Anda di halaman 1dari 2

Cadangan

Guru besar yang dipilh perlu memiliki sekurang-kurangnya ijazah sarjana dalam
bidang pendidikan. Ini kerana semua guru pada masa kini mempunyai ijazah selaras dengan
pembangunan pendidikan. Guru besar juga perlu mempunyai kelayakkan seperti guru muda.
Oleh itu, guru besar dapat berkecimpung dan bersikap profesional
Manakala, tempoh bagi mengikuti kursus Sijil Kelayakkan Profesional bagi
kepimpinan pendidikan (NPQEL) perlu dipanjangkan tempoh. Latihan yang diberikan kepada
guru besar perlu dipelbagaikan mengikut perubahan pendidikan pada masa kini. Latihan
berfokuskan teknologi maklumat perlu diberikan kepada semua guru besar.
Guru besar yang memiliki sijil (NPQEL) perlu diberi tempoh latihan induksi yang
lebih lama di sekolah di bawah bimbingan guru besar yang berpengalaman. Apabila memberi
latihan yang lebih lama, maka guru besar dapat bimbingan dengan begitu banyak dan boleh
digunakan kaedah yang dipelajari semasa dalam perkhidmatan. Guru besar yang
berpengalaman dapat membantu dan memberi idea-idea yang berguna dan membantu dalam
sistem pendidikan.
Cadangan seterusnya ialah, guru besar perlu berkongsi visi dan misi sekolah dengan
warga sekolah. Apabila mereka berkongsi visi dan misi, ini dapat memberi keyakinan dan
membantu kepada pencapaian sekolah. Visi dan misi sekolah mesti berfokuskan dan
membantu dalam meningkatkan pencapaian sekolah dan sistem pendidikan negara kita.
Guru besar memainkan peranan penting sebagai mentor dan memotivasikan guru.
Guru besar mesti menjadi pembimbing kepada guru dan sentiasa memberi keyakinan yang
tinggi kepada para guru dalam semua perkara. Malah, sentiasa memberi sokongan dan
memotivasikan guru dalam kerjaya mereka supaya mereka dapat melaksanakan
tanggungjawab dan memainkan peranan dengan sebaik mungkin.
Guru besar perlu lebih jelas tentang objektif pendidikan. Dalam era globalisasi ini,
semua guru besar mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam sistem pendidikan
negara kita. Setiap pendidik perlu jelas dan memahami objektif pendidikan negara kita.
Apabila dapat memahami objektif pendidikan ini, barulah seseorang pendidik akan bersedia
dan bertungkus lumus untuk membawa pencapaian pendidikan ke tahap yang lebih tinggi dan
maju seperti negara-negara barat. Bak kata, berdidik sama tinggi dan didik sama rendah.
Setiap kejayaan dalam pendidikan negara terletak di tangan pendidik dan guru besar, sebab
merekalah tulang belakang pendidikan negara kita.

Anda mungkin juga menyukai