Anda di halaman 1dari 10

TAJUK: PENGEMBARAAN ANAK PENYU

Salam sejahtera kepada Yang Berusaha Tuan Pengerusi Majlis, Barisan Panel Hakim

yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang tekun menjalankan tugasnya serta para

hadirin yang dikasihi, saya Saanjanaa, ingin mempersembahkan cerita bertajuk

Pengembaraan Anak Penyu.

Pada suatu malam yang sunyi, seekor anak penyu keluar dari dalam pasir. Anak penyu

itu baru menetas dari telur yang ditimbus oleh ibunya di tepi pantai. Anak penyu

menyapu pasir yang terlekat pada badan dan mukanya.

“Oh, inilah dunia baru aku!” kata anak penyu yang pertama yang keluar dari pasir.

Anak penyu yang sulung dikenali dengan nama Si Pertama. Si Pertama memandang ke

kiri dan ke kanan. Tidak ada seekor binatang pun di situ. Apa yang kedengaran

hanyalah bunyi ombak yang melanda pantai. Si Pertama memandang ke arah laut. Di

situlah akan aku tinggal selepas ini. Bukankah lebih mudah jika ibu aku bertelur di

dalam laut. Tidak perlu aku bersusah payah keluar dari pasir dan berjalan ke

laut,”mengeluh Si Pertama.

Semasa Si Pertama membersihkan pasir di kepalanya, Si Pertama ternampak adik

keduanya keluar dari dalam pasir. “ Si Kedua, bagaimana keadaan kamu?”tanya Si

Pertama kepada adiknya, Si Kedua.

“ Aku sihat tetapi lihatlah badan saya telah dipenuhi pasir,” rungut Si Kedua.

“Mari aku tolong bersihkan,” ujar Si Pertama. “ Adakah adik-adik kita yang lain hendak

keluar dari telur malam ini?” tanya Si Pertama.


Sebelum Si Pertama habis menyoal, mereka mendapati pasir berdekatan dengan

mereka bergerak-gerak. Lapan ekor anak penyu mula keluar dari pasir seekor demi

seekor. Sayup-sayup mereka mendengar salakan anjing. Anak-anak penyu itu terdiam

seketika kerana menyedari bahaya yang bakal menjelang. Si Pertama menjelaskan

kepada adik-adiknya tentang musuh di darat dan di air. Tiba-tiba, seekor anjing

menerkam dan menangkap anak penyu kesembilan dan kesepuluh. Walaupun sedih

akan kehilangan dua adik mereka, anak-anak penyu yang lain bersyukur kerana

terselamat dari anjing. Jarak di antara laut hanyalah 10 meter.

“Usah berehat, jom kita ke laut sebelum terlambat,” ujar Si Pertama.

“Aaaahrghh, abang tolong selamatkan aku!” teriak Si Kelapan yang disambar oleh

seekor burung hantu yang hodoh. Malangnya, cengkerang lembut Si Kelapan telah

pecah terkena kuku burung hantu yang tajam. Tujuh ekor anak penyu yang masih

tinggal terus berlari ke arah laut.

Sshhhhhhh…Anak-anak penyu mula menyelam di dalam laut. Air laut pada waktu

subuh sangat dingin. Mereka berenang dengan gembiranya. Si Pertama dianggap

sebagai ketua mereka. Mereka telah berenang ke arah batu karang untuk melindungi

diri dari musuh dan hanya keluar untuk makan rumpai laut yang berdekatan. Mereka

sedar bahawa ikan yu adalah pemangsa yang suka makan anak penyu, jadi apabila

sudah kenyang, mereka akan masuk kembali ke sarang mereka. Hari berganti hari,

minggu berganti minggu. Anak-anak penyu telah membesar. Sekarang, cengkerang

mereka menjadi kuat dan mereka dapat berenang dengan laju. Mereka akan
mengawasi anak-anak penyu yang baru masuk ke laut untuk memastikan anak-anak

penyu itu selamat seperti mereka.

Haa, kawan-kawan, penyu adalah binatang reptilia yang bervertebra. Penyu bernafas

melalui peparu. Kita tidak patut memburu penyu untuk telur dan daging mereka kerana

adalah tanggungjawab kita untuk menjaga kemandirian alam. Sekian, terima kasih.
PENGEMBARAAN DI SEBUAH PLANET MARIKH

Pada suatu hari, Fatin ingin mengembara ke planet Marikh. Memandangkan abangnya

seorang angkasawan dia memberitahu abangnya atas permintaan itu. Abangnya iaitu

Hadri, berjanji pada suatu hari nanti dia akan membawa adiknya ke planet Marikh.

Hadri meminta kepada pengerusi agar dia dapat pergi ke planet Marikh. Pengerusi

bersetuju sahaja apabila mendengar adiknya yang teringin untuk pergi ke planet

Marikh. Hadri memberitahu kepada adiknya yang dia boleh pergi ke planet Marikh.

Fatin berasa sangat teruja untuk pergi ke planet Marikh pada 7 bulan akan

datang. Dia sudah tidak sabar untuk pergi ke sana. Abangnya telah menempah baju

angkasawan untuk adiknya. Hadri memberitahu bahawa Fatin perlu berlatih untuk

keselesaan ketika berada di dalam roket. Perjalanan untuk kesana mengambil 1 bulan.

Setelah 7 bulan, Fatin bersiap sedia untuk pergi ke sana. Ketika berada di dalam roket

Fatin berasa sedikit tidak selesa. Dia makan, minum, tidur, dan bermain bersama

abangnya di roket. Dia mulai berasa bosan ketika berada di dalam roket. Lama-

kelamaan Fatin rasa bosan dan malas untuk pergi ke sana.


Setelah 1 bulan, akhirnya mereka tiba. Perasan Fatin mula rasa teruja dan

seronok. Apabila mereka mendarat, Fatin dengan segera memakai sut oksigen untuk

bernafas di planet tersebut. Turun sahaja daripad roket dia ternampak sebuah kawah

yang besar. Dia juga ternampak Beberapa makhluk yang aneh.

Ketika mengembara, Fatin dan Hadri seolah-olah ternampak burung kecil bercahaya,

seperti kelip-kelip. Mereka mengekori haiwan tersebut. Tiba-tiba, mereka ternampak

seekor cicak gergasi. Mereka berlari lintang pukang. Fatin memberitahu abangnya

hendak balik dan tidak akan kembali dari sini.

Hadri memarahi adiknya kerana dia yang beria-ria hendak pergi ke sini, tetapi

sekarang hendak pulang. Seketika kemudian Fatin berasa lapar dan dahaga. Kapal

angkasa mereka jauh. Kemudian mereka berjalan merangkak-rangkak agar cicak

gergasi tidak perasan bahawa mereka berada di situ.

Setelah sampai, mereka ternampak UFO berada di kapal angkasa. Mereka tidak berani

untuk masuk ke dalam kapal dan hanya tunngu di luar sehinng UFO itu hilang. Ketika

sedang menunggu, mereka tertidur. Ketika mereka sedar, mereka sedang dibawa oleh

UFO ke istana mereka.


UFO hendak melantik Hadri sebagai raja dan Fatin sebagai permaisuri.Ketika mereka

sedang menjadi raja dan permaisuri, mereka cuba untuk melarikan diri ke kapal

angkasa. Merka menyuruh pengawal beredar dari istana dan mereka mengambil

kesempatan untuk melarikan diri. Perancangan itu akhirnya berjaya.

Mereka segera pulang daripada planet itu dan bertolak ke Bumi. Mereka berasa

bersyukur kerana masih hidup dan dapat pulang.mereka lebih sanggup pulang ke Bumi

selama 1 bulan daripada duduk di situ walaupun untuk 1 hari.

SEKIAN, TERIMA KASIH.


KISAH SI PENCURI LOCENG

Assalamualaikum dan salam muafakat Johor. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,

barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, barisan guru yang disayangi dan rakan-

rakan yang saya kasihi.Pada pagi yang indah ini, saya ingin menyampaikan sebuah

kisah yang bertajuk Kisah Pencuri Loceng.

Yang berkhayal sedar-sedarkan,

Yang terlena kejut-kejutkan;

Yang tersesat kembali ke pangkal jalan,

Dengar ya kawan-kawan.

Encik Kamal seorang peniaga yang sangat kaya di Bandar Suria. Rumahnya dihiasi

amat cantik. Hampir semua perabot dan rekaannnya diperbuat daripada emas yang

terbaik. Menurut orang ramai,di halaman rumah Encik Kamal tergantung sebuah loceng

yang amat besar dan bernilai. Loceng itu baran yang paling berharga di rumahnya

kerana diperbuat daripada emas dan kelihatan sangat cantik serta halus buatannya.

Pada suatu hari, seorang pencuri bercadang untuk mencuri loceng emas. Dia hendak

membawa pulang loceng itu ke rumahnya. Pada malam keesokan harinya, Encik Kamal

dan keluarganya pergi bercuti ke luar negara. Pembantu-pembantu rumahnya juga

mengambil cuti dan pulang ke kampung masing-masing.


Si pencuri itu berasa gembira lalu berkata “Ha,ha,ha tiba masanya untuk aku menjadi

kaya. Aku akan mencuri loceng itu pada malam ini juga. Dia pun menyiapkan alatan

seperti tukul besar, tali dan kain perca. Alat-alat tersebut dimasukkan ke dalam sebuah

beg. Apabila tengah malam tiba, si pencuri itu memasuki rumah Encik Kamal secara

senyap.

Si pencuri itu menuju ke loceng dan cara yang pertama dia lakukan ialah

mengangkangkan kakinya lalu memeluk loceng itu dengan kedua-dua belah tangannya.

Namun begitu, loceng itu terlalu besar dan berat , dia tidak berjaya mengangkat loceng

itu walaupun dia menggunakan seluruh tenaganya.

Tiba-tiba dia mendapat suatu akal. Si pencuri itu mengeluarkan tukul besar dari dalam

begnya. Dia mahu memecahkan loceng itu dengan tukul besar. Si pencuri itu

mengangkat tukul lalu memukul loceng itu dengan kuat. Dia tidak menyangka bahawa

cara itu boleh mengejutkan seluruh penduduk Bandar Suria walaupun dia cuma

memukul loceng itu sekali sahaja.

Si pencuri terkejut lalu cepat-cepat menyembunyikan dirinya. Dia takut penduduk

Bandar Suria akan terjaga daripada tidur. Selepas agak lama menunggu,suasana di

halaman rumah masih sunyi. Dia berasa lega. “ Nasib baik tidak ada orang yang

terjaga”, fikirnya.

Hari sudah hampir Subuh. Semua orang akan bangun daripada tidur. Dia berasa

semakin takut dan gelisah.

Tanpa berfikir panjang, dia terus memukul loceng itu berkali-kali tanpa henti. Si pencuri

itu tidak dapat menahan bunyi loceng yang kuat itu. Dia pun menutup telinganya
dengan kedua-dua belah tangan. “Eh, bunyi loceng itu tidak kedengaran lagi’! Si

pencuri itu terfikir bunyi loceng itu tidak akan kedengaran jika dia menutup telinganya.

Dia pun mengeluarkan dua helai kain perca dari dalam begnya. Kain perca itu dibentuk

menjadi bulat lalu disumbat ke dalam lubang telinganya.

“ Ha, ha, ha! Sekarang, dapatlah saya memukul loceng itu dengan senyap. Si pencuri

itu terus memukul loceng. Tanpa dia sedari, loceng itu tidak pecah tetapi bunyinya telah

tersebar sehingga mengejutkan penduduk sekitar Bandar Suria.

Akhirnya, beberapa orang jiran Encik Kamal terjaga daripada tidur dan bergegas pergi

ke rumah Encik Kamal. Mereka melihat seorang pencuri sedang berusaha untuk

mencuri loceng itu. Mereka pun terus menangkap pencuri itu.

Si pencuri amat terkejut dan berasa sangat takut selepas ditangkap. Dia menanggalkan

kain perca daripada lubang telinganya. Dia pun berkata tanpa rasa bersalah. “

Bagaimana kamu semua boleh terjaga, saya telah pun menyumbat telinga saya”. Salah

seorang jiran itu berkata, “Wahai si pencuri, tidak ada orang sebodoh kamu yang

menggunakan cara begini untuk mencuri loceng “! Perbuatan kamu ini hanyalah menipu

diri sendiri. Si pencuri itu tunduk dengan rasa kesal.

Rakan-rakan, pengajaran daripada cerita ini ialah janganlah kita melakukan perbuatan

mencuri kerana perbuatan itu amat keji. Sekian sahaja, cerita daripada saya. Terima

kasih.

Anda mungkin juga menyukai