Anda di halaman 1dari 6

SMK TAN SRI ABDUL KADIR

KERTAS KERJA
_____________________________________________________________________

KEM KECEMERLANGAN SPM DAN KEM TEKNIK MENJAWAB SOALAN


CALON SPM
______________________________________________________________________

2023
2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM
Kesedaran untuk mengadakan program ini adalah lahir daripada keinginan untuk membuka ruang
dan peluang yang lebih luas kepada para pelajar khususnya Tingkatan 5 untuk meningkatkan tahap ilmu
pengetahuan dan daya saing mereka dalam menghadapi Peperiksaan SPM sebenar. Dengan perkataan
lain para pelajar akan dilengkapkan dengan ilmu, teknik dan kemahiran serta pengetahuan yang mencukupi
agar mereka dapat mengharungi cabaran peperiksaan yang bakal mendatang. Kem ini mensasarkan
matlamatnya kepada 27 orang pelajar Tingkatan Lima ( Lelaki dan Perempuan). Pelajar-pelajar ini akan
dipisahkan kepada dua kumpulan mengikut jenis subjek yang diambil dan mereka akan dikendalikan oleh
beberapa orang guru atau fasilitator yang dilantik. Beberapa biro akan ditubuhkan bagi memudahkan
pengurusan dan perjalanan kem.
Harapan saya, program ini akan mendapat kerjasama daripada pihak sekolah, panitia, para guru
dan peserta yang terlibat.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

 Menambah, mengayakan dan mengukuhkan pengetahuan pelajar khususnya berkaitan


subjek Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris, Pendidikan islam dan Matematik .
 Mendedahkan pelajar dengan kaedah pembelajaran berkesan dan pengurusan masa
yang cekap.
 Menjelaskan tentang kaedah dan teknik menjawab soalan peperiksaan yang betul dan
sesuai dengan format.
 Merangsang mental dan fizikal pelajar supaya sentiasa bersemangat dan bersiap siaga
untuk menghadapi peperiksaan pada bila-bila masa.
 Melahirkan lebih ramai pelajar yang lulus cemerlang dalam Peperiksaan SPM 2023.
 Memupuk sikap pelajar supaya sentiasa memanfaatkan masa ( pengurusan masa yang
cekap ) untuk belajar lebih-lebih lagi dalam saat-saat yang genting ini.
 Meningkatkan ilmu, kemahiran dan skil pelajar bagi menghadapi peperiksaan SPM 2023.

4.0 KUMPULAN SASARAN


4.1 27 Orang pelajar tingkatan 5 SMK Tan Sri Abdul Kadir
4.2 Rujukan nama peserta pada lampiran B

5.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM


Tarikh : 18/10 hingga 19/10/2023
Hari : Rabu hingga Khamis
Tempat : Kampung Sayang Resort
6.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI TINDAKAN

RABU
(18 Oktober 2023)

6.30 - 7.00 pg Berkumpul di Pondok Pengawal Urusetia pengangkutan


7.00 - 8.30 pg Bertolak ke Tapak Kem Urusetia Pengangkutan
8.30- 9.00 pg Tiba di tapak kem Urusetia Pendaftaran/ Persiapan
Tempat

9.00-9.30 pg Slot 1: Pendaftaran/ Taklimat 1- Urusetia Pendaftaran/ Program


Pembahagian kumpulan

9.30 - 9.45 pg Jamuan ringan Urusetia Persiapan tempat dan


Urusetia Makan

9.45 - 1.00 ptg Slot 2 : Sejarah Urusetia Program

1.00 – 2,30 ptg Makan Tengahari/ Masuk Dorm/ Mandi/ Solat Urusetia Makan/ Kebajikan
Zohor

Slot 3 : Bahasa Melayu Urusetia Program


2.30 - 4.30 ptg
Minum Petang / Solat Asar Urusetia Makan, Kerohanian dan
4.30 - 5.00 ptg Riadhah

Slot 4 : Santaian minda/ Riadah/ Treasure Urusetia Program/ Kebajikan,


5.00 - 6.00 ptg Hunt Kerohanian dan Riadhah

Urus diri / Makan Malam Urusetia Makan/ Program/


6.00 - 7.00 mlm Kebajikan

Slot 5 : Santapan Rohani / Solat Magrib / Urusetia Program/ Kebajikan,


7.00 – 9.00 mlm Solat Hajat / Kuliah Magrib Kerohanian dan Riadhah

Slot 6 : Matematik Urusetia Program


9.00 – 10.30 mlm
Minum Malam Urusetia Makanan / Kebajikan
10.30 – 11.00 mlm
Tidur Urusetia Disiplin
11.00 mlm
MASA AKTIVITI TINDAKAN
KHAMIS
(19 Oktober 2023)

6.00 - 7.00 pg Urus Diri / Solat Subuh Urusetia Makanan

7.00 - 7.30 pg Riadah Urusetia Kerohanian & Riadah

7.30 - 8.00 pg Makan Pagi Urusetia Makanan

8.00 – 10.00 pg Slot 7 : Bahasa Inggeris Urusetia Program

10.00 – 10.30 pg Minum Pagi Urusetia Makanan

10.30 – 12.30 tgh Slot 8 : Pendidikan Islam Urusetia Program

12.30 – 1.00 ptg Makan Tengahari Urusetia Makanan

Bertolak ke sekolah Urusetia Pengangkutan


1.00 – 2.00 ptg

7.0 JAWATANKUASA KERJA


Penasihat 1 : Pn Sa’adah binti Abdul Majid (Pengetua)
Penasihat 2 : En Zamri bin Abdullah (PK Pentadbiran)
Pengerusi : En Solehudin bin Mat Tahir( PK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi : Pn Rohaya binti Mohamad Yacob (PK Kokurikulum)
Penyelaras : Pn Rosnordiana binti Awang
Setiausaha : Pn Noorzaliana binti Tongal
Bendahari : Pn Rozlina binti Basok
SENARAI NAMA AJK BIDANG TUGAS

KEM KOMANDAN Menguruskan dan mengawal disiplin murid.


 En Wan Mahadi bin Wan Mohamad
 En Zulkhairin Raihan bin Abd Rahman
 Pn Fadilah binti Hashim

PENGANGKUTAN DAN PERSIAPAN TEMPAT Menguruskan pengangkutan dan persiapaan


- Pn Rozlina binti Basok tempat.

AJK CENDERAHATI
- Pn Norfadilah binti Said Menyediakan sijil untuk penceramah
-
AJK MAKANAN Menguruskan makan minum murid.
- Cik Nur Syafikah binti Soh
8.0 IMPLIKASI KEWANGAN
Sumber kewangan:
Pendapatan :
SUMBER JUMLAH
RM
Kutipan Murid RM50 x 27 orang RM1350
Kutipan guru RM50 x 6 orang RM 300
PIBG RM 1000
Koperasi RM 2026

JUMLAH RM4676

Anggaran Perbelanjaan :
PERKARA KUANTITI ANGGARAN RM JUMLAH RM
Makan minum murid 27 RM38 x 27 orang RM 1026
Penginapan murid 2 hari 1 malam RM 1800 RM 1800
Pengangkutan 1 buah RM 350 RM 350
Penceramah RM1500 RM 1500
JUMLAH RM 4676

9.0 PENUTUP
Pihak sekolah amat mengharapkan semoga projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan
mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua sudut
sama ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan manusia dan lain-lain lagi. Semoga apa
jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan. Segala perancangan
pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan
lancar serta sempurna.

Disediakan Oleh: Disemak oleh:

………………………………………………………. ………………………………………………………

Nama: Pn Rosnordiana binti Awang Nama: En Zamri bin Abdullah


Jawatan: GKMP Sains dan Matematik Jawatan: Penolong Kanan Pentadbiran
Nama Sekolah: SMK Tan Sri Abdul Kadir Nama Sekolah: SMK Tan Sri Abdul Kadir
Tarikh: Tarikh:
KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan [Kem Kecemerlangan SPM dan Kem Teknik Menjawab Soalan Calon
SPM Tahun 2023]

Atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan [Kem Kecemerlangan SPM dan Kem Teknik Menjawab Soalan
Calon SPM Tahun 2023]

Ulasan:
……………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………

Disahkan oleh:

------------------------------------

Anda mungkin juga menyukai