Anda di halaman 1dari 35

BENGKEL KERJA

KETERAMPILAN BERBAHASA
MELALUI AMALAN PAK21

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN


Perwatakan Guru dalam Mengajar
Mata Pelajaran Bahasa Melayu
melalui Pembelajaran Abad Ke-21
KETERAMPILAN BERBAHASA

Empat aspek kemahiran, iaitu: Keterampilan berbahasa


membabitkan perlakuan
• Mendengar kita setiap hari.
• Bertutur Perlakuan itu boleh
Cekap dan mahir menggunakan • Membaca berbentuk:
bahasa secara lisan mahupun • Menulis • Pertuturan
tulisan. Menguasai bahasa yang • Penulisan
dituturkan. • Penyelidikan
KETERAMPILAN BERBAHASA

Keterampilan Berbahasa

Keterampilan berbahasa adalah kemampuan dan kecekapan


menggunakan bahasa yang meliputi membaca, berbicara,
menulis, dan mendengar.

Pada pembelajaran, empat keterampilan berbahasa tersebut


menempati posisi yang vital dan saling terintegrasi.
OBJEKTIF

PERWATAKAN GURU KREATIVITI PdP


Membina perwatakan guru Meningkatkan kreativiti guru
Bahasa Melayu dalam dalam PdP Bahasa Melayu
berketerampilan berbahasa
melalui amalan PAK21
PERNYATAAN TAHAP PENGUASAAN (TP) PBD – TAHUN 1
THN MATA PELAJARAN PENYATAAN TAHAP PENGUASAAN KESELURUHAN
1 2 3 4 5 6
1 BAHASA MELAYU mencapai mencapai mencapai mencapai mencapai mencapai
pengetahuan dan pengetahuan dan pengetahuan dan pengetahuan dan pengetahuan dan pengetahuan dan
Penerangan kemahiran bahasa kemahiran bahasa kemahiran bahasa kemahiran bahasa kemahiran bahasa kemahiran bahasa
1. Tahap Penguasaan yang sangat terhad. yang terhad. Dia yang memuaskan. dengan tahap dengan tahap dengan tahap
(TP) dicapai Dia dapat memberi dapat memberi Dia dapat baik. Dia dapat sangat baik. Dia cemerlang.Dia
maklum balas maklum balas memberi maklum memberi maklum dapat memberi dapat  memberi
2. Kandungan terhadap ayat terhadap ayat balas terhadap balas terhadap maklum balas maklum balas 
kurikulum/sukatan/ tunggal semasa tunggal semasa ayat tunggal ayat tunggal terhadap pelbagai terhadap pelbagai
topik/tajuk pelajaran mendengar, mendengar, semasa semasa jenis ayat semasa jenis ayat semasa
membaca ayat membaca ayat mendengar, mendengar, mendengar, mendengar,
dengan sebutan dengan sebutan membaca ayat membaca ayat membaca ayat membaca ayat
3. Kemahiran Bahasa yang betul dan yang betul dan dengan sebutan dengan sebutan dengan sebutan dengan sebutan
memahami memahami yang betul dan yang betul dan dan intonasi yang dan intonasi yang
maklumat yang maklumat yang memahami memahami betul, serta betul, serta 
dibaca di samping dibaca di samping maklumat yang maklumat yang memahami memahami
menulis ayat mudah menulis ayat dibaca di samping dibaca di samping maklumat dan maklumat dan
4. Pencapaian yang dalam karangan mudah dalam menulis ayat menulis karangan idea yang dibaca idea yang dibaca
diharapkan daripada dengan banyak karangan dengan dalam karangan serta mengedit di samping di samping
objektif bimbingan guru. sedikit bimbingan serta mengedit penulisan. menulis karangan menulis karangan
guru. penulisan tanpa serta mengedit serta mengedit
bimbingan guru. penulisan. penulisan pada
tahap terbaik yang
boleh menjadi
model contoh .
PERNYATAAN TAHAP PENGUASAAN (TP) PBD – TAHUN 2
THN MATA PELAJARAN PENYATAAN TAHAP PENGUASAAN KESELURUHAN
1 2 3 4 5 6
2 BAHASA MELAYU mencapai mencapai mencapai mencapai mencapai mencapai
pengetahuan dan pengetahuan dan pengetahuan dan pengetahuan dan pengetahuan dan pengetahuan dan
Penerangan kemahiran bahasa kemahiran bahasa kemahiran bahasa kemahiran bahasa kemahiran bahasa kemahiran bahasa
1. Tahap Penguasaan yang sangat terhad. yang terhad. Dia yang memuaskan. dengan tahap dengan tahap dengan tahap
(TP) dicapai Dia dapat memberi dapat memberi Dia dapat baik. Dia dapat sangat baik. Dia cemerlang. Dia
maklum balas maklum balas memberi maklum memberi maklum dapat memberi dapat memberi
2. Kandungan terhadap ayat terhadap ayat balas terhadap balas terhadap maklum balas maklum balas
kurikulum/sukatan/ perintah dan soalan perintah dan ayat perintah dan ayat perintah dan terhadap pelbagai terhadap pelbagai
topik/tajuk pelajaran mudah semasa soalan mudah soalan mudah soalan mudah jenis ayat semasa jenis ayat semasa
mendengar, semasa mendengar, semasa semasa mendengar, mendengar,
membaca dengan membaca dengan mendengar, mendengar, membaca dengan membaca dengan
3. Kemahiran Bahasa sebutan yang betul sebutan yang betul membaca dengan membaca dengan sebutan dan sebutan dan
di samping di samping sebutan yang sebutan dan intonasi yang intonasi yang
memahami memahami betul di samping intonasi yang betul di samping betul di samping
maklumat dalam maklumat dalam memahami betul di samping memahami memahami
petikan dan menulis petikan dan maklumat dan memahami maklumat dan maklumat dan
4. Pencapaian yang ayat mudah dalam menulis ayat nilai dalam maklumat dan nilai dalam nilai dalam
diharapkan daripada karangan secara mudah dalam petikan dan nilai dalam petikan dan petikan dan
objektif berpandu dengan karangan secara menulis ayat petikan dan menulis ayat menulis ayat
banyak bimbingan berpandu dengan dalam karangan menulis ayat dalam karangan dalam karangan
guru. sedikit bimbingan. secara berpandu dalam karangan. pada tahap pada tahap
tanpa bimbingan terperinci. terbaik yang boleh
guru. menjadi model
teladan atau
contoh.
ANTARA AKTIVITI PAK21 DALAM MEMBINA PERWATAKAN GURU BM

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran AKTIVITI KUMPULAN


Abad Ke-21 DAN PEMBENTANGAN
Cadangan Teknik Pengajaran Bahasa Melayu Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

1.Teknik Meramal 1. Round Table


2.Teknik Puisidra 2. Think–Pair–Share
3.Teknik Mestamu 3. Hot Seat
4.Teknik Peta Minda 4. Deklamasi Sajak/Nyanyian
5.Teknik Stesen 5. Pembentangan Hasil Sendiri
6.Teknik Kerusi Panas 6. Role Play
7.Teknik Balang Kaca 7. Gallery Walk
8.Teater Bercerita 8. Stay and Stray
9.Teknik Teater Pembaca 9. Peta i–THINK
10.Teknik Berdialog 10. Lain – lain.
PERWATAKAN GURU BAHASA MELAYU

Antara teknik yang boleh digunakan:

Tanda Baca

Vokal dan Konsonan

Kelajuan

Intonasi

Deskripsi
PERWATAKAN GURU BAHASA MELAYU MELALUI TEKNIK
1. Tanda Baca: Pendedahan mengenai teknik membaca yang betul berpandukan
tanda baca yang betul

2. Vokal dan Konsonan: Pendedahan mengenai teknik lontaran suara dan


intonasi yang bersesuaian

3. Kelajuan: Pendedahan mengenai teknik dan kelajuan pengucapan yang


bersesuaian

4. Intonasi: Pendedahan dengan teknik volume penekanan suara secara kuat,


sederhana dan perlahan

5. Deskriptif: Pendedahan dengan cara untuk menerangkan sesebuah ayat


dengan teknik yang berkesan
Penerangan
1. Tanda baca ialah simbol atau tanda yang digunakan untuk memberi isyarat kepada
pembaca supaya melakukan sesuatu dalam bacaan.
 
2. Ia diletakkan di temapt-tempat tertentu dalam ayat berdasarkan tujuan dan
kesesuaiannya.
 
3. Tanda baca utama ialah :

Tanda Noktah atau titik   (.)


Tanda koma                 (,)
Tanda tanya atau soal   (?)
Tanda seruan                (!)
Tanda sempang atau sengkang  ( - )
Tanda noktah bertindih             (:)
Tanda pengikat kata atau petik  ( “        “ )
SAYANG SAYANG SAYANG
SAYANG SAYANG
TANDA BACA
Tanda Baca: Pendedahan mengenai teknik membaca yang betul berpandukan
tanda baca yang betul
1. Lisan (SP1: mendengar dan bertutur) – rujuk DSKP KSSR Semakan 2017
2. Bacaan (SP2: membaca) – rujuk DSKP KSSR Semakan 2017

Tanda Baca Contoh Ayat


Tanda Tanya (?) Bilakah adik kamu akan bersekolah?
Tanda Seru (!) Wah, perbuatan awak sudah melampau!
Tanda Petik (“ ….”) "Saya belum makan ibu," kata adik.
Tanda Koma (,) Ibu membeli ikan, sayur, dan daging.
Tanda Titik atau Tanda
Esok ibu akan ke Kuala Lumpur.
Noktah (.)
VOKAL DAN KONSONAN

Vokal dan Konsonan: Pendedahan mengenai teknik lontaran suara dan


intonasi yang bersesuaian
1. Lisan (SP1: mendengar dan bertutur) – rujuk DSKP KSSR Semakan 2017
2. Bacaan (SP2: membaca) – rujuk DSKP KSSR Semakan 2017

Ibu saya belum makan.


Sistem Bahasa
Pengenalan

Sistem Bahasa merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah
rendah. Fokus dalam Sistem Bahasa ialah pada pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, sistem ejaan, sebutan
dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa.
Tatabahasa

Salah satu bukti kemahiran berbahasa seseorang ialah kebolehan menguasai tatabahasa. Ia meliputi kebolehan
bertutur dengan sebutan, nada dan intonasi yang betul, dan menulis dengan sistem ejaan yang tepat. Oleh sebab
itu, kecekapan berbahasa perlu diajarkan secara terancang dan bersesuaian dengan kinteks pembelajaran sejak
murid berada di sekolah rendah lagi. Lazimnya, pengajaran tatabahasa di peringkat sekolah rendah
menitikberatkan aspek penggunaan. Terdapat beberapa tujuan pengajaran tatabahasa (1995: 11 – 12), iaitu;

(a) mengetahui kelainan erti perkataan yang imbuhannya berbeza-beza dan menggunakannya dengan betul, tepat
dan gramatis dalam lisan dan penulisan;
(b) menggunakan pelbagai jenis kata dalam pelbagai konteks;
(c) menggunakan frasa yang betul;
(d) membina ayat yang betul, tepat dan gramatis, dan
(e) membina pelbagai jenis dan bentuk ayat dalam pelbagai konteks dengan betul.

Tatabahasa terbahagi kepada dua, iaitu aspek morfologi dan aspek sintaksis.
Sistem Bahasa

(a) Morfologi
Secara mudah, aspek morfologi ialah berkenaan kajian tentang perkataan dan pembentukannya. Secara
khusus, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR (2003) menerangkan morfologi sebagai bidang ilmu bahasa
yang mengkaji struktur kata, bentuk kata, dan golongan kata. Tiga aspek itu diajar sejak sekolah rendah lagi.

Yang dikatakan struktur kata ialah susun atur bentuk bunyi sesuatu perkataan apabila diujarkan. Ia juga
merangkumi aspek susunan lambang-lambang huruf (tulisan) sehingga menjadi satu unit (kesatuan) bahasa atau
perkataan yang bermakna. Maksud bermakna dalam konteks ini ialah bagaimana membunyikan setiap huruf
dalam perkataan berkenaan hingga menghasilkan bunyi yang betul, atau susunan huruf yang betul apabila
dibunyikan dan ada makna.

Contohnya, huruf vokal (v), huruf konsonan (k), dan pola suku kata.

(a) huruf vokal bahasa Melayu : [a], [e], [i], [o], dan [u]

(b) huruf konsonan bahasa Melayu : [b], [c], [d], [f], [g], [h], [j], [k], [l], [m], [n], [p], [q],
[r], [s], [t], [v], [w], [x], [y] dan [z].
Sistem Bahasa
Terdapat dua pola suku kata bahasa Melayu. Pertama, pola suku kata asli bahasa Melayu, dan kedua, pola
suku kata pinjaman bahasa Melayu.

Setiap suku kata terdiri, sama ada, KV, VK, KVK, VKV, VKVK, KKVK dan sebagainya.

Manakala, yang dikatakan bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa (perkataan/gabungan huruf) yang
bermakna.

Bentuk kata boleh terdiri daripada;

(a) kata tunggal (kata tidak menerima imbuhan dan ada makna);
(b) kata terbitan (kata telah menerima imbuhan);
(c) kata ganda (kata tunggal yang digandakan); dan
(d) kata majmuk (terdiri daripada beberapa kata tungga yang membentuk satu makna).
Sistem Bahasa
Kata terbitan ialah kata tunggal yang menerima imbuhan bagi menghasilkan perkataan lain. Makna kata terbitan
adalah berbeza dengan makna kata tunggal.

Dalam ilmu bahasa, penerimaan imbuhan itu dipanggil proses pembentukan kata. Ada tiga cara proses
pembentukan kata dalam bahasa Melayu.

Pertama, pengimbuhan, iaitu kata tunggal menerima imbuhan dan menghasilkan perkataan baharu yang
dipanggil sebagai kata terbitan.

(i) Imbuhan awalan : ber-, be-, bel-, me-, mem-, men-, meng-, menge-, memper-, di-, ter-, pe-, pem-, pen-, per-,
peng-, penge-, pel-, se-, ke-, maha-, tata-, pra-, pro-, dan anti-.

Kata tunggal + imbuhan awalan = kata terbitan


( Lari + pe- = pelari )

(ii) Imbuhan akhiran : -an, -i, -kan, -wan, -man, -wati, dan –nita.
Kata tunggal + imbuhan akhiran = kata terbitan
( Lari + -an = larian )
Sistem Bahasa
(iii) Imbuhan apitan : me- ... –kan, mem- ... –kan, men- ... –kan, meng- ... –kan, menge- ... –kan, me- ... –i,
mem- ... –i, men- ... –i, meng- ... –i, ke- ... –an, pe- ... –an, pem- ... –an, pen- ... –an, peng- ... –an, penge- ... –an,
per- ... –an, pel- ... –an, di-- ... –kan, dan di- ... –i.

Kata tunggal + imbuhan apitan = kata terbitan


( Lari + pe- ... –an = pelarian )

Kedua, kata tunggal menerima pengandaan dan menghasilkan perkataan baharu yang dipanggil sebagai
kata terbitan. Formulanya;

Kata tunggal + pengandaan = kata terbitan


( Orang + orang = orang-orang )

Ketiga, kata tunggal menerima kata tunggal dan menghasilkan kata majmuk yang dipanggil sebagai kata
terbitan, atau istilah atau metafora. Ia terdiri daripada beberapa kata tunggal, sama ada kata tunggal itu telah
menerima imbuhan atau belum. Formulanya;

Kata tunggal + kata tunggal = kata majmuk


( Segi + empat = segi empat )
( Merah + hati = merah hati )
Sistem Bahasa
Golongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi perkataan
berkenaan. Terdapat empat jenis golongan kata dalam bahasa Melayu, iaitu;
(a) kata nama (perkataan yang menggambarkan nama sesuatu);
(b) kata kerja (perkataan yang menggambarkan perbuatan);
(c) kata adjektif (perkataan yang menggambarkan sifat sesuatu); dan
(d) kata kata tugas (perkataan yang menggambarkan fungsi sesuatu).

Kata tugas dalam bahasa Melayu terdiri daripada;


(i) kata hubung
(ii) kata seru
(iii) kata tanya
(iv) kata perintah
(v) kata pangkal ayat
(vi) kata bantu
(vii) kata penguat
(viii) kata penegas
(ix) kata nafi
(x) kata pemeri
(xi) kata sendi
(xii) kata pembenar
(xiii) kata bilangan, dan
(xiv) kata arah.
Sistem Bahasa

(b) Sintaksis
Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan pembentukan ayat. Berbeza dengan
morfologi yang mengkaji bentuk perkataan, sintaksis mengkaji gabungan beberapa bentuk kata yang membina
ayat atau terhasilnya ayat.

Aspek sintaksis yang dikaji ialah;

(a) komponen ayat, iaitu unsur-unsur utama yang terdiri daripada kata, rangkai kata, frasa, klausa, subjek, dan
predikat ayat;
(b) jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan;
(c) ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif;
(d) susunan ayat, iaitu susunan biasa dan susunan songsang;
(e) binaan ayat, iaitu ayat dasar, ayat tunggal, ayat terbitan atau ayat majmuk;
(f) proses penerbitan ayat, iaitu konsep ayat terbitan, proses pengguguran, proses penyusunan semula, proses
peluasan; dan
(g) aspek tanda baca dalam ayat.
Sistem Bahasa
Sistem Ejaan

Perkataan yang diberikan penekanan ialah (a) pola keselarasan huruf vokal, (b) ejaan kata pinjaman, dan (c)
ejaan kata dasar dan kata terbitan. Sistem ejaan rumi bahasa Melayu terdiri daripada keselarasan vokal, kata
pinjaman, kata terbitan, kata ganti singkat, kata sendi / kata sendi nama, kata majmuk, kata nama, kata pertikel
dan kata ganda. Sistem ejaan diajar agar murid dapat mengeja sesuatu perkataan dengan betul supaya makna
perkataan bersamaan dengan maksud ujaran.

Sebutan dan Intonasi

Tekanan nada ketika membunyikan huruf atau perkataan (sebutan) dan intonasi nada adalah mempunyai
maksud atau makna berlainan. Oleh sebab itu, murid wajar diajar cara-cara menyebut (membunyikan huruf atau
perkataan) dan tekanan atau intonasi nadanya dengan cara yang betul. Kemahiran yang diperlukan ialah
membezakan bunyi huruf atau suku kata dan tekanan nada dalam situasi yang berbeza supaya murid dapat
menyampaikan maksud dengan tepat.

Pengajaran sebutan hendaklah dalam bahasa Melayu baku. Manakala, pengajaran intonasi ayat hendaklah
mengikut pola ayat yang betul berdasarkan jenis-jenis ayat. Di samping itu, pola intonasi bagi ayat panjang juga
hendaklah diajar agar murid dapat menyampaikan maksud dengan jelas. Sebaik-baiknya, guru hendaklah
memulakan pengajaran menggunakan ayat tuggal mudah.
Sistem Bahasa
Kosa Kata

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR (2003) menjelaskan bahawa kosa kata terdiri daripada kata-kata
umum dan kata-kata khusus atau disebut istilah khusus. Setiap bidang ilmu mempunyai kata-kata khusus
dengan ilmu dalam bidangnya. Murid hendaklah diajar mengenali dan membezakan istilah khusus setiap bidang
ilmu. Misalnya, istilah ‘subjek’ ayat dalam ilmu bahasa adalah berbeza maksud dengan istilah ‘subjek’ yang
merujuk nama-nama mata pelajaran. Demikian istilah ‘segi empat tepat’ hanya terdapat dalam Matematik atau
Sains. Istilah itu tidak terdapat dalam bidang ilmu Sejarah atau Geografi.

Guru hendaklah selalu mendedahkan kosa kata kepada pelajar agar pembendaharaan katanya bertambah dan
pelbagai. Galakkan murid menggunakan istilah-istilah yang sesuai dengan bidang ilmu yang berkenaan. Salah
satu aktiviti memperkayakan kosa kata ialah mencari makna seerti, makna berlawanan, atau menjawab teka
silang kata.

Peribahasa

Yang dimaksudkan dengan peribahasa ialah rangkai kata yang mempunyai yang mempunyai makna tertentu.
Peribahasa merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan, dan kata-kata
hikmah. Pengajaran peribahasa hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian, dan nilai-nilai murni
masyarakat Malaysia. Galakkan murid menggunakan peribahasa dalam karangan-karangan yang mereka hasil.

Tujuannya, ialah agar karangan tersebut lebih bertenaga, bervariasi dan menarik dibaca.
Sistem Bahasa
Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan didapati bahawa Sistem Bahasa turut berperanan menambahkan kemahiran
berbahasa murid-murid. Walaupun dalam setiap sesi pengajaran mempunyai objektif tertentu yang hendak
dicapai, namun guru tidak boleh mengabaikan aspek bahasa kerana kebolehan murid berbahasa dengan baik
akan mempengaruhi kejayaan objektif pengajaran guru.

Sebaik manapun objektif, jika murid tidak dapat mengungkapkan isi pelajaran dengan menggunakan bahasa
yang baik, pengajaran guru itu tetap dianggap gagal. Justeru, guru hendaklah memberi tumpuan terhadap aspek
berbahasa murid.

Malah, keberkesanan pengajaran guru dan kejayaan murid dalam pembelajarannya adalah bergantung kepada
kemampuan guru dan murid menggunakan bahasa yang tepat dan berkesan.
Perwatakan Guru dalam Mengajar Mata Pelajaran
Bahasa Melayu melalui Pembelajaran Abad Ke-21
KELAJUAN

Kelajuan: Pendedahan mengenai teknik dan kelajuan pengucapan yang


bersesuaian
1. Lisan (SP1: mendengar dan bertutur) – rujuk DSKP KSSR Semakan 2017
2. Bacaan (SP2: membaca) – rujuk DSKP KSSR Semakan 2017

1. Abang pergi ke kedai membeli tepung, gula,


bawang, biskut, roti , dan susu.
2. Wah, bijak betul budak itu !
3. Cikgu Asrul berkata, “Tolong ambilkan buku kuning
itu.”
4. “Biarkan dia lakukan sendiri kerja itu,” pesan
ibu.
5. Oleh itu, kita mesti bertindak dari sekarang.
6. Jadi, dia pun lari dari situ.
KELAJUAN
Kelajuan: Pendedahan mengenai teknik dan kelajuan pengucapan yang bersesuaian
1. Lisan (SP1: mendengar dan bertutur) – rujuk DSKP KSSR Semakan 2017
2. Bacaan (SP2: membaca) – rujuk DSKP KSSR Semakan 2017

Aduh, sakitnya tanganku! Aduhai, malang sungguh nasibku!


Aduh, sakitnya gigiku! Aduhai, keluarga itu sentiasa ditimpa nasib malang!
Aduh, peningnya kepalaku ! Aduhai, malangnya mangsa banjir itu !
Aduh, gatalnya tanganku !
Aduh, pedihnya luka jari aku ini !
Eh, rupa-rupanya dialah yang membongkar rahsia itu!
Aduh, sakitnya perut aku ini !
Eh, kamu rupa-rupanya yang mencuri hati aku ya!
 
Amboi, mahal betul kereta itu! Oh, di sini kamu rupanya !
Amboi, merahnya baju ini ! Oh, di sini rupa-rupanya awak sorokkan cinta saya !
Amboi, cantiknya gadis ini !  
Amboi, cantiknya bunga ini ! Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah!
Amboi, cantik sungguh pakaian pengantin itu ! Ah, alasan itu tidak dapat kuterima!
INTONASI
Intonasi: Pendedahan dengan teknik volume penekanan suara secara kuat,
sederhana dan perlahan
1. Lisan (SP1: mendengar dan bertutur) – rujuk DSKP KSSR Semakan 2017
2. Bacaan (SP2: membaca) – rujuk DSKP KSSR Semakan 2017

1. Kamu mesti belajar bersungguh-sungguh: Jika


tidak berpelajaran, kita akan di pandang hina. Kalau ada jarum patah,
2. Kita mesti membantu orang yang dalam Jangan disimpan di dalam peti;
kesusahan : sikap yang disukai masyarakat Kalau ada silap dan salah,
3. Cikgu : Mengapa awak tidak datang ke sekolah Jangan disimpan di dalam hati.
semalam?
4. Sani : Saya tidak sengaja. Saya lewat bangun. Ada ubi ada batas;
Ada budi ada balas.
INTONASI
Intonasi: Pendedahan dengan teknik volume penekanan suara secara kuat, sederhana dan perlahan
1. Lisan (SP1: mendengar dan bertutur) – rujuk DSKP KSSR Semakan 2017
2. Bacaan (SP2: membaca) – rujuk DSKP KSSR Semakan 2017

Eh, kamu sudah sampai!


Eh, tadi dia ada di sini!
Wah, tingginya menara itu ! Eh, bagaimana pula awak dapat masuk sedangkan
Wah, berani betul budak itu! pintu bilik itu berkunci.
Wah, cepatnya budak itu berlari !
Wah, hebat sungguh pahlawan it menunggang Hai, diamlah sikit!
kuda liar yang baru ditangkapnya. Hai, sudah lama kita tidak bertemu!
Hai, lama kita berjumpa !
Hai, mari kita ke kantin bersama-sama sekarang !
Cis, berani dia menentangku!
Cis, berani kamu mengganggu adikku ! Syabas (Tahniah), kamu telah berjaya mengharumkan nama
Cis, berani kamu menentang arahanku ! negara !
Cih, mereka tidak kenal siapa aku ! Syabas (Tahniah), kamu telah lulus dalam peperiksaan
Bahasa Inggeris !
Syabas (Tahniah), kamu telah mendapat tempat pertama
dalam kelas !
Syabas (Tahniah), kamu telah berjaya !
Perwatakan Guru dalam Mengajar Mata Pelajaran
Bahasa Melayu melalui Pembelajaran Abad Ke-21
DESKRIPTIF
Deskripsi: Pendedahan dengan cara untuk menerangkan sesebuah ayat dengan teknik yang berkesan
1. Lisan (SP1: mendengar dan bertutur) – rujuk DSKP KSSR Semakan 2017
2. Bacaan (SP2: membaca) – rujuk DSKP KSSR Semakan 2017

Karangan Pendek: Kebaikan Makan Bersama Keluarga


 
Mutakhir ini, budaya makan bersama-sama keluarga semakin kurang diamalkan. Antara
kebaikan makan bersama keluarga ialah kita dapat menunjukkan tabiat pemakanan yang
baik dengan menjadikan budaya kepada anak-anak apabila mereka besar nanti.
 
Seterusnya, ibu bapa dapat berinteraksi dengan anak-anak. Sebagai kesannya, anak-
anak akan berasa dirinya disayangi oleh ibu bapa. Selain itu, hubungan antara anggota
keluarga akan terjalin dengan tiada persengketaan dan perbalahan keluarga.
 
Di samping itu, amalan ini merupakan masa yang terbaik untuk memuji anak-anak.
Impaknya , anak-anak akan lebih bermotivasi untuk menjalani kehidupan. Usaha untuk
menggalakkan budaya ini ialah mengadakan kempen makan bersma-sama keluarga
dengan menguar-uarkan kebaikan amalan ini di media massa.
 
Kesimpulannya, ibu bapa haruslah membudayakan supaya dapat membentuk keluarga
bahagia.
DESKRIPTIF
Deskripsi: Pendedahan dengan cara untuk menerangkan sesebuah ayat dengan teknik yang berkesan
1. Lisan (SP1: mendengar dan bertutur) – rujuk DSKP KSSR Semakan 2017
2. Bacaan (SP2: membaca) – rujuk DSKP KSSR Semakan 2017

Contoh Karangan Deskriptif 1


 
Setahun yang lalu, kamu mempunyai anggapan yang salah terhadap seorang teman sekelas
kamu. Kini, dia menjadi salah seorang teman baik kamu.
 
Gambarkan perkara-perkara yang membuat teman sekelas kamu itu menjadi teman baik kamu.
Tema: Integrasi Pendatang Asing

Contoh Karangan Deskriptif 7


 
Baru-baru ini, kamu telah mengetahui tentang seorang rakan kamu yang sering bermurung
kerana sikapnya yang cepat berputus asa.
 
Gambarkan pengalaman dan perasaan kamu membantu rakan kamu itu mengatasi
kemurungannya.
Tema: Mengatasi Kemurungan
TERIMA KASIH

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian


Aras 3 & 4, Blok E2, Kementerian Pelajaran 62604, 62000 Putrajaya, Wilayah
Persekutuan Putrajaya

Anda mungkin juga menyukai