Anda di halaman 1dari 3

SJK(T) NATESA PILLAY

தேசிய வகை நடேசப் பிள்ளை தமிழ்ப்பள்ளி


BATU 14 JALAN BIDOR
36020 TELUK INTAN, PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS KERJA
LAWATAN PENANDA ARAS KE JOHOR-SINGAPURA
SJK(T) NATESA PILLAY

1.0        PENDAHULUAN
Malaysia kini sedang mengorak langkah menuju kepada pembentukkan proses
pengajaran dan pembelajaran yang lebih mapan dan jitu dalam menghasilkan modal insan yang
bertaraf antarabangsa. Sejajar dengan perkembangan semasa ini, pelbagai initiatif diperkenalkan
antaranya mengetengahkan konsep 'Pemudahcaraan dan Pembelajaran', konsep peta pemikiran
(I-Think), mengetengahkan matapelajaran TMK sebagai satu subjek tunggal yang berdiri dengan
sendiri serta pembentukkan kelas konsep yang menekankan 'pendidikan Abad ke-21' yang akan
dilebar sayapkan ke seluruh kelas dalam sebuah sekolah dari masa ke masa.
Sesuai dengan perkembangan semasa, SJK(T) Natesa Pillay yang telah terpilih dalam
pelaksaanaan 'Sekolah Inspirasi' kini merancang untuk mengadakan lawatan penanda aras ke
beberapa buah sekolah terpilih bagi memastikan keseragaman pelaksanaan dan juga
menggalakkan penambah-baikan dari konsep yang sedia ada. Semoga dengan berlangsungnya
program ini, banyak manfaat dan faedah yang dapat dipelajari dari rakan seangkatan di negeri
yang lain.

2.0     OBJEKTIF
2.1      Mengenalpasti penambah baikan yang dapat diaplikasikan di sekolah bagi meningkatkan taraf
atau mutu sekolah.
2.2      Meluaskan atau menjalinkan hubungan dua hala (Networking).
2.3      Membuka minda para peserta dalam meningkatkan mutu pengajaran dalam proses Pdpc.
2.4      Berkongsi kemahiran dan konsep sedia ada.
3.0 AHLI JAWATAN KUASA PROGRAM

Penasihat : Pn K. Kumutha
Pengerusi : Pn M. Vasanthi
Naib Pengerusi : En G. Rames
Pn S. Santhi
Setiausaha : En Tengku Alif Mukhlis Bin Tengku Ezani
AJK :

4.0 SENARAI PESERTA


Lampiran A

5.0 TENTATIF PROGRAM

Hari Pertama
9.00 am Berhimpun di sekolah
10.00 am bertolak ke Johor
4.00 pm Dijangka tiba di destinasi
Daftar masuk hotel.
istirehat

Hari Kedua
07.00 am Persiapan diri
09.00 am bertolak ke SK ……..
10.00 am Lawatan penanda aras
12.00 pm Bertolak ke SK …………….
02.00 pm Lawatan penanda aras
09.00 pm Bertolak pulang ke tempat penginapan
Hari Ketiga
07.00 am Persiapan diri
08.30 am Bertolak ke Singapura
10.30 pm Lawatan penanda aras
02.00 pm Bertolak ke tempat penginapan
daftar keluar
05.00 pm Bertolak pulang

6.0 ANGGARAN BELANJAWAN

KeretaApi Round trip RM 140 x 17 guru RM 2380


Makan 17 guru x RM 30 x 6 RM 3060
Penginapan 17 guru x RM 80 x 2 malam RM 2720

Jumlah RM 8160

7.0 PENUTUP
Kami amat berharap agar program ini mendapat sokongan sepenuhnya daripada pihak atasan.
Semoga dengan berjalannya program ini, kita dapat dengan jayanya memacu SJK(T) Natesa
Pillay ke arah yang lebih gemilang dari sedia ada.

DISEDIAKAN OLEH,                                                     DISAHKAN OLEH,

……………………………………….                           ……………………………………..
TG. ALIF MUKHLIS B. TG EZANI                     PN.K.KUMUTHA
Setiausaha                                Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai