Anda di halaman 1dari 4

Sinopsis 

Cerita ini mengisahkan sepasang suami isteri yang kaya telah meninggal dunia. Kedua-dua orang
anak lelaki mereka yang masih kecil dianiaya oleh penjahat.  Harta yang tinggal hanyalah sebuah
kolam ikan. Suatu hari, Si Bongsu melihat tujuh orang perempuan sedang bersiap-siap untuk pulang
ke kayangan. Si Bongsu mendapat keizinan untuk ke kayangan. Di kayangan, Si Bongsu ditinggalkan
sendirian.  Dia melihat sesuatu yang berkilau-kilau seperti emas, sedang dijemur di tengah-tengah
dusun.

Rupa-rupanya, sesuatu yang berkilau-kilau itu ialah padi. Si Bongsu ingin meminta sedikit padi
untuk ditanam di bumi tetapi tidak dibenarkan oleh empunya padi itu. Apabila berpeluang, Si
Bongsu mengambil segenggam padi lalu melarikan diri. Dia dapat ditangkap lalu dicederakan oleh
empunya padi hingga tumitnya luka. Si Bongsu bermohon supaya dia dibenarkan bekerja dengan
empunya padi. Si Bongsu berjaya menyembunyikan segenggam padi dan memberitahu empunya padi
bahawa dia mahu kembali ke bumi.

Di bumi, Si Bongsu menanam padi dan berbuah dengan lebat tetapi padi di kayangan sudah tidak
menjadi kerana daya hidup padi di kayangan telah hilang. Empunya padi telah menghantar burung
pipit untuk menyiasat jika padi hidup di bumi. Burung pipit pulang ke kayangan lalu melaporkan
bahawa tiada tanaman padi di bumi. Namun empunya padi tidak percaya lalu menghantar Si Tekuri
pula.

Si Tekuri akan membunuh pipit jika di bumi ada padi jika sebaliknya, pipit akan membunuh Si
Tekuri. Sebaik-baik tiba di bumi, Si Tekuri mendapati burung pipit berkata bohong, lalu Si Tekuri
berkelahi dengan burung pipit. Burung pipit telah kalah lalu kerongkongnya disepit oleh Si Tekuri
dengah kuat hingga temboloknya telah beralih ke arah tengkuknya. Itulah punca tembolok burung
pipit berada di tengkuknya dan inilah asal usul padi di bumi.

PLOT
Binaan Plot

(a) Permulaan – Mengisahkan sepasang suami isteri yang banyak memiliki harta. Suami isteri tersebut telah
meninggal dunia. Mereka meninggalkan dua orang anak lelaki yang masih kecil. Anak sulung yang bernama Si
Bongsu sudah agak besar tetapi kakinya cacat.

(b) Perkembangan – Si Bongsu bertemu dengan tujuh orang puteri yang sedang mandi di kolam ikannya. Si
Bongsu meminta izin untuk mengikuti ketujuh-tujuh orang puteri itu ke kayangan. Setiba di kayangan, kesemua
puteri itu hilang. Si Bongsu berasa kusut. Tiba-tiba, Si Bongsu melihat benda berwarna kuning sedang dijemur
di sebuah dusun.

(c) Klimaks – Si Bongsu mencuri segenggam padi lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Empunya padi itu
telah mengejar Si Bongsu. Empunya padi telah menangkap Si Bongsu di tangga pelangi dan membanting Si
Bongsu sehingga menyebabkan tumitnya luka. Si Bongsu sanggup menjadi hamba kepada empunya padiitu, Si
Bongsu mendapat akal untuk menyorokkan beberapa butir padi di lubang luka di tumitnya. Kemudian, Si
Bongsu meminta izin pulang ke bumi.

(d) Peleraian – Si Bongsu tiba di bumi dengan selamat. Si Bongsu pun menanam padi dan  mengeluarkan hasil
yang menyenangkan. Sebaliknya, padi di kayangan tidak ada daya hidup. Empunya padi itu menghantar burung
pipit ke bumi untuk melihat sama ada padi ada ditanam atau tidak. Burung pipit memberitahu empunya padi
bahawa tiada padi yang ditanam di bumi. Empunya padi tidak mempercayai katakata burung pipit itu. Dia
menghantar Si Tekuri dan burung pipit ke bumi semula. Akhirnya, burung pipit dibunuh oleh Si Tekuri kerana
berbohong kepada empunya padi.
Teknik Plot
(a) Pemerian.
(b) Dialog.
(c) Monolog.

TEMA
Tema prosa tradisional ini adalah kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah. Kebijaksanaan Si Bongsu
menyelesaikan masalah dalam usahanya mendapatkan padi dari kayangan untuk dibawa pulang ke bumi.

PERSOALAN
·Keberanian melakukan sesuatu tindakan.
Contoh: Si Bongsu dengan berani  memasukkan padi itu di dalam mulutnya dan melarikan diri namun dapat
ditangkap oleh penjaga dusun sehingga luka di tumitnya

·Kebijaksanaan mencari akal.


Contoh: Si Bongsu mencari akal agar dia dapat menyembunyikan tanaman padi itu di dalam sebuah tempat
yang tidak akan diketahui oleh yang empunya padi.

·Mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.


Contoh: Orang-orang jahat telah mengambil segala harta yang ditinggalkan oleh suami isteri itu kepada anak-
anak mereka yang masih kecil.

·Bersungguh-sungguh menjaga hak.


Contoh: Empunya padi benar-benar memastikan padi yang ditanamnya tidak dicuri orang.

WATAK DAN PERWATAKAN


Watak utama
Si Bongsu

Seorang lelaki.

Seorang anak yatim piatdan anak bongsu daripada dua beradik.

Seorang yang berani.


Contohnya: Si Bongsu telah menyembunyikan padi di dalam mulutnya untuk di bawa pulang ke bumi.

Seorang yang bijak mencari akal.


Contohnya :- Si Bongsu mendapat idea menyembunyikan beberapa butir padi di dalam luka di tumitnya agar
padi tersebut tidak dijumpai oleh empunya padi.

Seorang yang gigih


Contohnya:- Si Bongsu gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya sebagai sumber pendapatan
walaupun dia masih kecil.

Seorang yang rajin.


Contohnynya :- Si Bongsu rajin bekerja menjadi penjaga dan mengawasi jemuran padi di kayangan.

Seorang yang berpandangan jauh.


Contohnya : Si Bongsu mahu membawa padi di kayangan ke bumi agar rakyat di bumi dapat menikmati
kelazatan padi tersebut.

Watak Sampingan
Empunya padi ( orang kayangan )
Seorang yang sangat berhati-hati
Contohnya: Setiap kali Si Bongsu ingin pulang ke bumi, dia akan memeiksa seluruh badan Si Bongsu agar Si
Bongsu tidak dapat membawa padi pulang ke bumi.

Seorang yang bertimbangrasa.


Contoh: Empunya padi memaafkan kesalahan Si Bongsu yang menyembunyikan padi di dalam mulut ketika dia
ingin pulang ke bumi.

Seorang yang baik hati


Contoh:  Empunyai padi telah memberi Si Bongsu makan padi yang ditanamnya.     

Seorang yang cerdik


Contohnya:- Empunya padi tidak percaya kata-kata burung pipit  apabila melihat paruh pipit nampak putih
sampai ke hujungnya yang menunjukkan bahawa pipit telah makan padi.

Burung Pipit
·Seekor burung yang tidak jujur
Contoh:- Burung pipit telah menipu tuannya dengan melaporkan bahawa di bumi tidak ada padi sedangkan dia
telah memakan padi di bumi sehingga kenyang.

Seekor burung yang licik


Contohnya:- Burung pipit tidak mahu mengaku kesalahannya kepada empunya padi sebaliknya meminta
empunya padi menyuruh burung tekuri untuk turun ke bumi bagi menunjukkan kebenarannya.

LATAR
Latar Masa
Waktu siang.
Contoh: Didapatinya dekat kolam itu ada tujuh orang wanita yang baharu sahaja selesai mandi dan sedang
bersiap-siap untuk berangkat pulang.

Latar Tempat
 Di kampung : Contoh: Si Bongsu dan abangnya tinggal di kampung dan menguruskan ternakan kolam
ikan bagi menampung keperluan mereka.
 Di Kayangan : Contoh: Si Bongsu memakan tanaman yang enak yang dipanggil padi di   kayangan.
 Di kolam : Contoh: Tujuh orang wanita dari kayangan mandi di kolam ikan Si Bongsu.

Latar Masyarakat
 Masyarakat kampung
Contoh: Si Bongsu dan abangnya tinggal di kampung dan menguruskan ternakan kolam ikan
peninggalan orang tua mereka.
 Masyarakat kayangan.
Contoh: Tujuh orang wanita yang mandi di kolam tinggal di kayangan.
 Masyarakat yang patuh kepada arahan.
Contoh: Burung Pipit dan burung Tekuri patuh pada arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi
menyiasat akan kewujudan tanaman padi di bumi.

GAYA BAHASA
 Peribahasa- Contoh: Untung tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak.
 Kata ganda- Contoh: lubang-lubang, harta benda, sekali-kali
 sinkof- Contoh: tak, ku
 Imej alam- Contoh: padi, burung pipit, burung tekuri
 Hiperbola- Contoh: benda itu kuning warnanya, berkilau-kilau ditimpa sinar matahari.
 Simile.- Contoh: Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh melekat satu sama lain, seperti kaki itik.

NILAI

Keberanian.- Contoh: Si Bongsu berani menyembunyikan padi di dalam luka di tumitnya untuk di bawa turun
ke bumi.

Kesetiaan- Contoh: Abang Si Bongsu setia menunggu kepulangan adiknya dari kayangan.

Kepatuhan.- Contoh: Burung Tekuri patuh akan arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi menyiasat
kewujudan padi di bumi.

Kebijaksanaan- Contohnya: Si Bongsu bijak mencari akal agar dia dapat menyembunyikan tanaman padi itu
di dalam sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh yang empunya padi.

PENGAJARAN

Kita haruslah mempunyai sikap patuh pada arahan ketua.


Contoh: Burung Pipit patuh akan arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi menyiasat kewujudan padi di
bumi.

Kita hendaklah bertindak secara bijak dalam menyelesaikan masalah.


Contoh: Si Bongsu bertindak secara bijak apabila dia menyembunyikan beberapa butir padi di dalam luka di
tumitnya sehingga tidak dapat dikesan oleh empunya padi.

Kita wajar bersikap setia kepada ahli keluarga.


Contoh: Abang Si Bongsu setia menunggu kepulangan adiknya dari kayangan.

Kita hendaklah gigih berusaha untuk meneruskan kehidupan.


Contohnya:- Si Bongsu dan abangnya gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya sebagai sumber
pendapatan walaupun mereka masih kecil.

Anda mungkin juga menyukai