Anda di halaman 1dari 4

Pemotong Kayu Yang Jujur

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para
hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakanrakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah

Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong


kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari
rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual
sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa
dikurniakan anak.
Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi.......
Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat
kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani
si suami kerana sakit.
Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk
mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak
besinya yang telah uzur seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak
jua dia berhenti.....
Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan
dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah
si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun
mencari takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan nasib...
Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua
tersebut.... lalu turunlah ia bertanya... "wahai orang tua... kenapa bersedih
hati"...
Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka
tahulah dia si pari-pari telah turun kebumi menyapakan....lalu diceritakan
apa yang berlaku...

"Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu


dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang
beberapa minit timbul lah kembali si paripari sambil mebawa kapak emas
lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih jawab situa "..bukan..ini bukan
kepunyaan hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini"....
Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali
bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak
miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa.
Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari
membawakannya kapak besi yang uzur.
Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah
kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si
tua. Sebagai balasan kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut
dihadiahkan.
Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu
diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira
dengan kejujuran suaminya.
Keesokan harinya isteri si tua itupun sihat..

Anak Itik Yang hodoh


Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para
hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakanrakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah
Pada suatu masa dahulu, seekor ibu itik mengeram enam biji telur. Tidak
lama kemudian, satu per satu telur itu menetas dan keluarlah anak itik
yang comel serta berbulu kuning. Tetapi satu telur yang agak besar
menetas dan anak itu itu berwarna kelabu!
Sungguh hodoh rupamu! ibu itik berkata.
Ibu itik membawa anak-anak itik itu menuju kekolam. Ia melompat ke
dalam air dan anak itik juga turut bersama. Kemudian ia membawa anakanaknya berjumpa binatan-binatang yang lain di ladang itu.

Semua binatang di ladang gembira berjumpa anak-anak iti yang comel itu.
Tetapi mereka mentertawakan anak itik yang besar dan berwarna kelabu
itu. Ia diejek dan dihalau dari situ. Anak itik yang hodoh berasa sungguh
sedih. Ia tidak ada kawan dan tidak ada tempat tinggal.
Pada keesokkan harinya, semasa semua binatang masih tidur nyenyak, ia
berjalan keluar dari pintu pagar ladang itu. Apabila hampir senja, beberapa
itik liar dating ke tempat itu tertawakannya dan berkata, Pergi kamu dari
sini! Hodohnya kamu!
Sekali lagi itik hodoh itu berasa tersisih dan beredar dari situ. Ia sampai
pada sebuah pondok. Ia berasa lapar dan letih lalu meminta ayam
membenarkannya tinggal di situ. Ayam juga memberikannya makanan.
Ayam bertanya, Bolehkah kamu bertelur?
Tidak, kata itik itu.
Bolehkah kamu mengejar tikus? Tanya kucing.
Tidak, kata itik itu.

Kalau begitu kamu mesti pergi dari sini, kata ayam dan kucing.
Sekali lagi itik hodoh itu kesunyian. Musim salji pun tiba dan cuaca bertukar
menjadi sejuk. Air dalam kolam bertukar menjadi sejuk. Air dalam kolam
bertukar menjadi ais. Itik itu memandang kelangit dan melihat sekumpulan
burung yang sangat cantik berterbangan di udara. Burung-burung berbulu
putih itu besar dan berleher panjang.
Alangkah bagusnya jika aku seperti burung-burung itu, ia berkata di
dalam hatinya.
Pada keesokan harinya, seorang petani yang baik hati terjumpa itik itu di
atas tanah beku dan membawanya pulang. Anak itik berfikir bahawa ia
sudah selamat berada disitu. Pada petang harinya, anak petani itu bermain
dengannya dan membawanya ke perigi. Dia terlalu kasar sehingga anak
itik itu menjadi takut. Anak itik itu pun melarikan diri dari ladang.
Anak itik itu terjumpa sebuah tasik di kawasan yang berumput panjang. Ia
berasa selamat di situ. Ia tinggal di situ sehingga matahari mula bersinar
semula.
Anak itik itu cuba mengembangkan sayapnya. Ia terkejut apabila melihat
sayapnya sudah menjadi putih. Ia berasa seperti dirinya boleh terbang dan
akhirnya ia terbang tinggi di langit!
Apabila ia turun ke tasik, ia ternampak bayangnya di dalam air. Alangkah
cantiknya burung itu, fikirnya.
Tiga ekor burung putih berleher panjang sedang berenang berhampiran.
Burung-burung itu melihatnya dan berkata, Wah ! awak seekor angsa
yang tampan. Marilah berenang dengan kami.
Apa? Aku seekor angsa?
Ya, tengoklah rupa dirimu dalam air, kata burung-burung itu.
Itik hodoh itu tidak percaya akan apa yang dilihatnya.
Aku seekor angsa! Aku memang seekor angsa! ia menjerit dengan
gembira.
Semenjak hari itu, ia tidak lagi di panggil hodoh dan ia tidak lagi sunyi.
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai