Anda di halaman 1dari 2

TAJUK : ANAK ITIK YANG HODOH

Pada suatu masa dahulu, seekor ibu itik mengeram enam biji telur. Tidak
lama kemudian, satu persatu telur itu menetas dan keluarlah anak itik
yang comel serta berbulu kuning. Tetapi satu telur yang agak besar
menetas dan anak itu itu berwarna kelabu! “Sungguh hodoh rupamu!”
ibu itik berkata.
Ibu itik membawa anak-anak itik itu menuju kekolam. Ia melompat ke dalam air dan
anak itik juga turut bersama. Kemudian ia membawa anak-anaknya berjumpa binatan-
binatang yang lain di ladang itu.
Semua binatang di ladang gembira berjumpa anak-anak itik yang comel itu. Tetapi
mereka mentertawakan anak itik yang besar dan berwarna kelabu itu. Ia
diejek dan dihalau dari situ. Anak itik yang hodoh berasa sungguh sedih.
Ia tidak ada kawan dan tidak ada tempat tinggal.
Pada keesokkan harinya, semasa semua binatang masih tidur
nyenyak, ia berjalan keluar dari pintu pagar ladang itu. Apabila hampir
senja, beberapa itik liar datang ke tempat itu tertawakannya dan berkata, “Pergi kamu dari
sini! Hodohnya kamu!
Sekali lagi itik hodoh itu berasa tersisih dan beredar dari situ. Ia
sampai pada sebuah pondok. Ia berasa lapar dan letih lalu meminta
ayam membenarkannya tinggal di situ. Ayam juga memberikannya
makanan.
Ayam bertanya, “Bolehkah kamu bertelur?”
“Tidak, “kata itik itu.
“ Bolehkah kamu mengejar tikus?” Tanya kucing.
“Tidak, “kata itik itu.
“Kalau begitu kamu mesti pergi dari sini,” kata ayam dan kucing.
Sekali lagi itik hodoh itu kesunyian.
Musim salji pun tiba dan cuaca bertukar menjadi sejuk. Air dalam
kolam bertukar menjadi sejuk. Air dalam kolam bertukar menjadi ais. Itik
itu memandang kelangit dan melihat sekumpulan burung yang sangat
cantik berterbangan di udara. Burung-burung berbulu putih itu besar dan
berleher panjang.
“Alangkah bagusnya jika aku seperti burung-burung itu,” ia berkata di dalam hatinya.
Pada keesokan harinya, seorang petani yang baik hati terjumpa itik itu di atas tanah
beku dan membawanya pulang. Anak itik berfikir bahawa ia sudah selamat berada disitu.
Pada petang harinya, anak petani itu bermain dengannya dan membawanya ke perigi. Dia
terlalu kasar sehingga anak itik itu menjadi takut. Anak itik itu pun melarikan diri dari
ladang.
Anak itik itu terjumpa sebuah tasik di kawasan yang berumput
panjang. Ia berasa selamat di situ. Ia tinggal di situ sehingga matahari
mula bersinar semula. Anak itik itu cuba mengembangkan sayapnya. Ia
terkejut apabila melihat sayapnya sudah menjadi putih. Ia berasa seperti
dirinya boleh terbang dan akhirnya ia terbang tinggi di langit!
Apabila ia turun ke tasik, ia ternampak bayangnya di dalam air. “ Alangkah cantiknya
burung itu,” fikirnya.
Tiga ekor burung putih berleher panjang sedang berenang berhampiran. Burung-
burung itu melihatnya dan berkata, “Wah ! awak seekor angsa yang tampan. Marilah
berenang dengan kami.”
“Apa? Aku seekor angsa?”
“Ya, tengoklah rupa dirimu dalam air,” kata burung-burung itu.
Itik hodoh itu tidak percaya akan apa yang dilihatnya.
“Aku seekor angsa! Aku memang seekor angsa!”Ia menjerit dengan gembira.
Semenjak hari itu, ia tidak lagi di panggil hodoh dan ia tidak lagi sunyi.

Pengajaran:
• Jangan memandang rendah pada orang lain hanya kerana fizikal mereka berbeza.
Pemberian Allah tiada cacat celanya.
• Usah terlalu merendah diri, yakin diri. Sentiasa percaya bahawa diri kita hebat.
• Jika kita berbeza daripada orang lain, anggap diri kita unik. Usah berasa malu.
• Sentiasa tanamkan cita-cita. Tidak salah berangan-angan, tetapi harus disusuli dengan
usaha.

Sumber rujukan (Internet):


http://cikguteratai91.blogspot.com/2014/03/padasuatu-masa-dahulu-seekor-ibu-itik.html

Anda mungkin juga menyukai