Anda di halaman 1dari 6

SKRIP PENGACARA MAJLIS HARI RAYA

PERINGKAT SMK BUGAYA, 2017

(1) Pemakluman:

Mohon perhatian sidang hadirin yang dimuliakan. Majlis Sambutan Aidilfitri


Peringkat SMK Bugaya bagi tahun 2017 akan bermula sebentar saja lagi. Mohon
kerjasama semua guru dan pelajar agar tampil berkumpul di Dataran Ilmu
sekarang juga bagi memastikan acara kita dapat dimulakan sebagaimana
dijadualkan. Kerjasama dipohon untuk memastikan telefon bimbit dimatikan
semasa majlis berlangsung. Harap maklum dan terima kasih.

[Siti Suhaima]
**Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Puan Rozita binti Anjuh, Pengetua SMK
Bugaya Semporna, ke Dataran Ilmu.

[Athar]
**Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tuan Haji Zulkifli bin Haji Alani,
Yang Dipertua PIBG SMK Bugaya Semporna, ke Dataran Ilmu.

(2) Bacaan Yaasin

[Siti Suhaima]
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,
bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah sama-sama kita membaca
Surah Yaasin yang akan diketuai oleh .
Untuk itu, majlis mempersilakan.

(selesai bacaan Yaasin)


Demikianlah berakhirnya bacaan Surah Yaasin pimpinan
. Semoga Allah swt memberkati dan
mempermudahkan segala kesulitan.

(3) Nyanyian lagu

[Athar]
Sidang hadirin sekalian,
meneruskan acara kita pada pagi ini, saya mempersilakan dengan segala
hormatnya para jemputan khas, barisan guru dan para pelajar agar berdiri tegak
untuk menyanyikan 3 buah lagu, iaitu Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan
Lagu Sekolah. Dipersilakan.

(selesai nyanyian lagu)


Para hadirin dijemput duduk.
(4) Solutasi

[Siti Suhaima]
Bismillahirrohmanirrahim.

Yang berbahagia Tuan Haji Zulkifli bin Haji Allani


Yang Dipertua PIBG SMK Bugaya

Yang berusaha Puan Rozita binti Anjuh


Pengetua SMK Bugaya

Yang dihormati En. Zaini bin Mat


Penolong Kanan Pentadbiran

Yang dihormati Puan Rosni binti Haji Asakil


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang dihormati En. Manja bin Haji Abdul Kahal


Penolong Kanan Ko-Kurikulum

Yang dihormati Pn. Masni binti Haji Ullong


Penolong Kanan Tingkatan 6

Yang dihormati Puan Rosni binti Haji Abdul Jal


Penolong Kanan Pendidikan Khas

Yang dihormati barisan Guru Kanan Matapelajaran, guru-guru serta para pelajar
yang dikasihi.

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan.

[Athar]
Bersongkok samping segak bergaya,
Berbaju kurung anggun jelita,
Majlis sambutan Aidilfitri mulia,
Tangan dihulur maaf dipinta.

Kuih bahulu tradisi kita,


Ketupat rendang pembuka selera,
Tangan dihulur maaf dipinta,
Semoga ukhwah terjalin mesra.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka
kita masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah
sebulan Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-sama dapat
berkumpul di Dataran Ilmu ini bagi meraikan majlis Sambutan hari raya Aidilfitri
peringkat sekolah bagi tahun 2017.
(5) Ucapan Pengetua

[Athar]
Hadirin hadirat , para pelajar yang dikasihi sekalian,

Lemang dihidang enak rasanya,


Nasi dagang pilihan kita,
Bingkisan kata bingkisan raya,
Tuan pengetua bermadah kata.

Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan
yang berusaha, Pn. Rozita binti Anjuh, Pengetua SMK Bugaya Semporna untuk
menyampaikan sepatah kata.

Dipersilakan.

(selesai ucapan)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan itu tadi.

(6) Ucapan YDP PIBG

[Siti Suhaima]
Syawal tiba takbir bergema,
kunjung-mengunjung bermaaf-maafan,
pesan amanat untuk semua,
daripada YDP PIBG yang kita muliakan.

Kini tibalah masanya untuk kita sama-sama mendengar ucapan yang akan
disampaikan oleh Yang Berbahagia, Tuan Haji Zulkifli bin Haji Alani, Yang
Dipertua PIBG SMK Bugaya. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(selesai ucapan)
Majlis merakankan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas ucapan
sebentar tadi.

(7) Pemakluman Acara

[Athar]
Sidang hadirin yang dihormati sekalian,
Majlis Sambutan Hari Raya pada pagi ini akan dimulai dengan majlis kunjung-
mengunjung ke rumah-rumah terbuka. Berikut dibacakan senarai nama ahli
kumpulan yang akan menziarahi beberapa lokasi rumah terbuka untuk
memeriahkan sambutan Aidilfitri.

(bacakan senarai nama ahli kumpulan)


Dengan rasa rendah diri, saya ingin mempersilakan semua ahli kumpulan yang
telah disebutkan sebentar tadi agar dapat bergerak ke lokasi masing-masing bagi
memeriahkan majlis rumah terbuka Aidilfitri pada pagi ini.
(8) Pertandingan

[Siti Suhaima]
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Bagi menceriakan lagi suasana sambutan Aidilfitri ini, beberapa acara akan
dipertandingkan dan dibuka kepada semua pelajar aliran Perdana SMK Bugaya.
Kita akan melihat pelbagai lagak dan gaya peserta yang akan menunjukkan bakat
mereka dalam bidang nyanyian, ICT dan fotografi demi merebut tempat terbaik
dan hadiah lumayan yang menanti. Antara acara yang bakal dipertandingkan
ialah:

(i) Pertandingan Nyanyian Lagu Raya


(ii) Pertandingan Kelas Raya Ceria
(iii) Pertandingan Swafoto, dan
(iv) Pertandingan Pakaian Raya Terbaik.

(9) Penyampaian hadiah

[Athar]
Hadirin hadirat, para pelajar yang dikasihi,
Kini tibalah kita ke acara penyampaian hadiah yang amat dinanti-nantikan
khasnya oleh semua peserta yang telah terlibat dalam pelbagai aktiviti yang
dipertandingkan sempena Majlis Sambutan Aidilfitri Peringkat SMK Bugaya bagi
tahun 2017. Syabas dan tahniah atas kerjasama, komitmen dan kesungguhan
para peserta.

Acara penyampaian hadiah dimulai dengan mengumumkan senarai pemenang


bagi pertandingan Nyanyian Lagu Raya. Untuk itu, majlis dengan segala
hormatnya menjemput dan mempersilakan:

untuk tampil ke hadapan bagi menyampaikan hadiah kepada peserta yang


berjaya.

Tempat ke-3 disandang oleh:


Tempat ke-2 dimenangi oleh:
Johan pertandingan Nyanyian Lagu Raya, jatuh kepada:

Berikut diumumkan pula pemenang untuk pertandingan Kelas Raya Ceria.

Tempat ke-3 disandang oleh:


Tempat ke-2 dimenangi oleh:
Johan pertandingan Kelas Raya Ceria, jatuh kepada:
Seterusnya diumumkan pula pemenang untuk pertandingan Swafoto.

Tempat ke-3 disandang oleh:


Tempat ke-2 dimenangi oleh:
Johan pertandingan Swafoto, jatuh kepada:

Acara penyampaian hadiah kita teruskan dengan mengumumkan pemenang


untuk pertandingan Pakaian Raya Terbaik.

Tempat ke-3 disandang oleh:


Tempat ke-2 dimenangi oleh:
Johan pertandingan Pakaian Raya Terbaik, jatuh kepada:

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian

menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Tahniah sekali lagi kami ucapkan
kepada peserta yang bertuah.

(10) Penutup

[Siti Suhaima]
Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil
kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan
bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis
sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan
meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pelajar atas kerjasama
yang diberikan bagi mengharmonikan majlis ini.

Sekian, Wassalamualakum wbt.dan Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Anda mungkin juga menyukai