Anda di halaman 1dari 14

ASAL PADI

SINOPSIS:
Mengisahkan kehidupan dua orang anak
yatim piatu yang masih kecil dan telah
ditinggalkan oleh kedua orang tuanya.
Mereka hidup melarat kerana segala harta
peninggalan orang tuanya dicuri orang.
Hanya yang tinggal sebuah kolam ikan. Si
Bongsu mengikut tujuh orang puteri
kayangan pulang ke kayangan. Si Bongsu
ternampak benda yang berwarna kuning
yang disangka emas.Empunya padi
menyatakan bahawa benda itu ialah padi.Si
Bongsu berusaha membawa padi ke bumi
dan berjaya menanamnya di bumi .
TEMA
• Tema prosa tradisional ini adalah
kebijaksanaan dalam
menyelesaikan masalah.
Kebijaksanaan Si Bongsu
menyelesaikan masalah dalam
usahanya mendapatkan padi dari
kayangan untuk dibawa pulang ke
bumi.
PERSOALAN
• ·Keberanian
melakukan sesuatu tindakan.
• o Contoh: Si Bongsu dengan
berani memasukkan padi itu di dalam mulutnya
dan melarikan diri namun dapat ditangkap oleh
penjaga dusun sehingga luka di tumitnya
• ·Kebijaksanaan mencari akal.
• o Contoh: Si Bongsu mencari akal agar dia
dapat menyembunyikan tanaman padi itu di
dalam sebuah tempat yang tidak akan diketahui
oleh yang empunya padi.

• ·Mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.
• o Contoh: Orang-orang jahat telah mengambil
segala harta yang ditinggalkan oleh suami isteri
itu kepada anak-anak mereka yang masih kecil.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak utama
Si Bongsu
•Seorang anak yatim piatu.
•Anak bongsu daripada dua beradik.
•Seorang yang berani.
· Contohnya: Si Bongsu telah menyembunyikan
padi di dalam mulutnya untuk di bawa pulang ke
bumi.
•Seorang yang bijak mencari akal.
· Contohnya :- Si Bongsu mendapat idea
menyembunyikan beberapa butir padi di dalam luka
di tumitnya agar padi tersebut tidak dijumpai oleh
empunya padi.
WATAK DAN PERWATAKAN
SI BONGSU
• Seorang yang gigih
• · Contohnya:- Si Bongsu gigih
menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan
bapanya sebagai sumber pendapatan
walaupun dia masih kecil.
WATAK SAMPINGAN
Si Sulung
•Abang kepada Si Bongsu
•Anak yatim piatu.
•Seorang yang setia.
o Contohnya:- Si Sulung tetap menanti kepulangan
adiknya yang kini berada di kayangan.
•Anak yang cacat.
o Contoh: Kakinya kerekot, jari-jari kakinya
tumbuh melekat satu sama lain, seperti kaki itik dan
kedua tumitnya berlubang.
· Seorang yang gigih.
o Contohnya :- Si Sulung gigih menjaga kolam
ikan peninggalan ibu dan bapanya sebagai sumber
pendapatan walaupun dia masih kecil.
Empunya padi ( orang kayangan )
• Seorang yang sangat berhati-hati
• o Contohnya: Setiap kali Si Bongsu ingin pulang ke
bumi, dia akan memeiksa seluruh badan Si Bongsu agar
Si Bongsu tidak dapat membawa padi pulang ke bumi.

• Seorang yang bertimbangrasa.
• o Contoh: Empunya padi memaafkan kesalahan Si
Bongsu yang menyembunyikan padi di dalam mulut
ketika dia ingin pulang ke bumi.

• Seorang yang baik hati
• o Contoh: Empunyai padi telah memberi Si Bongsu
makan padi yang ditanamnya.

Burung Pipit
Seekor burung yang tidak jujur
o Contoh:- Burung pipit telah menipu
tuannya dengan melaporkan bahawa di bumi
tidak ada padi sedangkan dia telah memakan
padi di bumi sehingga kenyang.
· Seekor burung yang licik
o Contohnya:- Burung pipit tidak mahu
mengaku kesalahannya kepada empunya padi
sebaliknya meminta empunya padi menyuruh
burung tekuri untuk turun ke bumi bagi
menunjukkan kebenarannya.
LATAR
Latar Masa
•Waktu siang.
o Contoh: Didapatinya dekat kolam itu ada
tujuh orang wanita yang baharu sahaja selesai
mandi dan sedang bersiap-siap untuk
berangkat pulang.

Latar Tempat
• Di kampung
o Contoh: Si Bongsu dan abangnya tinggal di
kampung dan menguruskan ternakan kolam
ikan bagi menampung keperluan mereka.
Latar Masyarakat
•Masyarakat kampung
o Contoh: Si Bongsu dan abangnya tinggal
di kampung dan menguruskan ternakan
kolam ikan peninggalan orang tua mereka.

•Masyarakat kayangan.
o Contoh: Tujuh orang wanita yang mandi
di kolam tinggal di kayangan.
GAYA BAHASA
•Peribahasa
o Contoh: Untung tak dapat diraih,
malang tak dapat ditolak.

•Kata ganda
o Contoh: lubang-lubang, harta benda,
sekali-kali
NILAI
•Nilai keberanian.
o Contoh: Si Bongsu berani menyembunyikan
padi di dalam luka di tumitnya untuk di bawa turun
ke bumi.

•Nilai kesetiaan
o Contoh: Abang Si Bongsu setia menunggu
kepulangan adiknya dari kayangan.

•Nilai kepatuhan.
o Contoh: Burung Tekuri patuh akan arahan
empunya padi untuk turun ke bumi bagi menyiasat
kewujudan padi di bumi.
PENGAJARAN
•Kita haruslah mempunyai sikap patuh pada arahan ketua.
o Contoh: Burung Pipit patuh akan arahan empunya padi
untuk turun ke bumi bagi menyiasat kewujudan padi di bumi.

•Kita hendaklah bertindak secara bijak dalam menyelesaikan masalah.


o Contoh: Si Bongsu bertindak secara bijak apabila dia
menyembunyikan beberapa butir padi di dalam luka di tumitnya
sehingga tidak dapat dikesan oleh empunya padi.

•Kita wajar bersikap setia kepada ahli keluarga.


o Contoh: Abang Si Bongsu setia menunggu kepulangan
adiknya dari kayangan.

·
SOALAN PEMAHAMAN
• 1. BERDASARKAN PROSA TRADISIONAL INI APAKAH
CIRI-CIRI BENDA YANG DILIHAT OLEH ANAK YATIM
PIATU ITU? (RUJUK MS 20-23)
• CIRI-CIRI BENDA YANG DILIHAT OLEH ANAK YATIM ITU
KUNING WARNANYA DAN BERKILAU-KILAU APABILA
DITIMPA SINAR MATAHARI.
• 2. HURAIKAN DUA PERSOALAN YANG TERDAPAT
DALAM PROSA TRADISIONAL ASAL PADI?
• 3. PADI MERUPAKAN TANAMAN UTAMA YANG
TERDAPAT DI MALAYSIA. PADA PENDAPAT ANDA
APAKAH LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENINGKATKAN
HASIL PENANAMAN PADI? (KBAT)

Anda mungkin juga menyukai