Anda di halaman 1dari 5

-MAAFKAN ABANG

"Ibu...! Kenapa ni? Ibu okay tak ni?" Tanya Ikram dengan nada yang terkejut. Riak
wajahnya kelihatan sangat cuak selepas melihat ibunya jatuh terbaring di atas lantai. Ikram
bergegas mengangkat ibunya ke atas tilam yang lusuh.

"Ikram, jangan risau pasal ibu, ibu baik-baik saja. Cepat ke sekolah. Nanti kamu terlewat
pula," kata ibunya, Suara perempuan itu tidak bermaya.

Sudah hampir 5 tahun ibu Ikram, Mak Jah menghidap penyakit kencing manis. Dia telah
kehilangan suami sejak 4 tahun lalu dan Ikramlah membanting tulang membantu menjual nasi
lemak sebagai sumber pendapatan mereka. Walaupun kehidupan mereka berdua miskin tetapi
mereka sentiasa bersyukur dengan apa yang mereka masih ada.

Ikram tidak kisah jika dia terlewat ke sekolah kerana menjaga ibunya yang kurang sihat
kerana baginya, ibu paling penting dalam hidupnya.

*******

Suasana di dalam kelas 2 Benar pada waktu pagi itu sangat riuh seperti pasar borong. Ada yang
sedang bergosip dengan rakan, dan ada juga yang sedang berkejar-kejaran di sekeliling kelas,.
Begitulah gelagat nakal para pelajar kelas tersebut apabila ketiadaan cikgu.

"Assalamualaikum dan selamat pagi semua!" Tiba tiba para pelajar terdiam apabila
seorang lelaki berbadan tegap iaitu Cikgu Ahmad yang merupakan cikgu Bahasa Melayu masuk
ke kelas. Cikgu Ahmad merupakan seorang guru yang baru sahaja berpindah di sekolah ini.

Selepas semua pelajar duduk, mata cikgu Ahmad tertumpu pada sebuah kerusi kosong,
Dia tahu kerusi milik Ikram. Seperti selalu Ikramdatang lewat ke sekolah walaupun dia sudah
memberi amaran berkali-kali.

45 minit berlalu, tiba tiba muncul seorang remaja lelaki yang berpakaian lusuh. Ikram
kelihatan gementar untuk masuk ke kelas kerana dia telah terlewat. Kehadirannya telah disedari
oleh cikgu Ahmad dan rakan sekelasnya. Dia memberi salam dan cepat-cepat melangkah kaki
masuk ke kelas.

“Tunggu!” Halang Cikgu Ahmad tegas.

"Kau baru lepas mandi lumpur ke? Busuknya!!!!" Sekelas mentertawakannya. Ikram
berasa sangat sedih dan terasa dengan kelakuan rakan-rakannya yang tidak berbudi bahasa itu
tetapi dia menghiraukan perkara tersebut dan terus berdiri di hadapan cikgu Ahmad yang sedang
menunggu jawapan Ikram punca dia sering datang lewat.

"Saya tanya kenapa kamu selalu datang lewat? Mak kamu terlupa kejutkan kamu?"
Sudah berulang guru muda itu bertanya tetapi tiada jawapan daripada Ikram.

"Dia bisu, Cikgu!" Kata salah seorang rakan sekelas Ikram sambil mentertawakannya.
Ikram tetap tidak menjawab soalan cikgu Ahmad kerana dia tidak mahu memberitahu perkara
yang sebenar. Begitulah kehidupan Ikram di sekolah. Tidak disukai dan dipandang rendah dan
dipulau oleh segelintir rakan kelasnya. Cikgu Ahmad pun seperti tidak menyukainya.

"Kita tidak boleh memaksa orang menyukai kita dan kita perlu membalas kejahatan
orang dengan kejahatan. Itulah kehidupan" Itulah nasihat Mak Jah kepada anaknya. Dia akan
ingat kata-kata itu sampai bila-bila.

Dalam perjalanan Ikram keluar dari pagar sekolah, dia ternampak sekumpulan pelajar
berlegar-legar di tempat letak kenderaan guru sekolah. Dia berasa hairan dan mindanya mula
berfikir macam-macam,

"Hoi!! Cepatlah nanti ada orang nampak!" Salah seorangnya bersuara. Ikram menyorok
di sudut koridor berdekatan untuk memerhatikan sekumpulan pelajar tersebut kerana sifat ingin
tahunya ketika sangat membuak-buak. Dilihatnya pelajar tersebut menconteng dan menoreh
bahagian pintu kereta Honda berwarna biru gelap milik Cikgu Ahmad.

Dengan beraninya, Ikram pun menjerit ke arah mereka, "Woi!"

Sekumpulan pelajar itu terkejut lalu lari lintang pukang meninggalkan objek yang
digunakan oleh mereka untuk merosakkan kereta cikgu Ahmad. Ikram tidak sempat mengejar
mereka. Ikram bergegas ke arah kereta Cikgu Ahmad dan mengambil barang-barang yang
ditinggalkan sebagai bahan bukti kepada kepada Cikgu Ahmad.

Alangkah terkejutnya, apabila seseorang telah menarik bajunya lalu menolak badannya
yang kurus dengan kuat sehingga pakaiannya koyak.

“Awak buat apa dengan kereta saya hah? " Herdik Cikgu kepada Ikram.

“Bukan saya yang lakukan semua ni, Cikgu!”

"Diam! Awak tidak perlu terangkan apa-apa kepada saya. Semuanya sudah terang."
Tanpa berfikir panjang, Cikgu Ahmad membawa Ikram ke bilik disiplin dan melaporkan perkara
itu kepada cikgu disiplin.

Ikram telah digantung sekolah selama dua minggu sebagai hukuman atas perkara yang
tidak dilakukan olehnya.

Ikram bingung dan sangat kecewa. Dia tidak dapat membela dirinya. Lagi yang
merisaukan hatinya adalah bagaimana untuk memberitahu ibunya.

Dia termenung sendiri di atas titi sebatang sungai. Tempat itu merupakan tempat dia dan
arwah ayahnya meluangkan masa bersama pada setiap petang. Pipinya dilimpahi air mata. Dia
menangis teresak-esak mengenangkan nasibnya. Sedang dia menangis, dia terasa seperti ada
orang memegang bahunya.

"Alahai Ikram, di sini kamu rupanya. Hampir dua jam ibu tunggu kamu di rumah tetapi
kamu tidak pulang-pulang." Kata Mak Jah. Dia terus memeluk anaknya. Rasa risaunya hilang
apabila anaknya berada di depan matanya. Ikram menyatakan perkara sebenaryang berlaku.
Ibunya tidak berkata apa-apa.

*****

Sudah seminggu Ikram digantung sekolah. Tidak berdepan dengan Ikram, Cikgu Ahmad berasa
sangat tenang. Baginya Ikram seorang pelajar yang kurang ajar.

"Assalamualaikum, Cikgu! Saya Alya. Saya minta maaf kerana tidak memaklumkan
perkara ini sejak awal lagi. Sebenarnya.... sebenarnya… orang yang merosakkan kereta cikgu
bukan Ikram. Saya saksi kejadian itu. Saya melihat semua yang berlaku tetapi saya takut untuk
menceritakan perkara yang sebenar. Saya minta maaf, cikgu.”

“Cikgu, sebenarnya punca Ikram selalu datang lewat ke sekolah adalah kerana dia perlu
menjaga ibunya yang sakit." Cerita Alya dengan suara terketar. Alya juga memberitahu bahawa
Ikram cuba untuk membantu menangkap sekumpulan pelajar itu tetapi gagal.

"Ya Allah... apa yang telah aku lakukan ini." Perbuatannya terhadap Ikram terlayar
semula di fikirannya. Memang dia kurang berfikir. Dia kurang menyiasat. Tanpa membuang
masa, Cikgu Ahmad melangkah keluar dari bilik guru menuju ke kereta untuk ke rumah Ikram.
Dia berasa amat menyesal dengan perbuatannya.

"Assalamualaikum...!!!” Ucap Cikgu Ahmad sambil mengetuk daun pintu rumah Ikram.

"Waalaikumussalam." Jawab Mak Jah sambil membuka pintu.Cikgu Ahmad dan Mak Jah
saling berpandangan. Mak Jah hampir terjatuh kerana dia tidak menyangka anaknya yang telah
terpisah dengannya hampir 15 tahun yang lalu berada di hadapan matanya.Cikgu Ahmad hampir
menangis sambil mulutnya menyebut perkataan IBU.

Mak Jah terus memeluk anaknya sambil menangis. Ikram yang baru pulang dari kebun
kebingungan melihat situasi itu. Banyak persoalan yang bermain di fikirannya pada ketika itu.

Mak Jah meminta maaf kepada Ikram kerana dia tidak pernah memberitahu bahawa
selamanya Ikram mempunyai seorang abang. Abangnya, iaitu Cikgu Ahmad terpaksa tinggal
dengan ibu saudaranya kerana kemiskinan mereka. Mah Jah menyangka anaknya sudah mati
atau melupakan dia.

Cikgu Ahmad juga tidak menyangka bahawa dia telah bersikap kurang ajar dengan darah
dagingnya sendiri yang telah bersusah payah menjaga orang yang melahirkannya selama ini.
Cikgu Ahmad melutut meminta maaf sambil menangis atas segala perbuatannya terhadap adik
kandungnya itu.

"Ikram maafkan abang. Ikram tidak pernah pun memendam rasa benci terhadap abang.
Lagipun ibu selalu pesan, biar kita miskin tetapi kita kaya budi bahasa." .Mak Jah berasa sangat
bersyukur dengan takdir itu. Cikgu Ahmad telah mengajak ibu dan adiknya tinggal bersama
dengannya, di sebuah rumah yang besar.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai