Anda di halaman 1dari 9

KELAS BAHASA

MELAYU
CIKGU SHAZLINA SAHRIZAL
ASPEK SENI BAHASA
STANDARD KANDUNGAN:
4.2 MEMAHAMI DAN MENGGUNAKAN BANDINGAN
SEMACAM, PERIBAHASA, KATA-KATA HIKMAT, KIASAN
MADAH PUJANGGA, DAN BAHASA BERIRAMA DALAM
KOMUNIKASI DAN PENULISAN
STANDARD PEMBELAJARAN:
4.2.1 MENGGUNAKAN KIASAN DAN PERIBAHASA
DENGAN BETUL MENGIKUT KONTEKS
OBJEKTIF
PEMBELAJARAN:
PADA AKHIR PELAJARAN, MURID-MURID DAPAT;
MENYATAKAN MAKSUD KIASAN DAN PERIBAHASA SECARA
KESELURUHAN
KIASAN
MAKSUD KIASAN :
 Susunan kata atau bentuk bahasa yang memperkatakan sesuatu dengan
mengiaskannya kepada perkara yang lain, sama ada dengan menyebutkannya atau
tidak

DIGUNAKAN UNTUK:
 Menambahkan kejelasan perkara yang diperkatakan
 Mengelakkan sesuatu perkara yang tidak manis daripada disebut secara terang
 Menguatkan maksud yang diperkatakan agar dapat menarik perhatian khalayak
PERIBAHASA
MAKSUD PERIBAHASA :
 Ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi
pengertian yang tertentu

DIGUNAKAN UNTUK:
 Memberikan pengajaran kepada masyarakat pada zaman dahulu kala
 Menyedarkan dan menegur masyarakat secara halus.
CONTOH PERIBAHASA
 Menapak baru setapak, mendaki baru sekaki

(baru hendak belajar sesuatu)


 Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut

(kalau tidak mahu berusaha,tentulah tidak akan mencapai kejayaan)


 Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran

(benda yang dicari tidak diperoleh, barang yang pula hilang atau habis)
TUGASAN:
1. Kenal pasti kiasan dan peribahasa yang terdapat dalam bahan
2. Cari maksud kiasan dan peribahasa tersebut
3. Bina ayat menggunakan kiasan dan peribahasa tersebut bagi menunjukkan anda faham akan
maksudnya.

Anda mungkin juga menyukai