Anda di halaman 1dari 5

Laporan Program Ziarah Cakna

Pada 2 April 2019, pihak SK Paya Resak telah mengadakan lawatan


Ziarah Cakna ke dua buah rumah murid sekolah ini. Lawatan ini bermula pada
jam 10.15 pagi, yang disertai oleh Guru Besar SK Paya Resak sendiri, iaitu
Cikgu Ahmad Bustaman bin Rais,diiringi oleh Penolong Kanan HEM, Cikgu
Rosmadi bin Salleh. Turut serta dalam ziarah ini adalah Guru Bimbingan Dan
Kaunseling, Cikgu Khairul Anuar bin Abdul Ghani, Guru Kelas 3IK, Cikgu
Hanisah binti Ali, Guru Kelas 1IS, Cikgu Salmah binti Ismail dan Penyelaras
Ziarah Cakna, Cikgu Roslaini binti Muda.Turut serta adalah 2 orang pekerja
sekolah, sebagai penunjuk jalan.

Program Ziarah Cakna kali ini memfokuskan kepada murid yang


ponteng tegar, dan juga murid yang kurang berkemampuan ( miskin ).

Pihak sekolah telah bertemu dan berbincang dengan ibu murid yang
ponteng tegar. Pihak sekolah dimaklumkan bahawa murid-murid berkenaan
telah terpisah dengan bapanya, akibat perceraian dengan ibunya. Bapanya juga
tidak memberi wang perbelanjaan kepada anak-anaknya. Segala pperbelanjaan
hanyalah bantuan dari saudara-mara terdekat.

Guru Besar telah meminta jasa baik ibunya agar dapat memastikan
anak-anaknya yang seramai 3 orang, agar pergi ke sekolah seperti biasa. Dan
Guru Besar juga mengharapkan agar ibunya lebih prihatin dan
bertanggungjawab terhadap pelajaran anak-anaknya.

Seterusnya ziarah ke rumah kedua pula, pihak sekolah sendiri dapat


melihat keadaan ibu kepada dua orang adik beradik murid SK Paya Resak.
Semasa ziarah ini dilakukan, seorang jiran rapatnya ada bersama dengan ibu
berkenaan. Difahamkan bahawa ibu murid berkenaan mengalami masalah
penglihatan. Jiran tersenutlah yang banyak membantu keluarga berkenaan,
kerana bapa murid berkenaan terlibat dengan penagihan dadah, dan
dimaklumkan bahawa bapanya baru saja keluar dari penjara.

Jirannya telah berusaha dan berjaya mendapatkan bantuan daripada


Pejabat Kebajikan Masyarakat, daerah Marang. Dengan bantuan tersebut dapat
menampung sedikit sebanyak perbelanjaan keluarga berkenaan.

Dua keluarga yang diziarahi pada hari tersebut, juga turut menerima
sumbangan berbentuk baranganan makanan, yang mana sumbangan berkenaan
adalah dari Tabung Ziarah Cakna yang diwujudkan oleh pihak sekolah.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

(KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL GHANI) (ROSMADI BIN SALLEH)


Guru Bimbingan Dan Kaunseling, Guru Penolong Kanan HEM,
SK Paya Resak SK Paya Resak

Disahkan oleh,

(AHMAD BUSTAMAN BIN RAIS)


Guru Besar,
SK Paya Resak
Gambar-Gambar Sekitar Program Ziarah Cakna
2 April 2019

Tn. GB sedang memberi penjelasan Cikgu Salmah menerangkan tujuan


Kepada ibu murid ponteng tegar kedatangan pihak sekolah

Tn. GB bertanya khabar keluarga PK HEM dan 2 orang guru kelas


Kedua yang diziarahi tekun mendengar kisah keluarga yang
diziarahi
Penunjuk jalan dalam pencarian rumah keluarga berkenaan

Anda mungkin juga menyukai