Anda di halaman 1dari 3

KAPAK EMAS DAN KAPAK PERAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih tuan pengerusi majlis, barisan
panel hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang setia pada randiknya,
rakan-rakan serta hadirin dan hadirat sekalian. Pada hari ini, saya ingin
menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk,”Kapak emas dan Kapak Perak.” Yang
terlena,sedar-sedarkan. Yang tersedar, dengar-dengarkan Yang terdengar fikir-
fikirkan.

Pada zaman dahulu, tinggal seorang penebang pokok bersama ibunya yang miskin
di dalam sebuah hutan. Pada suatu hari, seperti biasa, si penebang pokok pergi ke
hutan seperti biasa. Setelah penat bekerja dia pun berehat. “Sudah sampai waktu
makan,” katanya.Dia pun duduk dan memakan roti di atas sebatang tunggul kayu.
Sambil makan dia memikirkan keadaan ibunya di rumah. Setelah selesai makan dia
pergi ke tebing sungai yang berhampiran untuk minum. Ketika membongkok untuk
minum, kapak yang terselit di pinggangnya terjatuh ke dalam air. “Apa yang patut
aku lakukan?” keluhnya.

Apabila mengenangkan ibunya yang sakit di rumah, si penebang pokok merasa


semakin sedih. Pilunya tidak tertahan, lalu dia pun menangis. Tiba-tiba air sungai
berbuih dan bersinar indah. Penunggu air menjelma dari dalam cahaya. “Hai
penebang pokok, kenapa kamu menangis?” tanya penunggu air dengan lembut.
Dengan perasaan gerun si penebang pokok pun menceritakan kejadian yang telah
berlaku. “Kasihan! Oleh kerana kamu ingat kepada ibumu, aku akan menolong kami
mencari kapakmu. Jadi janganlah risau,” kata penunggu air itu. Kemudian dia pun
menghilangkan diri ke dalam air.

Tidak lama kemudian, penunggu air muncul semula sambil memegang sebilah
kapak emas. “Inikah kapakmu?” tanya si penunggu air. “Oh! bukan, pasti bukan!
Kapakku bukan emas. Ia cuma kapak biasa sahaja.” jawab si penebang pokok.
Penunggu itu ghaib lagi. Bila air berbuih semula, dia muncul dengan sebilah kapak
perak di tangannya “Inikah kapakmu?” tanyanya. Penebang pokok yang jujur itu
menggelengkan kepalanya. “Bukan Tok! Kapakku biasa saja bukan seperti itu.”
jawabnya. Penunggu itu ghaib sekali lagi. Kemudian dia timbul dengan memegang
sebilah kapak besi yang buruk. “Inikah kapakmu?” tanya penunggu air itu. “Ya Tok,
Itulah kapakku. Terima kasih banyak-banyak. Dengan kapak ini, dapatlah aku
bekerja kuat untuk menjaga ibuku,” jawab si penebang pokok.” Kau seorang yang
amat lurus. Akan ku beri kamu kedua-dua kapak emas dan kapak perak sebagai
balasan kejujuranmu,” kata penunggu air sambil tersenyum. Si penunggu
mengeluarkan kedua-dua kapak dari balik jubbah hitam dan memberikan kepada si
penebang pokok.

Si penebang pokok yang terpegun itu menerima pemberian si penunggu itu pun
ghaib. Keesokan harinya si penebang pokok menunjukkan kapak emas dan kapak
perak itu kepada kawan-kawannya. Dia juga menceritakan pengalamannya yang
menakjubkan kepada mereka. Selepas mendengar cerita itu, seorang penebang
pokok yang tamak menanyakan tempat kejadian itu dan segera berangkat ke sana.
“Di sinikah tempatnya aku boleh mendapatkan kapak emas? Nah! Inilah kapakku,”
katanya. Si penebang pokok yang tamak itu pun mencampakkan kapaknya ke dalam
air lalu menangis. Tidak lama kemudian,air sungai berbuih dan penunggu air pun
menjelma. “Kenapa kamu menangis?” tanya si penunggu air itu, “Kapakku terjatuh
ke dalam air. Tanpanya aku tak boleh bekerja dan ibuku yang sedang sakit akan
mati”, jawab si penebang pokok yang tamak itu. Penunggu itu ghaib ke dalam air.
Tidak lama kemudian, dia pun muncul dengan memegang sebilah kapak emas yang
bersinar-sinar. Inikah kapakmu?” si penebang pokok yang tamak itu menghulurkan
tangan dan berkata dengan gembira. “Ya tok! Itulah kapakku. “Setelah mendengar
jawapan si penebang pokok yang tamak itu, penunggu air berasa amat marah.
“Tamak! Penipu! Ini kapakmu yang buruk,” katanya. Si penunggu itu pun ghaib
bersama kapak itu dan tidak lagi memunculkan dirinya. Si penebang pokok yang
tamak itu meratapi nasibnya kerana tidak dapat menanggung hidup tanpa kapak itu.

Begitulah tadi kisah kapak emas dan kapak perak. Moral daripada cerita ini ialah,
kita janganlah tamak untuk mendapatkan apa yang kita impikan. Kita mestilah jujur
dan berkata benar. Ingatlah, orang yang tamak, selalu rugi. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai