Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA LAWATAN PENANDA ARAS

PROGRAM  PENANDA ARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH:

1. LAWATAN KE SMA MAARIF, BESUT, TERENGGANU.


2. LAWATAN KE SK KEMASIK, KEMAMAN, TERENGGANU.

1.0  PENGENALAN

Usaha meningkatkan pencapaian prestasi  sekolah merupakan isu utama bagi sekolah-sekolah yang ingin
mencapai aspirasi yang telah digariskan dalam Kementerian Pelajaran Malaysia.  Selaras dengan itu,
usaha mendapatkan idea dan inspirasi langkah-langkah meningkatkan prestasi perlu dilaksana dengan
mengadakan Program Lawatan Penanda Aras ke Pusat Sumber Sekolah Sk Kemasik dan SMA Maarif yang
telah memenangi Anugerah Pusat Sumber Peringkat Kebangsaan bagi ketegori sekolah rendah dan
menengah.

Sehubungan dengan itu, usaha murni ini diharap akan dapat disandarkan sebagai langkah utama
merencana kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum Pusat Sumber sekolah-sekolah daerah
Temerloh agar setanding dengan sekolah-sekolah yang telah berjaya meletakkan kecemerlangan
sebagai agenda utama mereka. 

Lawatan penanda aras ini bukan sahaja dapat membantu meningkatkan mutu perkhidmatan Pusat
sumber sekolah, malahan perkongsian idea yang bernas dapat membantu mencapai kecemerlangan dan
kemenjadian murid.
2.0  MATLAMAT

Merencana, merancang dan mengembeling tenaga dengan kebijaksanaan intelektual membangun


potensi pelajar dengan cara kolaborasi pintar untuk memacu kecemerlangan pelajar.

3.0  OBJEKTIF

3.1 Berkongsi idea dan kepakaran dengan menggabungjalin kejayaan sekolah lain agar dapat diolah dan
disesuaikan untuk memacu kecemerlangan pusat sumber sekolah-sekolah daerah Temerloh.

3.2 Merancang dan menyelaras semula program kecemerlangan pelajar agar potensi pelajar akan dapat
ditingkatkan dengan perancangan semula yang lebih bersesuaian.

3.3Memurni budaya kerja cemerlang di kalangan guru-guru agar dapat memacu kecemerlangan pusat
sumber sekolah dengan cara yang bersesuaian dengan minat dan keperluan pelajar.

4.0  SASARAN

1.1  35 orang Guru Perpustakaan dan Media sekolah-sekolah daerah Temerloh beserta 5 orang pegawai
pengiring.

5.0  TARIKH  PERLAKSANAAN:

5.1  Tarikh:       28-29 Februari 2016 (Ahad & Isnin )

5.2  Masa:         10.00 pagi – 4 petang

5.3  Tempat:     1. SMA Maarif, Besut Terengganu

2. SK Kemasik, Kemaman Terengganu


6.0  JAWATANKUASA PELAKSANA:

§  Pengerusi:            Tn. Hj. Md Khairi bin Siwok

§  Naib Pengerusi 1: En. Muhammad Faiszal bin Osman

§  Naib Pengerusi 2: En. Hailmey bin Ikhsan

§  Penyelaras:          Pn. Zurila bt Kefeli @ Zulkefeli

§  Setiausaha 1:       En. Mohd Nizam bin Mat Taib

§ Setiausaha 2: En Muhamad Roslan bin Mohmood

§  Bendahari:           En. Mohd Sarifuddin bin Mat Sidin

§  AJK: Pegawai-pegawai Pusat Kegiatan Guru Daerah Temerloh

                                     Ahli-ahli Jawatankuasa Guru Perpustakaan Media Daerah Temerloh      

                        

6.0  TENTATIF PROGRAM:

Hari Pertama ( 28 Februari 2016)

BIL MASA AKTIVITI

1. 7.00 pagi §  Bertolak ke SMA Maarif, Besut, Terengganu

2 1.00 petang §  Dijangka sampai di SMA Maarif, Besut, Terengganu

3. .1.00-2.30 petang §  Makan tengah hari dan Solat Zohor 

5. 2.30-4.30 petang § Taklimat dan perkongsian kecemerlangan sekolah dan


lawatan ke Perpustakaan SMA Maarif, Besut, Terengganu

6. 4.30-5.00 petang §  Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah

7 5.30 petang § Bertolak ke BTPN Terengganu

8 6.30 petang § Dijangka tiba di BTPN Terengganu


9 7.00 petang §  Makan Malam

Hari Kedua ( 29 Februari 2016)

BIL MASA AKTIVITI

1. 7.00 pagi §  Makan Pagi di kantin BTPN Terengganu

2 8.00 pagi §  Bertolak ke SK Kemasik, Kemaman, Terengganu

2 10.00 pagi §  Dijangka sampai di SK Kemasik, Kemaman, Terengganu

3. .10.00-12.30 §    Taklimat dan perkongsian kecemerlangan sekolah dan


petang lawatan ke Perpustakaan SK Kemasik, Kemaman,
Terengganu

5. 12.30-1.00 petang § Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah

6. 1.00-2.00 petang §  Makan tengah hari dan Solat Zohor

7 3.00 petang § Bertolak Pulang ke Temerloh, Pahang

6.1  Sumber pendapatan: 

6.1.1        Sumbangan PERPUSPA              = RM1,400.00

6.1.2 Kutipan Yuran Penyertaan = RM 4000.00

___________________________________________________

JUMLAH                   =          RM5,400.00
BIL PERKARA HARGA KEPERLUAN JUMLAH
SEUNIT

1. Cenderahati (plug & sijil) RM100.00 2 unit RM   200.00

2. Sewa bas RM2000.00 1 bas x 2 hari RM   4,000.00

3. Makan tengah hari RM15.00 40 Orang x 2hari RM   1,200.00

                                                                                JUMLAH RM5,400.00

6.2  Jumlah keseluruhan = RM5,400.00

7.0  HARAPAN AHLI JAWATANKUASA:

  Adalah diharapkan program yang diadakan akan memberi inspirasi kepada semua peserta untuk
mencorak kecemerlangan pusat sumber sekolah ke satu tahap yang boleh dibanggakan.

Disediakan Oleh, DISAHKAN OLEH

………………………….. ………………………………….

MOHD NIZAM BIN MAT TAIB TN. HJ MD KHAIRI BIN SIWOK

S/U PKG DAERAH TEMERLOH KETUA PKG DAERAH TEMERLOH

Anda mungkin juga menyukai