Anda di halaman 1dari 4

Seorang Tua di kaki Tamadun

(FADH RAZY)

Maksud

Rangkap Maksud

1 Seorang yang memerah keringatnya dibawah matahari terik untuk


mengusahakan sawah padi.

2 Dalam musim yang panas, orang tua itu tetap membawa cangkul untuk
mengusahakan sawah sedaya upaya.

3 Orang tua itu membersihkan sawahnya daripada semak.Dalam sawah


terdapat padi yang sedang masak dan terdapat banyak tikus yang ingin
memusnahkan padi.

4 Petani tua itu melaksanakan amanah orang tuanya untuk mengerjakan


sawah itu, walaupun sukar.

5 Sewaktu petang Pak tua bersandar di surau usang, Pak Tua merasa sedih
ketika azan dilaungkan kerana didalam hatinya terpendam rasa yang marah
yang tidak ditahannya.

6 Usaha untuk mempertahankan tanah sawahnya jadi sia-sia kerana telah


ditipu oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.

7 Sawahnya yang selama ini digunakan untuk menyara mereka sekeluarga


telah dibangunkan dengan perubahan pemodenan.
Tema

Tema sajak ini ialah kemasyarakatan.Pembangunan yang dijalankan telah


melenyapkan warisan tradisi nenek moyang iaitu sawah padi.

Persoalan

1. Persoalan kegigihan mengusahakan sawah. Contohnya walaupun cuaca panas


dan menggunakan cangkul yang tumpul petani tetap gigih mengusahakan
sawahnya.

2. Persoalan tipu muslihat oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Contohnya


sawah petani tua telah dieksplotasikan oleh golongan yang tidak
bertanggungjawab untuk pembangunan.

3. Persoalan ketaatan menunaikan ajaran agama. Contohnya petani tua sentiasa


menunaikan suruhan tuhan dengan melaksanakan solat di surau usang itu.

Bentuk

1. Terdiri daripada tujuh rangkap


2. Jumlah baris setiap rangkap tidak sama iaitu antara dua hingga enam baris
serangkap
3. Jumlah patah perkataaan dalam setiap baris tidak sama iaitu antara dua hingga
enam patah perkataan sebaris
4. Jumlah suku kata dalam setiap baris tidak sama iaitu antara lima hingga empat
belas suku kata sebaris
5. Rima akhirnya abb, abcde, abcdef,abcded,abcde,aa,abcde
Gaya Bahasa

1. Singkope - Singkatan kata


contoh :- Yang tak pernah lekang

2. Asonansi - pengulangan vokal a


Contoh :- Sebagai badang nusa

3. Aliterasi - pengulangan konsonan n


Contoh :-Cangkul menumpul di tangan

4. Imejan - imej alam


Contoh:- tikus,lalang,belukar,sawah

5. Personifikasi - memberi sifat perorangan kepada benda


Contoh:-Saat petang bersandar di surau usang

6. Metafora - Perbandingan secara abstrak dan konkrit


Contoh:-Di langit peradaban yang tak berpagar

7. Kata Ganda - berkali-berkali,cita-cita


Nilai

1. Kegigihan - Petani tua gigih mengusahakan sawahnya walaupun tanpa


bantuan alat moden.

2. Amanah - Petani meneruskan usaha disawah sebagai menunaikan


amanah yang telah diberikan oleh ibubapanya.
3. Ketakwaan - Dalam usia tua petani itu tetap mengerjakan suruhan tuhan
disurau yang usang.

Pengajaran

1. Kita haruslah sentiasa gigih dalam melakukan sesuatu kerja.


Contohnya petani tua gigih mengusahakan tanah sawahnya walaupun sudah
lanjut usia.

2. Kita hendaklah sentiasa amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang


diberi.
Contohnyanya petani itu tetap melaksanakan amanah ayahnya yang meminta
menjaga dan mengusahakan tanah sawah.

3. Kita mestilah bertakwa kepada Allah .


Petani tetap beribadat kepada Allah walaupun dia telah lanjut usia dan keletihan.

Anda mungkin juga menyukai