Anda di halaman 1dari 1

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis,

para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta

rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada

hari ini ialah Burung Helang dan Kura-kura, Burung Helang dan Kura-

kura.

Suatu ketika dahulu, seekor kura-kura berhajat untuk terbang seperti

burung. Apabila terserempak dengan burung-burung yang berterbangan

di langit, dia berasa sakit hati. Dia berfikir, “Alangkah seronoknya jika

saya boleh terbang seperti burung-burung itu.”

Pada suatu hari, semasa berehat di pantai, seekor burung helang

hinggap di sebelahnya. Kura-kura pun berkata, “Wahai burung helang,

saya sangat berhajat untuk terbang seperti awak.”

Burung helang tahu yang kura-kura tidak boleh terbang. Tetapi

burung helang yang suka menipu itu membuat helah lalu berkata, “ Saya

berjanji untuk mengajar kamu terbang.” Kura-kura pun berasa sangat

gembira kerana ada burung yang sanggup mengajarnya terbang.

Maka burung helang pun membawa kura-kura terbang tinggi di

langit dan dengan tiba-tiba menjatuhkannya ke bumi. Akhirnya kura-kura

pun jatuh ke tanah dan cangkerangnya hancur berkecai. Burung helang

yang kelaparan itu pun hinggap ke bawah untuk makan daging kura-kura.

Ya, kawan-kawan. Kita mestilah sentiasa berpuas hati dengan

kebolehan kita. Sekian, terima kasih.

Yong Vin Qi ( 1 Loyalty)

Anda mungkin juga menyukai