Anda di halaman 1dari 3

Yang dihormati, tuan pengerusi majlis, yang arif lagi bijaksana, barisan

panel hakim, guru-guru serta rakan-rakan yang saya kasihi sekalian.


“Ma..ma..Maafkan ayah, Amar, maafkan ayah. Ayah sangat menyesal”,rintih
Encik Zaki dalam tangisan. Beliau amat menyesal dengan perbuatannya s e l a m a i n i .
H a n y a k e r a n a i n g i n k a n k e m e w a h a n , b e l i a u s a n g g u p m e n g a m b i l jalan yang
singkat.
Kawan-kawan sekalian, begitulah kesudahan cerita yang bertajuk
“Maafkan Ayah” yang akan saya sampaikan pada hari ini.
Amar merupakan seorang murid yang ceria. Dia juga berasal daripada keluarga
yang berada. Setiap hari dia akan dihantar oleh ayahnya dengan kereta mewah.
Pakaian dan alat tulisnya juga semuanya berjenama mahal. Apa sahaja yang
dihajatinya pasti akan ditunaikan oleh ayahnya. Oleh itu, dia sentiasa menjadi
tumpuan dalam kalangan murid-murid lain di sekolahnya.
Sungguhpun begitu, Amar bukan seorang yang sombong. Oleh sebab itu, dia
amat disenangi oleh kawan-kawannya. S a l a h s e o r a n g k a w a n r a p a t n y a bernama
Haikal. Mereka belajar di kelas yang sama. Setiap hari, mereka sering menghabiskan masa
bersama.
Kriiiinnngggg….kringggg…loceng berbunyi menandakan tamatnya
waktu persekolahan. Semua murid bergegas keluar dari kelas. Amar dan
H a i k a l b e r j a l a n b e r i r i n g a n k e l u a r d a r i k e l a s m e r e k a . A m a r terus menuju ke
arah kereta bapanya yang sedang menunggu di suatu sudut di luar pagar sekolah.
Haikal pula hanya berjalan kaki sahaja pulang ke rumah.
Semasa Haikal ingin meneruskan perjalanannya, tiba-
t i b a A m a r m e n j e r i t memanggilnya.
“Haikal…. jomlah naik kereta dengan aku”, ajak Amar.
“Eh, tak apalah Amar, aku jalan kaki sahaja,” jawab Haikal.
“Lagipun rumah aku dekat je dengan sekolah,” sambung Haikal lagi.
Namun Amar yang tidak mahu mendengar alasan Haikal lantas turun dari k e r e t a . D i a
t e r u s m e m e g a n g t a n g a n H a i k a l d a n m e n g a j a k H a i k a l m a s u k k e dalam
keretanya. Haikal hanya tersipu-sipu malu.

Begitulah rutin sehariannya pada hari persekolahan. Amar akan


dihantar d a n d i j e m p u t o l e h a y a h n y a s e t i a p h a r i t e p a t p a d a m a s a n y a . J
a r a n g s e k a l i ayahnya lewat. Oleh sebab itu, dia berasa amat bersyukur kerana disayangi
oleh kedua ibu bapanya. Walaupun bapanya sibuk bekerja namun tidak pernah sekali pun beliau
gagal untuk datang menjemputnya . Namun seperti kata pepatah, kusangkakan panas hingga ke
petang rupanya hujan di tengah hari. Begitulah kehidupan Amar sekeluarga,

Haaa… kawan-kawan nak tahu apa yang terjadi kepada keluarga Amar?
Mari kita dengar sambungannya.
Pada suatu hari, seperti kebiasaan apabila loceng berbunyi sebaik tamat persekolahan,
Amar bergegas keluar dari kelas untuk pulang. Hatinya berbunga-bunga kegembiraan. Pada hari
ayahnya sudah berjanji untuk membawanya ke suatu tempat bagi menyambut hari lahirnya.
Sambil berjalan,Amar teringat akan perbualan dia dan ayahnya dua hari lepas.

“Amar, hari lahir Amar tahun ini ayah ada kejutan istimewa untuk Amar tau,” kata Encik Zaki
kepada Amar.

“Wah, hadiah istimewa, seronoknya! Tak sabar Amar nak tunggu,” kata Amar
kegembiraan.

“Terima kasih ayah, sayang ayah,” ucap Amar lagi sambil


m e n c i u m ayahnya dengan mesra.

Ibunya yang hanya mendengar perbualan dua beranak itu tersenyum manis. Amar
sememangnya lebih rapat dan manja dengan ayah berbanding ibunya.

Masa terus berlalu. Amar melihat jam yang dipakainya. Jam sudah menunjukkan pukul
2.00 petang. Namun, kelibat ayahnya masih belum kelihatan.

“Eh, di mana ayah ni, sampai sekarang pun tak sampai- sampai
l a g i , ” rungut Amar. Amar terus menunggu dengan sabar.

“Mungkin ayah ada mesyuarat atau jalan sesak agaknya,” fikir Amar lagi.
Selang beberapa minit, sebuah kenderaan berhenti di hadapan Amir. Maka, keluarlah pemilik
kenderaan tersebut.

“Eh, cikgu,” sapa Amar apabila melihat kelibat guru kelasnya.


“Amar, mari saya hantarkan kamu pulang, hari ini ayah kamu tidak dapat ambil kamu,”
jelas guru kelasnya panjang lebar.

”Tapi, kenapa cikgu ? ”tanya Amar kehairanan.


“Tak apa, nanti sampai di rumah kamu akan tahu jawapannya,” jawab guru
kelasnya dengan nada yang agak sayu.
“Baiklah, terima kasih, cikgu”. Ucap Amar lalu masuk ke dalam kereta
Toyota Vios milik guru kelasnya itu.
Apabila tiba sahaja di rumah, kelihatan sebuah kereta pihak
b e r k u a s a yang tertulis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di hadapan rumahnya. Amar
terus meluru ke arah ibunya. Dia melihat ibunya sedang menangis teresak-esak.
”Ibu…..ibu…kenapa ni ibu, mengapa ibu menangis?” soal Amar bertalu-talu.
“Kenapa ayah tak datang jemput Amar?” Sambung Amar lagi.
Melihat akan ibunya sedemikian, Amar turut menangis. Kelihatan sosok tubuh
seorang lelaki yang dikenalinya telah digari. A m a r terkejut melihat keadaan ayahnya
sedemikian. Amar terus meluru mendapatkan ayahnya lalu memeluk ayahnya denngan erat.
”Ayah….kenapa dengan ayah?” tanya Amar sambil
m e n a n g i s teresak-esak.
“Lepaskan ayah saya encik,” pinta Amar. Ibunya hanya mampu melihat
dalam kesedihan.
“Ma..ma..maafkan ayah, Amar, maafkan ayah. Ayah sangat
menyesal”,rintih Encik Zaki dalam tangisan. Beliau amat menyesal dengan
perbuatannya s e l a m a i n i . H a n y a k e r a n a i n g i n k a n k e m e w a h a n , b e l i a u
sanggup mengambil jalan yang
singkat. Akhirnya ayah Amar telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
selepas dipercayai terlibat dalam kes rasuah dan pecah Amanah.
Begitulah seperti kata pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tidak berguna. Sejak kejadian itu, kehidupan
Amar sekeluarga berubah. Amar yang dulunya seorang murid yang ceria,
kini lebih suka menyendiri.

B e g i t u l a h kesudahan cerita ‘Maafkan Ayah’.


Pengajaran daripada cerita ini ialah kita janganlah bersikap tamak kerana akhirnya akan
merugikan diri sendiri.

Anda mungkin juga menyukai