Anda di halaman 1dari 8

Keldai dengan serigala.

Pada suatu pagi, seekor keldai pergi meragut rumput di sebuah padang rumput yang luas.Ia meragut rumput dengan gembira kerana rumput di situ sunguh segar. Lagipun tiada haiwan lain di di situ, jadi ia dapat meragut rumput dengan senang hati. Oh,beruntung sungguh aku hari ini! Setelah kenyang, keldai mamandang sekeliling,tiba-tiba ia ternampak seekor serigala yang kelaparansedang menuju ke arahnya. Apakah yang harus aku buat sekarang? Kalau aku lari,tentu serigala itu Berjaya mengejar aku, rungut keldai yang ketakutan itu. Tiba-tiba keldai mendapat idea. Keldai memberanikan diri. Ia berpura-pura berjalan dengan selamba kea rah seringala. Apakah yang sedang berlaku? Mengapa kamu tidak lai sebaiksahaja ternampak aku? tanya serigala yang kehairanan.Tiada gunanya aku lari kerana kamu tetap akan buru dan menangkap aku.Akhirnya aku akan jadi makanan kamu juga. Kata keldai dengan berani. Betul juga cakap kamu.Kalau kamu terlepas hari ini,esok atau lusa kamu akan jadi mangsa aku juga,kata serigala.Tapi tiada seronok kalau aku dapat tangkap kamu dengan mudah.Kan lebih seronok kita main kejar-kejar.Kalau aku Berjaya tangkap kamu,aku akan memakan kamu. Baiklah, aku setuju dengan cadangan kamu, Kata keldai, tapi sebelum kita main kejarkejar,aku mahu meminta pertolongan kamu.Boleh kah kamu tolong buangkan serpihan duri di dalam kuku kaki belakang aku. Ya,sudah tentu aku akan tolong kamu!Kata serigala. Keldai pun menghuluhkan kaki belakangnya ke arah serigala.Ketika serigala cuba memegang kakinya dan menunduk untuk mencabut duri tersebut,keldai pun menendang muka serigala dengan kuat. Aaaaaahhhhhhh! Jerit serigala dengan kuatnya.Disebabkan tendangan keldai itu amat kuat,serigala mengalami kecederaan yang teruk.Hidungnya berdarah dan beberapa batang giginya.Akhirnya ia diri dengan kesakitan yang amat sangat. Lain kali ku akan tangkap kamu dan makan kamu! jerit serigala dengan marah. Pengajaran : Kita janganlah berniat jahat terhadap orang lain.

Anjing Dengan Bayang-Bayang.


Ketika perniaga daging itu sibuk melayan pelangagnnya,anjing liar itu segera melompat menghampiri bangku penjual daging lalu menyambar sepotong daging.kemudian,ia segera melarikan diri. Eh,anjing yang jahat!Berani kaumencuri daging aku!Jerit perniaga daning dengan marah sambil mengejar anjing liar dengan pisau pemotong dagingnya.Namun anjing liar itu berlari terlalu pantas dan penjual daging tdak dapat mengejarnya. Anjing liar itu berlari sekuat hatinya sehinggalah ia tiba di sebatang sungai.Setelah pasti keselamatannya terjamin,ia berhenti dengan termengah-mengah. Anjing melalui sebuah titi untuk menyeberangi sungai,Ketika ia menjenguk ke dalam sungai,ia berasa sunguhterkejut apabila melihat seekor anjing lain sedang menggoggong sepotong daging yang lebih besar.Ia tidak tahu bahawa itu adalah bayangbayangnya sendiri.Aku mesti mendapatkan dagingnya itu, fikir anjing liar itu. Tanpa berfikir panjang,ia pun menyalak kepada anjing yang dilihatnya di dalam sungai itu.Namun malang baginya,sebaik sahaja ia membuka mulutnya,daging yang sedang digonggong itu terjatuh ke dalam sungai. Ahhhbodohnya aku!Aku sepatutnya bersyukur dengan makanan yang aku ada.Bersikap tamak hanyalah merugi kan diri sendirirungut si anjing liar itu.Ahitnya anjing liar terpaksa pulang dalam kelaparan.

Pengajaran : Kita tidak boleh bersikap tamak kerana sikap tamak selalunya rugi.

BURUNG MURAI & BURUNG MERBAH


Pada suatu hari, seekor burung murai telah bertemu dengan seekor burung merbah. Pada ketika itu, Sang Merbah sedang membuat sarangnya. Sambil ketawa, Sang Murai berkata, Hai Sang Merbah! Aku sangat kasihan melihat keadaan kamu ini. Setiap masa kamu terpaksa bermandi peluh. Lihatlah aku ini. Hidup bebas terbang ke sana sini. Sang Merbah lalu berkata, Tak apalah, wahai Sang Murai. Aku membuat sarang ini sebagai langkah berjaga-jaga. Lagipun, tidak lama lagi musim hujan akan tiba. Selang beberapa hari, Sang Murai datang lagi ke tempat Sang Merbah. Sang Murai terkejut melihat sebuah sarang yang cantik telah pun siap dibina. Kebetulan pada masa itu hujan turun dengan lebatnya. Sang Murai basah kuyup. Sang Merbah pula selesa berlindung di dalam sarangnya. Lalu Sang Merbah berkata, Wahai Sang Murai, kalau kita ringan tulang, tentulah kita akan mendapat faedahnya. Sebaliknya jika kita berat tulang, diri sendiri yang akan rugi. Sang Murai berasa sangat malu, lalu beredar dari situ.

Pengajaran dalam cerita ini ialah kita tidak boleh memandang rendah kebolehan orang lain.

Burung layanglayang
Dalam sebuah hutan yang tebal, tinggal seekor burung layang-layang yang suka meniru. Pada suatu petang, burung layang-layang telah mendengar suara teriakan daripada burung-burung yang lain. "Ke tepi! Ke tepi! beri laluan kepada raja Burung. " Burung layang-layang berasa hairan mendengar teriakan tersebut. Tidak lama kemudian, beberapa ekor burung merak melalui kawasan itu. Burung layang-layang terpegun melihat kecantikan bururng merak. Maka, timbullah perasaan pada burung layang-layang yang ingin menjadi seperti burung merak. burung layang-layang menoleh ke kiri dan ke kanan lalu melihat beberapa helai bulu burung merak tercicir di atas tanah. Apabila kumpulan burung merak telah berlalu, burung layang-layang mengutip semua bulu merak yang tercicir di atas tanah dan menyisipkan ke badannya. Apabila selesai, burung layang-layang berjalan di atas laluan burung merak tadi.Burung-burung lain yang melihatnya berteriak," Ke tepi! Ke tepi! Berikan laluan kepada Raja Burung." Burung layang-layang berasa sangat seronok dan berjalan lebih pantas sehingga terlupa tentang bulu-bulu burung merak yang disisipkan di badannya. Lalu, satu demi satu bulu burung merak tertanggal dan tercicir di atas tanah. Burung-burung lain yang menyaksikan kejadian tersebut ketawa berdekah-dekah sambil berteriak, " Rupa-rupanya burung layang-layang menyamar menjadi Raja Burung." Burung layang-layang berlalu dari situ sambil menundukkan kepalanya kerana berasa sangat malu. Semasa berjalan dengan kepala bertunduk, burung layang-layang telah terlanggar burung merak. Apabila burung layang-layang mendongak, dia mendapati burung merak sedang berdiri di hadapannya dengan muka yang bengis. Burung merak berkata, " kami tidak suka kepada burung yang cuba menyamar menjadi burung yang lain. Pergi dari sini!" Burung layang-layang segera terbang meninggalkan kawasan tersebut. Semasa terbang, burung layang-layang ternampak sekumpulan burung seakan-akan serupa dengan dirinya. Burung layang-layang mendekati burung dalam kumpulan tersebut. Seekor burung dalam kumpulan itu bertanya, "Anda ahli baru dalam kumpulan inikah?" Burung layang-layang pun menjawab, "Ya, saya ahli baru dalam kumpulan ini." Burung layang-layang berasa sangat gembira kerana telah mendapat sahabat baru.

Pengajaran :

MENGAPA BANGAU KURUS


Pada suatu hari, Raja Sulaiman memanggil semua burung datang mengadap. Semua jenis burung hadir. Beta ingin sampaikan berita gembira. Hari ini genaplah seratus purnama beta memerintah. Oleh itu beta ingin beri hadiah istimewa. Kamu boelh minta apa sahaja. Beta akan tunaikan permintaan kamu, titah Raja Sulaiman. Semua burung berasa gembira. Ada yang bersorak sorak. Ada yang melompat-lompat. Bolehkan patik mendapat bulu yang cantik tuanku? Patik ingin jadi burung pali ng cantik di dunia, kata merak. Tentu boleh. Beta akan tunaikan permintaan kamu itu, titah Raja Sulaiman sambil tersenyum. Kamu pula hendak apa? Tanya Raja Sulaiman kepada kelicap. Kalau boleh, patik ingin paruh yang panjang, kata kelicap. Kenapa minta paruh yang panjang? Tanya Raja Sulaiman. Patik suka minum madu, tuanku. Kalau paruh patik panjang, senanglah hisap madu bunga, jawab kelicap, jawab kelicap. Baiklah, beta akan tunaikan permintaan kamu itu, itik. Beta akan beri kamu kaki ya ng lebar, jawab Raja Sulaiman. Patik ingin sarang yang cantik, tuanku, kata tempua. Kalau begitu, beta akan beri kamu kepandaian membuat sarang, titah baginda. Tuanku, tubuh patik ini kecil. Kalau boleh patik mahu kepala patik berwarna putih. Dari jauh lagi sudah dapat dilihat, pinta pipit. Perkara itu mudah sahaja. Akan beta tunaikan, titah Raja Sulaiman lagi. Semua burung telah meminta hajat mereka. Kini Cuma tinggal giliran bangau yang sombong. Pintalah segera wahai bangau. Beta pasti tunaikan, titah Raja Sulaiman. Baiklah tuanku. Patik mahu minta makan tujuh hari sekali, kata bangau. Apa? Boleh kamu ulang? soal Raja Sulaiman. Baginda terkejut.

Patik mahu minta makan tujuh hari sekali, kata bangau lagi. Semua burung yang ada terkejut. Mereka hairan dengan permintaan itu. Raja Sulaiman juga berasa ganjil. Baginda suruh bangau ulangi lagi permintaannya. Bangau tetap berkata seperti itu juga. Akhirnya Raja Sulaiman puas hati. Baginda akan tunaikan permintaan bangau itu. Esoknya, bangau pergi ke tepi tasik. Ia ingin mencari ikan. Namun, seekor pun dia tidak dapat. Pada hari ketujuh barulah dia dapat seekor. Kenapa aku susah hendak dapat makanan? Bukankah aku minta banyak makanan daripada baginda? Bisik bangau dalam hati. Tiba-tiba bangau teringat kembali kata-katanya dahulu. Ia meminta makan tujuh hari sekali. Bukan minta makan tujuh kali sehari. Aku dah tersalah cakap. Patutlah semua burung hairan. Tak seekor pun tolong betulkan cakap aku. Mungkin kerana aku sombong. Aku menyesal, kata bangau sendirian. Mulai hari itu bangau sukar dapat ikan. Badannya semakin kurus. Ia rasa sedih. Kadang-kadang ia berdiri lama dalam air. Ia termenung memikirkan nasibnya. Itulah sebabnya badan bangau kurus. Pengajaran : 1. Jangan bersikap sombong. 2. Berfikir sebelum membuat keputusan. 3. Terimalah takdir dengan redha.

HARIMAU GUNUNG LEDANG


Pada suatu masa, Gunung Ledang terlalu banyak didiami oleh harimau. Ketika harimau gunung itu turun, banyaklah binatang ternakan dibahamnya. Pada suatu hari, harimau itu turun beramai-ramai dari gunung itu. Sekawan kerbau yang dijaga oleh seorang budak habis dibaham oleh mereka. Orang kaya tuan punya kerbau itu sangat marah. Kamu lalai dan tidak menjaga kerbau aku. Kamu mesti ganti semua kerbau yang telah dibaham itu, kata orang kaya itu dengan marah. Budak itu sangat susah hati. Sudahlah hidupnya tidak ada tempat berlindung, kini malang pula menimpa. Dia bermenung dibawah sepohon pokok. Jangan susah hati. Ambil getah ini dan sapukan kepada mulut harimau itu nanti, kata seorang tua yang menjelma tiba-tiba. Budak itu bertekad. Harimau dari gunung itu mesti diajar. Dia mengambil upah menjaga sekawan kerbau kepunyaan seorang kaya yang lain. Sampai ketikanya, seekor harimau yang besar datang. Budak itu dengan berani pergi kepada harimau itu. Kamu pencuri bedebah mesti diajar! kata budak itu dengan berani. Harimau yang besar itu tergamam. Dia memikirkan budak itu lebih kuat daripadanya. Budak itu menyapukan getah pada mulut harimau. Apabila getah itu kering, harimau tidak boleh membuka mulutnya. Kuku harimau itu juga disapu getah. Ia tidak dapat mengeluarkan kukunya. Budak itu juga mengikat kaki harimau. Apabila getah itu kering, harimau tidak boleh membuka mulutnya. Kuku harimau itu juga disapu getah. Ia tidak dapat mengeluarkan kukunya. Budak itu juga mengikat kaki harimau. Hari telah malam, dia memanggil semua orang kampung datang. Orang kampung sangat hairan melihat keberanian budak itu. Budak itu berkata kepada harimau yang sudah terbaring tidak bergerak, Mulai malam ini, kamu jangan ambil binatang peliharaan orang kampung. Harimau itu dibiarkan di situ sehingga tengah hari esoknya. Apabila matahari memancar, getah itu pun cair. Harimau melarikan diri kerana ketakutan. Sejak itu tiada lagi harimau datang membaham binatang ternakan di kawasan itu.

Pengajaran : 1. Jangan menganiaya orang lain. 2. Usaha tangga kejayaan. 3. Jangan mudah putus asa.

Anda mungkin juga menyukai