Anda di halaman 1dari 3

2.

0 Model Incremental

Model incremental dibangunkan pada tahun 1950-an oleh saintis politik Amerika
Charles E.Lindblom sebagai tindak balas terhadap konsep pembuatan dasar. Ia merupakan
salah satu analisis rasional yang merupakan kemuncak terhadap keputusan yang
memaksimumkan nilai. Model ini memberi penekanan kepada jumlah pembuat dasar yang
terlibat dalam proses membuat dasar. Model ini telah diterapkan dengan berkesan untuk
menerangkan dasar pembuatan domestik, pembuatan dasar luar, dan belanjawan awam.

Menurut Lindblom, adalah sukar untuk mencapai keputusan ideal yang rasional.
Pengambilan keputusan yang rasional dan komprehensif mesti memenuhi dua syarat iaitu
persetujuan mengenai objektif dan asas pengetahuanyang mencukupi untuk membenarkan
ramalan yang dibuat terhadap dasar yang sedia ada. Kaedah rasional tidak memberi panduan
kepada pembuat dasar. Inkremental menekankan penambahbaikan kepada masalah yang
konkrit. Pembuat dasar tidak mempunyai maklumat yang mencukupi untuk membuat
keputusan dasar yang rasional. Peruntukan masa yang singkat dalam mencari jalan
penyelesaian dan maklumat yang yang tidak mencukupi menghalang pembuat dasar daripada
mencari lebih daripada beberapa pilihan. Keadaan ini menyebabkan pembuat dasar hanya
memberi tumpuan kepada alternatif yang hanya sedikit berbeza dari dasar sebelumnya.

Model Incremental adalah satu proses membuat keputusan secara berperingkat dan
proses tidak dilakukan secara mendadak. Ia juga merupakan proses bertahap-tahap dengan
andaian bahawa sesuatu masalah itu mempunyai ranting-ranting masalah lain yang berkait
denganya. Incremental bermaksud konsevatif dalam program-program yang wujud, polisi-
polisi perbelanjaan yang dipertimbangkan sebagai satu asas dan perhatian dipusatkan kepada
program-program baharu iaitu polisi samada untuk ditambah atau dikurangkan atau
mengubahsuaikan program-program yang terkini

Model Incremental adalah usaha yang paling kurang diambil dalam mengurangkan
masalah pada tahap yang boleh diterima. Dalam model Incremental kehendak yang
menyeluruh dibahagikan kepada beberapa komponen kecil. Setiap komponen kecil ini akan
melepasi setiap fasa seperti kehendak pelanggan, rekabentuk dan penilaian.. Komponen-
komponen yang telah direka akan memberi keberkesanan kepada dasar yang telah disediakan.
Proses ini akan berterusan bertahap- tahap sehingga dasar ini siap direka

DASAR 1 DASAR 2 DASAR 3


KEHENDAK
DINILAI DINILAI DINILAI

Anda mungkin juga menyukai