Anda di halaman 1dari 7

1.

0: TAJUK

Program Pengantarabangsaan (Program Silang Budaya Malaysia – Thailand) SK SETIA


ALAM, Selangor, Malaysia bersama BANKLONGWA SCHOOL, Hatyai, Thailand.

Tarikh: 27 Mei 2023 sehingga 30 Mei 2023 (4 Hari)

Tempat: Banklongwa School, Hatyai, Thailand

Nama sekolah terlibat:

1. SK Setia Alam, Shah Alam, Selangor, Malaysia

dan

2. Banklongwa School, Hatyai, Thailand.

Jumlah murid yang terlibat:

SK Setia Alam melibatkan 9 orang murid berumur 10 hingga 12 tahun


Banklongwa School, Hatyai, Thailand melibatkan seramai 30 orang murid

2.0: PENDAHULUAN

Program Pengantarabangsaan di negara ini dilihat sebagai satu elemen penting dalam usaha
untuk mengantarabangsakan sektor pendidikan di negara ini. Program ini selari dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia yang merancang agar setiap pelajar meninggalkan zaman
persekolahan sebagai rakyat global yang disemai nilai-nilai teras dan universal serta kukuh
dengan identiti rakyat Malaysia. Dalam dunia yang serba pantas, pendedahan yang
secukupnya perlu diberikan kepada anak-anak agar mereka mempunyai Worldview
(pandangan dunia) seawal di bangku sekolah lagi.Program silang budaya adalah kunci
membuka pintu pelajar kepada kepelbagaian ilmu, pengalaman dan juga kesedaran diri
sendiri. Program ini juga dapat memberi pendedahan budaya masyarakat setempat dalam
kalangan murid.
3.0: RASIONAL

Mengaplikasikan pembelajaran seharian dalam bilik darjah ke peringkat antarabangsa. Isi


kandungan pembelajaran dan aspek budaya dan bahasa yang berbeza antara dua negara Asia
ini menjadi faktor pemilihan Thailand sebagai negara Program Pengantarabangsaan Silang
Budaya ini.

4.0: OBJEKTIF

1. Memupuk komunikasi berkesan dalam kalangan murid

2. Menanam keyakinan diri dalam kalangan murid

3. Menerap nilai jati diri dan identiti nasional dalam kalangan murid

4. Memberi pendedahan budaya masyarakat setempat dalam kalangan murid.

5.0: AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi :En.Mohamad Fadzli Bin Abdul Rahman

Naib Pengerusi 1 :En.Ahmad Salehen Bin Mohamed Ali


Naib Pengerusi 2 : Pn. Rozita Binti Taib

Penyelaras : Pn Noor Azlina Binti Ahmad Nazari

Penolong Penyelaras : Pn Yushidah Binti Usulludin

Setiausaha : Hasliza Binti Halep

Naib Setiausaha : Pn Najihah Binti Hussain @ Din

Bendahari : Pn.Noor Diana Binti Yahaya

AJK : Pn. Rosmawati Binti Othman


: Pn. Jamaiah Binti Zakaria

6.0: JADUAL PROGRAM


Tarikh: 27 Mei – 30 Mei 2023
Para peserta dari Malaysia ke Hatyai, Thailand

TARIKH MASA AKTIVITI CATATAN


27 Mei 2023 7.00 pagi Perjalanan dari sekolah Tindakan:
Sabtu 3.00 petang Dijangka sampai di Padang Besar, Pengiring murid
(Hari 1) Perlis.
Ketua
Urusan imigresen
Rombongan
Pergerakan ke Rama Hotel,Hatyai
4.30 petang Daftar masuk hotel
Pengurusan diri/Rehat
07.30 malam Makan malam
08.30 malam Raptai persembahan kebudayaan
10.00 malam Pengurusan diri/ tidur
28 Mei 2023 07.00 pagi Sarapan Pagi Tindakan:
Ahad 08.30 pagi Latihan persembahan Pengiring Murid
(Hari 2) 10.30 pagi Minum Pagi Diuruskan oleh
11.00 pagi Latihan persembahan pihak
01.00 t/hari Rehat/makan/solat Banklongwa
03.00 petang Bertolak ke Banklongwa School School
untuk acara raptai persembahan
05.00 petang Ke hotel penginapan Tindakan:
Minum petang Pengiring Murid
Rehat/Pengurusan diri/Solat
07.30 malam Makan malam
08.30 malam Taklimat ringkas dan latihan
persembahan
09.30 malam Pengurusan diri/tidur
29 Mei 2023 07.00 pagi Sarapan Pagi Tindakan:
Isnin 08.30 pagi Pergerakan ke Banklongwa School Pengiring Murid
(Hari 3) 09.00 pagi Ketibaan di Banklongwa School Diuruskan oleh
Majlis Perasmian Banklongwa
Ucapan Ketua Banklongwa School School
Ucapan Ketua Rombongan
Malaysia
Acara menandatangani LOU
Aktiviti Suai Kenal Peserta
Malaysia dan Peserta Thailand
Aktiviti Sumbangsaran Kumpulan
12.00 t.hari Rehat/makan/Solat
01.00 petang Persembahan kebudayaan peserta
Malaysia
- Paluan kompang dan simulasi
adat persandingan Melayu
- Persembahan silat tari
- Tarian Joget Melayu
- Dikir Barat
- Tarian Zapin
Persembahan kebudayaan peserta
Thailand
- Tarian kebudayaan masyarakat
Thailand
03.00 petang Majlis Penutupan
-Ucapan Ketua Sekolah
Banklongwa School
-Ucapan Ketua Rombongan
Malaysia
-Penyampaian cenderahati
-Sesi bergambar semua peserta
04.00 petang Ke hotel penginapan
Minum petang
Rehat/pengurusan diri/solat
07.30 malam Makan malam
08.00 malam Sesi Refleksi
Taklimat ringkas perjalanan pulang
09.00 malam Berkemas/ pengurusan diri/tidur
30 Mei 2023 08.00 pagi -Daftar keluar hotel Dijangka tiba di
Selasa -Perjalanan pulang ke Malaysia sekolah
(Hari 4) 5.00 petang
# Jadual program tertakluk pada pindaan.

7.0: SUMBER KEWANGAN

Kutipan daripada peserta : RM650 X 9 = RM5,850.00

Kutipan daripada guru pengiring : RM500 X 15 = RM7,500.00

Jumlah pendapatan : RM13,352.00

8.0 : ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH (RM)

1 Pengangkutan 2,200.00
9 murid X RM200 = RM1,800
2 pengiring murid X RM200= RM400
2 Hotel penginapan 2,730.00
9 murid X RM130 = RM1,170
2 pengiring murid X RM780 = RM1,560
3 Makan/Minum 3,402.00
9 murid X RM162 = RM1,458
2 pengiring murid X RM972 = RM1,944
4 Insurans Perjalanan 120.00
9 murid X RM8 = RM72
2 pengiring murid X RM8 = RM16

JUMLAH KESELURUHAN RM8,4520.00

9.0: PENUTUP

Program Pengantarabangsaan (Program Silang Budaya Malaysia– Thailand) ini diharap


dapat melahirkan murid yang berdaya saing dalam segala aspek sama ada di peringkat
nasional mahu pun antarabangsa. Ia juga diharapkan dapat memupuk komunikasi berkesan
dalam kalangan murid, membina keyakinan diri dan nilai jati diri serta identiti nasional dalam
kalangan murid. Program ini juga diharap dapat memberi pendedahan budaya masyarakat
setempat di dalam kalangan murid serta dapat mengukuhkan dan mengeratkan hubungan
jalinan dua negara iaitu Malaysia-Thailand.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(HASLIZA BINTI HALEP) (ROZITA BINTI TAIB)


Setiausaha Program PK KoKurikulum
SK Setia Alam SK Setia Alam
Jalan Setia Impian U13/3T Jalan Setia Impian U13/3T
40170 Shah Alam 40170 Shah Alam
Selangor Selangor
Disahkan oleh,

(MOHAMAD FADZLI BIN ABDUL RAHMAN)


Guru Besar
SK Setia Alam
Jalan Setia Impian U13/3T
40170 Shah Alam
Selangor

Anda mungkin juga menyukai