Anda di halaman 1dari 14

Analisis Prosa Tradisional

“Asal Padi”
Hazwan bin Lamjad
Aidee Jafrin
Juwizit Jupain
Asrafee bin Aslee
Nurul Hasmira binti Husina
Tema
Tema prosa tradisional ini adalah kebijaksanaan dalam
menyelesaikan masalah. Kebijaksanaan Si Bongsu
menyelesaikan masalah dalam usahanya mendapatkan
padi dari kayangan untuk dibawa pulang ke bumi.
Persoalan
• Contoh: Si Bongsu dengan berani  memasukkan padi itu
Keberanian melakukan di dalam mulutnya dan melarikan diri namun dapat
ditangkap oleh penjaga dusun sehingga luka di
sesuatu tindakan. tumitnya

• Contoh: Si Bongsu mencari akal agar dia dapat


Kebijaksanaan mencari menyembunyikan tanaman padi itu di dalam sebuah
tempat yang tidak akan diketahui oleh yang empunya
akal. padi.

Mengambil kesempatan • Contoh: Orang-orang jahat telah mengambil segala


harta yang ditinggalkan oleh suami isteri itu kepada
atas kesusahan orang anak-anak mereka yang masih kecil.
lain.

• Contoh: Empunya padi benar-benar memastikan padi


Bersungguh-sungguh yang ditanamnya tidak dicuri orang.
menjaga hak.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Si Bongsu 
Seorang lelaki.
Seorang anak yatim piatu.
Anak bongsu daripada dua beradik.

Seorang yang berani.


Contohnya: Si Bongsu telah menyembunyikan padi di dalam mulutnya untuk di bawa pulang ke bumi.

Seorang yang bijak mencari akal.


Contohnya :- Si Bongsu mendapat idea menyembunyikan beberapa butir padi di dalam luka di tumitnya
agar padi tersebut tidak dijumpai oleh empunya padi.

Seorang yang gigih


Contohnya:- Si Bongsu gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya sebagai sumber
pendapatan walaupun dia masih kecil.

Seorang yang rajin.


Contohnynya :- Si Bongsu rajin bekerja menjadi penjaga dan mengawasi jemuran padi di kayangan.

Seorang yang berpandangan jauh.


Contohnya : Si Bongsu mahu membawa padi di kayangan ke bumi agar rakyat di bumi dapat menikmati
kelazatan padi tersebut.
Watak Sampingan
• Si Sulung
Abang kepada Si Bongsu
Anak yatim piatu.

Seorang yang setia.


Contohnya:- Si Sulung tetap menanti kepulangan adiknya yang kini berada di
kayangan.

Anak yang cacat.


Contoh: Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh melekat satu sama lain, seperti
kaki itik dan kedua tumitnya berlubang.

Seorang yang gigih.


Contohnya :- Si Sulung gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya
sebagai sumber pendapatan walaupun dia masih kecil.
• Empunya padi ( orang kayangan )

Seorang yang sangat berhati-hati


Contohnya: Setiap kali Si Bongsu ingin pulang ke bumi, dia akan memeiksa seluruh
badan Si Bongsu agar Si Bongsu tidak dapat membawa padi pulang ke bumi.
 
Seorang yang bertimbangrasa.
Contoh: Empunya padi memaafkan kesalahan Si Bongsu yang menyembunyikan padi di
dalam mulut ketika dia ingin pulang ke bumi.
 
Seorang yang baik hati
Contoh:  Empunyai padi telah memberi Si Bongsu makan padi yang ditanamnya.     

Seorang yang cerdik


Contohnya:- Empunya padi tidak percaya kata-kata burung pipit  apabila melihat paruh
pipit nampak putih sampai ke hujungnya yang menunjukkan bahawa pipit telah
makan padi.
 
• Burung Pipit
Seekor burung yang tidak jujur
Contoh:- Burung pipit telah menipu tuannya dengan
melaporkan bahawa di bumi tidak ada padi sedangkan
dia telah memakan padi di bumi sehingga kenyang.
 
Seekor burung yang licik
Contohnya:- Burung pipit tidak mahu mengaku
kesalahannya kepada empunya padi sebaliknya
meminta empunya padi menyuruh burung tekuri untuk
turun ke bumi bagi menunjukkan kebenarannya.
Latar
• Latar Masa
Waktu siang.
Contoh: Didapatinya dekat kolam itu ada tujuh
orang wanita yang baharu sahaja selesai
mandi dan sedang bersiap-siap untuk
berangkat
• Latar Tempat
 
Di kampung
Contoh: Si Bongsu dan abangnya tinggal di kampung dan
menguruskan ternakan kolam ikan bagi menampung
keperluan mereka.
 
Di Kayangan
Contoh: Si Bongsu memakan tanaman yang enak yang
dipanggil padi di kayangan.
 
Di kolam
Contoh: Tujuh orang wanita dari kayangan mandi di kolam
ikan Si Bongsu.
• Latar Masyarakat

Masyarakat kampung
Contoh: Si Bongsu dan abangnya tinggal di kampung dan
menguruskan ternakan kolam ikan peninggalan orang tua mereka.
 
Masyarakat kayangan.
Contoh: Tujuh orang wanita yang mandi di kolam tinggal di
kayangan.
 
Masyarakat yang patuh kepada arahan.
Contoh: Burung Pipit dan burung Tekuri patuh pada arahan empunya
padi untuk turun ke bumi bagi menyiasat akan kewujudan tanaman
padi di bumi.
 
Gaya Bahasa
• Contoh: Untung tak dapat diraih, malang tak dapat
Peribahasa ditolak.

• Contoh: lubang-lubang, harta benda, sekali-kali


Kata Ganda
• Contoh: tak, ku
Sinkope
• Contoh: padi, burung pipit, burung tekuri
Imej Alam
• Contoh: benda itu kuning warnanya, berkilau-kilau
Hiperbola ditimpa sinar matahari.

• Contoh: Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh


Simile melekat satu sama lain, seperti kaki itik.
Nilai
• Contoh: Si Bongsu berani menyembunyikan padi di dalam luka di tumitnya
Keberanian
untuk di bawa turun ke bumi.

• Contoh: Abang Si Bongsu setia menunggu kepulangan adiknya dari


Kesetiaan
kayangan.

• Contoh: Burung Tekuri patuh akan arahan empunya padi untuk turun ke
Kepatuhan
bumi bagi menyiasat kewujudan padi di bumi.

• Contohnya: Si Bongsu bijak mencari akal agar dia dapat menyembunyikan


tanaman padi itu di dalam sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh
Kebijaksanaan yang empunya padi
Sudut Pandangan
1. Kasih sayang dalam berkeluarga
Contohnya : Abang Si Bongsu setia menunggu kepulangan adiknya dari
kayangan.
2. Kebijaksanaan Akal.
Contoh : Si bongsu bertindak bijak apabila dia menyembunyikan
beberapa butir padi di dalam luka tumitnya sehingga tidak dapat
dikesan oleh empunya padi.
3. Gigih berusaha dan tidak mudah putus asa
Contoh : Si Bongsu dan abangnya gigih menjaga kolam ikan peninggalan
ibu bapanya sebagai sumber pendapatan walaupun mereka masih kecil.
4. Sikap patuh kepada pemimpin
Contoh : Burung Pipit dan Si Tekuri yang patuh akan arahan empunya
padi untuk turun ke bumi bagi menyiasat kewujudan padi di bumi

Anda mungkin juga menyukai