Anda di halaman 1dari 3

Ibu Ayam dan Anak-anaknya

Anaklah ayam,
Anak ayam turun sepuluh
Mati seekor, mati seekor
Di sambar helang

Assalamualaikum nama saya …………… Hari ini saya ingin


menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Ibu Ayam dan Anak-
anaknya” Mari kita renungi bersama semoga menjadi teladan
kepada kita semua.
Di sebuah perkampungan tinggal sebuah keluarga ayam yang
hidup dalam aman dan damai. Si Ibu ayam telah pun kehilangan
suami maka tugas mencari rezeki terletak di bahu ibu ayam untuk
memberi makan kepada 7 ekor anaknya. Tapi sayang, kesemua
anaknya pemalas, kerja mereka hanya makan dan tidur sahaja.

Pada suatu hari, ibu ayam jatuh sakit akibat dipatuk oleh Sang
Ular. Ibu ayam telah memanggil kesemua anak-anaknya untuk
memaklumkan berkenaan dengan keadaan dia yang tidak sihat .
Ibu ayam berpesan
“Anak-anaku, ibu tidak mampu mencari rezeki hari ini, ibu harap
kamu semua dapat bersama-sama mencari makanan untuk kita
sekeluarga”.

Setelah mendengar arahan ibu mereka, anak-anak ayam pun


terus keluar mencari rezeki. Mereka tidak berbincang sesama
mereka tetapi terus mencari rezeki mengikut haluan masing-
masing.

Apabila malam hampir tiba, ibu ayam menunggu dengan perut


yang lapar dengan harapan anak-anaknya pulang membawa
rezeki.
“Erghh…laparnya perut aku” gumam ibu ayam di dalam hati.
Malam semakin larut, lalu pulanglah mereka tanpa membawa
apa-apa makanan. Ibu ayam berasa sangat sedih. Ibu ayam
memanggil anak-anaknya untuk berbincang dan bertanya
mengapa mereka pulang tidak membawa apa-apa makanan

Si sulung pun berkata “ibu, sebenarnya kami tidak berpakat untuk


mencari rezeki bersama sebaliknya kami berpecah dan berlumba
untuk mendapatkan rezeki masing-masing”.
Ibu ayam yang kecewa itu kemudian meminta meminta salah
seorang anaknya mencari seikat ranting untuk dijadikan
pengajaran kepada mereka.
Ibu ayam meminta si bongsu untuk memijak seikat ranting yang
sudah ia gabung itu.
"Uggh... Iggh...," si bongsu berusaha mematahkan ranting-ranting
tersebut, tapi kesulitan
Akhirnya sibungsu pun menyerah."Susahlah ibu. Aku tidak bisa
mematahkannya," kata si bongsu.
Kemudian ibu ayam meminta semua anak-anaknya mencuba
untuk melakukan hal yang sama dengan si bongsu. Masing-
masing mengerahkan seluruh tenaga untuk mematahkan seikat
ranting. Setelah beberapa kali mencoba, merreka pun menyerah.
"Kami semua tidak bisa, ibu!" seru si sulung.
Lalu Ibu ayam membuka ikatannya dan memberikan sebatang
ranting kepada anak-anaknya sambil berkata "Sekarang coba
kalian patahkan!" kata Si Ibu.
Masing-masing mencuba mematahkan ranting mereka. Dan
mereka berjaya melakukannya, termasuk si bongsu yang
badannya paling kecil di situ.
“Ibu," panggil si sulung, "apa sebenarnya tujuan ibu menyuruh
kami mematahkan bambu ini?"
"Tidakkah kalian mengerti?" ujar Ibu ayam,
Ibu ayam pun berkata “ Wahai anak-anakku, kamu ibarat
sebatang ranting, jika kalian berpisah sendiri-sendiri, maka kalian
akan mudah sekali dihancurkan,
“Tapi kalau kamu bekerjasama dan bersatu padu seperti seikat
ranting, kalian akan sulit dipatahkan. Lihatlah contoh yang telah
ibu tunjukkan tadi”. Nasihat Ibu ayam itu lagi
Selepas peristiwa itu, mereka bermuafakat menolong ibu ayam
mencari makanan. Kehidupan mereka makin bahagia kerana
anak-anaknya sudah saling bantu membantu.
Kawan-kawan, begitulah cerita tentang Ibu Ayam dan anak-
anaknya. Pengajaran daripada cerita ini ialah kita mestilah
bersatu hati dalam apa jua keadaan bak kata pepatah “bersatu
teguh bercerai roboh”

Anda mungkin juga menyukai