Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN (2) JALAN SELANGOR 46050 PETALING JAYA SELANGOR DARUL EHSAN KATEGORI : PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 2

NAMA MURID : NO. K/P TAJUK : : SI PEMOTONG KAYU YANG JUJUR

Terima kasih tuan pengerusi majlis. Asslammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada barisan panel hakim yang arif lagi bijak bijaksana, guru-guru yang dihormati, para ibu bapa dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Pada pagi yang cukup indah ini, saya _____________________________ dari SK (2) Jalan Selangor ingin sekali berkongsi sebuah cerita teladan yang bertajuk SI PEMOTONG KAYU YANG JUJUR dengan kawan-kawan sekalian. Kawan-kawan tahu tak siapa Si Pemotong Kayu? Apa yang berlaku kepada Si Pemotong Kayu? Begini kisahnya kawan-kawan... Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup Si Pemotong Kayu saban hari tanpa dikurniakan anak.

Sedih rasa hati ini, Hanya terdaya alas perut, Tebang pokok mencari rezeki,

Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi, pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit. Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti..... Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun mencari takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan nasib... Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut.... lalu turunlah ia bertanya... "Wahai orang tua... kenapa bersedih hati"... Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah dia si pari-pari telah turun kebumi menyapakan....lalu diceritakan apa yang berlaku... "Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam" Lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang beberapa minit timbul lah kembali si paripari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih jawab situa "..Bukan..ini bukan kepunyaan hamba..tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini" Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur. Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan.

Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya. Keesokan harinya isteri si tua itupun sihat... Begitulah kisah Si Pemotong Kayu Yang JujurMaka dengan itu kawan-kawan, kita pandai-pandailah berkata-kata kerana

#aku rasa kalau dalam bercerita ni sajak tak sesuai letak pada tengah-tengah cerita, Syair dan pantun sesuai....tapi sajak boleh letak pada penghujung cerita tapi perlulah diberi tahu dahulu sebelum baca, jangan main terus baca ja...

Sajak pohon di rimba menjadi saksi, hidup aku bersama isteri, kapak besi teman sejati, kawan, teman dan sumber rezeki,

kudrat ini semakin lelah, kayu berdegil kapak ku lemah, rajuk ia ke perut muara, derita hati tidak terhingga.

Datang pari untuk menguji Rasa jiwa dan ikhlas hati,

Namun tekal amanahkan diri, Emas, perak dan gangsa pengganti besi.

cadangan

baca

sajak

ni

sebagai

ucapan

penutup

di sudahi

dengan

penutup...hanya cadangan....

Biasa saja, kalau tidak menepati standard maaf....

Anda mungkin juga menyukai