Anda di halaman 1dari 6

PERTANDINGAN BERCERITA

TAHAP 1

TAJUK :
KISAH SERIGALA DAN TUJUH EKOR ANAK KAMBING

NAMA PESERTA :

NAMA SEKOLAH :
SEK.KEB. SIBU JAYA

KISAH SERIGALA DAN TUJUH EKOR ANAK KAMBING

Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi. Terima


kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang
arif lagi bijaksana, penjaga masa yang cekap menghitung
masa dan hadirin sekalian.
Haa..kawan-kawan mesti sudah tidak sabar mahu
mendengar cerita saya kan? Yaa kawan-kawan. Tajuk
cerita saya hari ini ialah, Kisah Serigala dan Tujuh Ekor
Anak Kambing.
Dengar yaa kawan-kawan..
Pada zaman dahulu ada seekor ibu kambing yang
tinggal di tepi hutan bersama tujuh ekor anaknya. Setiap
hari ibu kambing akan keluar untuk mencari makanan di
hutan yang berhampiran dengan kandang mereka.
Seperti biasa sebelum keluar ibu kambing akan
memberitahu
anak-anaknya
supaya
berjaga-jaga,
Serigala sangat licik, jadi apabila kamu mendengar
suara dan melihat empat kuku hitamnya, jangan buka
pintu.
Pada suatu hari seekor serigala yang kebetulan
sedang menghendap ke arah kandang mereka berasa
begitu gembira apabila melihat ibu kambing telah
meninggalkan kandang mereka. Ia pun mengetuk pintu
dengan kuat, Cepat buka pintu, ibu sudah balik! Tetapi

anak-anak kambing berkata, Ini bukan suara ibu, suara


ibu sangat lembut dan halus.
Serigala tidak putus asa. Dia mengambil kapur dan
memakannya, kononnya untuk melembutkan suaranya.
Hasilnya, suaranya telah menjadi lembut. Kemudian ia
pergi mengetuk pintu kandang kambing, Cepat buka
pintu, ibu sudah balik dan membawa banyak makanan
yang enak!
Walaupun suara serigala telah menjadi lembut, tetapi
anak-anak kambing melihat kuku hitam dan tajam itu,
lalu berkata, Kamu bukan ibu kami. Kamu adalah
serigala kerana kamu ada kuku yang hitam lagi tajam.
Serigala mendapat akal. Dia mencari tuan kilang
penggiling dan memaksanya membuatkan kuku hitam
menjadi putih.
Serigala sekali lagi mengetuk pintu
kandang kambing. Anak-anak kambing melihat kuku
putih itu dan menyangkakan ibu mereka telah balik lalu
terus membuka pintu.
Setelah anak-anak kambing membukakan pintu,
serigala terus menerkam dan menelan enam ekor anak
kambing sekaligus. Seekor anak kambing yang
terselamat sempat bersembunyi di bawah kotak. Setelah
kenyang, serigala tertidur di bawah sepohon pokok.

Apabila ibu kambing balik, ia melihat keadaan


kandang yang berselerak, Ialu terus mencari anakanaknya. Ibu kambing menjumpai anaknya yang
bersembunyi di bawah kotak.

Anak kambing yang terselamat itu memberitahu


ibunya perkara yang telah terjadi. Ibu kambing berasa
begitu sedih dan berkata, Serigala sudah kekenyangan,
mesti ia tidak pergi jauh dari sini. Mari kita pergi
mencarinya sekarang juga!
Akhirnya ibu kambing dan anaknya menjumpai
serigala yang sedang tidur itu. Ibu kambing terlihat ada
sesuatu yang bergerak di dalam perut serigala dan
percaya itu adalah anak-anaknya. Tanpa membuang
masa, ibu kambing pun menyuruh anaknya balik ke
rumah dan mengambil gunting dan jarum.

Dengan berhati-hati ibu kambing terus membelah


perut serigala dengan gunting dan berjaya mengeluarkan
dan menyelamatkan keenam-enam ekor anaknya. Anakanak kambing tidak mengalami sebarang kecederaan. Ini
kerana serigala hanya menelan dan tidak mengunyah
mereka. Apabila ibu kambing melihat anak-anaknya
masih hidup, ia berasa begitu gembira.

Ibu kambing menyuruh anak-anak mencari batu-batu


untuk diisi ke dalam perut serigala. Setelah memasukkan
batu-batu sehingga penuh, ibu kambing menjahit semula
perut serigala. Apabila serigala terjaga, ia masih
kekenyangan dan berasa sangat dahaga.
Haa..kawan-kawan nak tahu, apa yang terjadi kepada
serigala?
Serigala berjalan ke tebing sungai tetapi tidak dapat
berjalan cepat kerana perutnya amat berat. Ia tidak
menyedari bahawa perutnya telah diisi penuh dengan
batu. Oleh kerana perutnya terlalu berat, ketika serigala
membongkok untuk meminum air, ia telah terjatuh ke
dalam sungai. Di sebabkan perutnya terlalu berat dia
tenggelam dan tidak dapat menyelamatkan dirinya lalu
mati.
Ibu kambing dan anak-anaknya berasa sangat
gembira apabila melihat serigala telah mati lemas.
Semenjak hari itu mereka tidak lagi terganggu ketakutan.
Hiduplah mereka anak-beranak dengan aman dan damai.
Yaa kawan-kawan..berdasarkan cerita tadi, terdapat
tiga pengajaran yang kita boleh pelajari. Pertama, kita
tidak boleh terlalu cepat mempercayai kata-kata
seseorang. Kita haruslah sentiasa berhati-hati kerana
terdapat ramai orang jahat yang berpura-pura menjadi
baik.

Kedua, kita tidak boleh terburu-buru membuat


keputusan. Kita hendaklah berfikir panjang dahulu agar
tidak menyesal di kemudian hari.
Ketiga, kita mestilah sentiasa patuh kepada arahan
dan nasihat ibu bapa. Barulah kita akan selamat dan
berjaya.
Sekian sahaja cerita daripada saya. Jumpa lagi yaa
kawan-kawan.

Anda mungkin juga menyukai