Anda di halaman 1dari 2

Tetap terserlah si askar platun

Mara menghala barisan hadapan


Ucap bismillah selembar pantun
Bicara bermula titisan ucapan.

Dalam kerelaan majumu dewi


Pantang rebah bangun berdiri
Salam kemerdekaan buat ibu pertiwi
Bertatang sembah pantun penyeri

Di sangkar merbah bertelur helang


Punai terlepas di hutan tarah
Berkibar megah jalur gemilang
Bagai mengibas lipatan sejarah.

Jentik penutup persetua lara


Waktu meletus musuh dah tamat
Detik berdegup jiwa dan suara
31 ogos 1957 sejarah keramat

Kenangan lara akan terbuku


Pusaka bangsa suka dan duka
Laungan keramat pekikan tunku
Merdeka, merdeka, merdeka, merdeka!

Jasamu diingat ditinta pusara


Kenangan duka tidak disesali
Perkasamu semangat cinta negara
Laungan merdeka berkali-kali

Komunis melanda sadis bertahun


Jerih bernafas peristiwa Kepong
Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun
Masih berbekas nyawa terapung.

Waktu berarus minit berlari


Jangan suka berangan bermenung
31 Ogos menggamit memori
Kenangan merdeka kenangan dijunjung

Kasih dijulang merafak mahkota


Beban peristiwa bersemi pusara
Berputih tulang tidak di mata
Berkorban nyawa demi negara

Melilau muara menjejak hujan


Turun di muara jua di rimba
Kalau bicara tidak sepadan
Mohon diampun kesalahan hamba

Anda mungkin juga menyukai