Anda di halaman 1dari 5

Sambil mengais tanah, si ayam berkata, “mana dah ku hilangkan jarum emas tuh, harus mencari segera

supaya bisa ku terbang seperti helang, tak sanggup melihat helang terbang tetapi aku di bawah je, tak
dapat menikmati langit seperti helang .”

Demikianlah kisah si ayam, si helang dan jarum ajaib. Sampai berpuluh-puluh keturunan si ayam
mengais pagi petang kerana nak cari jarum ajaibnya yang boleh buat si ayam terbang macam si helang.
Lucu bukan, kisah dongeng yang direka-reka tetapi memang terkandung nasihat tersendiri.

Tergelak ana tatkala emak berkata, “ Sebab tulah, ayam tuh pagi petang kais tanah, bukan sebab nak
cari makanan, tapi, cari jarum ajaibnya.” Haha, tak akan ku tertipu lagi. Tetiba datang abang ana
mencelah, “ Emak pernah dengar cerita si ayam dan si helang versi baru? Yang tuh cerita da lama da”.

Alkisahnya begini…
Si ayam dan si helang sama-sama bertelur. Reban si ayam di bawah dan reban si helang di atas
sedikit. One day, sebiji telur si helang terjatuh masuk ke dalam reban si ayam. Si ayam pula
selamba je lah mengeram, tetapi sedikit pelik, “Aik, kenapa telur yang satu ni kecik, sedangkan
telur yang lain besar je, tak kesahlah..” berkata si ayam sambil mengeram seperti biasa. Telur
yang kecik tu la telur si helang yang terjatuh tadi. Setelah lama mengeram, menetaslah telur-
telur. Si helang mendidik anak-anaknya dengan cara si helang, manakala si ayam dengan cara
ayamlah. Lantas di bawa anak-anak ayam yang comel-comel tu pergi mengais makanan
termasuklah anak si helang tadi yang dieram oleh si ayam. Si helang yang kecil tuh pun hanya
mengikut kerana baginya, si ayam adalah ibunya.

Maka, apabila sudah besar, amat


berbezalah wajah anak-anak si Ayam dengan si helang tadi. Si helang pandang ke langit dan
melihat Si helang lain terbang bebas tinggi di langit. Berkata si helang, “ Alangkah bestnya
dapat terbang macam helang-helang tuh”.
Si helang tidak sedar langsung yang sebenarnya dia adalah si helang yang sama seperti helang-
helang lain yang terbang di langit. Si helang terus mengikut kelompok-kelompok ayam mengais
pagi dan petang, sedangkan si helang boleh terbang di langit, bebas menikmati alam si helang
yang sebenarnya.

Kelakar bukan, tetapi dalam cerita ini ada moral value yang tersirat. Janganlah kita jadi seperti
si helang yang hidup dalam kelompok si ayam, tetapi sebenarnya dia adalah helang yang boleh
terbang tinggi. Si helang cuma harus menggerak-gerakkan sayapnya sedikit sahaja dan boleh
terbang tinggi macam helang lain. Tetapi si helang masih tidak sedar.

Senang cerita, maksudnya, kita jangan sangka kita tidak boleh berjaya jika orang sekeliling kita
tidak berjaya. Perlu giat berusaha untuk berjaya.
Jikalau kita di dalam kelompok yang miskin, tidak bermaksud kita tidak boleh jadi kaya seperti
hartawan yang lain. Cuma perlu kuat berusaha dan yakin dengan sentiasa berdo’a pada Allah,
insyaAllah akan menjadi hartawan terbilang seperti ‘Abd Rahman bin ‘Auf. Tidak kira dalam hal
untuk menjadi kaya, atau cemerlang dalam pelajaran, agama dan sebagainya,
semua urusan hendaklah kembali pada Allah. Hanya perlu niatkan ikhlas kerana Allah dan untuk
agamaNya, InsyaAllah, segala urusan dipermudahkannya.

Seperti kalam hikmah Al-Imam Ibnu Athaillah Askandary dalam kitabnya Al-Hikam :

ْ َ‫ت بِ َدايَتُهُ أَ ْش َرق‬


ُ‫ت نِهَايَتُه‬ ْ َ‫َم ْن أَ ْش َرق‬
“Barangsiapa yang cemerlang permulaannya, maka cemerlang (pula) penghabisannya”

Sebagai contoh, sebelum melakukan sesuatu, umpamanya ibadat, kita kembalikan segalanya
pada Allah, niatkan di hati agar ikhlas keranaNya dan ingatan kita hanya pada Allah dan tidak
pada duniawi, maka InsyaAllah pada akhirnya kita akan sampai kepada Allah, yakni 'ibadat
diterima Allah.

So, marilah sama kita renungi kekhilafan diri. Mudah-mudahan cerita abang ana tuh menjadi
suntikan vaksin agar kita jangan selamanya berada di bawah tempurung seperti katak atau
dibelenggu masa silam yang gelap. Hendaklah bangkit selepas kegagalan. Bak kata sahabat ana,
bukan mengalah, tetapi mengorak langkah untuk berjaya semula.

Permulaan (niat) yang baik insyaAllah berkesudahan yang baik.


Jom Renungi!..
Tau tak kenapa ayam sangat takut kpd burung helang? Biar Jebat ceritakan kisah
sebenar kenapa berlaku sedemikian rupa. Sebelum tu, Jebat nak bagitau mungkin
korang dah pernah dengar cerita ni waktu kecil2 dulu.

Baiklah, biar Jebat mulakan. Pada suatu masa dahulu di sebuah negeri di
Antartika terdapat segerombolan ayam yg hidup secara berkumpulan dan
bersatu padu. Hidup mereka amat rukun, dan saling bantu membantu.
Telah ditakdirkan pada suatu hari seekor burung helang telah tersesat ke
dlm negeri mereka ketika terbang mencari restoran KFC.

Burung helang tersebut pun mendarat di tengah2 padangketika ayam2


tersebut sedang bermain ragbi. Melihatkan pendaratan cemas yg dilakukan oleh burung
helang tersebut, maka ayam2 tersebut pun merasa kagum dgn kepakaran burung helang
itu melakukan pendaratan cemas.

“Wahai burung helang, bagaimanakah engkau boleh terbang sebegitu tinggi di atas langit?
Bolehkah engkau mengajarkan teknik2 penerbangan berkesan kpd kami? Selama ni kami
search kat internet tak jumpa pun teknik tersebut.” kata salah seekor ayam kpd burung
helang.

Maka burung helang pun menjawab, “Teknik aku ni ada rahsianya, kalau
search kat internet mmg tak jumpa.”

“Ajarkanlah kpd kami,” rayu seekor ayam lagi. “Amat berat hatiku utk  
memberitahu. Tetapi melihatkan keadaan kamu yg hidup di negeri tandus ni, lagi
bertambah berat hatiku melihatnya,” ujar burung helang. “Ajarkanlah kpd kami agar dpt
kami berhijrah ke tempat lain,” pinta seekor ayam lain sambil memeluk dan menarik kaki
burung helang sampai nak terlondeh kain pelikat yg dipakai oleh burung helang tu.

“Baiklah, rahsianya ialah jarum emas ini. Keturunan aku semuanya menjahit kepak
menggunakan jarum emas ni, sbb tu kami boleh terbang tinggi di angkasa” kata burung
helang sambil menunjukkan sebatang jarum kpd ayam2 tersebut.

Mendengarkan penyataan itu, semua ayam tersebut pun


tercengang.

“Macam tak logik je cakap kamu ni burung helang,” begitulah kutukan salah seekor ayam
yg tua. “Setakat jarum emas, aku pun boleh beli kat Seven E,” tambah seekor ayam kecil
dgn penuh yakinnya.

“Betul, aku tak tipu!”bantah burung helang pula dgn perasaan yg mendidih. Dahla minta
tolong ajar, pastu diperkotak-katikkan pulak. Mana tak menyirap darah burung helang
tu. Setelah berlaku rundingan selama 2 hari 2 malam, akhirnya burung helang pun
bersetuju meminjamkan jarum emas tersebut kpd ayam2 dgn syarat mereka menjaganya.

Maka bermulalah proses menjahit kepak dimulai dgn ayam yg pertama


iaitu ketua kampong yg merangkap kapten pasukan sorak (cheerleader)
ayam2 tersebut. Tetapi malangnya ketika ketua kampung baru sahaja
selesai menjahit separuh drpd kepaknya, jarum tersebut telah terjatuh ke

atas tanah. Si ayamcuba mencari namun tidak berjumpa.


Maka hal itu telah diketahui oleh burung helang sbb masa dia buka website
ebay dia nampak jarum emas yg dipinjamkan itu ada dilelong kat situ. Tapi
burung helang tak sempat nak bid sbb masa tu tinggal berapa minit je lg
bidaan nak ditutup. Lagipun nak dijadikan cerita time tu dia terlupa pulak
password nak masuk akaun ebay dia. Mulai hari tu, burung helang pun
berdendam dgn semua keturunan ayam. Sudah banyak keturunan ayam
diburu dan dimakan oleh burung helang. Jadi, moral drpd cerita ini,
jagalah harta org lain yg dipinjam dgn sebaik-baiknya. Dan yg kedua jgn lah
berdendam macam burung helang tu, apalah salahnya kalau saling
memaafi.

Anda mungkin juga menyukai