Anda di halaman 1dari 10

Suami isteri usahakan tanaman padi huma di Sik

2 November 2012 SIK - Kelazatan dan keenakan nasi beras padi huma atau padi bukit sukar dijelaskan kecuali mereka yang pernah menikmatinya. Kerana keistimewaan itu, sepasang suami isteri di Kampung Carok Tok Pong dekat sini nekad mengusahakan tananam padi tersebut di kawasan tanah berbukit yang ditanam dengan anak getah. Yusuf Kassim, 63, dan isterinya, Hamidah Ahmad, 53, mengusahakan tanah seluas 0.57 hektar dengan tanaman padi huma jenis Sungkai Hitam dan Putih Lanai sejak setahun lepas. Penanaman padi huma atau padi bukit mengambil masa enam bulan untuk mendapatkan hasil. Meskipun padi huma jarang diusahakan pada masa ini, namun bagi pasangan Yusuf dan Hamidah, mereka sanggup berdepan berbagai ancaman musuh tananam seperti burung tiak dan babi hutan. Yusuf berkata walaupun padi huma yang diusahakan belum boleh dituai, mereka sudah menerima tempahan daripada pelbagai pihak yang ingin menikmati kelazatannya. "Saya mampu meraih pendapatan lumayan dengan menjual beras padi huma kepada penggemarnya dengan harga RM20 bagi empat kilogram," katanya. Beliau juga berkata nasi yang dimasak menggunakan beras padi huma dikatakan mampu membantu pesakit kencing manis dan darah tinggi. Bagi Hamidah, yang berpengalaman luas dalam penanaman padi huma, beliau yakin jika diusahakan secara komersial, mereka mampu meraih pendapatan lumayan. "Kami akan meneruskan usaha tananam padi huma di kawasan ini walaupun agak jauh dari rumah kerana tidak mahu tanaman ini pupus," katanya. Kawasan tananam padi huma pasangan ini terletak hampir dua kilometer dari rumah mereka.- Bernama

http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/suami-isteri-usahakan-tanaman-padi-huma-di-sik1.100185

pENANAMAN pADI hUMA


Padi Huma adalah padi yang diusahakan dihuma-huma yang kebiasaannya diterokai oleh para petani sekali dalam setahun. Penanamam padi huma merupakan satu cabaran yang sukar dan memerlukan ketabahan yang tinggi kepada setiap petani yang mengusahakannya. Mungkin proses penanaman padi huma ini berbeza dari satu tempat ke satu tempat. Proses penanaman padi huma yang ingin ku ceritakan disini adalah proses penanamam padi huma yang diusahakan oleh arwah ayah aku kira-kira 25 tahun yang lampau. Musim yang paling sesuai untuk menanam padi sekitar bulan Mac Jun setiap tahun. Apabila tiba musim membuat padi huma ini, semua penduduk kampong akan berpakat bersama-sama. Kalau tak berpakat, maka tak ada orang yang akan buat padi huma. Tak pernah ada orang buat padi seorang diri. Membersih tanah huma Setelah dipersetujui, maka ayah aku akan mula membersihkan tanah sekangkang kera milik keluarga. Kadang-kadang ayah aku dan kawan-kawan dia akan membuka satu kawasan tanah baru milik kerajaan, di kawasan paya di bukit. Proses memilih tanah mana yang akan diusahakan padi huma ini penting kerana jika masing-masing membuat huma ditanah masing-masing, maka padi akan menjadi habuan burung pipit. Kebiasaan proses membersih tanah ini diusahakan oleh ayah aku dan ibu aku. Aku masih belajar dan duduk di asrama,

maka jarang sekali aku dapat tolong mereka. Reba-reba ataupun pokok-pokok yang tumbang seperti senduduk, leban, dan sebagainya akan ditebang oleh ayah aku dengan tulang empat keratnya. Reba-reba ini akan dihimpun di satu-satu kawasan dan akan dibakar. Proses ini dinamakan mengangkat. Apabila reba-reba ataupun rating-ranting pokok itu dibakar, ianya akan menjadi kawasan terbakar yang cukup subur. Kawasan ini dinamakan punan . Dalam proses membersihkan tanah, pokok-pokok yang besar akan digunakn oleh ayah aku sebagai bahan membuat pagar. Aku masih ingat, pagar-pagar yang dibuat oleh ayah aku cukup kukuh kerana beliau memggunakan teknik dimana kayu-kayu sebesar betis akan diselitkan diantara 2 batang tiang pagar. Pagar ini ayah aku namakan sebagai pagar belat. Setelah tanah siap dibersihkan, maka ayah aku pun akan mendirikan danga atau pondok kecil di tengah huma untuk berteduh. Ayah aku memang seorang tukang rumah yang mahir dan danga yang didirikannya cukup selesa untuk kami sekeluarga tidur di ketika musim membuat padi. Setelah tanah siap dibersihkan, pagar serta danga telah diap didirikan, maka punan-punan yang terbetuk akan di tabor dengan benih bayam dan mamam dan juga benih timun batang. Untuk menanam tinum, mak aku akan menyemai butir timun terlebih dahulu. Untuk menyemai biji timun mak aku akan ambil pelepah pisang dan dibelah dua, kemudian butir timun akan ditabur dan pelepah pisang itu ditakup kembali, dalam masa beberapa hari, butir timun akan bercambah. Ayah dan mak aku juga akan menanam jagung sementara menaman padi kerana jagung akan dapat dituai hasil dahulu sebelum padi masak. Tanah-tanah sudah siap dibersihkan, begitu juga dengan tanah-tanah kawan-kawan ayahku yang lain. Tibalah masanya proses menanam benih padi. Proses ini memerlukan pengelibatan semua pihak. Pengelibatan pihak-pihak lain ini dinamakan bederau. Berderau ini bermaksud setiap petani akan bergotong royong menanam benih padi dari satu kawasan ke satu kawasan. Apabila tiba giliran tanah ayah aku,. Maka emak aku akan tanah nasi pulut dan dibungkus dalam sejenis daun lupa dah daun apa. Sebelum upacara menanam benih padi ini dimulakan. Ayah aku akan melakukan satu ritual amalan tradisi. Aku sudah lupa bentuk ritual tersebut tetapi seingat aku dimana ayah aku akan memilih satu kawasan dan disitu akan ditanam benih-benih padi sebelum proses sebenar dilakukan. Menugal padi Proses menanam padi huma ini dinamakan menugal padi. Kaum lelaki akan mengasak menggunakan asakan manakala kaum perempuan akan mengisi benih-benih padi ke dalam lubang asakan tersebut. Asakan ialah sejenis alat yang diperbuat daripada buluh sebesar tangan budak dan dihujung buluh tersebut akan diletakkan kayu dan ditajamkan. Ada juga pihak yang membuat asakan menggunakan kayu lurus sebesar lengan budak kecik dan sepanjang 6 kaki. Kebiasaannya setiap seorang akan menggunakan dua asakan di kiri kanan dan membentuk lubang dengan menikam tanah. Ayah aku dan kawan-kawannya cukup pandai mengasak dan lubang yang terbentuk tersusun dengan begitu rapi. Proses mengasak akan siap terlebih dahulu dan diikuti dengan mengisi benih padi dalam lubang asakan. Oleh kerana aku masih kecil, maka tugas aku adalah mengisi benih padi. Aku bukan tak pandai mengasak tetapi tak tersusun degan rapi. Proses menugal ini kebiasaannya akan habis setelah tengahari. Merumput ( menerah ) padi Setelah proses menugal ini siap dan derau-derau telah dibayar, maka sampailah masanya

anak-anak padi dah mula membesar. Dalam proses membesar ini, bayam, timun, dan jagung sudah boleh dipetik. Apabila anak-anak padi sudah mencapai ketinggian lebih kurang 6 inci, maka proses membuang rumput dilakukan. Proses membuang rumput ini dipanggil menerah dengan menggunakan sejenis peralatan dinamakan keri. Keri-keri ini terlebih dahulu mengalami proses penajaman. Proses penajaman keri-keri ini dinamakan katok keri. Proses katok keri ialah proses dimana keri-keri akan dibakar sehingga merah dan selepas itu diketuk bagi menajamkannya. Keri-keri ini kebiasaannya akan diasah selepas ianya dikatok. Semasa proses merumput ataupun menerah , ibuku akan mengupah orang kerana tak larat juge beliau nak menerah seorang diri. Tugas menerah ini memang tugas hakiki orang perempuan dan tak pernah aku nampak ayah aku menerah padi. Akupun dah lupa berapa upah yang dikenakan tetapi ukuran kawasan yang dirumput ikut kiraan depa. Proses menerah ini kebiasaannya bermula awal pagi hingga tengahari. Bagi melindungi mak aku daripada cuaca panas dia akan pakai lapik anggal. Lapik anggal dibentuk menggunakan kain batik yang dipakai dikepala dan boleh dirombak kembali bila sudah tidak mahu digunakan lagi. Disamping itu juga , Ayah aku akan membuat sejenis tempat berteduh yang dinamakan rimau rangkak. Rimau rangkak ini mempunyai dua kaki dan satu tongkat. Rimau rangkak lebarnya lebih kurang 5 kaki dan tingginya lebih kurang 6 kaki. Daun sagu atau daun pokok salak digunakan untuk membuat atap manakala buluh-buluh sebesar lengan budak kecik digunakan untuk membuat rangkanya. rimau rangkak ini akan dialih-alihkan kemana-mana diperlukan. Sementara mak aku dan kawan-kawannya menerah padi, ayah aku akan mengemasngemaskan pagar-pagarnya dan juga memperkemaskan lagi dangau yang dibuatnya. Disamping itu juga beliau akan mengenalpati kawasan-kawasan yang tidak tumbuh anak padi. Kawasan-kawasan yang tidak tumbuh anak padi, akan disulap oleh ayah aku. Proses menyulap ini kebiasaanya menggunakan anak-anak padi yang direndam terlebih dahulu sehingga bercambah dan ditugal di kawasan yang tak tumbuh anak padi. Ada juga ketikanya ayah aku akan menahan perangkap burung puyuh. Membuat Pauh. Pauh adalah makanan tradisi masyarakat kampung aku apabila tiba musim menanam padi huma. Pauh memang enak dimakan dengan kuah nisan ataupun nyiur kukur. Pauh diperbuat daripada padi muda dan bukannya padi masak. Proses membuat pauh dimulakan apabila padi dah mengeluarkan buah dan dah berisi tetapi masih belum menguning lagi. Padi muda ini akan dituai oleh mak aku lebih kurang dua gemal. Satu gemal bersamaan satu gengam padi yang dituai, dan dibawa pulang kerumah pada sebelah petang setelah habis bekerja. Padi muda berkenaan akan dilurut dari tangkainya setelah itu dibasuhkan. Apabila tiba waktu selepas isyak, mak aku akan hidupkan api dihadapan rumah manakala aku akan membawa keluar padi muda yang telah dibasuh dan diisi dalam besen. Kebiasaannya proses membuat pauh ini hanya melibat mak aku dan anak-anak sahaja. Ayah aku kurang masuk Campur, dia akan memerhati sahaja sambil menggulung rokok nipahnya. Oleh kerana anak-anak dah boleh tolong, maka ayah aku tak le menolong lagi. Tetapi sebelum itu, dia akan mengoreng padi dan mak aku pula menumbuk pauh. Sekali sekala aku turut menumbuk, tetapi banyak risikonya kerana kadang-kadang alu tertumbuk tepi lubang lesung dan boleh menyebabkan lesung terbalik. Bunyi mak aku m,enumbuk pauh kedengaran seluruh kampung, tung, tung, tung. Tung,

tung. Bunyi ini bukannya datang dari rumah aku sahaja kerana ramai lagi orang kampung yang menumbuk pauh. Kerja-kerja menumbuk pauh siap lebih kurang pukul 11.00 malam. Bila dah siap, mak aku pun menampi pauih untuk membuangkan dedak dan kulit-kulit padi. Adik-adik dah masuk tidur, tinggallah aku saja yang membantu mak aku, ayah pun dah mula masuk tidur. Besuk pagi, bila kami semua dah bangun dari tidur, mak aku dah siapkan kuah nisan dan juga nyiur kukur. Kami pun bersarapan bersama-sama satu keluarga makan pauh dengan nyiur kukur dan kuah nisan. Menuai Padi Padi di huma dah pun meguning. Ayah aku dah membuat orang-orang ataupunlayut bagi menghalau burung pipit. Sudah tiba masanya mak aku menuai padi. Ayah aku pun membuat tuai menggunakan batang pulai ataupun lebihan papan dinding. Mata tuai diperbuat daripada mata pisau cukur manakala pemegang atau penyendal jari diperbuat daripada buluh sebesar ibu jari. Di danga, ayah aku dah siap membuat kepuk. Dinding kepuk diperbuat daripada kulit kayu. Menuai padi aku pun pandai tetapi kurang cekap. Bagi yang tangan besar, gemal yang dihasilkan besar-besar. Mak aku dan kawan-kawan dia berderau untuk menuai padi. Proses menuai padi memakan masa lebih kurang seminggu dan bergantung kepada luas mana huma yang dibuat oleh ayah aku. Mengerek padi Setelah padi dituai, maka tibalah masanya untuk mengerek padi. Mengerek adalah satu proses meleraikan padi dari tangkainya. Kalau di sebelah Kedah, mereka membanting padi. Untuk mengerek padi, ttikar mengkuang diperlukan untuk digunakan sebagai tempat mengumpul padi. Mengerek dimulakan dengan membentang tikar mengkuang di lambur danga. lambur kebiasaannya diperbuat daripada gelegar buluh sebesar lengan budak kecik dan disusun rapat-rapat di Bahagian hadapan danga. Macam beranda hadapan danga. Setelah tikar dihampar, maka gemal-gemal padi akan ditimbunkan seperti busut tingginya. Selepas itu proses mengerek padi dimulakan dengan memijak-mijak dan memusing-musingkan tapak kaki bagi tujuan meleraikan padi dari tangkainya. Miangnya tak boleh nak cerita,bagi yang berkudis dinasihatkan jangan mengerek padi kerana bahananya cukup besar. Setelah habis gemal-gemal padi dierek, maka padi itu akan dimasukkan ke dalam kepuk ataupun dibawak balik kerumah untuk dijemur. Oleh kerana keluarga kami tidak ada kenderaan untuk mengangkut padi-padi itu ke rumah, maka ayah aku dan ibu aku akan memikul atau menanggung guni-guni padi ke rumah. Bila aku dan adik aku dah besar, kami pu turut memikul. Pernah suatu ketika ayah aku buat padi di kawasan paya yang jaraknya lebih kurang 10 kilometer dari rumah aku. Bayangkan bertapa jerihnya ayah aku nak bawak balik padi yang berguni-guni. Namun demikian, beliau seorang yang cukup tabah dan pandai membuat ukuran. Itu adalah kemahiran seorang tukang rumah. Tidur di danga Bila tiba musim membuat padi,. Kami sekeluarga kadang-kadang tidur di danga jika musim tak sekolah. Ayah aku memilih untuk tidur di danga kerana menjimatkan perjalanan ulangalik antara rumah ke huma. Tidur di danga cukup seronok tetapi kurang selesa. Jika tidur di danga, makan nasi berlauk budu pun terasa sedap yang amat sangat. Jika kebetulan huma kami di kawasan paya, maka ayah aku akan tahan taut ikan haruan dan ikan keli untuk dicecah dengan budu. Manakala ulam-ulam seperti pucuk serai kayu, petai, tempoyak menambahkan lagi selera

Bila aku kenang kembali mas kecik-kecik dulu, bestnyerrasa nak kembali ke zaman itu. Tetapi masa tak pernah akan undur balik ke belakang. Kini ayah aku dah kembali kepada penciptanya dan tinggallah ibu tua aku yang masih dapat ku tatap dan ku peluk. Aku cukup sedih dengan kembalinya ayah aku ke rahmatullah, kerana dalam kedaifan kami sekeluarga, banyak perkara yang kami lalui bersama dan meninggalkan banyak kenangan manis. http://putrarahman.blogspot.com/2008/09/penanaman-padi-huma.html
http://berita-harian-online.com/search/penanaman%20padi%20bukit

PASANGAN Bonnie Mbuh Udal dan Raoh Gangkum dari Kampung Gahat Mawang meneliti padi bukit yang telah matang dan sedia dituai.

PENGGUNAAN mesin tuai menjimatkan tenaga dan masa petani.

PADI bukit sememangnya diakui menghasilkan beras yang berkualiti tinggi. Menyedari akan potensi penanaman padi bukit yang menghasilkan beras lebih baik, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) melaksanakan projek percubaan meningkatkan potensi hasil padi bukit di Kampung Gahat dan Kampung Sepadah Bau di Sarawak. MARDI cuba menyuntik pelbagai teknologi baru dalam penanaman padi bukit di Sarawak yang biasanya dilakukan di kawasan lereng bukit dan kawasan tanah beralun. Petani padi bukit juga kebiasaannya menjalankan pertanian secara berpindah-randah dengan kaedah tebang dan bakar hutan. Ketua projek tersebut Dr. Sariam Othman berkata, projek yang dilaksanakan itu melibatkan transformasi teknologi dalam penapakan tanaman, pengurusan pembajaan, pengurusan rumpai, pengurusan penyakit dan perosak selain mekanisasi penanaman dan penuaian. Projek yang bermula sejak September 2009 dijangka berakhir pada Ogos tahun ini dengan objektif utamanya ialah untuk menambah dan meningkatkan pendapatan penanam padi bukit. Variasi padi bukit yang ditanam mempunyai jangka masa matang yang panjang iaitu kira-kira 150 hari dan tidak memberi gerak balas kepada pembajaan. Kadar minimum Padi bukit ditanam untuk tujuan sara diri sahaja di Sarawak iaitu kadar penggunaan input yang sangat minimum dengan purata hasil hanya sekadar 720 kilogram sehektar. Sariam berkata, 21 petani dari Kampung Gahat terbabit dalam projek itu yang melibatkan kawasan seluas 10.8 hektar. Projek itu juga dijangka bertambah dengan penyertaan lebih ramai peserta. Pada musim 2010/2011 jumlah petani terlibat dalam projek ini meningkat kepada 27 orang melibatkan kawasan seluas 15 hektar selain pembabitan beberapa petani di Kampung Sepadah Bau melibatkan kawasan seluas 3.75 hektar, katanya. Menurut Sariam berdasarkan kajian musim pertama (tanaman musim 2009/2010) projek di Kampung Gahat memperoleh hasil purata sebanyak 916 kilogram sehektar iaitu purata peningkatan hasil 24.1 peratus berbanding 737 kilogram sehektar sebelum ini. Projek di Kampung Sepadah Bau pula menunjukkan pencapaian yang lebih membanggakan apabila memperoleh hasil sebanyak 2,012 tan sehektar iaitu peningkatan 42.4 peratus berbanding 1,419 kilogram sehektar. Hasil tanaman kedua (2010/2011) di Kampung Gahat dituai pada Februari lepas, sementara Kampung Sepadah Bau pada April ini, katanya. Meningkatkan hasil

PENGGUNAAN mesin tuai menjimatkan tenaga dan masa petani. Sariam berkata, pihak MARDI telah mengemukakan beberapa cadangan kepada penanam padi bukit untuk membolehkan mereka meningkatkan hasil sekali gus, memajukan lagi penanaman padi bukit di Sarawak pada masa akan datang. Antara cadangan itu termasuklah menggalakkan penanam padi bukit menerapkan amalan pertanian yang lebih sistematik melalui penanaman padi bukit dalam petak, tidak berpindah-randah serta tidak membakar hutan untuk membuka kawasan tanaman baru. Petani juga perlu diberi jaminan pasaran daripada Padi Beras Nasional (Bernas) jika mereka dapat meningkatkan hasil padi bukit. Penanam padi bukit, Bonnie Mbuh Udal, 56, berkata kaedah yang diperkenalkan oleh MARDI memang baik dan terbukti banyak memberi perubahan kepada cara penanaman padi bukit di Kampung Gahat. Sebelum ini kebanyakan penanam padi bukit berhadapan pelbagai masalah seperti tapak yang tidak sesuai, pokok yang mudah tumbang serta kesukaran untuk menanam dan menuai hasil. Saya yakin padi bukit memang ada potensi dan jika teknologi ini berjaya, pasti ia dapat meningkatkan lagi hasil padi bukit di Sarawak, katanya. Raoh Gangkum, 57, berkata dia amat menyokong usaha MARDI memperkenalkan teknologi baru dalam penanaman padi bukit yang kini hanya diusahakan oleh kebanyakan penduduk yang sudah berusia. Minat golongan muda dalam penanaman padi bukit adalah sangat kurang dan ia memang satu kerja yang sukar terutama ketika membuka kawasan tanaman baru dan kerja menanam serta menuai hasil. Mana ada anak muda yang mahu buat kerja ini (tanam padi ), tapi kalau ia dapat mengeluarkan hasil yang lebih lumayan, saya pasti keadaan akan berubah suatu hari nanti, katanya. Dana buat MARDI

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof berkata, MARDI yang mendapat pembiayaan Dana TechnoFund berjumlah RM1.3 juta daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah dipertanggungjawab untuk memperkenalkan teknologi terkini dalam penanaman padi bukit di Sarawak dan Sabah. Ujar beliau, MOSTI dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) serta sokongan daripada kerajaan negeri Sarawak juga bercadang untuk mengembangkan lagi projek tersebut ke beberapa kawasan tanaman padi bukit di Sri Aman, Sarikei dan Kapit yang melibatkan kawasan hampir 12,000 hektar. Jika projek tersebut berjaya ia akan dapat membantu mengubah nasib penanam padi bukit di Sarawak yang majoritinya masih menggunakan kaedah pertanian tradisional. Bernama

http://berita-harian-online.com/transformasi-tanaman-padi-bukit/

PADI BUKIT / PADI HUMA Juga dikenali sebagai Padi Hutam, sejenis padi yang ditanam di atas bukit diusahakan sejak dahulu lagi. Ia juga ditanam di tanah pamah yang tidak berair, berbeza dengan padi sawah yang ditanam di petak-petak yang mempunyai air. Biasanya ditanam oleh Orang Asli dan Melayu yang tinggal di kawasan pendalaman. Ia ditanam di bukit atau tanah yang baru dibuka. Penanaman padi huma biasanya dijalankan secara tradisi dan sara diri. Musim penanaman selalunya pada bulan Jun/Julai setiap tahun dan akan ditunai pada bulan November dan Disember tahun berkenaan. Keistimewaan yang terdapat pada padi ini selain dapat tumbuh di atas darat ialah aroma beras dan nasinya yang wangi. Selain dari itu nasinya lembut dan sedap dimakan. Kesedapan dan aroma ini berbeza mengikut jenis padi berkenaan. Ketinggian pokok padi ini boleh mencapai 6 kaki bergantung kepada jenis dan kesuburan tanah. Jenis-jenis Padi Huma Padi Kuku Belang, Pulut Puteh, Padi Balam, Pulut Hitam, Padi Puteh, Taring Pelanduk, Mayang Pasir, Rambai, Lengkuas, Padi Hitam, Langsat, Mayang Kuning, Lumut dan Mayang Legar Nama-nama yang digelarkan kepada jenis padi ini bergantung kepada panggilan penduduk setempat. Terdapat juga padi yang sama jenisnya tetapi mendapat nama atau gelaran yang lain di tempat lain. Pembajakan tanah tidak dibuat kerana jentera pembajak sukar memasuki kawasan begini. Manual adalah kaedah yang digunakan untuk menanam Padi Huma. Kaedah ini memerlukan kayu penugal bulat bersaiz 2" ke 3" garispusat panjangnya antara 1 - 1.5 meter untuk membuat lubang tanaman bagi mengisikan biji benih padi. Terdapat juga petani menggunakan tabung buluh yang direka khas berfungsi sebagai penugal dan didalamnya diisikan dengan biji benih padi. Keperluan bijibenih adalah antara 4-5 gantang seekar mengikut jenis padi yang ditanam. Secara tradisi, padi huma tidak dibubuh baja. Baja organan semulajadi dan abu sisa pembakaran menjadi sumber makanan utama kepada pokok padi. Dituai setelah berumur 120-125 hari selepas ditanam. Kaedah penuaian dijalankan secara tradisional seperti mengetam, menyabit dan memukul menggunakan tong padi. Kebanyakan padi ini tidak dijual, hanya untuk kegunaan sendiri sahaja.

http://www.lkpppadi.com.my/varieti.html

H. Peranan Agensi Kerajaan Yang Membantu Petani


Agensi A. BERNAS Kaedah a. Meluaskan perkhimatan keluar kawasan utama penanaman padi. b. Menyediakan kredit, kumpul hasil, menguruskan subsidi baja kimia dan racun serangga.

c. Menjamin harga minimum dan bantu petani memasarkan padi. B. Koperasi Peladang a. Mengajar petani menggunakan peralatan jentera moden. b. Membeli baja dengan harga yang lebih murah.

C. Jabatan Pertanian D. MARDI

Mengajar petani menggunakan jentera, baja kimia dan racun serangga. Menghasilkan benih padi yang tahan kemarau, cepat masak dan hasil tinggi seperti MR52, MR53 dan MR77. Menyediakan bantuan kewangan

E. Bank Pertanian F. FAMA

Menyediakan pusat menjemur dan kilang untuk memproses padi.

Pertanian Sumber Ekonomi


Padi bukit merupakan tanaman popular di kalangan penduduk Kampung Assum. Rata-rata penduduk di kampung ini menjadikan tanaman padi bukit sebagai aktiviti pertanian sepenuh masa. Jika berkunjung ke kampung ini, pengunjung boleh melihat deretan sawah padi yang terbentang luas menghijau. Padi di tanam dua kali setahun iaitu pada bulan Jun dan Disember. Jika di tanam pada bulan Disember, musim menuai akan dilakukan pada bulan Mei atau Jun pada tahun berikutnya. Setiap tahun pada tarikh 1 Jun, Hari Gawai disambut oleh kaum Bidayuh di seluruh negeri Sarawak. Begitu juga dengan Kampung Assum. Sambutan perayaan ini menandakan musim menuai padi telah selesai. Selain itu, petani-petani di kampung ini turut mengusahakan pelbagai jenis tanaman di kebun masing-masing seperti getah dan lada bagi menampung perbelanjaan keluarga masingmasing. Di samping itu, penduduk-penduduk di kampung ini juga mengusahakan pelbagai

jenis pokok buahan seperti durian, rambutan dan cempedak. Selain di jadikan santapan seisi keluarga, buah-buahan ini turut di jual di pekan yang berdekatan bagi menambah pendapatan para petani. Kedudukan kampung yang terletak agak jauh di pendalaman menyukarkan pihak-pihak tertentu datang menghulurkan khidmat nasihat atau bantuan kepada para petani. Sungguhpun begitu, senario ini sedikit pun tidak mematahkan semangat para petani, malah mereka semakin rajin membanting tulang sama ada di kebun atau di sawah masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai