Anda di halaman 1dari 16

TAJUK PIDATO : ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis,


Barisan Panel Hakim Yang Arif Lagi Bijaksana,
Dif-Dif Terhormat dan seterusnya hadirin –hadirat sekalian.

Assalamualaikum pembuka bicara.

“Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”. Begitulah tajuk pidato yang akan saya
sampaikan pada hari ini. Sebelum lidah menerus bicara, izinkan saya
mendefinisikan dahulu tajuk pidatoan ini.

Mengikut kamus dewan, ‘alam sekitar’ ditakrifkan sebagai segala yang ada di bumi
dan di langit.
‘Tanggungjawab’ pula ditakrifkan sebagai amanah dan tugas yang perlu dipikul oleh
seseorang, manakala ‘bersama’ pula diertikan sebagai semua yang terlibat.

Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa menjaga kebersihan, keindahan atau


mencorakkan alam sekitar merupakan satu kesedaran dan tanggungjawab semua
pihak. Bak kata pepatah hadirin-hadirat sekalian, ‘bulat air kerana pembetung, bulat
kata kerana muafakat. Maka segala usaha untuk membersihkan dan mencantikkan
alam sekitar adalah tanggungjawab kita bersama.

Hadirin yang dihormati,

Negara kita Malaysia sedang dilimpahi dengan arus pembangunan yang maha
hebat. Di sana sini mata dapat menikmati bangunan pencakar langit. Kita amat
berbangga dengan arus pembangunan yang kita nikmati. Namun di sebalik
pembangunan yang semakin rancak, janganlah pula kita leka dengan isu
pembangunan alam sekitar kerana sesungguhnya kedua-dua pembangunan ini
amat berkait rapat.

Hadirin yang dihormati,

Menjaga alam sekitar bukanlah semudah menjaga haiwan ternakan. Rasa


tanggungjawab itu lebih daripada yang dituntut kerana menjaga alam sekitar tidak
boleh dilakukan secara sendirian. Semua pihak wajib mencintai alam sekitar. Kita
tidak mahu menuding jari ke arah pihak lain sekiranya alam sekitar tercemar. Yang
perlu kita lakukan adalah melihat ke dalam diri kita sendiri dan perlu
bertanggungjawab untuk memulihara alam. Tahukah hadirin sekalian, fenomena
tanah runtuh, jerebu, sungai dipenuhi sampah-sampah sarap dan dipenuhi toksid
dan seribu lagi masalah berkaitan alam sekitar mencerminkan sikap masyarakat kita
yang tidak menyayangi alam sekitar.

Kita sewajarnya mencontohi sikap masyarakat Jepun yang yang mempercayai


semangat alam. Mereka percaya sekiranya alam sekitar sihat dan segar, manusia
dan penghuninya juga demikian.
Hadirin yang dikasihi.

Wajah kita sebenarnya dapat dilihat daripada alam sekitar. Alam sekitar ialah imej
kita. Alam yang cantik akan menjadi daya penarik kepada pelancong luar. Keadaan
ini secara tidak langsung hadirin sekalian, akan membantu dasar ekonomi Negara.
Kita boleh beralih ke sector pelancongan untuk menarik pelabur luar. Oleh itu amat
wajar sekiranya kita mempunyai tanggungjawab yang tinggi untuk memelihara alam
sekitar.

Hadirin yang dihormati,

Siapakah yang perlu menjaga alam sekitar ?Sudah tentulah jawapannnya merujuk
kepada kanak-kanak sehinggalah orang dewasa. Kanak-kanak perlu diberi
pendidikan supaya mencintai alam sekitar. Manakala golongan dewasa pula
diingatkan supaya menjadi teladan kepada golongan muda terhadap kepentingan
menjaga alam sekitar. Para pengusaha perlu beringat dan jangan hanya memikirkan
keuntungan semata-mata sebaliknya berusaha mencari jalan untuk menjadikan
alam sekitar lebih menarik. Mereka perlu berganding bahu dengan pihak kerajaan
untuk sama-sama menjaga dan memelihara alam sekitar agar kelestariannya
terpelihara. Jelaslah hadirin sekalian bahawa pendidikan menjadi teras kepada rasa
tanggungjawab ini. Benar kata seorang pujangga Yunani, iaitu hanya pendidikan
sahaja yang dapat mengubah alam ini. Kata-kata itu mengingatkan kita kepada rasa
tanggungjawab yang lebih besar maknanya dalam konteks mencintai alam sekitar.

Hadirin sekalian.

Malaysia juga sebenarnya sudah mulai sedar tentang pentingnya pemeliharaan


alam sekitar. Sambutan Hari Alam Sekitar yang disambut pada setiap 23 April
menunjukkan kepekaan kita terhadap alam sekitar.

Berdasarkan hujah yang telah saya sampaikan tadi, maka tidak dapat dinafikan
bahawa tanggungjawab menjaga alam sekitar ialah tanggungjawab kita bersama.
Kita tentu tidak mahu hidup kita diselubungi pencemaran. Yang kita perlu untuk
tubuh badan kita ialah sumber makanan dan udara yang sihat. Oleh itu, untuk
memastikan tubuh kita sihat, semuanya bergantung pada alam sekitar yang sihat.

Akhir kata, saya menyeru kepada semua yang berada di dalam dewan ini agar
sama-sama bertanggungjawab untuk menjaga keindahan alam sekitar. Renungilah
bait-bait ini sebelum saya menutup bicara :
Bumi yang tiada udara, Bagai tiada nyawa
Dia dikelar manusia, yang jahil tentangnya.
Sekian, terima kasih.
Fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa Rasmi, Bahasa
perpaduan, Bahasa Pengantar, Bahasa Ilmu dan bahasa komunikasi rakyat
Malaysia”.

Pucuk manis permatang budi,


Pucuk purut di getus rusa,
Yang manis bernama budi,
Yang indah bernama bahasa.

Terima kasih pengacara majlis. Yang berbahagia Tuan guru


besar, guru-guru, rakan-rakan, kombinasi para juri yang arif lagi bijaksana sebagai
penegak keadilan, penjaga masa yang budiman, dan seterusnya hadirin-hadirat
warga dewan yang saya kasih sekalian. Assalamualaikum Warohmatullahi
Wabarokatuh dan salam sejahtera pembuka bicara. Berdirinya saya di atas persada
indah tidak lain dan tidak bukan, kerana ingin menyampaikan sebuah
pidato yang bertajuk,

“Fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa Rasmi, Bahasa


perpaduan, Bahasa Pengantar, Bahasa Ilmu dan bahasa komunikasi rakyat
Malaysia”.

Sebelum lancang menuju ke muara, sebelum kita membelah bicara, sebelum


isi menyusur hujah, izinkan saya mendefinisikan frasa yang membina tajuk pidato
agar hadirin terbuka minda, agar hakim tidak terpinga-pinga, dan saya petah
berkata-kata, seperti kata orang dahulu kala : Yang buta tidak teraba-raba, Yang
pekak tidak tertanya-tanya, Yang kecil tidak terambin-ambin, Yang pendek tidak
tertinjau-tinjau.

Di Malaysia, bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan dan sekali gus


berfungsi sebagai bahasa rasmi negara. Bahasa kebangsaan dapat ditakrifkan
sebagai bahasa yang diterima dan digunakan oleh penduduk dalam sesebuah
negara. Bahasa Kebangsaan bagi negara Malaysia ialah Bahasa Melayu.

Para hakim yang bijaksana lagi arif,

Wacana saya yang pertama, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa


Kebangsaan. Tuan-tuan dan Puan-puan, ingatlah, bahasa Melayu mesti perkasa
dalam negara Malaysia untuk kepentingan kebangsaan. Semangat perjuangan
menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu tercetus apabila jiwa rakyat telah timbul
kesedaran untuk jadi bangsa berdaulat. Salah satu cara menjadi bangsa berdaulat
ialah memerintah sendiri negara tanpa dikuasai atau ditunjuk oleh penjajah. Setelah
kemerdekaan tercapai, Persekutuan Tanah Melayu memilih bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kebangsaan. Fungsi ini telah termaktub dalam Bahagian 12 AM dan
pelbagai 152 fasal (1) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang menyebut
bahawa, “Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam
apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang- undang oleh
parlimen.” Maka terbuktilah bahawa bahasa Melayu merupakan lambang kebebasan
dan kedaulatan negara daripada belenggu penjajahan.
Sebagai sebuah negara yang pesat membangun, amat wajar sekali Malaysia
mempunyai satu bahasa Kebangsaan keran bahasa Kebangsaan memberi
gambaran akan status sesuatu bangsa. Bangsa yang bermaruah mempunyai
bahasa kebangsaan sendiri, menggunakan bahas sendiri dan bangsanya
mempunyai identiti kebangsaan sendiri. Oleh itu, untuk memupuk sifat sayangkan
bahasa kita, pelbagai kempen telah diadakan seperti “Cintailah Bahasa Kita”,
“Bahasa Jiwa Bangsa” dan sebagainya. Rakyat dari pelbagai kaum akan dapat
mengenali dan mendekatkan diri dengan bahasa kebangsaan. Wacana saya yang
kedua, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

Selain dipilih sebagai bahasa Kebangsaan, bahasa Melayu sebagai bahasa


rasmi negara. Maksud bahasa rasmi ialah bahasa utama yang digunakan dalam
segala urusan pentadbiran dan urusan rasmi negara. Contohnya, bahasa Melayu
digunakan dalam sistem pendidikan negara, urusan surat-menyurat, mesyuarat dan
pentadbiran negara. Cuba kita renung, bukakan mata, celikkan minda, dalam
mesyuarat-mesyuarat kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, di persidangan-
persidangan, seminar-seminar, di parlimen, bahkan dalam perbicaraan di
mahkamah, mesti diutamakan penggunaan bahasa Melayu. Penggunaan bahasa
selain bahasa Melayu adalah menyalahi Artikel 152 Perlembagaan Malaysia.
Sesiapa yang membelakangkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi
negara, termasuk pemimpin negara sekalipun, mereka adalah penjenayah negara
yang mesti dihukum, dengan hujah itu, terbukti lagi jelas dan nyata, betapa penting
bahasa Melayu memainkan peranan dalam urusan pentadbiran negara.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Wacana saya yang ketiga, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan
rakyat Malaysia. Bahasa perpaduan bermaksud bahasa yang digunakan sebagai tali
pengikat kemuafakatan antara anggota masyarakat. Hal ini kerana, masyarakat kita
adalah masyarakat majmuk yang berbeza kepercayaan, amalan, budaya, agama
dan bahasa. Bahasa Melayu dapat memainkan peranan sebagai penyatu
kepelbagaian tersebut melalui penggunaan bersama, atau satu bahasa untuk satu
negara. Kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan bahasa Melayu dalam semua
komunikasi awam dan terbuka agar tidak timbul syak wasangka antara satu sama
lain. Apabila penggunaan bersama bahasa Melayu di tempat terbuka sudah menjadi
amalan, maka akan wujud kemesraan, kepercayaan, hormat dan rasa selamat.
Rasa kemesraan, rasa kepercayaan, rasa hormat dan rasa selamat merupakan
faktor yang membina perpaduan antara kaum. Dengan itu, dapatlah kita melahirkan
bangsa yang bersatu dan menganggap Malaysia sebagai negara milik bersama.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,

Wacana saya yang keempat, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa


pengantar dalam sistem pendidikan negara. Yang dimaksudkan sebagai bahasa
pengantar pendidikan ialah bahasa yang digunakan sebagai alat perhubungan
dalam pengajaran dan pembelajaran. Bahasa Melayu yang berfungsi sebagai
bahasa pengantar dalam pendidikan membuktikan keupayaan bahasa Melayu
sebagai alat menyampaikan pelbagai ilmu untuk digunakan bagi memajukan diri,
masyarakat dan negara. Rakyat Malaysia yang mendapat pendidikan rendah,
menengah dan universiti dalam bahasa Melayu berjaya meraih anugerah hingga
peringkat antarabangsa. Ramai rakyat Malaysia yang bekerja di syarikat-syarikat
antarabangsa, baik syarikat yang beroperasi dalam negara mahupun syarikat yang
beroperasi di luar negara. Bahasa Melayu boleh menjadi bahasa ilmu kerana
mempunyai ciri-ciri keintelektualan bahasa. Keintelektualan bahasa bermaksud
keupayaan bahasa dalam menyampaikan buah fikiran, hujah, pendapat dengan
tepat dan dapat dilenturkan dengan mudah. Bahasa Melayu juga boleh menjadi
bahasa ilmu kerana mempunyai ciri-ciri kesempurnaan bahasa iaitu kestabilan
seperti pembentukan istilah atau konsep, dan peraturan seperti ejaan, sebutan,
pemakaian, tatabahasa dan lain-lain lagi. Satu lagi ciri kesempurnaan bahasa ialah
kelenturan, di mana bahasa Melayu mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran
dan perubahan yang berlaku dari semasa ke semasa.

Wacana saya yang terakhir, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa


komunikasi masyarakat. Bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi kerana ia
dituturkan oleh semua orang dalam pelbagai lapisan masyarakat. Ia merupakan
bahasa ibunda dan bahasa utama di Malaysia, digunakan oleh semua golongan
masyarakat, tidak kira di desa atau di kota, golongan kaya ataupun miskin. Oleh
sebab itu, mesej dapat disampaikan dengan mudah, tepat dan difahami oleh semua
golongan masyarakat. Ia juga memudahkan penyampaian dan penerimaan
maklumat. Senario ini telah memberikan satu manifestasi yang jelas, iaitu bahawa
bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa komunikasi di Malaysia.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Setelah frasa demi frasa tajuk pidato saya ini dikupas, maka dapatlah saya
menutup rumusan bahawa bahasa Melayu memikul tanggungjawab yang besar
dalam mengangkat martabat dan bangsa di tanah air tercinta ini. Oleh sebab itu,
segala fungsi bahasa Melayu iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi,
bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi perlu
terus didaulatkan agar keperkasaan bahasa Melayu kekal dan dikagumi. Sebelum
saya mengundur duru, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada
terkasar bahasa, tersalah kata atau tersilap bicara. Saya mengakhiri pidato saya ini
dengan serangkap pantun :

Alang-alang menyeluk pekasam,


Biar sampai ke pangkal lengan,
Alang-alang bahasa dijulang,
Biar kekal sepanjang zaman.

Sekian, wabillahi taufik wajhidayah wasalamualaikum warohmatullahi waborokatuh.


PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Sejambak kasih, seharum kasturi buat saudara saudari peneraju majlis, kombinasi
kehakiman yang berlandaskan neraca keadilan, guru-guru penggerak generasi
berwawasan seterusnya warga dewan sekalian. Assalamualaikum dan salam
sejahtera.

Perpaduan Teras Kejayaan. Begitulah tajuk pidato saya pada hari ini.

Secara literalnya, perpaduan boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang mana
rakyat di dalam sesebuah negara hidup bersatu padu dan tidak berpecah belah.
Teras kejayaan pula bermaksud sesuatu yang menjadi asas agar berjaya untuk
kemenangan ataupun hasil yang diperoleh. Secara konseptualnya, mauduk pidato
ini mengajak kita untuk berfikir dan bertindak sebagai satu bangsa yang bersatu
padu untuk mencapai kejayaan yang diimpikan.

Warga dewan yang dirahmati Allah sekalian,

Semangat persaudaraan membawa kejayaan negara tercinta. Perpaduan


lahir daripada semangat setiakawan. Walaupun berbeza asal keturunan,
kepercayaan agama dan akar budaya namun rakyat Malaysia berpegang pada satu
prinsip yang sama iaitu Rukun Negara.

Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People (Dengan
Izin). Dalam hal ini, keadaan bersatu padu menuntut rakyat berfikir melepasi
sempadan kaum dan etnik masing-masing.

Hubungan kaum dan etnik dipereratkan bagi jangkamasa panjang.


Kewujudan satu bangsa Malaysia membentuk sikap menghormati, ikhlas, saling
mempercayai dan persaudaraan.

Buktinya RIMUP dan e-intergrasi telah mensasarkan murid-murid dari SK, SJK(C)
dan SJK(T) bersama-sama mengikuti satu program bersama. Pelaksanaan RIMUP
dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan adalah untuk membina negara
bangsa.

Pepatah zaman dahulu berbunyi, di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
Maka, sekiranya kita percaya kepada ideologi dan semangat perpaduan rakyat di
Malaysia, perkara ini pasti menggerakkan kejayaan negara.

Sidang intelektual sekalian,

Meniti wasilah kedua saya dengan untaian kata, Kemajuan ekonomi


dinikmati, kemakmuran negara dikecapi. Rakyat yang bersatu padu dapat
membangunkan ekonomi negara. Pelancong dan pelabur asing mengenali rakyat
Malaysia yang berintegriti tinggi.

Kini, Malaysia menerokai bidang sains angkasa, bioteknologi dan teknologi


nano. Menurut laporan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa, Malaysia
mencatatkan nilai digital 0.57 bermakna kita mendahului kemudahan akses digital
dalam kalangan negara ASEAN.

Justeru, perpaduan rakyat yang utuh dan erat di negara kita telah
meningkatkan taraf ekonomi negara menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk
sama rendah dengan negara lain.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Idea terbilang terakhir saya dengan gagasan bicara, perpaduan dan


semangat nasionalisme, negara aman dan sentosa. Peristiwa berdarah pada 13 Mei
1969 perlu dijadikan iktibar. Formula yang dicipta oleh Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj, Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan adalah untuk perpaduan dan
semangat nasionalisme.

Kini, kejayaan negara kita disandarkan kepada perpaduan nasional. Negara


ini adalah negara kita. Kita adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu
dinikmati dan dikongsi secara bersama. Segala pembangunan adalah limpahan
daripada perpaduan yang diteruskan dalam sebuah negara yang berbilang kaum
dan agama.

Lihatlah apa yang berlaku pada negara-negara yang sedang bergolak seperti
Mesir, Syria dan Libya. Perpaduan sudah tiada. Kemusnahan berlaku di mana-
mana. Rakyat menderita dan sengsara. Mengorbankan banyak nyawa. Sehingga
melibatkan campur tangan negara luar.

Kasihan.... Jangan sampai negara kita menerima nasib seperti mereka. Kami, anak-
anak pasca merdeka dahagakan keamanan untuk kesejahteraan. Saya menyeru
tuan-tuan, puan-puan dan rakan-rakan sekalian, yakin dan percayalah bahawa
Perpaduan Teras Kejayaan. Akhir kata, ‘Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.’

Sekian, salam ilmiah menjana sahsiah.


DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN DIRI

Yang saya hormati, Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan yang saya kasihi sekalian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di sini, ingin saya lahirkan rasa kesyukuran kerana di beri peluang keemasan di
dalam dewan yang serba indah, dalam negara yang sentiasa aman, damai, suasana
pagi yang gelap pada zahirnya bertukar cerah terus memberi laluan mudah kepada
saya untuk menyampaikan sebuah pidato penting yang bertajuk,
Disiplin Asas Kecemerlangan Diri.

Sidang dewan yang saya hormati,

Sebelum saya meneruskan bicara sebelum bibir menutur kata-kata, izinkan saya
mendefinisikan tajuk saya pada hari ini.Disiplin Asas Kecemerlangan Diri. Disiplin
membawa maksud kepatuhan kepada peraturan. Asas pula ialah tapak. Dasar
merupakan satu permulaan. Manakala kecermelangan merupakan satu
kegemilangan diri seseorang. Jadi, kepatuhan kepada peraturan merupakan tapak
permulaan kepada kegemilangan diri seseorang.

Tanpa membuang masa lagi, izinkan saya rungkaikan beberapa misteri


kecemerlangan dan kegemilangan diri yang sememangnya cukup mudah dikecapi,
jika apa yang akan saya perkatakan sebentar lagi dipraktikkan dalam kehidupan.

Hadirin sekalian,

Akal yang cerdas terletak kepada tubuh badan yang sihat. Tubuh yang sihat dan
cergas memang diperlukan untuk menjalankan aktiviti seharian. Antara salah satu
faktor yang perlu diambil berat ialah faktor kesihatan. Kesihatan dapat dijaga apabila
pemakanan diawasi. Makanan yang banyak bahan perasa, bahan pengawet dan
berkarbonat mestilah dihindari bagi memastikan safat otak berjalan lancar kerana
bahan seperti inilah yang melemahkan ingatan dan menyebabkan sukar untuk
menghafal sesuatu. Jika terjadi sedemikian, proses pembelajaran sukar untuk
dijalankan. Oleh itu, sewajarnya kepada sesiapa yang mencari-cari kecemerlangan
diri dan kehidupan berdisiplin perlulah menjaga pemakanan harian. Jaga
pemakanan anda, Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.

Peraturan semestinyanya ada di sekeliling kita. Hidup tanpa peraturan, mati. Factor
yang akan saya tegaskan sebentar lagi berdasarkan aspek mematuhi peraturan iaitu
patuh kepada arahan. Jalan raya trafik, rumah ibu bapa, sekolah guru, atau dimana
sahaja kita berada pasti ada arahan dan peraturan tersendirinya. Pelajar yang
cemerlang merupakan pelajar yang patuh kepada arahan gurunya. Anak yang soleh,
meupakan anak yang mendengar arahan ibu bapanya. Kajian akal menunjukkan
individu yang cemerlang ialah individu yang akur dengan arahan. Bagaimana ingin
cemerlang jika arahan tidak diendahkan? Ingat, patuh pada arahan, kecemerlangan
dalam tangan!
Sidang dewan yang saya hormati sekalian,

Faktor terakhir yang ingin saya tegaskan pada hari ini adalah factor yang paling
penting berkisarkan aspek dalaman individu itu sendiri. Dimana ada kemahuan, di
situ ada jalan. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Orang cemerlang, orang
punyai semangat juang. Datuk Azhar Mansor dan Datuk Sharifah Mazlina
contohnya, keinginan yang tinggi, kemahuan membuak-buak untuk mengharumkan
nama negara inilah, resepi utama yang membolehkan mereka mengecapi
kemanisan kejayaan dan kecemerlangan. Lihatlah dunia, mana- mana pemimpin
yang berdisiplin, yang bersungguh-sungguh, yang punyai wawasan dan cita-cita
tinggi pasti disanjung masyarakat. Siapa yang menuai, dia akan dapat hasilnyanya.
Siapa yang bersungguh-sungguh dia akan dapat kejayaannya.

Hadirin sekalian,

Resepi kejayaan telah saya suapkan, keluarkan sedikit tenaga kunyah dan telan
akan meresap ke dalam diri Akhir kata sebelum dewan ini kembali sunyi, saya mahu
tegaskan sekali lagi, disiplin yang jitu dalam diri seseorang, mampu membawanya
ke gerbang kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sebelum saya berundur, saya akhiri dengan serangkap pantun;

Kalau ada jarum yang patah,


Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan didalam hati

Sekian wabillahitaufik walhidayah WASSALAM


“Rukun Negara Membentuk Rakyat Berkualiti”

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksanayang
sentiasa berpaksikan kepada keadilan, semestinya, saudara penjaga masaYang
setia dengan randiknya, seterusnya rakan seperjuangan yang saya seganiserta
hormati sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera.

Berdirinya saya di sini, bukanlah untuk membuang masa hadirin, bukan pula untuk
berbicara kosong akan tetapi menyampaikan pidato saya yang bertajuk
“Rukun Negara Membentuk Rakyat Berkualiti”

Hadirin yang saya hormati,


Malaysia merupakan sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripadarakyat
berbilang kaum yang mempunyai nilai hidup sosial, kebudayaan dankepercayaan
yang berbeza. Ini menyebabkan perpaduan agak sukar dicapai keranasetiap orang
mempunyai kepercayaan dan pandangan hidup yang berbeza. Oleh itu,kita
memerlukan sesuatu yang dapat mengeratkan perhubungan sesama rakyat
danmembolehkan kita hidup bersama dengan aman dan harmoni di bawah
bumbungyang sama tidak kira sama ada dari kaum atau status yang berbeza.
Sehubunganitu, Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri
PadukaBaginda Yang Dipertuan Agong, Tuanku Ismail Nasiruddin Shah pada 31
Ogos1970. Antara tujuan Rukun Negara adalah untuk dijadikan prinsip hidup
semuarakyat negara ini dan menjamin perpaduan kaum dan keamanan negara.
RukunNegara seharusnya dijadikan panduan oleh setiap rakyat yang mengaku
dirinyasebagai warganegara Malaysia. Sekiranya panduan ini sentiasa dipatuhi,
pastinya iaakan membentuk rakyat berkualiti. Rakyat yang berkualiti bersinonim
denganwarganegara yang bermutu tinggi dan tinggi nilainya.
“Lima Prinsip Rukun Negara”

Hadirin sekalian,Itulah lagu yang sering kali dimainkan di corong-corong radio dan
televisyen. Ianya bukanlah sekadar untuk hiburan semata-mata tetapi ada mesej
yang ingindisampaikan. Mari kita tinjau apakah mesej yang ingin disampaikan.

Prinsip yang pertama iaitu, Kepercayaan Kepada Tuhan. Setiap agama pastinya
menyerukepada kebaikan. Justeru, bagi insan yang beragama, pastinya mereka
percayabahawa melakukan perkara yang baik adalah sangat dituntut. Di sini kita
dapat memahami bahawasanya prinsip yang pertama ini akan dapat melahirkan
rakyatyang berkualiti yang mana inginkan sesuatu yang terbaik untuk dirinya
danmasyarakat. Jadi, tidak dinafikan, rukun negara dapat membentuk rakyat
yangberkualiti melalui prinsipnya yang pertama.
“Berkorban apa saja, harta atau pun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia”

Prinsip yang kedua ialah Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

Prinsip ini menyerusupaya rakyat Malaysia sentiasa mengamalkan sikap taat setia
kepada pemimpindan tanah air. Rakyat yang taat dan sayang akan tanah airnya
pasti akan berusahauntuk memajukan negara. Walau apa-apa pun yang terjadi,
kesanggupan merekauntuk berkorban sangatlah dihargai. Ini menunjukkan bahawa
rakyat Malaysiaadalah rakyat yang berkualiti tinggi. Prinsip kesetiaan inilah yang
akan memacurakyat Malaysia untuk berubah memajukan negara Malaysia. Rakyat
yangbersemangat seperti inilah yang akan dapat memimpin negara kelak. Pepatah
Melayu ada mengatakan “di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung”.
Hadirin yang saya muliakan,

Prinsip yang ketiga pula ialah keluhuran perlembagaan


Maksudnya ialahsetiap warganegara hendaklah menghormati perlembagaan negara
yang jugamerupakan sumber perundangan tertinggi negara. Setiap rakyat
haruslahmenghormati dan mematuhi perlembagaan yang telah ditetapkan. Ia
bertujuaanuntuk menjaga hak-hak keistimewaan setiap rakyat Malaysia. Justeru,
dalam usaha membentuk rakyat yang berkualiti, prinsip ini memainkan peranan yang
sangatpenting. Setiap rakyat pastinya dibawah naungan perlembagaan negara yang
semestinya menjaga hak-hak mereka.

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Kalau


sudah ditetapkan, jangan pula dibuatnya. Maksud yang saya ingin sampaikan di sini
ialah setiap negara mempunyai undang-undangnya tersendiri. Ia adalah berasaskan
kepada perlembagaan negara. Perkara ini termaktub di dalam rukun negara yang
keempat iaitu Kedaulatan Undang-Undang. Dengan adanya undang-undang, maka
setiap rakyat akan berdisiplin dan mematuhi segala yang telah ditetapkan.
Warganegara yang berdisiplin akan membentuk rakyat yangberkualiti tinggi.

Hadirin yang disanjungi,Prinsip yang terakhir iaitu Kesopanan Dan Kesusilaan


Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku
seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan
santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang
dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah
paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama
lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan
bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang
berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah
masyarakat yang berkualiti. Masyarakat yang majmuk namun hidup bersatu padu.
Inilah yang menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sememangnya rakyat yang
berkualiti tinggi.

Bulat air kerana pembentung bulat kata kerana muafakat. Yang berat sama dipikul
yang ringan sama dijinjing. Itulah amalan rakyat Malaysia yang sentiasa
berpandukan kepada idealogi negara yang telah membentuk rakyat yang berkualiti.
Dengan adanya kerjasama yang erat dan perpaduan yang kukuh berakar umbikan
rukun negara, maka tidak hairanlah negara Malaysia mampu membentuk rakyat
yang berkualiti tinggi dan disegani di dunia. justeru, marilah kita bersama-sama-
sama menghayati rukun negara dan sekaligus menjadi insan yang berkualiti.
Ingatlah, pepatah Melayu ada mengatakan, ibarat telur sesangkak, pecah sebiji,
pecah semua. Tepuk dada, tanya minda. Sekian, terima kasih.
Tema: Perpaduan Teras Keamanan Negara

Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh Begitulah indahnya pepatuh orang dahulu
sebagaimana indahnya mauduk pidato yang akan saya sampaikan Perpaduan Teras
Keamanan Negara.

Salam Perpaduan dan Salam Sejahtera saya ucapkan kepada Yang Dihormati Tuan
Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang sentiasa menegakkan paksi kebenaran,
penjaga masa yang budiman, guru-guru dan warga dewan sekalian.

Perpaduan ditakrifkan sebagai satu proses yang menyatupadukan anggota


masyarakat dan negara seluruhnya supaya setiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti, nilai bersama dan satu perasaan kebangsaan bersama di
kalangan mereka. Teras keamanan negara merujuk kepada asas kesejahteraan dan
keselamatan ekonomi, politik dan sosial sesebuah negara. Dalam 5 minit pidato
saya ini, saya ingin mengajak hadirin sekalian menilai kepentingan perpaduan
sebagai teras keamanan negara berdasarkan sebuah cerita, iaitu Peristiwa Berdarah
13 Mei 1969.

Warga dewan yang dihormati,


Penjajahan British melalui dasar pecah dan perintah serta mementingkan kuasa dan
ekonomi menyebabkan terjadi jurang perbezaan dan pengenalan ekonomi
berbentuk etnik antara kaum dan wilayah. Pelbagai kaum terasa seperti tidak
mendapat pembelaan dan peluang yang sewajarnya. Dalam kempen pilihanraya
1969 pula, terdapat parti-parti politik yang telah menimbulkan isu-isu sensitif yang
menyentuh kaum tertentu. Peristiwa ini menunjukkan bahawa perpaduan nasional
sukar dicapai jika terdapat jurang perbezaan yang terlalu besar terutama dari segi
ekonomi, politik dan sosial antara rakyat pelbagai kaum. Oleh itu, pada bulan
Januari 1970, Majlis Perundingan Negara (MPN) ditubuhkan. Fungsi utama majlis ini
ialah meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan untuk
menyelesaikannya. Antara hasil utama Majlis ini ialah Rukun Negara dan Dasar
Ekonomi Baru.

Hadirin yang dirahmati,

Seperti yang kita ketahui, tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan
kerana rakyat akan bergaduh sesama sendiri sehingga menghancurkan keamanan
sesebuah negara yang telah dibina itu. Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat
hanya akan menghasilkan suasana hidup yang porak-peranda. Oleh hal yang
demikian, benarlah perpaduan kaum itu penting untuk meningkatkan keamanan
negara. Persoalannya, bagaimanakah kita dapat mengukuhkan perpaduan kaum di
negara ini? Warga dewan yang dihormati, Meninjau kepada Penyata Razak dan
Laporan Rahman Talib, telah memberikan penekanan kepada sistem persekolahan
yang sama; bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan kurikulum sekolah yang
sama dan bercorak kebangsaan. Jelaslah bahawa sistem pendidikan ialah satu
kaedah untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan kaum. Selain itu, penekanan
kepada sikap berbangga menjadi warganegara Malaysia perlu diterapkan dalam jiwa
pelajar. Hal ini boleh dilakukan melalui pelbagai pertandingan, sambutan bulan
kemerdekaan, dan hari patriotik.

Warga dewan yang dikasihi,

Meninjau kepada Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib, telah memberikan
penekanan kepada sistem persekolahan yang sama; bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar dan kurikulum sekolah yang sama dan bercorak kebangsaan.
Jelaslah bahawa sistem pendidikan ialah satu kaedah untuk mengekalkan
perpaduan dalam kalangan kaum. Selain itu, penekanan kepada sikap berbangga
menjadi warganegara Malaysia perlu diterapkan dalam jiwa pelajar. Hal ini boleh
dilakukan melalui pelbagai pertandingan, sambutan bulan kemerdekaan, dan hari
patriotik.

Konklusinya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak
kerajaan semata-mata dalam mewujudkan perpaduan kaum. Janganlah kita
bersikap evasif mahupun bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-
masing kerana perpaduan kaum itu hanya akan wujud apabila semua kaum
menjalankan obligasi masing-masing dengan sempurna dan bersikap bertolak
ansur. Sebelum melangkah pergi, serangkap pantun untuk renungan kita bersama.

Berbilang bangsa sehati sejiwa,


Perpaduan bangsa jadi pegangan,
Pemimpin cekap lagi berwibawa,
Rakyat bersatu negara aman.

Sekian, terima kasih.


”Rukun Negara Memperkasa Jati Diri”

Kalau Tidak Kerana Bintang,


Tak Akan Bulan Kelihatan Tinggi,
Kalau Tidak Kerana Pidato,
Tak Akan Saya Berada Di Sini,

Datang Bahtera Dari Medan,


Singgah Sebentar Di Laluan Kerai,
Salam Satu Malaysia Saya Hulurkan,
Kepada Warga Dewan Pembuka Tirai,

”Rukun Negara Memperkasa Jati Diri”

Kejadian 13 Mei yang menggegarkan negara,


Menyebabkan goyahnya perpaduan negara,
Lantas diperkenalkan Rukun Negara.

Mari kita telusuri kekuatan Rukun Negara.

Terima kasih pengerusi majlis, Barisan panel hakim yang arif, Def-def terhormat,,
Serta warga dewan sekalian, Assalamualaikum dan salam sejahtera.

”Rukun Negara Memperkasa Jati Diri” Begitulah bunyi tajuk pidato saya hari ini,

Saudara dan saudari,

Secara tuntasnya atau definisi seluruhnya, Pidato yang akan saya dendangkan,
Akan membuktikan, Bahawa Keperibadian Seseorang insan, Akan terbentuk,
Dengan penghayatan dan amalan, Atas Rukun negara yang diperkenalkan. Warga
dewan kebangaan negara, Tak beralihkan rupa berentakan irama,

Hujah saya yang pertama, Kepercayaan kepada tuhan. Semua agama menyeru
umatnya, Melakukan kebaikan sesama manusia. Ini akan melahirkan sikap tolenrasi,
Yang amat tinggi, Yang juga merupakan satu ciri, Jati diri. Kerajaan Malaysia, telah
mengadakan, Pelbagai program keagamaan, Bagi membentuk jati diri insan, Yang
Cemerlang, Gemilang dan Terbilang, Bukannya Malang, Melayang dan Temberang.
Kepercayaan kepada tuhan yang esa, Akan menyedarkan umatnya, Bahawa setiap
perlakuan ada batasnya, Kerana ada hukuman dan balasannya.

Sidang dewan sekalian, Kerana itulah negara kita banyak mengadakan, Acara
keagaamaan dan perayaan, Kita ada Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali,
Krismas, Dan kita juga ada kongsi raya. Mengapa semua ini diadakan? Kerana kita
percaya, Perayaan keagamaan ini, Dapat membentuk kerjasama sejati, Perpaduan
murni, Bagi membentuk Jati Diri, Rakyat negara ini. Jelas! Prinsip rukun negara
yang diperkenalkan, Iaitu kepercayaan kepada tuhan, Dapat membentuk jati diri
mampan.

Sidang dewan yang budiman,


Hujah saya yang kedua di bawah naungan kata, Kesetiaan kepada Raja dan
Negara. Raja adalah pemerintah negara yang tertinggi, Kaitan kedua-duanya sangat
rapat sekali, Sebagai rakyat, menjadi tugas hakiki, Untuk mentaati Raja dan Negara.
Apakah buktinya kesetiaan itu? Adakah dengan menyatakan di bibir sahaja? Tepuk
dada tanya selera. Setiap negeri, Mempunyai lagunya sendiri, Yang senikatanya
memuji dan menghargai, Raja dan negeri. Kerana itulah lagu negeri, Wajib
dinyanyikan setiap minggu sekali, Bagi menanam semangat jadi diri, Terhadap raja
dan negeri serta negara. Sebagai tanda setia rakyat kepada pemerintahnya Masih
ingatkah lagi, ketika lagu Negaraku, Dipermain-mainkan oleh penuntut hantu, Rakyat
Malaysia bangun bersatu, Menentang pengkhianat itu. Tindakan itu membuktikan
kepada semua, Kesetiaan rakyat yang dipelihara, Dapat membentuk jati diri warga,
Iaitu kesetiaan kepada raja dan negara. Tidak dapat disangkal lagi, Bahawa Prinsip
rukun negara, Iaitu kesetiaan kepada raja dan negara, Dapat membentuk jati diri
berwibawa.

Hujah saya yang ketiga,


Keluruhan perlembagaan dan Kedaulatan undang-undang Negara kita yang
berdaulat ini, Mempunyai perlembagaannya sendiri, Dan undang-undang yang
mantap serta tepat, Mampu menjadi aspirasi negara yang hebat, Bagi melahirkan
masyarakat yang seimbang, Dan mempunyai jati diri cemerlang. Uniknya
perlembagaan di Malaysia, Ialah mempunyai cara yang istimewa, Dan sentiasa
menjadi panduan bagi pemimpin, Dan menjadi landasan bagi rakyat yang dipimpin.
Perlembagaan dan Undang-undang inilah, Sentiasa dipelihara sebagai wadah,
Untuk memastikan jati diri akan terserlah, Dan masyarakat Malaysia akan lahirlah,
Kepercayaan dan keyakinan yang tidak bercapah, Antara kaum-kaum agar tidak
berpecah, Ibarat kata pepatah, Telur serangkak pecah sebiji pecah semua,
Bukannya pecah sebiji pecah sendiri. Kerana itulah perlembagaan dan undang-
undag negara, Mesti dipelihara dan diawasi setiap masa, Mengikut keadaan dan
perkembangan dunia, Kerana ia menjadi asas bagi warga, Untuk hidup dalam satu
kawasan bersama-sama, Dan melahirkan jati diri bertolenrasi.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Hujah saya yang keempat Kesopanan dan kesusilaan Kesopanan dan kesusilaan
adalah perlakuan budi, Yang begitu tinggi dan haruslah diikuti, Oleh masyarakat di
negara ini. Kesopanan dan kesusilaan Dapat melahirkan Jiwa rakyat yang
mementingkan, Amalan budi dalam kehidupan seharian. Amalan budi ini juga dapat
memperkuatkan Jati diri insan Walaupun hidup dalam kemodenan Kerana moden
sahaja tidak bererti Jika budi pekerti mati. Kerana itulah kerajaan Begitu hebat
mengadakan Pelbagai kempen Kesopanan dan kesusilaan Seperti Kempen Budi
Bahasa dan Hidup Berjiran Kepada rakyat tempatan Agar menjadi pegangan Dan
amalan dalam kehidupan Dan akhirnya terbentuklah jati diri mampan. Pandangan
pelancong asing adalah buktinya, Mereka menyatakan rakyat Malaysia, Begitu
berbudi pekerti dan mesra. Kajian Penerbangan Malaysia, Tentang tarikan
pelancong ke negara kita, Menyatakan 65 peratus adalah kerana rakyatnya, Yang
bersopan santun dan berbudi bahasa. Penghayatan prinsip rukun negara ini, Adalah
bukti, Bahawa jati diri rakyat negara ini, Dapat dibentuk dengan Amalam Rukun
Negara.
Kesimpulannya, Rukun negara dapat melahirkan, Rakyat yang berjati diri, Dan
berbangga dengan negara sendiri, Dan negara mempunyai, Rakyat yang
berindentiti,berkualiti dan berjati diri. Akhir kalam, Laksamana / Srikandi SK Pekan
Pitas 2 mohon mengundur diri Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai