Anda di halaman 1dari 2

HELANG DAN AYAM.

Kisah tauladan seekor helang dan ayam - Mengisahkan mengenai seekor helang dan seekor
ayam yang tinggal bersama. Suatu peristiwa yang sangat dahsyat telah terjadi semasa kelahiran
sang helang ini.
Kisah ini bermula di sebuah perkampungan di kawasan pedalaman, sebuah gunung yang gagah,
tinggi dan curam berdiri tegak seumpama raja. Di satu sudut gunung tersebut, terdapat sarang
burung helang yang baru bertelur. Di dalam sarang tersebut terdapat empat biji telur burung
helang yang menunggu masa untuk menetas.
Suatu hari, ianya tidaklah seperti hari-hari yang biasa. Hari tersebut telah berlakunya gempa
bumi yang kuat hingga menggegarkan gunung yang gah umpama raja itu. Ekoran dari kejadian
tersebut, sarang burung helang yang ada di situ telah terjatuh ke bawah gunung memasuki
kawasan perkampungan di situ. Sarang tersebut telah terjatuh ke dalam reban ayam milik salah
seorang penghuni kampung disitu. Ayam-ayam yang ada di dalam reban itu telah tersalah
anggap dan menyangka bahawa telur yang ada disitu adalah telur ayam dan bukannya telur
burung helang. Malangnya, hanya sebiji telur sahaja yang berjaya terselamat ekoran kejadian
gempa bumi yang hebat dan dahsyat itu.
Telur tersebut dijaga dengan rapi dan penuh kasih sayang. Beberapa hari kemudiannya, telur
itu pun menetas dan lahirlah sang helang ke dunia baru. Sang helang dididik dengan baik oleh si
ayam. Sang helang sangat seronok dan bahagia berada bersama si ayam yang dianggapnya
sebagai keluarganya sendiri itu. Hari demi hari berlalu, bulan silih berganti, tahun bertukar
tahun...
Sang helang merasakan dirinya kekurangan sesuatu. Sang helang seolah-olah terasa terpinggir
dan merasa dirinya bukanlah seekor ayam. Suatu hari, sang helang melihat dan merenung jauh
ke dasar langit, tiba-tiba dia melihat sekelompok burung helang yang terbang bebas di langit.
Sejak hari itu, sang helang menyimpan impian untuk terbang tinggi di langit sepertimana
burung-burung helang yang lain.
Satu hari, aku pasti akan terbang bebas seperti burung helang..!
teriak sang helang. Si ayam terkejut mendengar teriakan sang helang lalu mentertawakannya
sambil berkata :
Kau adalah seekor ayam dan ayam tidak akan boleh terbang tinggi..!
kata si ayam.
Kecewa dengan ejekan si ayam, sang helang mendiamkan diri dan menangis. Hari demi hari
berlalu, bulan silih berganti dan tahun bertukar tahun.
Sang helang mula menerima kenyataan yang dia bukanlah seekor burung helang tetapi seekor
ayam. Sang helang kini hidup seperti si ayam dan menjalani kehidupan sebagai seekor ayam.
Bertahun-tahun lamanya hingga suatu hari sang helang bertemu ajalnya.
Hingga pada saat kematiaan sang helang, dia percaya bahawa dia adalah seekor ayam dan
bukannya burung helang padahal hakikatnya sang helang dalah seekor burung helang dan
bukannya seekor ayam.
Tauladan kisah helang dan ayam :
Sentiasa percaya pada diri sendiri dan jangan dengar cakap orang lain. Disamping kepercayaan
terhadap diri sendiri itu haruslah ada sikap dan sifat logika. Percaya diri sendiri dan berkiran
logik serta terbuka, FIkirkan baik dan buruknya lalu kejarlah impian. Jangan mudah berputus
asa.

Anda mungkin juga menyukai