Anda di halaman 1dari 5

ASAL PADI

SINOPSIS

Mengisahkan kehidupan dua orang anak yatim piatu yang masih kecil dan telah ditinggalkan oleh kedua orang tuanya.
Mereka hidup melarat kerana segala harta peninggalan orang tuanya dicuri orang. Hanya yang tinggal sebuah kolam
ikan dan dijaga oleh mereka siang dan malam. Anak sulung sudah besar, namun cacat, kakinya kerekut, jejari kakinya
bercantum umpama kaki itik dan tumitnya pula berlubang.
Pada suatu hari Si Bongsu melihat ke kolam dan mendapati ada tujuh wanita sedang mandi dan bersiap untuk pulang
ke kayangan. Si Bongsu itu ingin mengikut wanita itu ke kayangan. Apabila sampai di kayangan, ke tujuh wanita itu
menghilangkan diri dan Si Bongsu telah melihat sebuah dusun berkilau seperti emas. Namun setelah diberitahu oleh
penjaga dusun itu, emas itu sebenarnya padi. Si Bongsu ingin meminta sedikit padi tetapi tidak dibenarkan oleh penjaga
dusun itu, tetapi hanya dibenarkan merasa makanan tersebut. Setelah merasa keenakkan makanan tersebut, Si
Bongsu telah memasukkan padi di dalam mulutnya dan melarikan diri namun dapat ditangkap oleh penjaga dusun
sehingga tumitnya luk.. Si Bongsu tidak dapat balik ke bumi kerana kakinya sakit dan meminta bekerja dengan penjaga
dusun itu.
Setelah sekian lama Si Bongsu menjaga padi, dia tetap mencari akal untuk mengambil padi, lalu diambil segenggam
dan disembunyikannya padi itu di dalam lubang luka pada tumitnya. Dia kemudian meminta izin untuk pulang ke bumi.
Dia juga mengatakan telah bertaubat dan tidak mahu mengambil apa-apa lagi. Penjaga padi percaya akan kata-kata
Si Bongsu lalu membenarkannya pulang ke bumi. Sampai di bumi, Si Bongsu menanam padi tersebut dan telah
menghasilkan padi yang baik. Namun , sebaik sahaja padi di bumi membuahkan hasil, padi di kayangan pula tidak
menjadi, menyebabkan budaya hidup padi di kayangan telah hilang.
Empunya padi telah menghantar burung pipit untuk menyiasat sama ada padi hidup di bumi. Apabila burung pipit
sampai di bumi, dilihat padi sedang masak dan berbuah lebat. Burung pipit mengambil kesempatan memakan padi
tersebut dan apabila pulang ke kayangan dia melaporkan tiada tanaman padi di bumi. Namun empunya padi tidak
percaya dengan kata-kata burung pipit lalu menghantar pula Si Tekuri. Si Tekuri akan membunuh pipit jika di bumi ada
padi. Apabila sampai di bumi Si Tekuri mendapati burung pipit berkata bohong, lalu Si Tekuri berkelahi dengan burung
pipit. Dalam pertarungan itu pipit telah kalah lalu kerongkongnya disepit kuat dan temboloknya telah beralih ke arah
tengkuknya.Itulah sebabnya tembolok burung pipit berada di tengkuknya.

TEMA
· Tema prosa tradisional ini adalah kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah. Kebijaksanaan Si Bongsu
menyelesaikan masalah dalam usahanya mendapatkan padi dari kayangan untuk dibawa pulang ke bumi.

PERSOALAN
·Keberanian melakukan sesuatu tindakan.
o Contoh: Si Bongsu dengan berani memasukkan padi itu di dalam mulutnya dan melarikan diri namun dapat
ditangkap oleh penjaga dusun sehingga luka di tumitnya

·Kebijaksanaan mencari akal.


o Contoh: Si Bongsu mencari akal agar dia dapat menyembunyikan tanaman padi itu di dalam sebuah tempat yang
tidak akan diketahui oleh yang empunya padi.

·Mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.


o Contoh: Orang-orang jahat telah mengambil segala harta yang ditinggalkan oleh suami isteri itu kepada anak-
anak mereka yang masih kecil.
·Bersungguh-sungguh menjaga hak.
o Contoh: Empunya padi benar-benar memastikan padi yang ditanamnya tidak dicuri orang.

WATAK DAN PERWATAKAN


Watak utama
Si Bongsu

 Seorang lelaki.
 Seorang anak yatim piatu.
 Anak bongsu daripada dua beradik.
 Seorang yang berani.

·
Contohnya: Si Bongsu telah menyembunyikan padi di dalam mulutnya untuk di bawa pulang ke bumi.

 Seorang yang bijak mencari akal.

· Contohnya :- Si Bongsu mendapat idea menyembunyikan beberapa butir padi di dalam luka di tumitnya agar
padi tersebut tidak dijumpai oleh empunya padi.

 Seorang yang gigih

· Contohnya:- Si Bongsu gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya sebagai sumber pendapatan
walaupun dia masih kecil.

 Seorang yang rajin.

· Contohnynya :- Si Bongsu rajin bekerja menjadi penjaga dan mengawasi jemuran padi di kayangan.

 Seorang yang berpandangan jauh.

· Contohnya : Si Bongsu mahu membawa padi di kayangan ke bumi agar rakyat di bumi dapat menikmati
kelazatan padi tersebut.

Watak Sampingan
Si Sulung

 Abang kepada Si Bongsu


 Anak yatim piatu.
 Seorang yang setia.

o Contohnya:- Si Sulung tetap menanti kepulangan adiknya yang kini berada di kayangan.

 Anak yang cacat.

o Contoh: Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh melekat satu sama lain, seperti kaki itik dan kedua tumitnya
berlubang.
· Seorang yang gigih.
o Contohnya :- Si Sulung gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya sebagai sumber pendapatan
walaupun dia masih kecil.

Empunya padi ( orang kayangan )

 Seorang yang sangat berhati-hati

o Contohnya: Setiap kali Si Bongsu ingin pulang ke bumi, dia akan memeiksa seluruh badan Si Bongsu agar Si
Bongsu tidak dapat membawa padi pulang ke bumi.

 Seorang yang bertimbangrasa.

o Contoh: Empunya padi memaafkan kesalahan Si Bongsu yang menyembunyikan padi di dalam mulut ketika dia
ingin pulang ke bumi.

 Seorang yang baik hati


o Contoh: Empunyai padi telah memberi Si Bongsu makan padi yang ditanamnya.

· Seorang yang cerdik


o Contohnya:- Empunya padi tidak percaya kata-kata burung pipit apabila melihat paruh pipit nampak putih sampai
ke hujungnya yang menunjukkan bahawa pipit telah makan padi.

Burung Pipit
· Seekor burung yang tidak jujur
o Contoh:- Burung pipit telah menipu tuannya dengan melaporkan bahawa di bumi tidak ada padi sedangkan dia
telah memakan padi di bumi sehingga kenyang.
· Seekor burung yang licik
o Contohnya:- Burung pipit tidak mahu mengaku kesalahannya kepada empunya padi sebaliknya meminta
empunya padi menyuruh burung tekuri untuk turun ke bumi bagi menunjukkan kebenarannya.

LATAR
Latar Masa

 Waktu siang.

o Contoh: Didapatinya dekat kolam itu ada tujuh orang wanita yang baharu sahaja selesai mandi dan sedang
bersiap-siap untuk berangkat pulang.

Latar Tempat

 Di kampung

o Contoh: Si Bongsu dan abangnya tinggal di kampung dan menguruskan ternakan kolam ikan bagi menampung
keperluan mereka.

 Di Kayangan

o Contoh: Si Bongsu memakan tanaman yang enak yang dipanggil padi di


o kayangan.

 Di kolam

o Contoh: Tujuh orang wanita dari kayangan mandi di kolam ikan Si Bongsu.

Latar Masyarakat

 Masyarakat kampung

o Contoh: Si Bongsu dan abangnya tinggal di kampung dan menguruskan ternakan kolam ikan peninggalan orang
tua mereka.

 Masyarakat kayangan.

o Contoh: Tujuh orang wanita yang mandi di kolam tinggal di kayangan.


 Masyarakat yang patuh kepada arahan.

o Contoh: Burung Pipit dan burung Tekuri patuh pada arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi menyiasat
akan kewujudan tanaman padi di bumi.

GAYA BAHASA
o Contoh: padi, burung pipit, burung tekuri

 Peribahasa
 Hiperbola.
o Contoh: Untung tak dapat diraih, malang tak dapat
ditolak. o Contoh: benda itu kuning warnanya, berkilau-kilau ditimpa
sinar matahari.

 Kata ganda · Simile.


o Contoh: Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh melekat
o Contoh: lubang-lubang, harta benda, sekali-kali satu sama lain, seperti kaki itik.

NILAI
 sinkope

o Contoh: tak, ku
 Nilai keberanian.

 imej alam o Contoh: Si Bongsu berani menyembunyikan padi di dalam


luka di tumitnya untuk di bawa turun ke bumi.
PENGAJARAN

 Kita haruslah mempunyai sikap patuh pada


arahan ketua.  Nilai kesetiaan

o Contoh: Burung Pipit patuh akan arahan empunya o Contoh: Abang Si Bongsu setia menunggu kepulangan
padi untuk turun ke bumi bagi menyiasat kewujudan adiknya dari kayangan.
padi di bumi.
 Nilai kepatuhan.
 Kita hendaklah bertindak secara bijak dalam
menyelesaikan masalah. Contoh: Burung Tekuri patuh akan arahan empunya
padi untuk turun ke bumi bagi menyiasat kewujudan
o Contoh: Si Bongsu bertindak secara bijak apabila padi di bumi.
dia menyembunyikan beberapa butir padi di dalam luka
di tumitnya sehingga tidak dapat dikesan oleh empunya
padi.

 Kita wajar bersikap setia kepada ahli keluarga.

o Contoh: Abang Si Bongsu setia menunggu kepulangan adiknya dari kayangan.

· Kita hendaklah gigih berusaha untuk meneruskan kehidupan.


o Contohnya:- Si Bongsu dan abangnya gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya sebagai sumber
pendapatan walaupun mereka masih kecil.

Anda mungkin juga menyukai