Anda di halaman 1dari 13

Syair Nasihat

Penghujung Thamarat Al-Muhimmah

Rangkap 1

Ayahanda menyatakan usaha mengarang kitab telah selesai. Beliau merasakan dirinya kurang
bijak dan ilmunya masih cetek. Ayahanda telah menghasilkan kitab ini daripada hatinya yang
sering bimbang dan geram. Usaha mengarang telah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.

Rangkap 2

Ayahanda telah meluahkan perasaannya yang terpendam untuk dijadikan ikhtibar kepada
anakandanya. Ayahanda juga berharap agar anakandanya dapat memperbaiki sikap dan
mengamalkan nilai budi perketi mulia.

Rangkap 3

Nasihat yang diberi oleh ayahanda perlu dituruti dan janganlah mengamalkan sikap malas.

Rangkap 4

Seseorang yang dilantik menjadi pemimpin mestilah memiliki hati yang mulia dan komited
terhadap tugas yang diamanahkan.

Rangkap 5

Kerja kebajikan yang dilakukan perlulah ikhlas dan jangan mengharapkan kepada pembalasan.

Rangkap 6

Ilmu perlu rajin dituntut. Jangan pula kita menuntut ajaran sesat atau ajaran salah.

Rangkap 7

Ilmu perlu diutamakan terutamanya hukum-hukum syarak demi mengelakkan aib.

Rangkap 8

Tindakan perlu berdasarkan pengetahuan supaya membawa kebaikan dan kebajikan untuk
mengelakkan kejatuhan sesebuah kerajaan.

Rangkap 9

Ilmu yang baik akan menjurus kepada keadilan dan kebenaran. Hal ini akan dapat membezakan
antara perkara yang benar dan yang salah.

Rangkap 10

Jika ilmu tidak dituntut atau diambil mudah, ilmu tersebut akan menjerumuskan seseorang atau
negara ke lembah kehancuran.

Rangkap 11

Walaupun tidak mahir tentang hukum agama, janganlah kita berdiam diri dan membiarkan sesuatu
perkara itu begitu sahaja. Sebaliknya, kita harus berusaha mempelajarinya dan memohon
pertolongan dari Allah Maha Yang Esa.
Rangkap 12

Ayahanda mengingatkan anakandanya, jika menjadi pemerintah janganlah hanya duduk tanpa
melaksanakan tanggungjawab. Jangan hanya duduk berehat-rehat di dalam istana.

Rangkap 13

Orang yang mengadu sesuatu masalah akan berasa sakit hati kerana sikap pemimpin yang tidak
pandai membuat keputusan tentang perkara yang diadukan kepada pemimpin mereka.

Rangkap 14

Ada kalanya kita bercakap tentang sesuatu perkara menggunakan cara yang mudah tanpa
mengambil kira hukum agama yang sebenar. Kita digesa agar setiap perkara yang kita lakukan
hendaklah berpandukan hukum agama supaya kita tidak tersesat dan merana kemudian hari.

Rangkap 15

Jika sesuatu perkara dilakukan tanpa mengikut hukum agama pasti orang lain akan mengata di
belakang kita walaupun di hadapan kita mereka tidak berkata apa-apa.

Rangkap 16

Perkara yang benar perlulah kita tegakkan tanpa menghiraukan kara-kata pujian atau cacian orang
lain kerana Allah sentiasa menjadi saksi atas segala perbuatan kita.

Tema

Nasihat kepada pemimpin agar memimpin negara dengan sebaik-baiknya berpandukan hukum
syarak.

Contoh: Ayahanda berpesan kepada anakandanya agar memerintah negara dengan berpandukan
hukum syarak kerana setiap sesuatu yang dilakukan disaksikan oleh Allah.

Persoalan:

1. Usaha membentuk sikap anak supaya mempunyai tingkah laku yang baik

Contoh: Ayahanda menasihati anaknya yang masih muda supaya membaiki sikap dan mengamalkan
budi pekerti yang mulia.

2. Keperibadian tinggi yang perlu dimiliki oleh seseorang pemimpin

Contoh: Ayahanda menasihati anaknya supaya jangan malas, perlu amanah dan adil dalam
menjalankan hukuman.

3. Kepentingan ilmu dalam mentadbir urus negara.

Contoh: Ayahanda menasihati anaknya supaya rajin menuntut ilmu termasuk ilmu agama supaya
tidak dipandang serong.

4. Kepentingan ilmu agama dalam kehidupan.

Contoh: Ayahanda menasihati anaknya mendalami ilmu agama agar berada di landasan yang betul.

5. Sikap pemimpin yang bijak membuat keputusan.


Contoh: Ayahanda menasihati anaknya supaya berfikir dengan mendalam sebelum melakukan
sesuatu tindakan.

Pelanduk Memijak Anak Memerang

Sinopsis

Pada zaman Nabi Allah Sulaiman, semua binatang pandai bercakap bahasa manusia. Nabi Allah
Sulaiman mempunyai lima perdana menteri iaitu manusia, jin Afrit, Unggas, Landak dan
Pelanduk. Walau bagaimanapun, pelanduk digelar Syah Alam di Rimba kerana kebijaksanaannya.
Pada suatu hari Syah Alam di Rmba keluar berjalan-jalan melihat anak-anak buahnya. Dia bertemu
dengan tujuh ekor anak memerang yang ditinggalkan ibu bapanya yang keluar mencari ikan.
Kemudian Syah Alam di Rimba mendengar bunyi burung butbut. Syah Alam di rimba terus
membuka langkah silat gelombang dua belasnya dan terpijak kesemua anak memerang tadi. Ada
yang patah kaki, pecah kepala, dan bersemburan otak. Kesemua anak memerang mati dipijak.
Apabila melihat kesemua anak memerang mati maka Syah Alam di Rimba terus pulang dan
menyembunyikan diri.

Pada waktu petang ibu bapa memerang yang pulang ke sarang terkejut melihat anak-anak mereka
semuanya mati. Setelah diperiksa ibu bapa memerang mendapati terdapat bekas tapak kaki Syah
Alam di Rimba di kawasan sarangnya. Mereka sangat berdukacita dan terus berjumpa dengan Nabi
Allah Sulaiman untuk mengadu hal tersebut. Sewaktu berjumpa Nabi Allah Sualaiman ibu bapa
memerang menceritakan segala hal yang berlaku ke atas anak mereka dan mengatakan Syah Alam di
Rimba yang melakukannya.

Nabi Allah Sulaiman sangat terkejut dan hairan atas perlakuan Syah Alam di Rimba terhadap
rakyatnya. Nabi Allah Sulaiman menitahkan kepada belatuk untuk memanggil Syah Alam di Rimba
ke balai penghadapan. Semasa Syah Alam di Rimba menghadap Nabi Allah Sulaiman maka dia pun
menceritakan perkara yang berlaku berpunca daripada dia terdengar suara Sang bubut telah
menyebabkan Syah Alam di Rimba terpijak anak memerang. Mendengar sahaja cerita Syah Alam di
Rimba maka Nabi Allah Sulaiman pun memerintah Sang Belatuk untuk memanggil Sang Bubut
datang mengadap. Sang Bubut mengatakan dia ternampak Sang Biawak membawa pedang sambil
berlari-lari. Sang Bubut menyangka musuh telah datang menyerang kerana itulah Sang Bubut
memalu gendang perang.

Maka Nabi Allah Sulaiman telah menitahkan Sang Biawak datang menghadap. Setibanya Sang
Biawak maka berceritalah ia bahawa dia ternampak Sang Labi-labi mudik menyerendeng membawa
perisai disangkanya musuh datang meyerang kerana itulah Sang Biawak mengeluarkan pedang. Nabi
Allah menitahkan Sang Labi-labi pula datang mengadap. Setibanya Sang Labi-labi lalu diceritakan
kepada Nabi Allah Sulaiman bahawa dia ternampak Sang Udang membawa tombak menyebabkan
dia mudik membawa perisai kerana disangkanya musuh datang menyerang. Mendengar sahaja
cerita Sang Labi-labi maka Nabi Allah Sulaiman menitah agar Sang Udang datang menghadap. Sang
Udang pula bercerita bahawa dia ternampak Sang Sebarau mudik mengikat pinggang melengkung
sahaja maka disangkanya musuh akan datang menyerang. Sang Sebarau dipanggil menghadap. Sang
Sebarau menceritakan hal yang berlaku. Dia bersikap sedemikian kerana dia telah dianiaya oleh
memerang yang telah memakan kesemua anak dan keturunan Sang Sebarau. Mendengar sahaja
cerita Sang Sebarau maka Nabi Allah Sulaiman mengajukan soalan kepada memerang yang telah
melakukan aniaya ke atas Sang Sebarau. Memerang ketakutan lalu memohon keampunan daripada
Nabi Allah Sulaiman. Dia mengaku melakukan perkara tersebut. Nabi Allah Sulaiman memutuskan
Syah Alam di Rimba tidak bersalah. Perkara itu berlaku berpunca daripada kesalahan memerang
yang memakan anak-anak dan keturunan Sang Sebarau.

Tema

Setiap perbuatan akan mendapat balasan.

Contoh : Kematian anak-anak Sang Memerang akhirnya terbukti disebabkan oleh tindakan
perbuatan memerang itu sendiri yang memakan anak-anak dan keturunan Sang Sebarau.

Persoalan:

1. Pemerintah yang bijaksana dalam menyelesaikan masalah.

Contoh: Nabi Allah Sulaiman menyelesaikan kes Syah Alam di Rimba yang dituduh menyebabkan
kematian anak-anak memerang dengan memanggil kesemua haiwan yang terlibat sehingga
diketahui punca sebenar.

2. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak.

Contoh: Sang Memerang sedih kerana kematian anaknya akibat dipijak oleh Syah Alam. Begitu juga
dengan Sang Sebarau yang marah kerana Sang Memerang telah memakan anak-anak dan
keturunannya.

3. Ketaatan rakyat terhadap pemerintah.

Contoh: Haiwan-haiwan taat akan titah Nabi Allah Sulaiman yang menjadi ketua dan pemerintah
untuk datang menghadap baginda.

4. Kejujuran mengakui kesalahan

Contoh: Sang Memerang mengaku kesalahannya yang telah memakan anak-anak serta keturunan
Sang Sebarau

Sajak Roti

(Ahmad Syahrul Wahid)

Maksud

Rangkap 1

Ruang dapur dipenuhi asap kerana roti dibakar namun bau roti bakar sangat harum.

Rangkap 2

Perut bertambah lapar kerana menunggu roti siap dibakar.

Rangkap 3

Perut akan menjadi kenyang apabila memakan roti yang telah siap dibakar.

Rangkap 4

Orang yang kaya masih tidak sempurna iman mereka jika tidak memikul tanggungjawab untuk
membantu orang yang memerlukan.

Rangkap 5
Jika seseorang itu beriman maka dia harus bersyukur dengan nikmat dan kemewahan yang
diperoleh.

Tema

Kehidupan masyarakat kaya dan masyakarat miskin.

Contoh: Golongan kaya hidup dalam kemewahan tetapi golongan miskin hidup dalam serba
kekurangan.

Persoalan

1. Nasib masyarakat miskin yang tidak dibantu.

Contoh: Terdapat golongan miskin yang hidup susah dan serba kekurangan sedangkan golongan
kaya hidup senang-lenang serta sering melakukan pembaziran.

2. Sikap golongan beriman dan berkemampuan yang membantu golongan miskin.

Contoh: Seseorang yang beriman akan bersedia untuk menolong orang lain terutama golongan
miskin.

3. Kesyukuran atas nikmat rezeki yang diperoleh.

Contoh: Golongan yang beriman akan sentiasa bersyukur dengan kemewahan dan kesenangan yang
dikecapi.

Drama Mahkamah

(Awang Abdullah)

Sinopsis

Di mahkamah kes pertama ialah Bulat bin Gentel. Dia dituduh menyebabkan kematian seorang
nenek berusia 99 tahun di taman Gajah Putih. Di mahkamah, Bulat tidak mengaku bersalah.
Menurut pendakwa raya, nenek itu terpijak kulit pisang yang dibuang oleh Bulat lalu terjatuh dan
mati dalam perjalanan ke hospital. Peguam bela menerangkan fakta bahawa Bulat membuang
kulit pisang itu ke dalam tong sampah. Walau bagaimanapun, seekor kambing yang lapar datang
menyelongkar tong sampah itu menyebabkan kulit pisang tercampak ke jalan raya. Ketika itulah
nenek tersebut terpijak kulit pisang dan terjatuh. Peguam bela berpendapat pemilik kambinglah
yang harus didakwa kerana membiarkan kambingnya berkeliaran. Bulat dibebaskan daripada
dakwaan kerana pihak pendakwa gagal meyakinkan mahkamah bahawa Bulat bersalah.

Selepas itu mahkamah kembali bersidang dengan kes kedua iaitu kes Ajinomoto yang dituduh
mencuri seekor beruk subsidi dalam stor JKK Ulu Dungun. Ajinomoto mengaku bersalah. Dia mahu
memulangkan beruk yang sedang hamil itu. Namun, dia ingin memelihara anak beruk yang bakal
lahir itu. Mahkamah memerintahkan beruk hamil berkenaan dipelihara oleh Ajinomoto sehingga
selamat melahirkan anak.

Kemudian mahkamah bersidang untuk kes ketiga iaitu kes Bujang bin Senang yang didakwa
memukul isterinya Siti Payung. Bujang tidak mengaku bersalah. Siti mendakwa suaminya menipu
ketika mendapatkan keizinan untuk berkahwin lain. Siti telah mendedahkan keburukan suaminya di
mahkamah itu. Siti meminta suaminya menceraikan isteri keduanya, sebaliknya suaminya salah
faham dan menceraikan Siti pula. Siti mengamuk setelah mendengar lafaz talak daripada Bujang.
Pemikiran:

Perkara remeh perlu diselesaikan secara baik tanpa melibatkan urusan mahkamah.

Contoh: Kes seorang nenek tua yang mati kerana terpijak kulit pisang yang jatuh di jalan raya
sepatutnya tidak perlu diperbesar dan dibawa ke mahkamah.

Persoalan:

1. Kepentingan mempertahankan diri jika tidak bersalah.

Contoh: Bulat tidak mengaku bersalah menyebabkan kematian nenek tua. Dia meminta khidmat
peguam bela untuk menyelesaikan kesnya.

2. Keberanian mengakui kesalahan sendiri

Contoh: Ajinomoto mengaku bersalah di hadapan hakim atas tuduhan mencuri seekor beruk subsidi.

3. Keberanian seorang isteri mempertahankan diri setelah suaminya berpoligami.

Contoh: Siti Payung telah mengkritik suaminya yang gagal berlaku adil setelah berpoligami.

4. Mahkamah merupakan tempat untuk menegakkan keadilan.

Contoh: Setelah hakim meneliti hujah-hujah daripada kedua-dua pihak dalam kes Bulat bin Gentel,
mahkamah mendapati dia tidak bersalah dan dibebaskan.

Sajak Pada Sekuntum Mawar

(Mahwa Muhamad)

Maksud

Rangkap 1

Harga diri gadis remaja yang tercemar merupakan punca perasaan ibu menjadi hancur.

Rangkap 2

Membayangkan masa hadapan anak gadisnya gelap dan tiada hala tuju, seakan telah menutup
harapan bonda yang agar perkara buruk tidak terjadi.

Rangkap 3

Ibu menasihati anak gadisnya supaya menjaga kesucian diri dengan sebaik-baiknya berbekalkan
keimanan.

Tema:

Kasih sayang ibu terhadap anak gadisnya.

Contoh: Ibu yang mengasihi anaknya berasa kecewa apabila harga diri anak gadisnya musnah.

Persoalan

1. Keruntuhan akhlak gadis remaja.

Contoh: Gadis yang kehilangan harga diri telah menghancurkan hati ibu.

2. Harapan ibu terhadap anaknya.


Contoh: Ibu berharap agar anaknya menjaga harga diri dan memelihara Imannya.

3. Perasaan dukacita seorang ibu.

Contoh: Ibu berdukacita apabila masa depan anaknya menjadi gelap jika anaknya terjebak dengan
perkara yag tidak baik.

Sajak: Kucari Damai Di Sini

(A.Hamid Jemain)

Maksud

Rangkap 1

Penyajak mencari kedamaian di tanah air sendiri. Perpaduan berbilang kaum menjamin
kemakmuran negara.

Rangkap 2

Penyajak amat cinta akan tanah air sendiri.

Rangkap 3

Penyajak berharap tanah air akan kekal gemilang pada masa depan dan generasi muda berasa
gembira dengan sejarah Malaysia.

Tema:

Kehidupan yang damai di tanah air yang permai.

Contoh: Kepentingan masyarakat mengamalkan kehidupan saling bersatu hati demi kesejahteraan
hidup bersama.

Persoalan:

1. Jalinan perpaduan antara kaum menjamin kemakmuran dan kedamaian hidup dalam sesebuah
negara.

Contoh: Setiap ahli masyarakat perlu menanamkan perasaan cinta akan tanah air.

2. Negara yang kaya dengan hasil bumi dapat menjamin kehidupan rakyat.

Contoh: Masyarakat berkongsi hasil kurniaan Tuhan tanpa memikirkan perbezaan bangsa, agama
dan budaya.

3. Sikap toleransi penting dalam masyarakat majmuk.

Contoh: Amalan hidup bermasayarakat dan peraduan yang kukuh menjamin kemajuan dan
pembangunan dan kemerdekaan sesebuah negara.

Sajak Dalam Persekitaran Kata-kata

( Baha Zain)

Rangkap 1

Tuhan yang menciptakan manusia. Dialah yang membolehkan manusia bertutur dan menerima
kenyataan.
Rangkap 2

Tuhan telah mengurniakan manusia kebijaksanaan untuk berbicara tentang apa-apa yang
tergores dalam jiwanya dan apa-apa yang terfikir dalam mindanya. Manusia telah bertutur dalam
pelbagai bahasa mengikut tempat dan zaman yang berbeza.

Rangkap 3

Tuhan menciptakan manusia pelbagai bangsa dan rupa fizikal. Manusia mengembara dan
menghuni serata alam untuk mencari rezeki.

Rangkap 4

Unsur-unsur alam menjadi dalil bagi mengesakan Allah berpandukan Al-Quran dan hadis serta
kitab-kitab terdahulu. Daripadanya juga kita memperbaiki persepsi kehidupan.

Rangkap 5

Percakapan atau ungkapan yang dituturkan dapat menambah pengetuahuan dan membuatkan
manusia menghargai kewujudan diri.

Tema sajak:

Kepentingan berbahasa dan hubungan manusia dengan tuhan.

Contoh: Kebolehan berbahasa kurniaan Tuhan telah membolehkan tamadun manusia berkembang
dan generasi ke generasi dan dari satu tempat ke satu tempat.

Persoalan:

1. Persoalan sikap bersyukur ke atas anugerah yang dikurniakan oleh Allah.

Contoh: Penyajak menyedari bahawa Tuhan telah mengurniakan kepada manusia kebijaksanaan
untuk berbicara.

2. Persoalan kepentingan bahasa kepada manusia.

Contoh: Manusia telah menggunakan kebijaksanaan akal untuk mengembangkan bahasa sehingga
bahasa berbeza mengikut tempat dan zaman.

3. Persoalan sifat kesempurnaan manusia yang dianugerahkan Allah

Contoh: Manusia pelbagai bangsa dan rupa telah diciptakan oleh Allah lalu bertebaran mereka ke
serata alam.

4. Persoalan kekuasaan Allah menciptakan alam semesta

Contoh: Manusia mengakui keimanan kepada Allah dengan melihat kepada alam semesta.

5. Persoalan peranan bahasa dalam sistem perhubungan.

Contoh: Bahasa dapat menambah pengalaman seseorang dan memahami hubungan sesama
manusia dan hubungan dengan pencipta

Cerpen: Talia dan Raksasa Qadqad

(Zaniffa Azura Abdullah)


Sinopsis:

Talia ialah seorang kanak-kanak daripada keturunan orang Asli yang tinggal di hutan Bukit Ungu.
Dia telah bertemu dengan raksasa Qadqad. Raksasa yang rupanya seakan-akan katak tetapi
bertanduk itu sebesar kepala Talia. Raksasa tersebut cedera. Talia telah membantu merawatnya
dengan pucuk daun dalat. Kemudian makhluk itu melompat lalu hilang di hutan.

Pada mulanya ibu bapa Talia iaitu Dodo dan Misa tidak mempercayai cerita Talia tentang
raksasa tersebut, tetapi selepas beberapa ahi suku mereka sering terserempak dengan makhluk
itu, barulah ibu bapa Talia mempercayainya. Menurut mereka makhluk itu sebesar dua kali kepala
mereka. Makhluk itu dipanggil Qadqad kerana bunyi istimewa yang dihasilkan oleh makhluk
tersebut.

Tempat tinggal penduduk orang Asli yang sentiasa berpindah-randah kali ini agak istimewa.
Tanahnya berbau warna ungu amat subur dan menggemukkan padi mereka. Suatu hari adik lelaki
Talia iaitu Jini menghidap demam. Bapanya Dodo membawa mereka sekeluarga ke hospital
kerana demam Jini semakin teruk. Mereka sekeluarga bercadang menumpang kereta api yang
datang dan pergi untuk mengangkut bijih ke bandar. Ketika hampir tiba di stesen kereta api,
mereka telah disergah oleh Tuan Binjah. Tuan Binjah telah memarahi mereka yang ingin
menumpang kereta api untuk ke bandar. Ketika itu Sidek, pemandu kereta api telah melaporkan
kepada Tuan Binjah bahawa kem-kem balak milik mereka di timur telah diserang oleh raksasa
Qadqad. Mereka diserang kerana sebatang pokok balak yang ditebang telah menghempap sarang
keluarga empat ekor raksasa Qadqad. Bukan itu sahaja, mandur kem balak juga telah menetak
mati kesemua raksasa yang cedera.

Tiba-tiba mereka telah diserbu oleh raksasa hijau kuning yang melompat tinggi dari hutan. Mereka
dan pekerja lombong yang berada di situ melarikan diri menuju ke sebuah bangunan yang terletak di
tepi lombong. Seekor raksasa Qadqad telah mendarat di bahu Dodo yang belum sempat masuk ke
dalam bangunan. Apabila makhluk itu ternampak Talia, makhluk Qadqad itu mengeluarkan bunyi
dan berbicara dengan makhluk Qadqad yang lain. Talia mengenali makhluk Qadqad tersebut kerana
Talia pernah membantu makhluk itu. Dengan tidak disangka makhluk Qadqad yang banyak itu telah
beredar meninggalkan mereka. Tuan Binjah berasa pelik dengan keistimewaan Talia yang
menyebabkan makhluk raksasa yang menyerang mereka beredar. Melihat sahaja benda berwarna
ungu di atas kepala Talia, Tuan Binjah terus bertanya hal tersebut kepada bapanya. Dodo
memaklumkan kepada Tuan Binjah bahawa benda itu merupakan tanah.

Selepas peristiwa tersebut, Dodo dan keluarganya dibenarkan menaiki kereta api untuk ke hospital.
Tiga hari kemudian, di hospital, Sidek telah memberitahu kepada Dodo bahawa Tuan Binjah ingin
melombong di Bukit Ungu. Sesiapa yang dapat menguasai tanah di Bukit Ungu pasti akan menjadi
kaya-raya. Tuan Binjah mahu mengusir penduduk Asli dari tempat itu. Mereka telah melaporkan hal
tersebut kepada pihak polis. Mereka cuba menghalang Tuan Binjah. Namun Tuan Binjah telah
mengarahkan samseng-samseng upahannya untuk membakar kediaman-kediaman penduduk Asli di
situ. Talia telah memanggil makhluk Qadqad. Ratusan makhluk Qadqad muncul dan kesemua
penduduk Asli melarikan diri ke Bukit Ungu. Setelah keadaan reda mereka kembali ke kawasan
kediaman mereka dan melihat berpuluh-puluh mayat manusia dan bangkai raksasa Qadqad
bergelimpangan. Dalam pada itu juga beberapa buah rumah musnah terbakar. Ketibaan pasukan
polis agak lewat dan tidak ada apa-papa yang boleh dilakukan. Sejak peristiwa itu raksasa Qadqad
terus hilang dan tidak muncul-muncul lagi seperti telah pupus

Tema
Kerakusan manusia membawa kemusnahan

Contoh: Kerakusan Tuan Binjah yang tamak dan mahu menguasai Bukit Ungu untuk melombong bijih
telah mengakibatkan berlakunya serangan ganas raksasa Qadqad sehingga Tuan Binjah dan
pengikutnya mati terbunuh.

Persoalan:

1. Kehidupan orang Asli yang berpindah-randah

Contoh: Dodo dan penduduk orang Asli sering berpindah-randah dari suatu tempat ke suatu tempat
yang lain apabila tanah lereng bukit tidak subur.

2. Kepentingan bantu-membantu kepada golongan yang memerlukan pertolongan

Contoh: Talia telah membantu seekor makhluk Qadqad yang cedera akibat dilibas gergaji. Talia
merawat makluk tersebut dengan menggunakan pucuk daun dalut.

3. Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak.

Contoh: Dodo membawa anaknya Jini ke hospital untuk memdapatkan rawatan setelah mengalami
demam yang teruk.

4. Budi yang baik mendapat balasan.

Contoh: Kebaikan Talia merawat raksasa yang cedera telah menyelamatkan diri, serta keluarganya
daripada diserang oleh mahkluk tersebut.

BANJIR DI MATA EMAK: CERPEN KOMSAS TINGKATAN 2 (EVERLASTING MOTHER'S LOVE)

Pendahuluan

Cerpen yang termuat mulai muka surat 51 hingga 57, antologi Baik Budi, Indah Bahasa ini
disampaikan menerusi sudut pandangan orang pertama. Pencerita menggunakan kata ganti diri
'saya' bagi menggambarkan penderitaan Mak Piah / Nek Piah dalam menghadapi peristiwa banjir
secara bersendirian. Penulis cerpen, Che Soo Ismail, 56, kelahiran Alor Setar yang berkelulusan
darjah lima sebenarnya sangat dikenali sebagai penulis skrip drama radio (rujuk antologi, muka surat
100).

Watak utama

1 'Saya' : pencerita

2 Mak Piah: mangsa banjir yang kesepian kerana anak-anak tidak pulang menjenguk

3 Nana: anak bongsu kesayangan Mak Piah

Latar tempat: rumah Mak Piah


: rumah 'saya' ('saya' terdail nombor Mak Piah)
: tanah perkuburan

Tema: kerenggangan hubungan anak-anak dengan ibu lanjut usia


Sinopsis

Kisah bermula apabila 'saya' tersalah dail nombor kawannya, Ameera, tetapi disambut oleh suara
wanita tua di hujung talian. 'Saya' tidak sempat mencelah kerana mak cik tadi menyangka 'saya' ialah
Nana, anaknya, berasa sangat teruja kerana dihubungi. Talian diputuskan. Setelah dihubungi berkali-
kali, dia tergesa-gesa meminta 'saya' tidak bimbang. Seperti tadi, talian diputuskan sebaik dia habis
bercakap. 'Saya' tertanya-tanya bahkan terasa ingin untuk bersama mak cik tua itu bagi mengubat
kerinduan terhadap ibu kandung yang sudah tiada. 'Saya' berdoa agar pertemuan dua kerinduan itu
dimakbulkan / menjadi kenyataan. Akhirnya 'saya' berjumpa alamat nombor tersalah dail itu.

Sekumpulan remaja menunjuk jalan ke rumah Nek Piah dalam keadaan banjir yang mencecah paras
leher. Mak Piah ceria menyambut 'saya' bersama bungkusan nasi dan lauk yang disangkanya
masakan Nana. Mak Piah menjelaskan dia tidak ke pusat pemindahan kerana masalah kencing kerap
(selalu buang air kecil). Mak Piah terus memeluk 'saya' sebaik berjanji untuk menemaninya hingga
banjir surut. Kemudian 'saya' menyimpan bekalan bahan mentah masakan ke dalam peti sejuk
sebelim pulang. Takdir menentukan 'saya' demam selama lima hari sebelum boleh ke rumah Mak
Piah sekali lagi. Malangnya, hanya jenazah Mak Piah yang diusung setelah dia tergelincir ketika
membersihkan rumah. Di kubur, 'saya' bertemu Nana yang persis wajah Mak Piah. Nana sedih dan
kesal, tetapi saya hanya membiarkan Nana meluahkan emosi, lalu memimpin Nana pulang ...

Perwatakan

1 bersangka baik: Mak Piah sentiasa menyebut kebaikan anaknya Nana walaupun pada hakikatnya
Nana mengabaikannya

2 penyayang: 'Saya' melayan Mak Piah yang baru dikenalinya dengan penuh kasih sayang

3 prihatin / peka: 'Saya' mengambil berat terhadap masalah kekurangan bahan makanan di rumah
Mak Piah yang dilanda banjir

Nilai murni
(gunakan huraian yang sama seperti di atas)

1 baik hati:

2 kasih sayang

3 keprihatinan / kepekaan

Persoalan
(huraian sama)
1 Bersangka baik dalam keluarga

2 Kasih sayang ibu sepanjang hayat

3 Keprihatinan / kepekaan terhadap warga tua

Pengajaran

1 Kita hendaklah bersangka baik sesama keluarga

2 Kita hendaklah mengasihi/ menyayangi ibu sepanjang hayat

3 Kita hendaklah prihatin / peka terhadap kebajikan warga tua

Perbincangan kbat

Cara meningkatkan kesedaran generasi muda terhadap keperluan warga emas

Contoh tugasan soalan

Cadangan jawapan

Saranan kepada murid

Saranan kepada guru

Kesimpulan dan penutup

...

...

Anda mungkin juga menyukai