Anda di halaman 1dari 11

PROGRAM BACAAN NILAM

‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid
dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan budaya membaca
dan budaya ilmu.

 Merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan


berterusan melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah.

 Merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.

 Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di Sekolah Rendah
dan Tingkatan Satu dan Peralihan di Sekolah Menengah pada 1999.

OBJEKTIF

 Menggalakkan pelajar memupukkan budaya suka membaca berterusan


sepanjang hayat mereka.

 Menjadikan murid banyak membaca, bukan sahaja pembacaan yang


berorientasikan peperiksaan.
OBJEKTIF

 Menggalakkan pelajar memupukkan budaya suka membaca


berterusan sepanjang hayat mereka.

 Menjadikan murid banyak membaca, bukan sahaja pembacaan


yang berorientasikan peperiksaan.

 Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi


menyemai tabiat membaca ini.
CIRI-CIRI PERLAKSANAAN NILAM

 Rekod Bacaan

Suatu rekod bacaan setiap pelajar disediakan sebagai dokumen pembacaan


mereka. Pengisian rekod melatih pelajar contohnya : mengingati pengarang
dan judul buku yang dibaca / tema buku / sinopsis buku.

 Borang Rekod Bacaan.

Pelajar merekodkan bacaan masing-masing di bawah pengawasan guru,


terutamanya semasa waktu matapelajaran bahasa. Guru berkenaan
kemudiannya menyemak dan mengesahkan rekod bacaan pelajar
berkenaan.
 Pengiktirafan Tokoh Membaca

Data rekod bacaan setiap sekolah dikumpul di Pusat Sumber Negeri untuk
dinilai di peringkat kebangsaan. Tokoh Membaca dipilih dari kalangan pelajar
yang mempunyai rekod bacaan tertinggi dan diberikan Anugerah NILAM.

TAHAP PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN NILAM


Pelaksanaan Program NILAM ini dibahagikan kepada dua tahap:
1. Tahap Jauhari
2. Rakan Pembaca
NILAM TAHAP JAUHARI

Program membaca NILAM Tahap Jauhari ini


dijalankan pada dua peringkat persekolahan :

a. Sekolah Rendah
Murid-murid pada peringkat ini wajib melibatkan diri dalam aktiviti
pembacaan sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar (Pertengahan
Tahun dalam Tahun Satu). Mereka perlu berusaha untuk mencapai tahap
pembacaan seperti berikut:
Pengiktirafan NILAM Sekolah Rendah
400 360
350
300 270
250
200 180
150
90
100
50
0

GANGSA (90-179 buku) PERAK (180-269 buku)

EMAS (270-359 buku) NILAM (360 buku ke atas)


TAHAP RAKAN PEMBACA

CIRI-CIRI RAKAN PEMBACA :

 Adalah murid-murid yang sudah membaca lebih dari 100 buah buku dan mereka layak
dipilih ke tahap ini.

 Murid-murid pada tahap Rakan Pembaca akan dibimbing oleh guru atau fasilitator untuk
turut serta di tempat-tempat aktiviti dan membantu membuat pengesanan kemajuan
aktiviti yang dijalankan murid secara formal atau tidak formal.

 Murid-murid yang dipilih sebagai Rakan Pembaca akan dilatih melalui bengkel dan sesi
tunjuk cara yang dirancang untuk menjayakan aktiviti ini. Mereka akan memilih dan
meminjam buku dari pusat sumber sekolah untuk dibawa pulang. Buku-buku yang
dipinjam akan juga dibaca oleh rakan-rakan, keluarga dan jiran. Kemudian, pembaca
tersebut perlu menandatangani dan membuat sedikit ulasan di dalam buku rekod Rakan
Pembaca.
 Murid juga dilatih untuk menjalankan aktiviti pembacaan bersama rakan-
rakan di sekolah seperti : aktiviti bercerita, membaca bersama dan bicara
buku. Aktiviti yang mereka jalankan akan diberi skor pemarkahan mengikut
berapa sesi aktiviti dikali dengan berapa ramai pendengar, pembaca dan
peminjam buku mereka.

 Pelajar pada tahap Rakan Pembaca ini diberikan pemarkahan usaha mereka
mengikut Jadual Sistem Ganjaran RP:
CONTOH AKTIVITI KIRAAN PEMARKAHAN
TAHAP RAKAN PEMBACA

 Aktiviti bercerita - 1 sesi x 5 pendengar (min) = 5 markah


 “ - 1 sesi x 100 pendengar = 5 markah

 Membaca bersama - 1 sesi x 3 pendengar = 3 markah


 “ - 1 sesi x 5 pendengar = 5 markah
 “ - 1 sesi x 10 pendengar = 5 markah

 Bicara Buku - 1 sesi x 2 pendengar = 2 markah


 “ - 1 sesi x 5 pendengar = 5 markah
 “ - 1 sesi x 10 pendengar = 5 markah

 Meminjamkan buku - 1 buku x 2 peminjam = 2 markah


 “ - 1 buku x 5 peminjam (max) = 5 markah
 “ - 2 buku x 5 peminjam = 10 markah
# Nota : pemarkahan mengutamakan berapa banyak sesi dijalankan, bukan
bilangan pendengar untuk mendapatkan lebih markah. Akan tetapi,
markah tetap diberikan kepada minimum pendengar.
GANJARAN
Apabila aktiviti galakan membaca diberi pengiktirafan dan dipiawaikan melalui NILAM, masyarakat akan
dimaklumi tentang klasifikasi pengiktirafan ini. Penganugerahan ini akan menjadi satu aset dan pemangkin
budaya suka membaca.

Antara ganjaran yang diperolehi murid adalah:

 Skor markah rekod bacaan murid akan dimasukkan ke dalam Buku Rekod Kemajuan Murid pada
setiap akhir tahun.

 Markah Rekod bacaan ini dikira dari jangkamasa 6 tahun persekolahan peringkat Rendah dan 5
tahun persekolahan peringkat Menengah.

 Markah Rekod Bacaan ini akan dimasukkan ke dalam Sijil Berhenti apabila pelajar menamatkan
persekolahannya.

 Pihak sekolah juga wajar memberikan surat sokongan kepada pelajar yang layak menerimanya.

 Pelajar yang telah mencapai rekod bacaan tertinggi di peringkat kebangsaan akan diberi Anugerah
Nilam.

Anda mungkin juga menyukai