Anda di halaman 1dari 4

Contoh kertas kerja penanda aras

KERTAS KERJA LAWATAN PENANDA ARAS

PROGRAM PENANDA ARAS :

LAWATAN KE SMK DATO HAJI TALIB KARIM, ALOR GAJAH, MELAKA.

10 FEB 2015 (SELASA)

1.0 PENGENALAN

Usaha meningkatkan pencapaian prestasi sekolah merupakan isu utama bagi sekolah-sekolah yang ingin
mencapai aspirasi yang telah digariskan dalam Kementerian Pelajaran Malaysia. Selaras dengan itu,
usaha mendapatkan idea dan inspirasi langkah-langkah meningkatkan prestasi perlu dilaksana dengan
mengadakan Program Lawatan Penanda Aras ke SMK Dato Haji Talib Karim .

Sehubungan dengan itu, usaha murni ini diharap akan dapat disandarkan sebagai langkah utama
merencana kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum Pusat Sumber SMK Warisan Puteri agar
setanding dengan sekolah-sekolah yang telah berjaya meletakkan kecemerlangan sebagai agenda utama
mereka.

Lawatan penanda aras ini bukan sahaja dapat membantu meningkatkan mutu perkhidmatan PSS antara
kedua-dua buah sekolah , malahan perkongsian idea yang bernas dapat membantu kedua-dua buah
sekolah mencapai kecemerlangan dan kemenjadian murid.

2.0 MATLAMAT

Merencana, merancang dan mengembeling tenaga dengan kebijaksanaan intelektual membangun


potensi pelajar dengan cara kolaborasi pintar untuk memacu kecemerlangan pelajar.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Berkongsi idea dan kepakaran dengan menggabungjalin kejayaan sekolah lain agar dapat diolah dan
disesuaikan untuk memacu kecemerlangan pelajar di SMK Warisan Puteri.

3.2 Merancang dan menyelaras semula program kecemerlangan pelajar agar potensi pelajar akan dapat
ditingkatkan dengan perancangan semula yang lebih bersesuaian.

3.3Memurni budaya kerja cemerlang di kalangan guru-guru agar dapat memacu kecemerlangan pelajar
dengan cara yang bersesuaian dengan minat dan keperluan mereka.

4.0 SASARAN

1.1 Semua Jawatankuasa Pengurusan Pusat Sumber Sekolah : 5 orang guru

- Pn Suhana bt Sabran

- Pn Salziah bt Salim

- Pn Ann Soraya bt Shahrin

- Cik Parameswary a/p Ponniah

- Cik Norhayati Mohamad

5.0 TARIKH PERLAKSANAAN:

5.1 Tarikh: 28 Januari 2015 (Rabu )

5.2 Masa: 8.00 pagi – 3 petang

5.3 Tempat: SMK Dato Haji Talib Karim, Alor Gajah, Melaka

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA:

§ Pengerusi: Pn Hajjah Faridah bt Jabbar (Pengetua)


§ Timb.Pengerusi : En Zahari bin Long (GPK Akademik)

§ Naib Pengerusi 1: Tn Hj Maghrib bin A. Rahman (GPK HEM)

§ Naib Pengerusi 2: En Ramlee b Mohamad (GPK Kokurikulum)

§ Penyelaras: Pn Salziah bt Salim ( Guru Media)

§ Setiausaha: Cik Norhayati Mohamad (Kaunselor Pelajar)

§ Bendahari: Pn Ann Soraya bt Shahrin (AJK bilik khas)

§ AJK:

§ Pn Suhana bt Sabran Ketua Bidang Sains dan Matematik

§ Cik Parameswary a/p Ponniah Penyelaras NILAM-BI

6.0 TENTATIF PROGRAM:

BIL MASA AKTIVITI

1. 7.40 pagi § Bertolak ke SMK Dato Talib Karim, Alor Gajah, Melaka

2 9.30 pagi § Dijangka sampai di SMK Dato Haji Talib Karim

3. 9.30-11.00 pagi § Taklimat dan perkongsian kecemerlangan sekolah

4. 11.00-12.00 tgh § Lawatan perpustakaan SMK Dato Haji Talib Karim

5. 12.00-1.00 petang § Sesi soal jawab dan berkongsi rahsia kecemerlangan

6. 1.00-2.00 petang § Makan tengah hari dan Solat Zohor

7 2.00-3.00 petang § Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah

8 3.00 petang § Bertolak pulang

9. 5.00 petang § Sampai di SMK Warisan Puteri


6.1 Sumber pendapatan:

6.1.1 PCG Pusat Sumber Sekolah = RM130.00

___________________________________________________

JUMLAH = RM130.00

BIL PERKARA HARGA KEPERLUAN JUMLAH


SEUNIT

1. Cenderahati RM30.00 1 unit RM 30.00

2. Pengangkutan (petrol) RM50.00 1 kereta RM 50.00

3 Tol RM30.00 1 kereta RM 30.00

4 Keperluan Luar Jangka RM 20.00

JUMLAH RM130.00

6.2 Jumlah keseluruhan = RM130.00

7.0 HARAPAN AHLI JAWATANKUASA:

Adalah diharapkan program yang diadakan akan memberi inspirasi kepada semua peserta untuk
mencorak kecemerlangan sekolah dengan cara yang lebih bersesuaian dengan keperluan pelajar.

Anda mungkin juga menyukai