Anda di halaman 1dari 2

1. Bahasa jiwa bangsa. 2. Bahasa menunjukkan bangsa. 3. Bahasa tidak dijual beli (atau bahasa tidak berjual beli).

4. Berbunyi bahasa diketahuilah bangsa. 5. Kerana pulut santan binasa; kerana mulut badan binasa. 6. Bercakap siang pandang-pandang; bercakap malam dengar-dengar. 7. Terlajak perahu dapat ditarik; terlajak kata buruk padahnya. 8. Kerbau dipegang pada talinya; manusia dipegang pada janjinya. 9. Kata dikota 10. Orang berbudi kita berbahasa; orang memberi kita merasa. Dalam bentuk pantun pula, diungkapkan pentingnya kesantunan bahasa seperti pada contoh yang berikut: 1. Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa; Indah tampan kerana budi, Tinggi bangsa kerana bahasa 2. Baik-baik api diberi, Kalau padam tidak berjelak; Jaga-jaga memelihara diri, Lazimkan budi bahasa yang baik. 3. Anak Cina menimbang madat, Dari Makasar langsung ke Deli; Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak berjual beli. 4. Pohon pandan pohon berduri, Dipandang amat sedap; Hidup di dunia bahasa dan budi, Serta juga tertib beradab. 5. Saya tidak menanam nanas, Tanam kepaya di dalam padi; Saya tidak memandang emas, Budi bahasa yang saya cari. 6. Perigi dikatakan telaga, Tempat budak menumpang mandi; Emas merah ada berharga, Budi bahasa bernilai abadi. 7. Makan sirih berpinang tidak, Pinang ada dari Melaka; Makan sirih mengenyang tidak,

Sebab budi dengan bahasa. 8. Pucuk pauh sedang terjela, Penjolok bunga gelundi; Agar jauh silang sengketa, Perhalus bahasa dan budi. 9. Yang kurik kundi, Yang merah saga; Yang cantik budi, Yang indah bahasa 10. Dari Silaing ke Sijudah, Japa melilit Tanjung Jati, Buah jerami bergantungan; Baju digunting kalau tak sudah. Kembara Bahasa 25 Oktobwer 2012/9 Zulhijah 1433

Anda mungkin juga menyukai