Anda di halaman 1dari 11

Sang Kancil dan Sang Gajah

Selamat pagi guru-guru dan rakan-rakan. Pada pagi ini saya akan menyampaikan sebuah
cerita yang bertajuk ‘Sang Kancil dan Sang Gagah’.

Bermulalah kisah pada suatu petang sang kancil yang cerdik bersiar-siar didalam hutan
belantara. Sedang ia bersiar-siar tiba-tiba sang kancil telah terjatuh ke jurang yang
amat dalam. Ia cuba untuk keluar berkali-kali malangnya tidak berjaya.

Setelah segala usaha yang dilakukan adalah sia-sia, sang kancil pun berfikir, "Macam
mana aku nak keluar dari lubang yang sangat dalam ini."

Setelah lama berfikir namun tiada idea yang bernas untuk sang kancil keluar dari
lubang tadi, namun sang kancil tetap tidak mahu berputus asa. Dalam kebuntuan
mencari idea, sang kancil telah terdengar bunyi tapak kaki yang besar.

"Kalau bunyi tapak kaki macam ni, ni tak lain, mesti gajah ni!" Tiba-tiba Sang Kancil
mendapat satu idea yang bernas untuk menyelamatkan diri untuk keluar dari lubang.

Kemudian Sang gajah yang lalu itupun menegur sang kancil, "Eh sang kancil, tengah
buat apa?" Tanya si Gajah.

"Menyelamatkan diri!" Jawab Sang Kancil.

"Dari apa?" Tanya gajah lagi.

"Dari bahaya, cuba tengok atas, langit nak runtuh, dah hitam." Balas sang kancil.

Gajah yang dungu ini pun terus mempercayai sang kancil bulat-bulat. "Habis tu macam
mana nak selamatkan diri?" Tanya si gajah.

"Masuklah sekali dalam lubang ini, kalau langit runtuh pun selamat kita dekat sini."

Tanpa berfikir panjang sang gajah pun terus melompat ke dalam lubang untuk
menyelamatkan dirinya. Kemudian sang kancil pun mengambil kesempatan untuk
melompat di atas badan gajah dan terus keluar dari lubang yang dalam itu.

"Haha, padan muka engkau, selamat aku." Kemudian sang kancil pun berlalu pergi
meninggalkan sang gajah yang masih terpinga-pinga di dalam lubang tadi
ARNAB YANG PEMALAS
Selamat pagi guru-guru dan rakan-rakan. Pada pagi ini saya akan
menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk ‘Arnab yang Pemalas’.

Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan
seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama. Pada suatu
hari, tupai berkata kepada arnab, “Mari kita buat sarang. Sekarang dah tiba
musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat berteduh.” “Ya, betul kata awak.
Tapi biarlah saya berehat dulu,” jawab arnab. Pada petang itu, hujan turun
dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan
kesejukan.”Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah begini,”kata tupai.
“Ya, betul kata awak,” jawab arnab. “Pagi esok kita akan buat sarang,” kata
arnab lagi.

Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat sarang.
“Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang,” kata tupai. “Tapi
bukan sekarang,” jawab arnab. “Kita masih ada banyak masa lagi. Marilah kita
pergi cari makanan. Saya sungguh lapar!” Tupai menggeleng-geleng melihat
sikap sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah
kuyup kerana tiada tempat berteduh. “Alangkah baiknya jika kita ada sarang,”
kata tupai. “Esok kita mesti buat sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini
sewaktu hujan.” Arnab yang pemalasitu tidak menghiraukan rungutan
sahabatnya. “Kita tunggu esok sahajalah,” kata arnab.

RUBAH DAN KELDAI


Selamat pagi guru-guru dan rakan-rakan. Pada pagi ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang
bertajuk ‘Rubah dan Keldai’.

Terdapat seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai sahabat bernama Ronnie. Ronnie ialah seekor
keldai. Joe sangat licik. Ronnie pula seekor keldai yang kurang cerdik. Oleh itu, Joe sering
mengambil kesempatan terhadap kawannya itu. Ia kerap menggunakan Ronnie bagi mendapatkan
makanan. Roni hanya menurut segala kata-kata dan arahan Joe. Pada suatu petang, Joe dan Ronnie
berjalan- jalan di dalam hutan. Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor singa.
Kedua-duanya tidak dapat melarikan diri. Joe yang licik mendapat idea untuk melepaskan diri dari
singa itu. Ia berpura-pura berani di hadapan kawannya itu. “Kamu tunggu di sini. Biar aku pergi
berunding dengan singa itu,”kata Joe. Joe berjalan kea rah singa. “Hai, Encik Singa! Tolong jangan
makan saya! Saya akan bawakan keldai itu ke sebuah gua. Tuan boleh menikmati dagingnya yang
lazat itu di sana,” kata Joe dengan lemah lembut. “Baiklah, aku akan lepas kan kau! Tapi, kau mesti
bertindak cepat!” jawab singa dengan garang. Joe kembali menemui Ronnie. “Singa itu tak mahu
makan kita sekarang! Lebih baik kita pergi segera dari sini dan menyorok di dalam gua ketika rubah
dan keldai itu masuk ke dalam gua, singa terus menerkam rubah. Kemudian, ia membaham keldai.
Kedua-dua sahabat itu menjadi makanan singa.
Sang Monyet yang Degil
Selamat pagi guru-guru dan rakan-rakan. Pada pagi ini saya akan menyampaikan sebuah
cerita yang bertajuk ‘Sang Monyet yang Degil’.
Pada suatu hari Sang Kancil sedang berjalan-jalan di kebun buah-buahan dan sayur-
sayurannya bersama rakannya Sang Kura-kura. Sedang asyik mereka menikmati buah-
buahan di situ, tiba-tiba datang Sang Monyet yang kelihatan amat kelaparan sekali.

"Tolong, tolong, aku amat lapar sekali. Sudah beberapa hari aku tak makan", kata Sang
Monyet dengan sedih.
"Bolehkah kiranya kamu berdua berikan sedikit buah-buahan untuk aku makan", pinta
Sang Monyet tadi.

Sang Kancil dan Sang Kura-kura berasa amat sedih dan kasihan melihat keadaan Sang
Monyet seperti itu.
"Baiklah Monyet, ambillah apa saja yang kau mahu", kata Sang Kancil.
"Terima kasih Kancil, terima kasih Kura-kura", seloroh Sang Monyet gembira.

Melihatkan pepohon buah-buahan yang merimbun di hadapannya, mulalah Sang Monyet


berasa tamak. Tiba-tiba dia ternampak akan pokok cili yang ranum dengan cili-cili yang
merah menyala."Aku mahu itu, aku mahu itu!", teriak Sang Monyet.

"Jangan Monyet, nanti kau yang menanggung pedihnya", tegah Sang Kura-kura."Betul
tu Monyet, pilihlah buah yang lain", sokong Sang Kancil.

"Ah, aku tak peduli. Aku mahu buah itu juga", kata Sang Monyet tegas.
Dengan tidak mempedulikan amaran Sang Kancil dan Sang Kura-kura, Sang Monyet
terus meluru ke arah pokok cili. Dia memetik cili-cili yang merah menyala itu dan terus
memakannya dengan gelojoh.

Tiba-tiba Sang Monyet menjerit,


"Pedas!!!, pedas!!!, air, air, mana air. Pedas!!!",

Dengan muka yang merah kerana menahan Sang Monyet berlari mencari air bagi
menghilangkan pedas di lidahnya itu, sambil Sang Kancil dan Sang Kura-kura
menggeleng-gelengkan kepala mereka.

KERBAU BALAR

Selamat pagi guru-guru dan rakan-rakan. Pada pagi ini saya akan menyampaikan sebuah
cerita yang bertajuk ‘Kerbau Balar’.

Dalam sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau balar. Warna kulitnya merah, tidak
hitam seperti kerbau-kerbau yang lain. Oleh kerana kulit yang berbeza warnanya itu,
kerbau balar selalu dihalau oleh kerbau lain. Kedua-duanya tidak dibenarkan makan
bersama dan tidur sekandang.

"Rupa kamu tidak sama dengan kami," kata kerbau yang lain itu.
Kedua-dua kerbau balar itu sangat sedih kerana mereka selalu disisihkan.
Pada suatu musim ,kerbau hitam dan kerbau balar itu mendengar tuan mereka akan
menangkap mereka. Semuanya akan dihantar dan akan dipakaikan gelang merah.

Pada suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu tersesat ke tempat orang menyembelih
kerbau. Kerbau balar melihat beberapa kepala dan kaki kerbau bergelimpangan di
kawasan itu. Lalu selepas itu tahulah mereka apa yang sebenarnya terjadi.

Ketika kerbau-kerbau lain di tangkap , kedua-dua ekor kerbau balar itu melarikan diri
ke hutan. Kerbau-kerbau yang lain semuanya di sembelih.

Selamatlah kedua-dua kerbau balar itu. Lalu kedua-duanya menjadi kerbau liar yang
susah untuk ditangkap lagi
ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU

Selamat pagi guru-guru dan rakan-rakan. Pada pagi ini saya akan menyampaikan sebuah
cerita yang bertajuk ‘Anak Ikan dan Jerung’.

Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama Tony. Tony tidak

disenangi rakan-rakannya kerana ia suka menipu dan mempermain-mainkan mereka.

Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Tony akan menjerit, “Jerung! Jerung!

Bersembunyi cepat!” Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-celah

batu. Tony akan mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan kecil amat takut dengan

jerung. Jerung yang garang itu akan memakan mereka tanpa belas kasihan.

Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit, “Jerung! Jerung!”

Namun Tony sungguh nakal. Ia berasa seronok dapat mempermain-mainkan rakan-

rakannya. Ikan-ikan kecil itu mempercayai Tony, walaupun mereka selalu tertipu

dengan helah Tony. Pada suatu hari, Tony menghampiri rakan-rakannya itu. Ia ingin

mempermainkan mereka seperti biasa.

Tiba-tiba muncul seekor jerung menghampiri mereka. Namun Tony tidak menyedari

kehadiran jerung itu. “Jerung! Jerung!” Bersembunyi cepat!” Jerit ikan-ikan itu. Ikan-

ikan itu lari lalu bersembunyi di celah-celah batu. Tony tidak menghiraukan jeritan

rakan-rakannya. Ia menyangka mereka cuba mempermain-mainkannya. “Baiklah, kamu


semua menang! Di sini mana ada jerung! Tak usahlah kamu semua mempermain-mainkan

aku!” jerit Tony. Jerung itu berenang menghampiri Tony. Tony tidak sempat melarikan

diri. Ia dimakan oleh jerung itu.

Anda mungkin juga menyukai