Anda di halaman 1dari 3

Terima kasih dan selamat petang kepada tuan pengerusi majlis, barisan

hakim, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya Lionell Rio ingin


menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk dua sahabat dengan seekor beruang.

Di dalam sebuah kampung, terdapat dua sahabat baik iaitu Eric dan Ipit.
Pada suatu hari, Eric dan Ipit masuk ke dalam hutan untuk mencari makanan.
Tiba-tiba mereka terdengar bunyi ngauman. Ngaum, ngaum…

’Eh, itu bunyi beruang,‘ kata Eric dalam ketakutan.

Eric terus lari meninggalkan Ipit. Eric memanjat pokok dan bersembunyi
di daun-daun.

Oleh kerana badan Ipit sedikit gempal, Ipit tidak dapat memanjat pokok.
Ipit buntu. Tiba-tiba Ipit mendapat idea untuk berbaring dan berpura-pura mati.
Beruang itu menghidu Ipit dan mendapati Ipit telah mati. Beruang pun tinggalkan
Ipit. Ipit selamat.

Eric pun turun daripada pokok dan terus tanya kepada Ipit. ”Apa beruang
bisik kepada kamu?‘

Ipit dengan marahnya berkata ”beruang kata jangan percaya kepada sahabatmu”.

Eric meminta maaf dan berjanji tidak akan buat lagi.

Pengajaran dalam cerita ini ialah sahabat yang baik perlu menolong sahabatnya
yang dalam kesusahan.

Sekian terima kasih.


Terima kasih dan selamat petang kepada tuan pengerusi majlis, barisan
hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya
_____________ ingin menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Si Tua dan
Kapaknya.

Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu


yang tua dan miskin.

Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi.......

Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu
api.

Maka ke hutanlah si tua itu di awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari
kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah
uzur seuzur usianya..

Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari


tangannya lalu terjatuh ke dalam sungai yang dalam. Menangis sayulah si tua
kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezekinya... hendak terjun mencari
takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan nasibnya yang malang...

Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut.... lalu


turunlah ia dan bertanya... "wahai orang tua... kenapa bersedih hati"...

Si tua pun menceritakan apa yang telah terjadi kepada pari-pari.

"Baiklah..akan aku bantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu dengan
serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang beberapa minit timbul
lah kembali si pari-pari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada si tua....

Dengan sedih jawab si tua "..bukan.. ini bukan kepunyaan hamba...tidak mampu
hamba memiliki kapak emas ini"....
Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama
kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali
lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu
menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur.

Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah kapak
miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai
balasan kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan.

Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu


diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan
kejujuran suaminya.

Kawan-kawan kita hendaklah mencontohi nilai yang ada pada si tua yang tidak
tamak dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Selain itu, kita juga
hendaklah bersikap jujur walau di mana berada.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai