Anda di halaman 1dari 1

AKU BUKAN ANDALUSIA Aku bukan Andalusia Yang masyur pada namanya Yang hebat pada sejarahnya Yang

indah pada kisahnya Namun yang tinggal kini hanya sisa Aku bukan Andalusia Yang bisa dirobek kotanya Yang rela diperkosa jiwanya Yang diam menerima takdirnya Dan akhirnya hancur dimamah usia Aku mahu jadi bintang yang bersinar terang Walau beribu batu jauhnya Walau beribu tahun wujudnya Walau ada beribu lagi bintang disisinya Namun akulah bintang yang paling bertuah Kerana sinarku, wujudku dan hidupku Adalah dari cahaya hatimu Terimalah aku selamanya Kerana aku bukan Andalusia

Anda mungkin juga menyukai