Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM  PENANDA ARAS :

LAWATAN KE SK SERI LAKSAMANA, KOTA TINGGI, JOHOR.


6-7 MAC 2020

1.0  PENGENALAN

Sukarelawan di dalam Kelas (SdK) merupakan satu lagi program yang dirangka dan
diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi membantu
membanginkan sistem pendidikan negara ke arah yang lebih mapan. Maksud lebih
mudahnya ialah PIBG mendapatkan bantuan Komuniti tidak kira ibubapa mahupun penjaga
atau mereka yang berada di sekitar sekolah untuk turun padang sama-sama ke sekolah
membantu mengikut kepakaran masing-masing dalam meningkatkan prestasi sekolah
termasuk akademik , kokurikulum, keselamatan dan keceriaan.

Selaras dengan itu, usaha mendapatkan idea dan inspirasi bagi SdK dilaksana dengan
mengadakan Program Lawatan Penanda Aras ke SK Seri Laksamana , Kota Tinggi .
Sehubungan dengan itu, usaha murni ini diharap akan dapat disandarkan sebagai langkah
pertama untuk menjalankan Sukarelawan di dalam Kelas (SdK) di SK Seri Pematang Rengas. 

Lawatan penanda aras ini bukan sahaja dapat membantu memberi kefahaman tentang
merealisasikan SdK di sekolah , malahan perkongsian idea yang bernas dapat membantu
kedua-dua buah sekolah mencapai kecemerlangan dan kemenjadian murid.

2.0  MATLAMAT

Merencana, merancang dan mengembeling tenaga dengan kebijaksanaan


intelektual  membangun potensi pelajar dengan cara kolaborasi pintar untuk memacu
kecemerlangan pelajar.

3.0  OBJEKTIF

3.1 Berkongsi idea dan kepakaran dalam menjalankan Sukarelawan di dalam Kelas (SdK)

3.2 Merancang dan menyelaras Sukarelawan di dalam Kelas (SdK)

3.3Memurni budaya kerja cemerlang di kalangan guru-guru agar dapat memacu kecemerlangan
murid dengan cara yang bersesuaian dengan minat dan keperluan mereka.
4.0  SASARAN
4.1  Semua guru dan AKP SK Seri Pematang Rengas
4.2 10 orang AJK PIBG /PIBK / Team Pemuafakatan SK Seri Pematang Rengas

5.0  TARIKH  PERLAKSANAAN:
5.1  Tarikh:       6-7 Mac 2020 ( Jumaat – Sabtu)
5.2  Tempat:     SK Seri Laksamana , Kota Tinggi
5.3 Penginapan : Savanna Hill Resort, Ulu Tiram

6.0  JAWATANKUASA PELAKSANA:
  Pengerusi:           Pn. Wahidah Binti Ibrahim              (Guru Besar)
  Timb.Pengerusi :  En. Masrum Bin Sy’on                    (GPK Pentadbiran)
  Naib Pengerusi 1: Pn. Nor Hadzlin Binti Yaacob        (GPK HEM)
  Naib Pengerusi 2: En Mohd Ajam Bin Tukimin         (GPK Kokurikulum)
  Penyelaras:         Cik Noor Farhana Binti Oman         ( Pengerusi KEBIRU)
  Setiausaha:         Pn. Salmiati Binti Hamdan               (Setiausaha KEBIRU)
  Bendahari:          Pn. Nur Fatimah Zaharah Binti Ahmad    (Bendahari KEBIRU)         
  AJK: En. Mohd Farid Bin Aini
En. Mohd Imran Bin Mohd Tahir
En. Mohd Haris Zaidi Bin Omar Ali
Pn. Suhaili Binti Masdar
Pn. Suriyana Binti Basiron
                                  
7.0  TENTATIF PROGRAM:

BIL TARIKH MASA AKTIVITI


1. 9.00 Pagi Berkumpul di sekolah
2 9.30 Pagi Bertolak ke Savvanna Hill Resort
3. 12.30 Tgh – 2.00 ptg Makan tengahari dan Solat Jumaat
4. 1.00 ptg Check in di Savanna Hill Resort
6 MAC 2020
5. 3.00 ptg Pengurusan diri
6. 4.30 ptg Minum petang
7 5.30 ptg Program santai di tepi kolam renang
8 8.00 malam BBQ dan makan malam
9. 7.00 pagi Sarapan dan Check out
10. 8.00 pagi Bertolak ke Sk Seri Laksamana, Kota Tinggi
11. 7 Mac 2020 9.00 pagi – 1.00 ptg Lawatan penanda aras
12. 2.00 ptg Bertolak pulang ke SK Seri Pematang
Rengas

8.0  Anggaran Perbelanjaan
BIL PERKARA JUMLAH
1. Bilik penginapan (RM 80 X 20) RM 1600.00
2. Set BBQ & Makan Malam (RM 80 X 20) RM 1600.00
3. Pengangkutan (petrol) (RM 80 X 5 ) RM 400.00
4. Cenderahati RM 100.00
5. Keperluan luar jangka RM 100.00
6. JUMLAH RM 3800.00

9.0 HARAPAN AHLI JAWATANKUASA:


Adalah diharapkan program yang diadakan akan memberi inspirasi kepada semua peserta
untuk merealisasikan SdK di sekolah dan seterusnya mencorak kecemerlangan sekolah
dengan cara yang lebih bersesuaian dengan keperluan murid

Disediakan oleh ,

_______________________
(SALMIATI BINTI HAMDAN)
Setiausaha KEBIRU

Disemak oleh,

________________________
(NOOR FARHANA BINTI OMAN)
Pengerusi KEBIRU

Disahkan oleh ,

_________________________
( WAHIDAH BINTI IBRAHIM )
Guru Besar
SK Seri Pematang Rengas

Anda mungkin juga menyukai