikan kebahagiaan kukecapi aroma pembangunan kukucupi wangian pembebasan dan telah kuwarnai kanvas jati diri mengikut lakaran budaya dan potret bangsaku. Hujan merdeka turun lagi titisnya menjelajahi hati srikandi pertiwi tersenyum menerimamu memeluk janji yang termetarai harapan yang terkota teguh mengepung cinta. Terima kasih, hujan merdeka walau langit Ogos berlalu titisnya membasahi sepanjang musim.

Sajak Kemerdekaan Merdeka,Merdeka,Merdeka! Itulah laungan oleh Tunku Abdul Rahman Itulah detik perjuangan oleh beliau Tetapi ramai pejuang yang terkorban. Tanggal 31Ogos 1957 Hari permulaanya Tanah Melayu Sudah pun Merdeka di stadium Merdeka Stadium Merdeka ialah saksi kermederkaan Ketika itulah ramai pejuang yang Membasahi bumi dengan darah Ramai penjajah yang mati di tangan pejuang Demi rela terkorban. Ramai pejuang mati demi mempertahankan Negara Malaysia yang tercinta ini Demi menjaga bangsa dan agama Untuk negara Malaysia ini. Agar bumi Malaysia ini selamat dari penjajah Supaya bumi yang tercinta ini Aman daripada musuh yang jahat Agar rakyat Malaysia dapat menghayati sejarah Pejuangan oleh para pejuang.

KINI HARI INI

LENGKUK LORONG PERJALANAN HIDUP MAKIN MALAP MELAKAR SUNYI MELAMBAI KESEPIAN SUKMA MENYINGKAP MEMORI KELAM DISUSURI GERHANA TANGISAN DUKA

INDAH RIANG MELAKAR SENYUMAN TATKALA HUJAN KASIH MENCUMBU PIPI MERAH,KUNING,PUTIH DAN BIRU MERAKAM TANGISAN MUDA MUDI DIBAWAH PAYUNG MENTARI TUNGGAK BANGSA

KINI TIADA SUDAH BINGIT SUARA KETAKUTAN KINI TIADA SUDAH BINGIT SUARA TANGISAN KINI TIADA SUDAH BINGIT SUARA KESAKITAN KINI HARI INI HANYA KEDENGARAN BINGIT SUARA KEGEMBIRAAN KINI HILANGLAH SUDAH RESAH DIDADA KINI KITA BERSAMA DALAM 1MALAYSIA

Keranamu Malaysia Keranamu Malaysia, Tegakkan nusa gagahkan bangsa, Kita susun seribu langkah, menuju ke hadapan Bersama mensesah pekat malam, menerjah gelombang Berlari mengejar cahaya, menepati janji di hujung jalan Walau berdepan sejuta rintangan Sekali pun jatuh di medan perjuangan Namun tetap meredah, mencapai wawasan Alangkah damainya negeri ku ini Dilimpahi rahmat, kemakmuran dikurniai Bangsa bersatu berjiwa waja Semangat patriotik kian membara Dunia sudah membuka mata Penghormatan kini menjadi nyata Tiada lagi penindasan Tiada lagi penghinaan Kemerdekaan terus terpelihara Damainya negeri ku....Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai