Anda di halaman 1dari 5

NOTA KOMSAS ASAL PADI

PLOT

Binaan Plot

(a) Permulaan – Mengisahkan sepasang suami isteri yang banyak memiliki harta. Suami isteri tersebut telah
meninggal dunia. Mereka meninggalkan dua orang anak lelaki yang masih kecil. Anak sulung yang bernama Si
Bongsu sudah agak besar tetapi kakinya cacat.

(b) Perkembangan – Si Bongsu bertemu dengan tujuh orang puteri yang sedang mandi di kolam ikannya. Si
Bongsu meminta izin untuk mengikuti ketujuh-tujuh orang puteri itu ke kayangan. Setiba di kayangan, kesemua
puteri itu hilang. Si Bongsu berasa kusut. Tiba-tiba, Si Bongsu melihat benda berwarna kuning sedang dijemur
di sebuah dusun. Pada sangkaan Si Bongsu benda kuning itu ialah emas. Empunyanya memberitahu Si Bongsu
benda kuning itu sebenarnya padi. Si Bongsu meminta sedikit padi untuk ditanam di bumi. Permintaan Si
Bongsu tidak diperkenankan, sebaliknya dia diberi nasi untuk merasai keenakan nasi tersebut.

(c) Klimaks – Si Bongsu mencuri segenggam padi lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Empunya padi itu telah
mengejar Si Bongsu. Empunya padi telah menangkap Si Bongsu di tangga pelangi dan membanting Si Bongsu
sehingga menyebabkan tumitnya luka. Si Bongsu merayu kepada empunya padi untuk mengikutnya ke
kayangan. Si Bongsu sanggup menjadi hamba kepada empunya padi

itu. Dia tidak dibenarkan melakukan pekerjaan lain kecuali menjaga dan mengawasi padi yang sedang dijemur.
Setelah beberapa lama berada di kayangan, Si Bongsu mendapat akal untuk menyorokkan beberapa butir padi
di lubang luka di tumitnya. Kemudian, Si Bongsu meminta izin pulang ke bumi. Permintaannya diperkenankan
oleh empunya padi itu setelah yakin bahawa Si Bongsu tidak mencuri padi di kayangan.

(d) Peleraian – Si Bongsu tiba di bumi dengan selamat. Si Bongsu pun menanam padi dan mengeluarkan hasil
yang menyenangkan. Sebaliknya, padi di kayangan tidak ada daya hidup. Empunya padi itu menghantar burung
pipit ke bumi untuk melihat sama ada padi ada ditanam atau tidak. Burung pipit memberitahu empunya padi
bahawa tiada padi yang ditanam di bumi. Empunya padi tidak mempercayai katakata burung pipit itu. Dia
menghantar Si Tekuri dan burung pipit ke bumi semula. Akhirnya, burung pipit dibunuh oleh Si Tekuri kerana
berbohong kepada empunya padi.

Teknik Plot

(a) Pemerian.

(b) Dialog.

(c) Monolog.

TEMA

· Tema prosa tradisional ini adalah kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah. Kebijaksanaan Si Bongsu
menyelesaikan masalah dalam usahanya mendapatkan padi dari kayangan untuk dibawa pulang ke bumi.
PERSOALAN

·Keberanian melakukan sesuatu tindakan.

o Contoh: Si Bongsu dengan berani memasukkan padi itu di dalam mulutnya dan melarikan diri namun dapat
ditangkap oleh penjaga dusun sehingga luka di tumitnya

·Kebijaksanaan mencari akal.

o Contoh: Si Bongsu mencari akal agar dia dapat menyembunyikan tanaman padi itu di dalam sebuah tempat
yang tidak akan diketahui oleh yang empunya padi.

·Mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.

o Contoh: Orang-orang jahat telah mengambil segala harta yang ditinggalkan oleh suami isteri itu kepada
anak-anak mereka yang masih kecil.

·Bersungguh-sungguh menjaga hak.

o Contoh: Empunya padi benar-benar memastikan padi yang ditanamnya tidak dicuri orang.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak utama

Si Bongsu

Seorang lelaki.

Seorang anak yatim piatu.

Anak bongsu daripada dua beradik.

Seorang yang berani.

· Contohnya: Si Bongsu telah menyembunyikan padi di dalam mulutnya untuk di bawa pulang ke bumi.

Seorang yang bijak mencari akal.

· Contohnya :- Si Bongsu mendapat idea menyembunyikan beberapa butir padi di dalam luka di tumitnya
agar padi tersebut tidak dijumpai oleh empunya padi.

Seorang yang gigih

· Contohnya:- Si Bongsu gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya sebagai sumber
pendapatan walaupun dia masih kecil.

Seorang yang rajin.

· Contohnynya :- Si Bongsu rajin bekerja menjadi penjaga dan mengawasi jemuran padi di kayangan.

Seorang yang berpandangan jauh.

· Contohnya : Si Bongsu mahu membawa padi di kayangan ke bumi agar rakyat di bumi dapat menikmati
kelazatan padi tersebut.
Watak Sampingan

Si Sulung

Abang kepada Si Bongsu

Anak yatim piatu.

Seorang yang setia.

o Contohnya:- Si Sulung tetap menanti kepulangan adiknya yang kini berada di kayangan.

Anak yang cacat.

o Contoh: Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh melekat satu sama lain, seperti kaki itik dan kedua
tumitnya berlubang.

· Seorang yang gigih.

o Contohnya :- Si Sulung gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya sebagai sumber pendapatan
walaupun dia masih kecil.

Empunya padi ( orang kayangan )

Seorang yang sangat berhati-hati

o Contohnya: Setiap kali Si Bongsu ingin pulang ke bumi, dia akan memeiksa seluruh badan Si Bongsu agar Si
Bongsu tidak dapat membawa padi pulang ke bumi.

Seorang yang bertimbangrasa.

o Contoh: Empunya padi memaafkan kesalahan Si Bongsu yang menyembunyikan padi di dalam mulut ketika
dia ingin pulang ke bumi.

Seorang yang baik hati

o Contoh: Empunyai padi telah memberi Si Bongsu makan padi yang ditanamnya.

· Seorang yang cerdik

o Contohnya:- Empunya padi tidak percaya kata-kata burung pipit apabila melihat paruh pipit nampak putih
sampai ke hujungnya yang menunjukkan bahawa pipit telah makan padi.

Burung Pipit

· Seekor burung yang tidak jujur

o Contoh:- Burung pipit telah menipu tuannya dengan melaporkan bahawa di bumi tidak ada padi sedangkan
dia telah memakan padi di bumi sehingga kenyang.

· Seekor burung yang licik

o Contohnya:- Burung pipit tidak mahu mengaku kesalahannya kepada empunya padi sebaliknya meminta
empunya padi menyuruh burung tekuri untuk turun ke bumi bagi menunjukkan kebenarannya.
LATAR

Latar Masa

Waktu siang.

o Contoh: Didapatinya dekat kolam itu ada tujuh orang wanita yang baharu sahaja selesai mandi dan sedang
bersiap-siap untuk berangkat pulang.

Latar Tempat

Di kampung

o Contoh: Si Bongsu dan abangnya tinggal di kampung dan menguruskan ternakan kolam ikan bagi enampung
keperluan mereka.

Di Kayangan

o Contoh: Si Bongsu memakan tanaman yang enak yang dipanggil padi di

o kayangan.

Di kolam

o Contoh: Tujuh orang wanita dari kayangan mandi di kolam ikan Si Bongsu.

Latar Masyarakat

Masyarakat kampung

o Contoh: Si Bongsu dan abangnya tinggal di kampung dan menguruskan ternakan kolam ikan peninggalan
orang tua mereka.

Masyarakat kayangan.

o Contoh: Tujuh orang wanita yang mandi di kolam tinggal di kayangan.

Masyarakat yang patuh kepada arahan.

o Contoh: Burung Pipit dan burung Tekuri patuh pada arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi
menyiasat akan kewujudan tanaman padi di bumi.

GAYA BAHASA

Peribahasa

o Contoh: Untung tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak.

Kata ganda

o Contoh: lubang-lubang, harta benda, sekali-kali

sinkope

o Contoh: tak, ku
imej alam

o Contoh: padi, burung pipit, burung tekuri

Hiperbola.

o Contoh: benda itu kuning warnanya, berkilau-kilau ditimpa sinar matahari.

· Simile.

o Contoh: Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh melekat satu sama lain, seperti kaki itik.

NILAI

Nilai keberanian.

o Contoh: Si Bongsu berani menyembunyikan padi di dalam luka di tumitnya untuk di bawa turun ke bumi.

Nilai kesetiaan

o Contoh: Abang Si Bongsu setia menunggu kepulangan adiknya dari kayangan.

Nilai kepatuhan.

o Contoh: Burung Tekuri patuh akan arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi menyiasat kewujudan
padi di bumi.

Nilai kebijaksanaan.

o Contohnya: Si Bongsu bijak mencari akal agar dia dapat menyembunyikan tanaman padi itu di dalam
sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh yang empunya padi.

PENGAJARAN

Kita haruslah mempunyai sikap patuh pada arahan ketua.

o Contoh: Burung Pipit patuh akan arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi menyiasat kewujudan
padi di bumi.

Kita hendaklah bertindak secara bijak dalam menyelesaikan masalah.

o Contoh: Si Bongsu bertindak secara bijak apabila dia menyembunyikan beberapa butir padi di dalam luka di
tumitnya sehingga tidak dapat dikesan oleh empunya padi.

Kita wajar bersikap setia kepada ahli keluarga.

o Contoh: Abang Si Bongsu setia menunggu kepulangan adiknya dari kayangan.

· Kita hendaklah gigih berusaha untuk meneruskan kehidupan.

o Contohnya:- Si Bongsu dan abangnya gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya sebagai
sumber pendapatan walaupun mereka masih kecil.

Anda mungkin juga menyukai