Anda di halaman 1dari 8

Cerpen : Keinsafan Seorang Anak

Penulis : Amin Al-Kalantani

http://amin1982.wordpress.com/2009/10/23/cerpen-keinsafan-seorang-anak/

Pada suatu pagi yang bening ketika insan bangkit daripada tidur untuk
menunaikan solah subuh, terdapat sekeluarga yang masih dalam kecelaruan
dan penuh dengan misteri. Keluarga tersebut ialah kepunyaan Encik Hasyim dan
Puan Hasmah bersama dengan anak tunggalnya yang dikasihi, Amir Syah.

“Bang tengoklah anak awak ni!” jerit Pn Hasmah pada suaminya yang sedang
berada di ruang tamu. En Hasyim yang sedang membelek buku-buku pejabatnya
bergegas ke bilik anaknya.

“Apahal pulak dengan anak kita ? Awak  ni betul-betul mengejutkan saya!” dia
cuba mendapatkan kepastian daripada Pn. Hasmah.

“Hah tengoklah anak awak ni. Malas benar dia nak pergi sekolah! Dah pukul 7.30
pagi masih dalam kain selimut” Puan Hasmah kelihatan kesal dan kecewa di
atas perlakuan anak tunggalnya, Amir Syah. Sikap Amir semasa sekolah rendah
masih terbawa-bawa hinggalah dia sudah berada di tingkatan 5. Muka Encik
Hasyim mula berubah. Merah padam! Langkah garang diatur segera ke katil
anaknya yang sedang asyik melayan tidur.

“Amir, bangun! Kau tak tahu ke tahun ni kau nak ambik SPM? Nak jadi apa
engkau ni?” tengking Encik Hasyim dengan bengis sambil menarik kuat selimut
anaknya. Dia kelihatan kurang senang dengan perangai anaknya yang masih
belum berubah-ubah. Amir selalu sahaja ponteng dan malas ke
sekolah.Entahlah, mungkin perangainya ini dan sebati dalam diri anak
tunggalnya ini.

“Alah ayah nie……Tak sportinglah! Tak pergi ke sekolah jarang-jarang tu


biasalah!” Amir menarik kembali selimutnya dan tidur membelakangi ayahnya
tanpa memberi respond yang diharapkan. Encik Hasyim mengeleng-ngeleng
kepala dan melangkah ke arah Puan Hasmah dengan perasaan berserabut. Dia
seperti hilang punca. Kalau nak diikutkan hati maunya menempeleng Amir
tapi…….tak sampai hati pula. Dia cuba mengcongak hari-hari yang anak
tunggalnya tidak pergi ke sekolah. Sudah banyak!…..Entah seminggu atau
sebulan….

“Macamana nak buat ni bang? Takkan nak biarkan begini sahaja! Fikirkanlah
cara nak buat..”soal Puan Hasmah kepada suaminya mengharap agar ada satu
tindakan drastik terhadap anak tunggal mereka. Kerut-kerut kekesalan jelas
terpapar pada wajahnya. Sebelum ini dia yang terkenal sebagai Setiausaha
Persatuan Wanita sibuk ke sana kemari dengan mesyuarat. Duduk di rumah pun
kadang-kadang sahaja. Masa tak menentu. Anaknya tidak diurus langsung
hanya diberikan wang sebagai bekalan. Lebih parah lagi Encik hasyim yang juga
selaku ketua keluarga sibuk dengan syarikatnya. Tiada masa baginya untuk
bersama dengan anak dan isterinya di rumah.

Duka mula bercambah

“Ini semua salah awak. Asyik sangat dengan mesyuarat! Anak kita terbiar tanpa
pengawasan. Awak tak ambil peduli langsung dengan anak kita!” bentak En.
Hashim cuba menunding kesalahan kepada isterinya.

“Ewah, ewah…pandai awak menunding jari kepada saya seorang. Awak cuba
tilik diri awak. Banyak mana yang awak ada kat rumah?!” Pn. Hasmah tidak
mahu beralah. Baginya sikap anaknya Amir, tidak boleh di salah seratus peratus
kepadanya. Suaminya juga sepatutnya juga dipersalahkan.

“Ah…bisinglah rumah ni!” bentak Amir bingkas bangun dari tidur. Dia lantas
mencapai baju dan seluar jeansnya. Melilau mencari kunci motorsikalnya.

“Amir! Kau nak kemana tu?..ayah tak habis cakap lagi..kau dah lari. Apa nak jadi
engkau ni Amir!” En.Hashim mengeleng-ngeleng kepala kekesalan. Salah dia
juga tak ambil perhatian langsung dengan anak tunggalnya. Bagi dirinya, apa
yang penting dapat bagi duit dan kemewahan kepada anak kesayangannya
sudah mencukupi. Yang lain serah kepada dirinya sendiri nak menentukan jalan
kehidupannya.

Ajal Maut di Tangan Tuhan

“Amir….ayah dan ibu terpaksa menghadiri satu lawatan ke luar negara. Amir
jaga diri baik-baik tau. Dengar cakap nenek. SPM sudah dekat.  Jangan main-
main.” Pesan Pn. Hasmah kepada anaknya Amir.

“Mak…mak tolong nasihat-nasihatkan lah Amir tu…kami dah tak tahu macamana
cara nak ubah sikap dia…”Rayu Pn.Hasmah kepada ibunya, Mak Kiah.

“Mah…melentur buluh biar dari rebungnya lagi..Kalau dah besar panjang susah
kita nak melenturnya…Kau dan Hasyim kena banyak berdoa lepas solat. Ni, aku
lihat kau berdua culas benar nak solat. Kadang-kadang buat, kadang-kadang
terlepas! Dah tu pula nak pergi bersiar-siar ke luar negara. Anak dibiarkan!”..Mak
Kiah berleter kepada anaknya. Terasa juga kekesalan dalam dirinya. Anaknya
Hasmah juga tidak berjaya dididik dengan baik.

“Mak..ni. Kita minta tolong dia…dia pula nak ceramah kita!” Hasmah mencebik
lantas menukar topik.

“Mak. Nanti sepanjang ketiadaan kami ni. Mak tolonglah tengok-tengokkan Amir.
Kami dah tinggalkan duit secukupnya sepanjang dua minggu ni untuk dia. Untuk
mak kami masukkan dalam akaun nanti.”…Hasmah seolah-olah merayu kepada
Mak Kiah.

“Yalah-yalah. Mak akan cuba yang sedaya termampu! Tapi ingat…kau berdua
kena banyak-banyak berdoa. Jangan alpa nak menunaikan solat fardhu.
Kewajipan-kewajipan lain-lain pun kena buat. Nanti tak berkat rezeki dan hidup
kita ni!”..Mak Kiah memesan dengan ikhlas. Harap anaknya Hasmah dan
menantunya Hasyim dengarlah nasihatnya.
“Oklah mak…kami cuba! Maklumlah kadang-kadang sibuk sangat mak…”
ringkas jawapan En.Hashim.

Sudah seminggu lebih En.Hashim dan Pn.Hasmah berlepas ke luar negara.


Anak mereka, Amir semakin liar.

“Amir…nenek nak cakap sikit ni….”Mak Kiah cuba juga hendak nasihatkan
cucunya ini.

“Nek..ada apa ya…Kalau pasal SPM , Amir dah tak nak dengar. Malas dah…
sekolah Amir dah tak minat! Hari ni last Amir pergi sekolah”..Amir menjawab
spontan. Harapannya Mak Kiah tak berleter panjang.

“Tak boleh mir…SPM dah dekat…lagi tak sampai sebulan…macam mana amir 
nak jawab nanti!”…

“Amir dah tak minat nak ambik SPM! Duit dah banyak buat apa nak belajar lagi.
Ayah dan mak dah carikan apa susah!” Amir menjawab.

Pangg!!! Tamparan singgah di muka Amir.

“Jangan cakap macamtu, Amir!” Mak Kiah hilang sabar dengan sikap cucunya
yang seorang ni. Benar-benar menguji dirinya.

“Ah..nenek pun dah tak suka dengan Amir! Tak apalah!!

—-

Amir! Pengetua minta ko ke bilik dia sekarang juga!..seorang pengawas


menyampaikan arahan Pengetua sekolah.

Ada apa ni? Aku tak buat salah apa-apalah…

Alah pegi ajerlah…

Di bilik pengetua, Amir tergangam.

Dilihatnya neneknya menangis teresak-esak.


Di bilik itu ada pengetua dan guru kelasnya.

Sah, nenek dah buat aduan kepada pengetua yang aku ni tak nak ambik SPM.
Bisik hati kecilnya.

“Nenek…kenapa buat Amir macamni…malu lah Amir!”

“Amir…bersabar dulu…duduk dulu!” Pengetua mengeluarkan arahan.

“Diharap awak bawa bertenang dan sabar.”

Lain macam jer pengetua ni.

“Ibu dan ayah awak kemalangan di luar negara! Mereka berdua sudah……..”
Pengetua macam susah nak sebut…

“Mereka berdua telah meninggal!!”

Berderau darah Amir…Betulkah begini jadinya?….Ah…mereka berdua memang


tak ambil peduli pasal diriku…biarlah…..mereka pergi..senang

Amir pantas keluar dari bilik pengetua. Jiwanya bertambah kosong…sekosong


kasih sayang yang hilang…..

Sinar Keinsafan

“Amir…tolong ayah amir…tolong…….”

“Amir tolong ibu, amir…tolong…….”

“Tidakkk!!!!!!……..”

Amir berpeluh lebat. Sudah tiga malam berturut-turut mimpi yang sama bermain
dalam tidurnya.

Mimpi ngeri melihat wajah ayah dan ibunya.

Apakah petanda ini…Jiwanya menjadi tidak keruan…tidak menentu….resah…


gelisah…
“Amir, kenapa menjerit tadi?”

“Tak nek. Saya bermimpi ibu dan ayah lagi. Mereka di siksa penuh ngeri. Mereka
minta tolong dengan Amir!”

“Amir!…Walaupun ayah dan ibumu tidak sepenuhnya mencurahkan kasih


sayang kepadamu. Tapi ingatlah Allah SWT Maha Pengasih dan Penyayang
telah mengurniakan seorang ayah dan seorang ibu kepada engkau! Sekarang
Allah SWT telah menarik nikmat kedua-duanya.”

Amir terkedu mendengar luahan iklhas dari neneknya. Dia kini sedang mencari-
cari akan dirinya yang sebenarnya…Ya…apa yang ku dambakan sebelum ini
ialah kasih sayang kedua orang tuaku. Perhatian…dan belaian ibubapa kepada
anakknya.

“Namun, Amir…Ingatlah Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang


begitu menyayangimu berbanding kedua ibubapamu walau mereka
menyayangimu sebesar gunug manapun!”

Fikirannya terawang-awang dengan nasihat neneknya. Mula mencari dirinya


yang sebenar. Siapa aku yang sebenarnya?

“Amir, nenek bercadang nak hantar Amir ke pondok di Pantai Timur. Di samping
belajar, kita sama ikuti kelas agama di sana. SPM tetap juga Amir ambil kat sana
ya!”

Amir menganguk-angguk tanda setuju. Dia mesti mecari identiti dirinya yang
sebenar.

Kasih sayang Allah pada Hambanya

“Kehidupan dunia ini…hanyalah sementara sahaja. Dunia ini merupakan tempat


kita menyiapkan bekalan.

Jangan sekali-kali kita terpesona dengan nikmat dunia yang menipu.

Lihatlah ibu dan ayah kita yang pergi dulu.


Mampukah mereka membawa segala harta kemewahan mereka ke dalam
kubur?

Harta yang mampu dibawa bersama ialah harta yang bermanfaat di jalan Allah
SWT.

Ingatlah bahawa keredhaan Allah SWT terletak kepada keredhaan kedua


bapamu.

Walaubagaimana sekalipun bapa dan ibumu terhadapmu, cintailah mereka yang


telah bersusah payah mengandungkan mu dan mencari sesuap nasi kepadamu.”
Nasihat tuan guru mengalir laju seperti sungai yang bersih mengalirkan kotoran
pekat dalam jiwa si pendengar.

Tanpa diduga, mengalir air panas daripada kelopak mata Amir. Terasa rindu dan
bersalah kepada orang tuanya.

Sebelum ini, dia seorang pendendam. Dendam dengan ibu ayahnya yang tidak
mencurahkan kasih sayang sejati kepadanya.

Namun dengan tazkirah yang cukup lazat dan manis daripada Tuan Guru
mampu melunakkan hatinya yang keras seperti batu menjadi selunak dan
selembut sajli.

Air matanya tidak tertahan-tahan lagi..Kenapa keinsafan ini menuntut


pengorbanan yang cukup besar. Hadirnya setelah hilang ibu dan ayah di sisi.

Dalam diam, Amir bertekad untuk menjadi anak yang soleh. Masih tergiang dan
segar diingatannya…

Ada 4 perkara yang akan menjadi bekal manusia :

Anak yang soleh

Harta yang bermanfaat

Ilmu yang bermanfaat


InsyaAllah dia akan cuba menjadi anak yang soleh…mudah-mudahan Allah
menolong kedua ibubapanya di alam barzah. InsyaAllah SPM akan datang
dihadapi dengan penuh persiapan sebagai hadiah untuk keduanya.

Mak Kiah tersenyum puas.. Termakbul juga doanya…Jauh dilubuk hatinya…


Inilah tanda kasih sayang Allah…walaupun Dia mengambil ibu dan ayahnya…
Allah memulangkan anaknya ke landasan Iman. Walau berbeza alam, kasih
sayang mereka kembali bertaut dan bersatu dalam Kasih Sayang Allah.

Anda mungkin juga menyukai