Anda di halaman 1dari 5

1

ANTOLOGI KUINGIN BERTERIMA KASIH – PROSA TARDISIONAL ASAL PADI

A. SINOPSIS

Mengisahkan kehidupan dua orang anak yatim piatu yang masih kecil dan telah ditinggalkan oleh
kedua orang tuanya. Mereka hidup melarat kerana segala harta peninggalan orang tuanya dicuri
orang. Hanya yang tinggal sebuah kolam ikan dan dijaga oleh mereka siang dan malam. Anak
sulung sudah besar, namun cacat, kakinya kerekut, jejari kakinya bercantum umpama kaki itik
dan tumitnya pula berlubang.

Pada suatu hari Si Bongsu melihat ke kolam dan mendapati ada tujuh wanita sedang mandi dan
bersiap untuk pulang ke kayangan. Si Bongsu itu ingin mengikut wanita itu ke kayangan. Apabila
sampai di kayangan, ke tujuh wanita itu menghilangkan diri dan Si Bongsu telah melihat sebuah
dusun berkilau seperti emas. Namun setelah diberitahu oleh penjaga dusun itu, emas itu
sebenarnya padi. Si Bongsu ingin meminta sedikit padi tetapi tidak dibenarkan oleh penjaga
dusun itu, tetapi hanya dibenarkan merasa makanan tersebut. Setelah merasa keenakkan
makanan tersebut, Si Bongsu telah memasukkan padi di dalam mulutnya dan melarikan diri
namun dapat ditangkap oleh penjaga dusun sehingga tumitnya luk.. Si Bongsu tidak dapat balik
ke bumi kerana kakinya sakit dan meminta bekerja dengan penjaga dusun itu.

Setelah sekian lama Si Bongsu menjaga padi, dia tetap mencari akal untuk mengambil padi, lalu
diambil segenggam dan disembunyikannya padi itu di dalam lubang luka pada tumitnya. Dia
kemudian meminta izin untuk pulang ke bumi. Dia juga mengatakan telah bertaubat dan tidak
mahu mengambil apa-apa lagi. Penjaga padi percaya akan kata-kata Si Bongsu lalu
membenarkannya pulang ke bumi. Sampai di bumi, Si Bongsu menanam padi tersebut dan telah
menghasilkan padi yang baik. Namun , sebaik sahaja padi di bumi membuahkan hasil, padi di
kayangan pula tidak menjadi, menyebabkan budaya hidup padi di kayangan telah hilang.

Empunya padi telah menghantar burung pipit untuk menyiasat sama ada padi hidup di bumi.
Apabila burung pipit sampai di bumi, dilihat padi sedang masak dan berbuah lebat. Burung pipit
mengambil kesempatan memakan padi tersebut dan apabila pulang ke kayangan dia
melaporkan tiada tanaman padi di bumi. Namun empunya padi tidak percaya dengan kata-kata
burung pipit lalu menghantar pula Si Tekuri. Si Tekuri akan membunuh pipit jika di bumi ada
padi. Apabila sampai di bumi Si Tekuri mendapati burung pipit berkata bohong, lalu Si Tekuri
berkelahi dengan burung pipit. Dalam pertarungan itu pipit telah kalah lalu kerongkongnya
disepit kuat dan temboloknya telah beralih ke arah tengkuknya.Itulah sebabnya tembolok
burung pipit berada di tengkuknya.

B. TEMA
Tema prosa tradisional ini adalah kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah. Kebijaksanaan Si
Bongsu menyelesaikan masalah dalam usahanya mendapatkan padi dari kayangan untuk dibawa
pulang ke bumi.

© HAK CIPTA TERPELEIHARA – TIDAK DIBENARKAN UNTUK TUJUAN


PERDAGANGAN
MOHAMAD IZZAT HAKIM ISMAIL
NOTA KOMSAS TINGKATAN 1 – ANTOLOGI KUINGIN BERTERIMA KASIH
2

C. PERSOALAN

a. Keberanian melakukan sesuatu tindakan.


Contoh: Si Bongsu dengan berani memasukkan padi itu di dalam mulutnya dan melarikan
diri namun dapat ditangkap oleh penjaga dusun sehingga luka di tumitnya

b. Kebijaksanaan mencari akal.


Contoh: Si Bongsu mencari akal agar dia dapat menyembunyikan tanaman padi itu di dalam
sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh yang empunya padi.

c. Mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.


Contoh: Orang-orang jahat telah mengambil segala harta yang ditinggalkan oleh suami isteri
itu kepada anak-anak mereka yang masih kecil.

d. Bersungguh-sungguh menjaga hak.


Contoh: Empunya padi benar-benar memastikan padi yang ditanamnya tidak dicuri orang.

D. WATAK & PERWATAKAN

1. Si Bongsu
 Seorang lelaki.
 Seorang anak yatim piatu.
 Anak bongsu daripada dua beradik.
 Seorang yang berani.
Contohnya: Si Bongsu telah menyembunyikan padi di dalam mulutnya untuk di bawa
pulang ke bumi.
 Seorang yang bijak mencari akal.
Contohnya :- Si Bongsu mendapat idea menyembunyikan beberapa butir padi di dalam
luka di tumitnya agar padi tersebut tidak dijumpai oleh empunya padi.
 Seorang yang gigih
Contohnya:- Si Bongsu gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya sebagai
sumber pendapatan walaupun dia masih kecil.
 Seorang yang rajin.
Contohnynya :- Si Bongsu rajin bekerja menjadi penjaga dan mengawasi jemuran padi
di kayangan.
 Seorang yang berpandangan jauh.
Contohnya : Si Bongsu mahu membawa padi di kayangan ke bumi agar rakyat di bumi
dapat menikmati kelazatan padi tersebut.

© HAK CIPTA TERPELEIHARA – TIDAK DIBENARKAN UNTUK TUJUAN


PERDAGANGAN
MOHAMAD IZZAT HAKIM ISMAIL
NOTA KOMSAS TINGKATAN 1 – ANTOLOGI KUINGIN BERTERIMA KASIH
3

2. Si Sulung

 Abang kepada Si Bongsu


 Anak yatim piatu.
 Seorang yang setia.
Contohnya:- Si Sulung tetap menanti kepulangan adiknya yang kini berada di kayangan.
 Anak yang cacat.
Contoh: Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh melekat satu sama lain, seperti kaki
itik dan kedua tumitnya berlubang.
 Seorang yang gigih.
Contohnya :- Si Sulung gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya sebagai
sumber pendapatan walaupun dia masih kecil.

3. Empunya Padi (Orang Kayangan)

 Seorang yang sangat berhati-hati


Contohnya: Setiap kali Si Bongsu ingin pulang ke bumi, dia akan memeiksa seluruh
badan Si Bongsu agar Si Bongsu tidak dapat membawa padi pulang ke bumi.
 Seorang yang bertimbangrasa.
Contoh: Empunya padi memaafkan kesalahan Si Bongsu yang menyembunyikan padi di
dalam mulut ketika dia ingin pulang ke bumi.
 Seorang yang baik hati
Contoh: Empunyai padi telah memberi Si Bongsu makan padi yang ditanamnya.
 Seorang yang cerdik
Contohnya:- Empunya padi tidak percaya kata-kata burung pipit apabila melihat paruh
pipit nampak putih sampai ke hujungnya yang menunjukkan bahawa pipit telah makan
padi.

4. Burung Pipit

 Seekor burung yang tidak jujur


Contoh:- Burung pipit telah menipu tuannya dengan melaporkan bahawa di bumi tidak
ada padi sedangkan dia telah memakan padi di bumi sehingga kenyang.
 Seekor burung yang licik
Contohnya:- Burung pipit tidak mahu mengaku kesalahannya kepada empunya padi
sebaliknya meminta empunya padi menyuruh burung tekuri untuk turun ke bumi bagi
menunjukkan kebenarannya.

© HAK CIPTA TERPELEIHARA – TIDAK DIBENARKAN UNTUK TUJUAN


PERDAGANGAN
MOHAMAD IZZAT HAKIM ISMAIL
NOTA KOMSAS TINGKATAN 1 – ANTOLOGI KUINGIN BERTERIMA KASIH
4

E. LATAR

1. Latar Masa
a. Waktu siang.
Contoh: Didapatinya dekat kolam itu ada tujuh orang wanita yang baharu sahaja selesai
mandi dan sedang bersiap-siap untuk berangkat pulang.

2. Latar Tempat
a. Di kampong
Contoh: Si Bongsu dan abangnya tinggal di kampung dan menguruskan ternakan kolam
ikan bagi menampung keperluan mereka.
b. Di Kayangan
Contoh: Si Bongsu memakan tanaman yang enak yang dipanggil padi di kayangan.
c. Di kolam
Contoh: Tujuh orang wanita dari kayangan mandi di kolam ikan Si Bongsu.

3. Latar Masyarakat
a. Masyarakat kampong
Contoh: Si Bongsu dan abangnya tinggal di kampung dan menguruskan ternakan kolam
ikan peninggalan orang tua mereka.
b. Masyarakat kayangan.
Contoh: Tujuh orang wanita yang mandi di kolam tinggal di kayangan.
c. Masyarakat yang patuh kepada arahan.
Contoh: Burung Pipit dan burung Tekuri patuh pada arahan empunya padi untuk turun
ke bumi bagi menyiasat akan kewujudan tanaman padi di bumi.

F. GAYA BAHASA
 Peribahasa
Contoh: Untung tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak.
 Kata ganda
Contoh: lubang-lubang, harta benda, sekali-kali
 Sinkope
Contoh: tak, ku
 Imej alam
Contoh: padi, burung pipit, burung tekuri
 Hiperbola.
Contoh: benda itu kuning warnanya, berkilau-kilau ditimpa sinar matahari.
 Simile.
Contoh: Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh melekat satu sama lain, seperti kaki itik.

© HAK CIPTA TERPELEIHARA – TIDAK DIBENARKAN UNTUK TUJUAN


PERDAGANGAN
MOHAMAD IZZAT HAKIM ISMAIL
NOTA KOMSAS TINGKATAN 1 – ANTOLOGI KUINGIN BERTERIMA KASIH
5

G. NILAI
 Nilai keberanian.
Contoh: Si Bongsu berani menyembunyikan padi di dalam luka di tumitnya untuk di bawa
turun ke bumi.
 Nilai kesetiaan
Contoh: Abang Si Bongsu setia menunggu kepulangan adiknya dari kayangan.
 Nilai kepatuhan.
Contoh: Burung Tekuri patuh akan arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi
menyiasat kewujudan padi di bumi.
 Nilai kebijaksanaan.
Contohnya: Si Bongsu bijak mencari akal agar dia dapat menyembunyikan tanaman padi itu
di dalam sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh yang empunya padi.

H. PENGAJARAN
 Nilai keberanian.
Contoh: Si Bongsu berani menyembunyikan padi di dalam luka di tumitnya untuk di bawa
turun ke bumi.
 Nilai kesetiaan
Contoh: Abang Si Bongsu setia menunggu kepulangan adiknya dari kayangan.
 Nilai kepatuhan.
Contoh: Burung Tekuri patuh akan arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi
menyiasat kewujudan padi di bumi.
 Nilai kebijaksanaan.
Contohnya: Si Bongsu bijak mencari akal agar dia dapat menyembunyikan tanaman padi itu
di dalam sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh yang empunya padi.

© HAK CIPTA TERPELEIHARA – TIDAK DIBENARKAN UNTUK TUJUAN


PERDAGANGAN
MOHAMAD IZZAT HAKIM ISMAIL
NOTA KOMSAS TINGKATAN 1 – ANTOLOGI KUINGIN BERTERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai