Anda di halaman 1dari 3

PENGEMBARA YANG LAPAR

Tersebutlah kisah tiga orang sahabat, Kendi, Buyung dan Awang yang sedang
mengembara. Mereka membawa bekalan makanan seperti beras, daging, susu dan buah-buahan.
Apabila penat berjalan mereka berhenti dan memasak makanan. Jika bertemu kampung, mereka
akan singgah membeli makanan untuk dibuat bekal dalam perjalanan.
Pada suatu hari, mereka tiba di kawasan hutan tebal. Di kawasan itu mereka tidak bertemu dusun
atau kampung. Mereka berhenti dan berehat di bawah sebatang pokok ara yang rendang. Bekalan
makanan pula telah habis. Ketiga-tiga sahabat ini berasa sangat lapar,
“Hai, kalau ada nasi sekawah, aku akan habiskan seorang,” tiba-tiba Kendi mengeluh. Dia
mengurut-ngurut perutnya yang lapar. Badannya disandarkan ke perdu pokok ara.
“Kalau lapar begini, ayam panggang sepuluh ekor pun sanggup aku habiskan,” kata Buyung
pula.
“Janganlah kamu berdua tamak sangat dan bercakap besar pula. Aku pun lapar juga. Bagi aku,
kalau ada nasi sepinggan sudah cukup,” Awang bersuara.
Kendi dan Buyung tertawa mendengar kata-kata Awang.
“Dengan nasi sepinggan, mana boleh kenyang? Perut kita tersangatlah lapar!” ejek Kendi.
Buyung mengangguk tanda bersetuju dengan pendapat Kendi.
Perbualan mereka didengar oleh pokok ara. Pokok itu bersimpati apabila mendengar keluhan
ketiga-tiga pengembara tersebut lalu menggugurkan tiga helai daun.
Bubb! Kendi, Buyung dan Awang terdengar bunyi seperti benda terjatuh. Mereka segera mencari
benda tersebut dicelah-celah semak. Masing-masing menuju ke arah yang berlainan.
“Eh,ada nasi sekawah!” Kendi menjerit kehairanan. Dia menghadap sekawah nasi yang masih
berwap. Tanpa berfikir panjang lalu dia menyuap nasi itu dengan lahapnya.
“Ayam panggang sepuluh ekor! Wah, sedapnya!” tiba-tiba Buyung pula melaung dari arah timur.
Serta-merta meleleh air liurnya. Seleranya terbuka. Dengan pantas dia mengambil ayam yang
paling besar lalu makan dengan gelojoh.
Melihatkan Kendi dan Buyung telah mendapat makanan, Awang semakin pantas meredah
semak. Ketika Awang menyelak daun kelembak, dia ternampak sepinggan nasi berlauk yang
terhidang. Awang tersenyum dan mengucapkan syukur kerana mendapat rezeki. Dia makan
dengan tenang.
Selepas makan, Awang rasa segar. Dia berehat semula di bawah pokok ara sambil memerhatikan
Kendi dan Buyung yang sedang meratah makanannya.

“Urgh!” Kendi sendawa. Perutnya amat kenyang. Nasi di dalam kawah masih banyak. Dia tidak
mampu menghabiskan nasi itu. “Kenapa kamu tidak habiskan kami?” tiba-tiba nasi di dalam
kawah itu bertanya kepada Kendi.

“Aku sudah kenyang,” jawab Kendi.


“Bukankah kamu telah berjanji akan menghabiskan kami sekawah?” Tanya nasi itu lagi.
“Tapi perut aku sudah kenyang,” jawab Kendi.
Tiba-tiba nasi itu berkumpul dan mengejar Kendi. Kawah itu menyerkup kepala Kendi dan nasi-
nasi itu menggigit tubuh Kendi. Kendi menjerit meminta tolong.
Buyung juga kekenyangan. Dia cuma dapat menghabiskan seekor ayam sahaja. Sembilan ekor
ayam lagi terbiar di tempat pemanggang. Oleh kerana terlalu banyak makan, tekaknya berasa
loya. Melihat baki ayam-ayam panggang itu, dia berasa muak dan hendak muntah. Buyung
segera mencampakkan ayam-ayam itu ke dalam semak.
“Kenapa kamu tidak habiskan kami?” tiba-tiba tanya ayam-ayam panggang itu.
“Aku sudah kenyang,” kata Buyung. “Makan sekor pun perut aku sudah muak,” katanya lagi.
Tiba-tiba muncul sembilan ekor ayam jantan dari celah-celah semak di kawasan itu. Mereka
meluru ke arah Buyung.
Ayam-ayam itu mematuk dan menggeletek tubuh Buyung. Buyung melompat-lompat sambil
meminta tolong.
Awang bagaikan bermimpi melihat gelagat rakan-rakannya. Kendi terpekik dan terlolong.
Buyung pula melompat-lompat dan berguling-guling di atas tanah. Awang tidak dapat berbuat
apa-apa. Dia seperti terpukau melihat kejadian itu.
Akhirnya Kendi dan Buyung mati. Tinggallah Awang seorang diri. Dia meneruskan semula
perjalanannya.
Sebelum berangkat, Awang mengambil pinggan nasi yang telah bersih. Sebutir nasi pun tidak
berbaki di dalam pinggan itu.

“Pinggan ini akan mengingatkan aku supaya jangan sombong dan tamak. Makan biarlah
berpada-pada dan tidak membazir,” kata Awang lalu beredar meninggalkan tempat itu.

Nilai nilai yang terkandung :


1. Nilai Moral
-Kita harus bersikap bijaksana dalam menghadapi segala hal di dalam hidup kita.
-Jangan kita terlalu memaksakan kehendak kita pada orang lain.

2. Nilai Budaya
-Sebagai seorang anak kita harus menghormati orangtua.
-Hendaknya seorang anak dapat berbakti pada orang tua.
3. Nilai Sosial
-Kita harus saling tolong-menolong terhadap sesama dan pada orang yang membutuhkan
tanpa rasa pamrih.
-Hendaknya kita mau berbagi untuk meringankan beban orang lain.
4. . Nilai Religius
-Jangan mempercayai ramalan yang belum tentu kebenarannya.
-Percayalah pada Tuhan bahwa Dialah yang menentukan nasib manusia.
5. Nilai Pendidikan
-Kita harus saling tolong-menolong terhadap sesama dan pada orang yang membutuhkan
tanpa rasa pamrih.
-Jangan mempercayai ramalan yang belum tentu kebenarannya.
Majas majas yang terkandung:
Tidak ada….
Cerpen:
Hiduplah 3 orang sahabat yang selalu berkelana. Mereka adalah Kendi, Buyung, dan Awang.
Suatu ketika mereka beristirahat di bawah pohon besar untuk melepas peluh dan penat
perjalanan. Keadaan mereka sangat payah, kelapar dan kehausan. Buyng dan Kendi yang tidak
menerima keadaan tersebut berkeluh kesah, dengan tamaknya mereka berhayal tentang makanan
dan berjaji dengan sombongnya akan menghabiskan seluruh makanan tersebut. Awang melerai
dan menasihati mereka untuk tidak sombong dan tamak namun mereka menghiraukan nasihat
Awang dan malah memaki Awang.

Ternyata sedari tadi pohon yang mereka singgahi mendengarnya. Dengan belas kasihan pohon
tua tersebut mengabulkan khayalan mereka. Buyung diberi 10 ayam yang sangat besar, Kendi
diberi sekawah nasi, sedangkan Awang diberi sepingan nasi. Mereka memakannya dengan lahap,
namun Awang memakannya dengan tenang. Awang menghabiskan seluruh makanannya tanpa
sisa, namun Kendi dan Buyung tidak sanggup untuk menghabiskan seluruh makananya. Buyung
dan Kendi yang tidak menghabiskan makanananya dikeroyok oleh makanan yang tidak mereka
habiskan hingga mereka mati. Buyung dan Kendi mendapat buah pahit akibat perbuatannya
mereka yang tamak, somong, dan memubazir makanan. Mengetahui kedaan teman-temannya
yang sudah tewas, akhirnya Awang melanjutkan perjal