Anda di halaman 1dari 3

Maafkan Ayah

Salam sejahtera,betaut tangan salam dihulurkan.Terima kasih peneraju

majlis,para hakim bijak berkarisma,penjaga masa yang begitu peka denagn

edaran jam,guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Ma..ma..Maafkan ayah, Amar, maafkan ayah. Ayah sangat menyesal”,rintih Encik

Zaki dalam tangisan. Beliau amat menyesal dengan perbuatannya selama ini.

Hanya kerana inginkan kemewahan, beliau sanggup mengambil jalan yang

singkat.Kawan-kawan sekalian,Begitulah kesudahan cerita yang bertajuk

“Maafkan Ayah” yang akan saya sampaikan pada hari ini.Amar merupakan seorang

murid yang ceria. Dia juga dari keluarga yang berada. Setiap hari dia akan

dihantar oleh ayahnya ke sekolah dengan kereta mewah. Pakaian dan alat tulisnya

juga semuanya berjenama mahal.Apa sahaja yang dihajatinya pasti akan

ditunaikan oleh ayahnya. Oleh itu, dia sentiasa menjadi tumpuan dalam kalangan

murid-murid lain di sekolahnya.Sungguhpun begitu, Amar bukan seorang yang

sombong malahan dia juga tidak memilih kawan. Dia berkawan dengan semua

orang. Oleh sebab itu,dia amat disenangi oleh kawan-kawannya. Salah seorang

kawan rapatnya bernama Haikal. Mereka belajar di kelas yang sama. Setiap hari,

mereka seringmenghabiskan masa bersama.Kriiiinnngggg….kringggg…loceng

berbunyi menandakan tamatnyawaktu persekolahan. Semua murid bergegas

keluar dari kelas untuk pulang kerumah masing-masing.Amar dan Haikal berjalan

beriringan keluar dari kelas mereka. Amar terus menuju ke arah kereta bapanya

yang sedang menunggu di suatu sudut diluar pagar sekolah. Haikal pula hanya

berjalan kaki sahaja pulang ke rumah.Semasa Haikal ingin meneruskan

perjalanannya, tiba-tiba Amar menjeritmemanggilnya.“Haikal…. jomlah naik

kereta dengan aku”, ajak Amar.“Eh, tak apalah Amar, aku jalan kaki sahaja,”

jawab Haikal. “Lagipun rumah aku dekat je dengan sekolah,” sambung Haikal lagi.
Namun Amar yang tidak mahu mendengar alasan Haikal lantas turun dari

kereta. Dia terus memegang tangan Haikal dan mengajak Haikal masuk kedalam

keretanya. Haikal hanya tersipu-sipu malu.Begitulah rutin sehariannya pada hari

persekolahan. Amar akan dihantar dan dijemput oleh ayahnya setiap hari tepat

pada masanya. Jarang sekali ayahnya lewat. Oleh sebab itu, dia berasa amat

bersyukur kerana disayangi oleh kedua ibu bapanya. Walaupun bapanya sibuk

bekerja namun tidak pernah sekali pun beliau gagal untuk datang menjemputnya

Namun seperti kata pepatah, ku sangkakan panas hingga ke petangrupanya hujan

di tengah hari. Begitulah kehidupan Amar sekeluarga,Haaa… kawan-kawan nak

tahu apa yang terjadi kepada keluarga Amar?Mari kita dengar

sambungannya.Pada suatu hari, seperti kebiasaan apabila bunyi sahaja loceng

tamat persekolahan, Amar bergegas keluar dari kelas untuk pulang. Hatinya

berbunga- bunga kegembiraan. Pada hari ini ayahnya sudah berjanji untuk

membawanya ke suatu tempat bagi menyambut hari lahirnya. Sambil berjalan,

Amar teringat akan perbualan dia dan ayahnya dua hari lepas.“Amar, hari lahir

Amar tahun ini ayah ada kejutan istimewa untuk Amar tau,” kata Encik Zaki

kepada Amar.“Wah, hadiah istimewa, seronoknya! Tak sabar Amar nak tunggu,”

kata Amar kegembiraan.“Terima kasih ayah, sayang ayah,” ucap Amar lagi sambil

menciumayahnya dengan mesra.Ibunya yang hanya mendengar perbualan dua

beranak itu tersenyum manis. Amar sememangnya lebih rapat dan manja dengan

ayah berbanding ibunya.Masa terus berlalu, Amar melihat jam yang dipakainya.

Jam sudah menunjukkan pukul 2.00 petang. Namun kelibat ayahnya masih belum

kelihatan.“Eh, di mana ayah ni, sampai sekarang pun tak sampai- sampai

lagi,”rungut Amar. Amar terus menunggu dengan sabar.“Mungkin ayah ada

mesyuarat atau jalan sesak agaknya,” fikir Amar lagi.Selang beberapa minit,

sebuah kenderaan berhenti di hadapan Amar.Maka keluarlah pemilik kenderaan

tersebut.
“Eh, cikgu,” sapa Amar apabila melihat kelibat guru kelasnya.“Amar, mari saya

hantarkan kamu pulang, hari ini ayah kamu tidak dapat ambil kamu,” jelas guru

kelasnya panjang lebar.Tapi, kenapa cikgu ? tanya Amar kehairanan.“Tak apa,

nanti sampai di rumah kamu akan tahu jawapannya,” jawab guru kelasnya dengan

nada yang agak sayu.“Baiklah, terima kasih, cikgu”. Ucap Amar lalu masuk ke

dalam kereta Toyota Vios milik guru kelasnya itu.Apabila tiba sahaja di rumah,

kelihatan sebuah kereta pihak berkuasa yang tertulis Suruhanjaya Pencegahan

Rasuah Malaysia di hadapan rumahnya. Amar terus meluru ke arah ibunya. Dia

melihat ibunya sedang menangis teresak-esak. Ibu…..ibu…kenapa ni ibu, mengapa

ibu menangis??? Soal Amar bertalu-talu. Kenapa ayah tak datang jemput Amar?

Sambung Amar lagi.Melihat akan ibunya sedemikian, Amar turut

menangis.Kelihatan sosok tubuh seorang lelaki yang tangannya digari. Amar

terkejut melihat keadaan ayahnya sedemikian. Amar terus meluru mendapatkan

ayahnya lalu memeluk ayahnya dengan erat.Ayah…..ayah….kenapa dengan ayah?

Tanya Amar sambil menangist eresak-esak. “Lepaskan ayah saya encik,” pinta

Amar. Ibunya hanya mampu melihat dalam kesedihan.“Ma..ma..maafkan ayah,

Amar, maafkan ayah. Ayah sangat menyesal”,rintih Encik Zaki dalam tangisan.

Beliau amat menyesal dengan perbuatannya selama ini. Hanya kerana inginkan

kemewahan, beliau sanggup mengambil jalan yang singkat. Akhirnya ayah Amar

telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selepas dipercayai

terlibat dalam kes rasuah dan pecah amanah.Begitulah seperti kata pepatah

sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.Sejak kejadian itu,

kehidupan Amar sekeluarga berubah. Amar yang dulunya seorang murid yang

ceria, kini lebih suka menyendiri. Begitulah kesudahan cerita ‘Maafkan

Ayah’.Pengajaran daripada cerita ini ialah kita janganlah bersikap tamak kerana

akhirnya akan merugikan diri sendiri.Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai