Anda di halaman 1dari 2

Ramaloo a/l Sriram

1
SJK (T) Bandar Indera Mahkota

Ibu ayam yang sombong

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada pengerusi majlis, para hakim yang arif
lagi bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Nama saya Ramaloo Sriram.
Tajuk cerita saya ialah ‘ibu ayam yang sombong’.

Di dalam sebuah hutan, tinggal seekor ibu ayam yang sangat sombong. Dia
selalu meninggikan apabila bertelur. Pada suatu hari, seperti biasa selepas bertelur ibu
ayam berkata dengan bangganya, ‘lihatlah telur aku yang besar ini’.
Kok,kok,kok,kok,kok,kok

Tidak lama kemudian seekor kura-kura datang menemui ibu ayam. Kura-kura
bertanya kepada ibu ayam ‘wah mengapa kamu begitu sombong ibu ayam.Telur kamu
tidak sebesar telur itik’ kata kura-kura. Ibu ayam tidak percaya dengan kata-kata kura-
kura.Lantas ibu ayam terus ke rumah itik.

‘Wahai itik, kura-kura kata telur kamu lebih besar daripada telur aku.Aku hanya
mahu melihat telur itu’ balas ibu ayam. Lantas itik mengeluarkan telurnya. ‘Telur aku
tidaklah sebesar sangat.Telur angsa lebih besar daripada telur aku, kuek, kuek,kuek!’
itik berselorok.

Tanpa membuang masa lagi, ibu ayam terus berlari ke rumah angsa. Dia tidak
sabar mahu melihat telur angsa yang lebih besar daripada telurnya.
Kok,kok,kok,kok,kok

‘Wahai angsa, aku dengar telur kamu lebih besar daripada telur itik. ‘Boleh aku
melihat telur mu itu’ kata ibu ayam. Ibu ayam terperanjat melihat telur angsa. Telur
angsa lebih besar daripada telurnya. ‘Wahai ibu ayam, telur aku kecil sahaja. Telur
burung unta lebih besar daripada telur ku ini’ kata angsa.
Sakit aku disini
Di dalam hati ku
Sakit aku disini
Melihat telur angsa
Sakit aku disini
Lepas dalam hatiku
Sakit aku disini
Mendengar kata angsa

Ibu ayam berkejar ke rumah burung unta. Jangan ku percaya dengan kata-kata angsa.
Dia mahu melihat sendiri telur burung unta. Burung unta terkejut mendengar perintah
ibu ayam. Lalu burung unta menunjukkan telurnya kepada ibu ayam. Ibu ayam terkejut
melihat telur burung unta yang lebih besar daripada telurnya itu.

Dia mengaku kalah.Ibu ayam merasa malu.Telurnya kecil sahaja. Sombong dan
angkuh sikap si ibu ayam akhirnya memakan dirinya juga.

Kawan-kwan pengajaran daripada cerita ini ialah :


1) Tidak boleh bercakap besar
2) Janganlah kita meninggikan diri
3) Janganlah kita bersikap sombong

Sekian, Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai