Anda di halaman 1dari 3

TAJUK : Maafkan Cikgu.

Assalamualaikum, dan salam sejahtera.

Apa khabar kawan-kawan? Harap-harap semuanya sihat. Pada hari ini saya ada
satu kisah yang hendak dikongsi dengan kawan-kawan. Tajuk cerita saya ialah
maafkan cikgu. Eh, kenapa cikgu pula yang minta maaf ya? ha kalau kawan-kawan
semua nak tahu marilah dengar cerita saya.

Kawan-kawan yang saya hormati,

Kisahnya adalah tentang seorang anak yatim namanya Amir,


ayahnya telah meninggal dunia sejak dia masih kecil lagi. Untuk menyara
kehidupan mereka, ibunya telah mengambil upah menebas kebun dan menjual
kuih. Namun, Amir tidak pernah mengeluh malah dia turut membantu ibunya
dengan menghantar surat khabar sebelum ke sekolah. Baiknya Amir tu ya kawan-
kawan. Seperti biasa pada pagi itu, amir mengayuh basikalnya laju-laju. Berpeluh-
peluh badannya. Amir bimbang akan bertembung dengan Cikgu Hakim guru
disiplinnya di sekolah. Ah, mendengar namanya sahaja sudah cukup membuatkan
pelajar-pelajar kecut perut apatah lagi bersemuka dengannya. Seramnya.
Ingatlah ya kawan-kawan, datang lambat ke sekolah bukanlah sikap yang baik.

Ketika sampai di sekolah jam tangan Amir menunjukkan jam 8.30 pagi.
Dengan langkah yang tergesa-gesa, Amir pun menuju ke kelasnya tiba-tiba
“Amir” nama Amir dipanggil. Panggilan itu lantas mematikan langkahnya.
Degup jantung Amir bertambah kencang. Terlihat wajah Cikgu Hakim yang
sangat serius. Dengan suara yang lantang, Amir dimarahi kerana datang lewat.
Amir hanya membisu. Memberi alasan pada saat itu bukanlah tindakan
yang bijak. Walaupun Amir pernah menjelaskan tetapi Cikgu Hakim enggan
mendengarnya malah dia dituduh menegakkan benang yang basah.

Kawan-kawan sekalian,

Apakah yang berlaku selepas itu? Apalagi Amir dibawa ke bilik guru
disiplin. Dia telah diberi surat amaran untuk disampaikan kepada ibunya. Amir pun
menerima dengan sedih. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang
memikul. Amir kecewa kerana dituduh sebagai pelajar yang malas. Padahal dia
bukanlah seperti apa yang disangkakan. Rakan-rakan Amir juga sering
mengejeknya kerana selalu didenda atas kelewatannya sampai ke sekolah.

Setelah sesi persekolahan tamat pada hari itu, Amir pun terus pulang ke
rumah. Selepas selesai solat, Amir pun terus ke dapur kerana perutnya terasa
terlalu lapar. Apabila dia hendak ingin menjamah makanan, dia teringat kembali
peristiwa yang berlaku di sekolah tadi. Seleranya hilang. Amir membuat keputusan
untuk ke kebun Pak Megat untuk berjumpa dengan ibunya. Amir ingin
menceritakan tentang peristiwa yang berlaku di sekolahnya tadi. Sebaik sahaja
terpandang wajah ibunya, dia berasa tidak sampai hati untuk menceritakan malah
dia turut membantu ibunya menyelesaikan kerja. Baginya ibulah segala-galanya.
Ingatlah kawan-kawan, syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Kawan-kawan yang dikasihi,

Pada malam itu, Amir nekad menyatakan hasratnya untuk berhenti kerja
lantas menyerahkan surat yang diterima daripada Cikgu Hakim. Amir melihat
wajah ibunya amat sedih setelah membaca surat itu. Bagi ibu Amir, dia masih
mampu menyara kehidupan mereka. Apa yang diharapkan oleh ibu Amir adalah
dia ingin melihat anaknya berjaya dalam pelajaran.

Kawan-kawan yang disayangi sekalian,

Sebagai pelajar tahun 6, Amir dapat berfikir dengan baik. Dia


telah membuat keputusan untuk berhenti kerja. Dia berazam selepas ini, dia akan
datang awal ke sekolah dan belajar bersungguh-sungguh. Justeru, keesokan
harinya pagi-pagi lagi Amir telah sampai di kedai Pak Cik Muthu tempat dia
mengambil surat khabar. Dia ingin menyatakan hasratnya untuk berhenti kerja.
Selepas itu, Amir mengayuh basikalnya lebih laju dari biasa. Dia tidak ingin
terlambat lagi. Dia sudah serik dengan herdikan guru disiplinnya.

Apabila tiba di persimpangan jalan, tanpa mlihat kiri dan kanan Amir terus
melintas. Malangnya, sebuah kereta telah melanggarnya. Amir tercampak ke
seberang jalan lalu pengsan. Orang yang melanggar Amir itu terus membawanya
ke klinik yang berdekatan. Mujurlah Amir tidak apa-apa. Dia Cuma mengalami
luka-luka kecil sahaja. Itulah kawan- kawan kita, mestilah berhati-hati semasa
berada di jalan raya.
Tidak lama kemudian, Amir pun sedar dan dia terkejut melihat Cikgu Hakim
berada di sisinya. Dengan wajah yang ikhlas dan mesra, Cikgu Hakim
meminta maaf atas kecuaiannya Amir tercedera. Maafkan cikgu, Amir.
Dengan senang hatinya, Amir pun memberitahu dia lah yang bersalah kerana
tidak berhati-hati. Begitulah kawan-kawan niat dihati untuk membantu
keluarga adalah satu sifat yang mulia namun, kita mestilah memikirkan
keselamatan diri. Sekiranya kawan-kawan telah melakukan kesalahan
janganlah malu untuk meminta maaf kerana orang yang mengakui kesalahannya
akan dipandang mulia.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai