Anda di halaman 1dari 4

Tajuk : Pencari Kayu Api

Tersebutlah kisah satu cerita, Tentang pemuda rajin bekerja, Berhati riang berwajah ceria, Suka menolong sesiapa sahaja. Di dalam sebuah kampung yang terpencil yang letaknya di Ulu Sut kapit tinggal seorang pencari kayu api yang miskin tetapi baik hati. Pemuda itu bernama Akim. Akim suka menolong sesiapa sahaja yang berada di dalam kesusahan. Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari Akim pergi ke dalam hutan untuk mencari kayu api. Cerah sungguh cuaca hari ini bisik hati Akim aku mesti mencari kayu api yang banyak hari ini bisiknya lagi. Sambil matanya tercari cari kayu api,dia menyanyi keriangan anaklah ayam, anak ayam turun sepuluh, mati seekor, mati seekor tinggal Sembilan, mari bekerja, mari kerja bersungguh-sungguh, supaya kita, supaya kita tak ketinggalan. Anaklah ayam, anak ayam turun Sembilan, mati seekor, mati seekor, disambar helang, kalaulah kita, kalau kita dah ketinggalan, kerja tak ada, kerja tak ada kawan pun kurang.tiba tiba dia terdengar suara orang meminta tolong.tolong.tolong.tolong suara itu datangnya dari arah kanan Akim.Akim tercari cari arah suara tersebut, rupa-rupanya seekor anak rusa tersepit di celah batu. Namaku Mila si anak rusa, tolonglah aku wahai pemuda kata anak rusa itu dengan nada merayu. Tanpa berlengah lagi Akim lalu melepaskan anak rusa itu. Terima kasih wahai pemuda, jikalau kau memerlukan pertolongan suatu hari nanti panggillah namaku. Aku pasti aku akan datang menolongmu. Kata anak rusa itu sambil berlalu. Kemudian Akim pun meneruskan perjalananya semula . kali ini hatinya bertambah riang kerana telah menolong orang. Dia pun menyanyi lagi menuju puncak gemilang cahaya. sambil menyanyi Akim mula berangan angan Kalaulah

aku dapat masuk akademi Fantasia alangkah baiknya. taklah aku asyik ( nak cari kayu, nak cari kayu macam labu di dalam cerita P Ramlee pula. Tiba tiba kali yang keduanya Akim tersentak dari angannya mendengar suara orang meminta tolong, kali ini suara itu lebih ramai lagi tolong . Tolong. Tolong. Tolong. Tolong. Ah siapa pula yang potong angan aku ni bisik hati Akim lagi.Akim terdengar suara itu datangnya dari sungai. Dia ternampak beberapa ekor semut yang terkapai kapai kelemasan di dalam sungai. Kelihatan semut itu seperti hendak kelemasan. Tanpa berfikir panjang Akim lalu memetik sehelai daun dan menghulurkanya ke arah semut semut itu untuk mereka berpaut. Terima kasih pemuda yang baik hati kata seekor daripada semut semut itu. Jika engkau memerlukan pertolongan, panggil sahaja nama kami, kami pastia akan membalas jasamu kata semut itu lagi. Bagaimana cara aku memanggil kalian ? Tanya Akim terpinga pinga.Engkau panggil sahaja nama kami mut. Engkau sebut sebanyak lima kali pasti kami akan datang menolongmu tambah sang semut lagi. Akim meneruskan perjalananya lagi, sambil memasang telinga kalau kalau ada lagi orang yang meminta tolong. Setelah mendapat banyak kayu api Akim pun pulang ke rumah. Setelah mengisi perut yang kosong Akim berbaring di buyaian yang terletak di ajung rumahnya. Akim terlelap seketika akibat kepenatan, tidak berapa lama Akim terkejut lalu jatuh dari buayaianya kerana terdengar bunyi gong dipalu oleh pendekar pendekar istana kerana ingin membuat pengumuman. Tanpa belengah lagi Akim terus belari ke istana untuk mendengar mengumuman yang akan dibuat. Tiba disana Akim melihat ramai ramai berkumpul lalu seorang pendekar istana pun berkata Puteri Sultan Pantun Dua kerat kini sedang sakit tenat dan penawarnya aadalah puteri itu mesti dijodohkan dengan rakyat jelata. Maka, Sultan bertitah barang siapa yang dapat menunaikan dua permintaan sultan akan dijadikan menantunya. Syarat yang pertama ialah pemuda itu mesti menghauskan tapak kasut besi ini sebelum tengah malam ini. Syarat yang kedua pula ialah mengutip beras yang bertaburan di sepanjang jalan sebelum subuh.

Setelah mendengar pengumuman itu Akim pun bersama sama penduduk kampong yang lain pulang ke rumah masing masing sambil memikirkan cara untuk memenuhi syarat syarat tersebut. kalaulah aku dapat memenuhi syarat syarat itu alangkah bertuahnya aku bisik hati Akim. Sambil duduk di kaki tangga Akim mula berfikir sambil memakan lalu ubi yang dibuat oleh ibunya. Akim membuang bungkusan kerepek ubi ke tanah. Selang beberapa minit Akim terpandang beberapa ekor semut berduyun duyun mengerumi bungkusan kerepek ubinya tadi. Dia pun mula teringat akan semut semut yang pernah ditolongnya dulu. Baik aku cuba memanggil semut yang pernahku tolong dulu mungkin mereka dapat menolongku kata Akim di dalam hati. Dengan perasaan ragu ragu Akim pun memanggil sang semu. Mut. Mut mut mut mut, aku perlukan bantuan kalian kata Akim. Akim tersentak apabila melihat semut semut tadi datang ke arah kakinya. Ada apa wahai pemuda kata salah seekor semut Akim pun mula menerangkan hajatnya. Mendegar permintaan Akim semua semut mula menuju keaarah tempat beras yang ditabur dan mula mengutip beras tersebut. Tidak sampai sejam semua beras habis dikutip. Akim berasa sungguh gembira. syarat yang kedua sudah dilangsaikan kini tinggal syarat yang pertama pula iaitu menghauskan tapak kasut besi Kata akim. Akim teringat akan anak rusa yang pernah ditolongnya dulu. Dia pun memanggil nama anak Rusa itu Mila si anak rusa, mila si anak rusa , Mila si anak rusa Laung Akim sebanyak tiga kali . tetapi tidak ada juga anak rusa itu datang. Akim mula susah hati. Tiba tiba dia terkejut lagi kerana dilanggar oleh seseorang dari arah belakang. Akim menoleh, rupa rupanya rusa itu datang dari arah belakang. Minta maaflah pemuda kata Mila si anak rusa, tadi ada sedikit kesesakan jalan raya di kawasan kampung subung sebab itu aku datang lambat dan tergesa-gesa kata si anak rusa.Melihat hari sudah gelap akim cepat cepat memberitahu anak rusa masalahnya. Anak rusa tersenyum sumbing mendegar masalah pemuda itu. Itu senang saja, engkau duduk disini biar aku yang mengurusanya kata si anak rusa. Anak rusa itu terus menyarungkan kasut itu ke kakinya lalu berlari dengan pantas menuju ke hutan. Anak rusa berlari kesana kemari untuk menghauskan tapak kasut tersebut. Setelah hampir tengah malam

kasut tersebut pun haus. Sambil berjalan terhencot hencot akibat keletihan anak rusa menuju ke rumah Akim lalu memberikan kasut tersebut. Akim mengucapkan terima kasih lalu menghulurkan minyak urut TYT kepada si anak rusa untuk mengurut kakinya yang lenguh. Malam itu juga Akim menuju ke istana untuk mempersembahkan syarat syarat yang telah berjaya ditunaikan oleh Akim. Dengan penuh keyakinan, Akim mempersembahkan syarat itu di depan Sultan. Setelah berpuas hati Sultan pun mengumumkan kepada rakyat jelata bahawa Akim bakal menjadi putera kepada puterinya. Akim berasa sanga gembira kerana dapat mengubah nasibnya walaupun tidak dapat masuk ke Program Akademi Fantasia. Angannya kini telah menjadi kenyataan. Tapi bukan sebagai seorang penyanyi, tetapi sebagai seorang putera raja. Berakhir sudah kisah si pemuda, Duka nestapa tiada lagi, Bahagia menjadi seorang putera, Disamping puteri yang menanti.

Moral cerita ini ialah setiap perbuatan yang baik akan dibalas baik. Sekian Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai