Anda di halaman 1dari 3

Yang dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis, para hakim, guru-guru dan rakan-

rakanyang dihormati sekalian. Selamat pagi dan salam satu Malaysia.

Tajuk cerita yang akan saya sampaikan ialah “Ayam Berkokok Pagi”.

Di sebuah kampung, tinggallah sepasang suami isteri bersama anak lelakki


mereka. Anak lelaki mereka bernama Awang. Mereka bekerja sebagai petani.

Mereka sekeluarga hidup bahagia. Mereka juga disukai dan disayangi oleh
orang kampung. Mereka baik hati.

Sepasang suami isteri itu mempunyai sebuah lading. Mereka menananm ubi,
pisang, tebu dan keladi. Kadangkala mereka menugal jagung.

Mereka sangat rajin mengusahakan lading itu. Setiap pagi, mereka membawa
bekal ke lading. Pada waktu petang berulah mereka pulang.

Awang sangat rajin orangnya. Dia suka memelihara ayam. Setiap pagi dia akan
menaburkan padi untuk ayam-ayamnya.

Awang pelihara ayam jantan dan betina. Ayam-ayam Awang semuanya gemuk
dan sihat belaka.

Terdapat seekor ayam jantan yang sangat disayangi Awang yang diberi nama
Jalak. Bulu Jalak sangat cantik.

Setiap pagi, dia akan membelai-belai Jalak dengan penuh kasih sayang. Awang
selalu bersihkan kotoran pada badan Jalak. Jalak Nampak lebih cantik.

Pada suatu hari, Awang mengikut bapa dan ibunya ke lading. Dia menanam
sebatang anak pisang. Sejak itu, Awang menjaga anak pisangnya dengan baik.

Awang selalu menyiram dan meletakkan baja pada anak pisangnya. Anak
pisangnya tumbuh subur.

Apbila pokok pisang itu telah berbuah, ayah Awang pun menebangnya.
Setandan pisang dibawa balik lalu diperam di atas para.

“Mesti Awang sangat suka pisangnya sudah ditebang. Aku mesti pulang
segera,” kata ayah Awang.
“Mak! Mak! Pisang saya sudah masak sebuji,” kata Awang yang setiap hari
membelek-belek pisangnya kalau-kalau ada yang sudah masak.

“Ya k e!” kata ibunya.

“Baguslah kalau pisang sudah masak. Suka benar kamu,” tambah ibunya lagi.

Tidak berapa lama kemudia semua pisang itu telah masak. Awang berasa tidak
sabar-sabar lagi untuk memakan pisang itu.

“Kalau aku dapat makan pisang itu sekarang, alangkah sedapnya,” kata Awang
di dalam hatinya.

“Mak, pisang saya sudah masak!” teriak Awang. “Berilah sebiji, saya hendak
makan.”

Ibunya sedang sibuk membuat kerja. Dia menuruh Awang meminta pisang itu
daripada ayahnya.

Apabila Awang meminta pisang daripada ayahnya, ayahnya menyuruh Awang


meminta tolong daripada ibunya pula. Akhirnya Awang merajuk.

Awang keluar dari rumahnya. Dia pergi ke reban ayamnya. Dia mahu melihat
ayam kesayangannya iaitu Jalak.

Awang pun memanggil Jalak. Dia menaiki belakang Jalak samba menyeru,
“Jalak, ibu bapaku tidak sayang kepada aku lagi.”

“Ayuh kita terbang ke dunia lain! Aku hendak makan pisang. Tetapi ibu bapaku
tidak beri,” luah Awang kepada Jalak.

Kata-kata Awang itu bagaikan sumpahan. Tiba-tiba, Jalak membawa Awang


terbang ke langit. Ibu bapa Awang cuba memujuk namun gagal.

Awang dan Jalak terus terbang ke langit tanpa menghiraukan pujukan ibu
bapanya.

Sejak itu, orang kampung berkumpul di halaman rumah Awang sambil


membawa pisang. Mereka mahu memujuk Awang agar kembali ke bumi.
Namun cara mereka tidak Berjaya. Kedua-dua ibu bapa Awang berasa sangat
menyesal. Awang tidak tidak mahu lagi pulang ke rumah akibat merajuk dengan ibu
bapanya.

“Ini semua salah kita. Sekiranya kita menurut permintaan Awang, pasti kita
tidak kehilangannya,” rintih ibu Awang.

Sejak itu, Jalak akan berkokok setiap awal pagi sambil diikuti kokokan ayam
di Bumi.

Tujuan Jalak berkokok ialah untuk menyeru manusia bangun menunaikan


kewajiban mereka kepada Tuhan.

Rakan-rakan sekalian,

Pengajaran daripada cerita ini ialah biar apapun kesalahan ibu bapa, kita tidak boleh
menderhaka kepada mereka.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai