Anda di halaman 1dari 4

Hikayat Bayan Budiman

Khoja Mubarak seorang saudagar kaya di negeri yang bernama Ajam. Beliau mempunyai seorang
anak yang bernama Khoja Maimun. Apabila cukup umurnya, Khoja Maimun telah dikahwinkan
dengan Bibi Zainab.

Oleh kerana hampir kehabisan harta, Khoja Maimun bercadang untuk pergi belayar dan berniaga.
Sebelum belayar, Khoja Maimun telah membeli dua ekor burung sebagai peneman isterinya
sepeninggalan beliau pergi belayar. Seekor burung bayan dan seekor burung tiung. Apabila sampai
masa hendak pergi belayar, Khoja Maimun berpesan kepada isterinya supaya sentiasa bermuafakat
dengan burung-burung itu sebelum melakukan sesuatu perkara.

Sepeninggalan Khoja Maimun, Bibi Zainab yang tinggal sendiri berasa kesunyian. Semasa duduk
termenung di tingkap, seorang putera raja lalu dihadapan rumahnya. Kedua-duanya saling
berpandangan dan berbalas senyum.

Sejak hari itu Bibi Zainab telah jatuh berahi terhadap putera raja itu. Putera Raja itu juga telah jatuh
cinta pada Bibi Zainab. Dengan perantaraan seorang perempuan tua, pertemuan antara mereka
berdua telah dapat di atur.

Sebelum meninggalkan rumahnya, Bibi Zainab telah menyatakan hasratnya kepada burung tiung
betina yang diharapnya akan lebih memahami perasaannya. Maka jawab tiung;

ya, tuan yang kecil molek, siti yang baik rupa, pekerjaan apakah yang tuan hamba hendak kerjakan
ini? Tiadakah tuan takut akan Allah subhanahu wataala dan tiadakah tuan malu akan Nabi
Muhammad, maka tuan hendak mengerjakan maksiat lagi dilarangkan Allah Taala dan ditegahkan
Rasulullah s.a.w. Istimewanya pula sangat kejahatan, dan tiada wajib atas segala perempuan
membuat pekerjaan demikian itu. Tiadakah tuan mendengar di dalam al-Quran dan kitab hadis Nabi,
maka barangsiapa perempuan yang menduakan suaminya, bahawa sesungguhnya disulakan oleh
malaikat di dalam neraka jahanam seribu tahun lamanya

Teguran burung tiung betina itu membuatkan Bibi zainab marah lalu dihempaskan burung itu ke
bumi. Matilah burung itu.

Bibi Zainab seterusnya meminta nasihat daripada burung bayan pula sambil mencurahkan hasrat
hatinya itu. Setelah mendengar semuanya, burung bayan pun berkata;

Adapun hamba ini haraplah tuan, jikalau jahat sekalipun pekerjaan tuan, insyaAllah di atas kepala
hambalah menanggungnya, jika datang suami tuan pun, tiada mengapa, daripada hamba inipun
hendak membuat bakti kepada tuan dan berbuat muka pada suami tuan itu. Baiklah tuan segera
pergi, kalau-kalau lamalah anak raja itu menantikan tuan, kerana ia hendak bertemu dengan tuan.
apatah dicari oleh segala manusia di dalam dunia ini, melainkan martabat, kebesaran dan
kekayaan?Adakah yang lebih daripada martabat anakj raja? tetapi dengan ikhtiar juga sempurnalah
adanya. Adapun akan hamba tuan ini adalah seperti hikayat seekor unggas bayan yang dicabut
bulunya oleh seorang isteri saudagar.

Burung Bayan tidak melarang malah dia menyuruh Bibi Zainab meneruskan rancangannya itu, tetapi
dia berjaya menarik perhatian serta melalaikan Bibi Zainab dengan cerita-ceritanya. Bibi Zainab
terpaksa menangguh dari satu malam ke satu malam pertemuannya dengan putera raja. begitulah
seterunya sehingga Khoja Maimun pulang dari pelayarannya.

Bayan yang bijak bukan sahaja dapat menyelamatkan nyawanya tetapi juga dapat menyekat isteri
tuannya daripada menjadi isteri yang curang. Dia juga dapat menjaga nama baik tuannya serta
menyelamatkan rumah tangga tuannya.

Antara ceriota bayan itu ialah mengenai seekor bayan yang mempunyai tiga ekor anak yang masih
kecil. Ibu bayan itu menasihatkan anak-anaknya supaya jangan berkawan dengan anak cerpelai yang
tinggal berhampiran. Ibu bayan telah bercerita kepada anak-anaknya tentang seekor anak kera yang
bersahabat dengan seorang anak saudagar. Pada suatu hari mereka berselisih faham. Anak saudagar
mendapat luka di tangannya. Luka tersebut tidak sembuh melainkan diubati dengan hati kera. Maka
saudagar itupun menangkap dan membunuh anak kera itu untuk mengubati anaknya.

Sebuah lagi cerita bayan ialah mengenai seorang lelaki yang sangat mengasihi isterinya. Apbila
isterinya meninggal dunia, dia telahj memohon dioa kepada Tuhan supaya separuh daripada
umurnya dibahagikan kepada isterinya. Doa itu dikabulkan dan isterinya hidup semual. Namun, si
isteri tidak jujur dan lari dengan seorang saudagar kaya. Lelaki itu menjejaki isterinya kerana
menyangka isterinya dilarikan oleh saudagar kaya itu. Tetapi dia telah dihina dan diusir oleh
isterinya. Kerana marah dan kecewa, lelaki itu memohon agar Tuhan mengembalikan usianya yang
telah diberi kepada isterinya. Dengan kehendak Tuhan, isterinya mati semula.

Dalam cerita yang lain pula, bayan bercerita mengenai pengorbanan seorang isteri. seorang puteri
raja yang kejam telah membunuh 39 orang suaminya. suaminya yang keempat puluh telah berjaya
menginsafkannya dengan sebuah cerita mengenai seekor rusa betina yang sanggup menggantikan
pasangannya, rusa jantan, untuk disembelih. Begitu kasih rusa betina kepada pasangannya sehingga
sanggip mengorbankan diri untuk disembelih. Puteri itu insaf dan tidak jadi membunuh suaminya
yang keempat puluh itu, malah sanggup berkorban apa sahaja untuk suaminya.
SINOPSIS

Hikayat Bayan Budiman mengisahkan tentang seorang saudagar di negeri bernama Ajam yang
bernama Khojan Mubarak. Beliau mempunyai seorang anak bernama Khojan Maimun. Khojan
Maimun akan dikawinkan dengan Bibi Zainab apabila telah cukup umurnya. Khojan Maimun
berencana untuk pergi berlayar dan berniaga. Sebelum berlayar, Khojan Maimun telah membeli dua
ekor burung sebagai teman istrinya selama beliau pergi berlayar. Seekor Burung Bayan dan seekor
lagi Burung Tiung.Ketika akan pergi berlayar, Khojan Maimun berpesan kepada istrinya supaya
sentiasa bermusyawarah dengan burung-burung itu sebelum melakukan suatu tindakan.Sepeninggal
Khojan Maimun, Bibi Zainab merasa kesepian. Ketika duduk termenung di tingkap, seorang putera
raja tiba tiba berada di hadapan rumahnya dan mereka saling berbalas senyuman. Semenjak saat
itu, Bibi Zainab dan putera raja saling jatuh cinta.Dengan perantara seorang perempuan tua,
pertemuan antara mereka telah dapat diatur. Sebelummeninggalkan rumah, Bibi Zainab telah
menyampaikan keinginannya kepada Burung Tiung.Namun teguran Burung Tiung membuat Bibi
Zainab merasa marah, lalu ia menghempaskan Burung Tiung kelantai sehingga matilah Burung
Tiung.Bibi Zainab kemudiannya meminta nasihat kepada Burung Bayan. Burung Bayantidak melarang
Bibi Zainab untuk bertemu dengan putera raja tersebut, namun Burung Bayan itu juga justru dapat
menarik perhatian serta melalaikan Bibi Zainab dengan cerita-ceritanya. Bibi Zainab terpaksa
menangguhkan hasratnya dari satu malam ke satu malam untuk bertemu putera raja. Sehingga
Khojan Maimun pulang dari berlayar.Burung Bayan yang bijak telah dapat menyelamatkan nyawanya
sendiri dan melalaikan BibiZainab daripada curang serta dapat menjaga nama baik tuannya.

Unsur Intrinsik :

Tema : Kesetiaan seorang Istri

Alur : Menggunakan alur melingkar kaerna cerita bolak-balik ke masa lalu.

Setting/ Latar :

-Setting Tempat : Negeri Antah Berantah, rumah istri saudagar.

-Setting Suasana : tegang, mencekam dan Ketakutan, bahagia, menyedihkan,

Sudut Pandang Pengarang : orang ketiga serba tahu.

Amanat :

-seorang istri harus patuh pada suaminya

-kita harus setia pada satu pasangan

Harus tawakal dalam menghadapi cobaan.

-Janganlah kita mudah menyerah dalam menghadapi suatu hal.

Jangan gegabah dalam mengambil keputusan.


Unsur Ekstrinsik :

1. Nilai Moral

Kita harus bersikap bijaksana dalam menghadapi segala hal di dalam hidup kita.

Jangan kita terlalu memaksakan kehendak kita pada orang lain, dan kita harus mau mendegarkan
pendapat orang lain.

2. Nilai Budaya

Seorang istri hendaknya patu pada perkataan suami.

PERSAMAAN HIKAYAT DEN CERPEN

Hikayat adalah salah satu bentuk sastra prosa, terutama dalam Bahasa Melayu yang berisikan
tentang kisah, cerita, dan dongeng. Umumnya mengisahkan tentang kehebatan maupun
kepahlawanan seseorang lengkap dengan keanehan, kesaktian serta mukjizat tokoh utama.

Cerpen adalah jenis karya sastra yang diparkan atau dijelaskan dalam bentuk tulisan yang berwujud
sebuah cerita atau kisah secara pendek, jelas, serta ringkas. Cerpen bisa disebut juga dengan sebuah
prosa fiksi yang isinya tentang pengisahan yang hanya terfokus pada satu konflik atau permasalahan.

PERSAMAAN HIKAYAT DENGAN CERPEN

1. Fungsi dan tujuan umumnya sama, yaitu sebagai pelipur lara hati si pembaca

2. Keduanya merupakan salah satu karya sastra

3. Sama-sama menceritakan tentang kejadian masa lalu/lampau

4. Bertujuan untuk menyampaikan hal-hal yang baik atau berupa ajaran-ajaran bagi si pembaca.

PERBEDAAN HIKAYAT DENGAN CERPEN

Hikayat : Bertema statis,Latarnya di negeri antah berantah dan kerajaan,Tokoh Dewa/dewi dan
raja,Bahasa melayu klasik,anonim(nama pengarang tidak diketahui

Cerpen :Tema dinamis,Latar kehidpan masa kini,Tokoh manusia modern,Bahasa Indonesia


modern,Nama pengarang diketahui

Anda mungkin juga menyukai